Gambar adalah salah satu teknik SEO yang membolehkan kita mendapat SERP yang baik dalam Google Search Images. Blog saya sendiri, Google Search Images menduduki ranking Top 5 selepas enjin carian lain.
Mungkin ramai rakan blogger saya tahu mengenai isu ini kerana ianya bukan kes terkini. Saya dah lama tahu bahawa tajuk gambar yang telah dimasukkant tidak mempunyai title walaupun kita telah isi pada kotak sebelah kanan sewaktu memasukkan gambar
Tetapi, sedarkah wahai blogger, setiap kali kita memasukkan gambar sewaktu membuat pos baru atau edit post, title kepada gambar tersebut tidak secara automatik disimpan oleh WordPress.
Biasanya, kita akan meletak title image yang dikehendaki sebelum insert image .
Selepas dah masukkan gambar di dalam entri , cuba klik edit image.
Title imej yang diisi tidak disimpan. Ruangan tersebut kosong walau pun telah diisi sebelumnya.
Penyelesaiannya – setiap kali sebelum publish entri, letakkan title imej secara manual. SEO Google Image juga banyak membantu kedatangan pelawat ke blog ini dan sebab itulah saya selalu meletak tajuk gambar yang bersesuaian.
Kalau kita letak mouse pada gambar , akan keluar tajuk gambar tersebut. Itulah keyword untuk SEO Image.
Ada beberapa tips sampingan untuk mendapatkan SEO melalui gambar
- Guna nama file yang sesuai dengan contents contoh – nasi arab, nasi kerabu, nasi ayam
- Alternative Text : Search engine tidak dapat melihat gambar tetapi membaca text pada gambar.
Nota i : saya tak gunakan plugin SEO Image
Nota ii : Untuk blogger WordPress sahaja.
Saya guna blogger tapi teknik ini mmg berkesan. utk blogger, right klik gambar dan akan ada option properties, boleh lah isi semua tu.
soalan saya, berapa byk tag yang boleh diletakkan dan adakah kita kena guna koma, sbb ada setengah blog memberi tips meletakkan koma.
sesetengah enjin carian masih menggunakan koma untuk mencari kata kunci yang tepat dan frasa kata kunci
kadang kadang je den apply letak title kat image. bergantung pada jenis image
tambahan tip, untuk bagi nama pada imej, saya pernah terbaca antara menjarakkan nama file contohnye seperti: gambar nasi ayam.jpg adalah satu perkara yang tidak berapa bagus untuk SEO image.
jadikan nama file tersebut menggunakan sempang atau tolak seperti: gambar-nasi-ayam.jpg. sebab untuk catch file, ia akan hanya catch perkataan “gambar” sebab terputus talian. maka sebab tu kita letak tanda sempang tu.
begitu juga dengan tanda “under_score” kalau boleh dielakkan, kerana dalam bahasa pengaturcara common, underscore akan dikira sebagai space. oleh itu, sama juga, ia cuma catch perkataan kat depan, sedangkan keyword pada gambar tertinggal kat belakang. jadi kalau boleh,
elakkan memberi nama: gambar_nasi_ayam.jpg kerana ia akan dibaca sebagai gambar nasi ayam.jpg
sama ada perkataan gambar akan di indeks, ataupun ayam.jpg. sebab tu bila search kat google image, keyword berlainan, tapi gambar tadek kene mengena dengan hasil carian.
wah!!! perkongsian yang bagus bagi orang baru macam saya,terima kasih 🙂
Saya memang dari dulu dah amalkan letak title secara manual.. tp kadang2 ada jugak gambar yg tak buat.. tapi yang alt text tu memang sentiasa diisi.. termasuk description gambar..
baru perasan pasal title image seo baru-baru ini… nampak gaya entri-entri sebelum ini memang tak bertajuklah gambar-gambar tuh… sadis~
Dah praktikkan amalan ini. Terima kasih atas penerangan yang cukup jelas.
Thanks Kak Jie. Betul2 baru perasan. Ingatkan dah isi masa upload, auto ada dalam entri. Rupanya nak kena isi sekali lagi.
Byk bestnya singgah sini…tips2 blogging simple tapi power dan sonang nak hadam.
wahh untuk gambar pun ada plugin SEO juga ekk kak jie..hehe.terima kasih atas perkongsian ni..hehe
Alhamdulillah.. Berjaya juga dapat ranking dalam Google Search Image guna teknik ni.. Info yang berguna kak Kujie.. Teruskan berkongsi ilmu2 hebat ni!!!
1. Sebenarnya mana yang lagi penting? Alt atau Title? 😉
– Setahu saya Alt. Boleh rujuk video Matt Cutt, pakar SEO dari Google
2. Ada sebab kenapa WordPress remove Title attribute dari image. Boleh rujuk tiket no #18984 ni http://core.trac.wordpress.org/ticket/18984
3. Ada plugin best. Namanya Restore Image Title. Lepasni tak payah nak edit2 dah. Bila masukkan image title masa upload image, terus ada kat image.
thanks bro Affan sudi berkongsi ilmu. Pencerahan yg membantu.
Tip yg bagus, ni baru tau letak gambar adalah salah satu teknik SEO…
carian image melalui google duduki carta no 4 utk blog kak jie
maksudnya ramai yg google image,
kalau kita tak letak nama utk gambar, mesti google tak boleh bawa pelawat ke blog
Agaknya lepas update WordPress 3.5 ke atas ni diaorang sengaja buat macam tu kot..nak bagi blogger rajin sikit kemaskini nama (keyword) gambar utk setiap post.. 🙂
Saya pernah terbaca mengenai benda ni dulu (letakkan keyword yang sesuai utk gambar supaya mudah diindeks oleh ‘spider’ enjin carian), tapi tetap selalu terabaikan perkara penting ni setiap kali upload gambar..apa pun entri ni dah memotivasikan saya supaya lebih rajin letakkan keyword yang sesuai utk setiap image di dalam post..
Terima kasih Kak Jie sebab up entri berbentuk pemberitahuan ni.. 🙂
Terima kasih Kak Jie. 🙂
Panduan Image SEO ni sangat bagus.
saya plak.. kadang-kadang buat…tapi selalunya tak buat… sebab dah guna plugin seo image
plugin apa…? sebab letak mouse kat image tak keluar pun title dia
terimakasih kak jie,,, saya pernah edit gambar dan caranya hampir sama dengan cara kak jie saat edit gambar,,
ilmu baru yang bermanfaat , terima kasih kak Jie…=)
oh kena masukan lagi nama nya
Saya isi bergantung kepada keadaan. Kalau gambar itu asing untuk pengunjung akan diisi tajuk tersebut.
Kadang2 saya pun ada terlepas pandang benda ni bila nak cepat.
bagusnya wordpress.. tapi saya guna blogspot..
Blogspot pun ada benda ni. Klik pada gambar, pastu klik “Properties”.
hehe..
hehe…hehe…hehe..
senyum.
ramai yang tak tahu lagi pasal ni kan. saya pun baru tahu jugak. biasa edit title image je masa upload tu.
tq kak utk perkongsian 🙂
Tq kak jie kerana sudi kongsi tips ni..baru tahu…sebelum ni sy tak pernah tahu pun yg kena edit balik lepas insert gambar…
Kak Jie memang luangkan masa untuk letak title secara manual selepas tahu perkara ni.
Terima kasih kak jie atas tutorial ni. hehe
sebenarnya kak jie tak panggil ni tutorial….
kak jie nak panggil – pemberitahuan sebab semua orang letak tajuk gambar kat bahagian title tetapi ada yang tak sedar, selepas WP 3.5, walaupun letak, title tu tetap kosong pada tempatnya.
gambar sangat penting dalam sesebuah entri kalau boleh jangan satu biar lebih kerana ramai yg suka melihat gambar terutama yg kita snap sendiri. dengan gambar2 yg menarik pasti pembaca akan menunggu setiap entri baru kerana nak tengok gambar apa yg akan keluar … tu faktor offline SEO. Dengan gambar seperti kak jie jelaskan diatas juga dapat membantu up kan ranking entri dalam google.
sebelum ini , bila kita letak title image kat kotak sebelah kanan, title tu ada
tapi sejak wp 3.5 ke atas, walaupun kita dah letak tajuk….ruang tu tetap kosong
sedar dengan tak sedar je…
cuba balik check image kat entri masing-masing, baru perasan