Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah seminggu balik bercuti, baru hari ni nak update. Agak sibuk dengan jemputan open house dan kenduri kahwin sebenarnya. Kebetulan juga mak dan ayah saya datang dari kampung, jadi masa untuk beronline juga dikurangkan. Banyak sungguh alasan..hihi
Untuk seminggu ni, saya akan update beberapa siri percutian kami sekeluarga ke Kuching baru-baru ni. Rancangnya sekeluarga 5 orang tetapi Along tak ikut, dia ada peperiksaan tak lama lagi, tak nak ponteng.
Alhamdulillah, penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamat dan mengikut jadual di Bandaraya Kuching. Pemandangan sebelum mendarat yang sangat menarik. Terpegun melihat lentuk liuk Sungai Santubong atau Sungai Sarawak ( saya tak pasti ) yang berliku-liku dari udara.
Dari lapangan terbang, kami ambil teksi berkupon ke Waterfront dengan harga RM 26.00 sebuah.
Saya telah menempah Berambih Lodge di Kuching melalui laman web agoda.com. Tak susah untuk mencari lokasi Berambih Lodge yang terletak di Jalan Ewe Hai dengan bantuan Google Maps.
Perkara pertama yang memukau adalah ruang tamu yang berkonsepkan hiasan rumah panjang dengan lantai buluh dan dinding atap nipah. Ini adalah kali pertama kami menginap di hotel berkonsep backpacker seperti ini berbanding hotel biasa. Pada pandangan saya, ini cukup memadai berbanding harga yang ditawarkan.
Kemudahan asas dengan ruang yang minimum sesuai untuk menginap bagi percutian kembara seperti kami. Balik ke bilik hanya untuk tidur sahaja.
Saya tempah dua bilik , satu katil berkembar ( RM 50 semalam ) dan satu bilik 3 orang ( RM 70 ) untuk anak-anak di Berambih Lodge.
Berambih Lodge Kuching adalah backpacker hotel yang sangat sesuai kepada pelancong yang gemar menjelajah dan lokasinya beada di persekitaran yang hampir dengan semua tempat tumpuan. Memandangkan kami adalah keluarga dengan anak-anak dewasa, hotel yang mempunyai kemudahan asas seperti ini sudah mencukupi.
Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil, hotel berkonsep seperti ini tidak berapa sesuai kerana bilik airnya berada di luar. Anak-anak saya dah besar, mereka boleh uruskan diri masing-masing.
Sarapan self service di sediakan di ruang dapur dan perkhidmatan wifi percuma juga disediakan.
Selepas mendaftar, rugikan kalau memerap di bilik saja. Mesti keluar menjelajah kerana itulah tujuan percutian ini. Berjalan kaki hanya 2-3 minit sudah berada di Waterfront. Kami naik sampan dengan tambang 50 sen menyeberang Sungai Santubong di Waterfront ke seberang. Makan tengah hari dan beli kek lapis.
Nota : mohon pencerahan – nama sungai ini Sungai Sarawak atau Sungai Santubong? Bila tengok Google Maps, tulis Sungai Santubong tapi baca tempat lain tulis Sungai Sarawak
Warna-warna ceria – Tokong Hong San adalah landmark paling mudah untuk ke Berambih Lodge.
Kami berjalan kaki sekitar bandar hingga ke Muzium Sarawak , Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium Etnolagi, Muzium Seni dan Muzium Islam Sarawak. Agak terhad masanya kerana muzium ditutup jam 4.00 petang pada hari Sabtu.
Pengangkutan penting adalah sampan bagi penduduk tempatan yang menyeberang sungai ke pusat bandar.
Antara beberapa lokasi senarik sepanjang kembara ini.
Untuk makan malam, kami seberang Sungai Sarawak sekali lagi. Suasana waktu malam lebih meriah. Perkhidmatan sampan menyeberang sungai beroperasi sehingga lewat malam.
Mesti nak cuba Laksa Sarawak , bagi saya ok lah. Suami dan anak-anak cakap sedap. Dah kena dengan selera tekak dia orang le tu.
Saya order Mee kolok sarawak tetapi cuma mampu makan sesuap saja. Payah kalau orang jenis makan masakan di rumah, semua tak kena ..hihi
Keistimewaan menginap di hotel jenis backpacker adalah kita lebih mesra dan senang untuk bergaul dengan penginap lain terutamanya pelancong asing. Salah seorangnya dari New Zealand dan datang sebagai peserta persidangan membuat kajian penting. Habiskan cuti selepas majlis rasmi berakhir.
Ada juga pelawat tempatan dari semenanjung tetapi mereka tak sudi bergambar dengan kami… 🙂
Nota : Dari beratus-ratus, gambar suasana dan peribadi, ini saja yang mampu diupload…tak berapa ada banyak masa nak beronline, maaf ye.
Salam,
Seronoknya baca dan tengok gambar-gambar tu semua, gambar angah tu dah macam kat china heheee.
laksa sarawak tu rasa macam laksa kat sini ke atau ada beza ye dari jenis kuahnya??
Dengan org NZ blh bergambar, dgn org Kanada takmau keww? 😆
Sembang lebat!
Haiii cuti aje kak jie ni..seronok pulak..haha
beli tiket dah lama ni…
Suka gambar 3 sampan tu.. 🙂
ada satu gambar sampan..tapi gambar tu utk projek lain 🙂
ada beberapa gambar tak boleh digunakan disini…. ada projek utk komersial 🙂
sebenarnya sungai Sarawak bukan sungai santubong…Santubong kata nama yang digunakan untuk Gunung Santubong,Kampung Santubong dan Puteri Santubong
ps: Terima kasih kerana sudi bertandang ke Bumi Kenyalang..
Terima kasih atas informasinya. Cuba buka Google Maps, dia tulis Sungai Santubong tetapi bila cari maklumat mengenai sarawak state legislative assembly building tu, dia tulis Sungai Sarawak.
Dalam perjalanan ke Kampung Santubong, kita akan melalui sebuah jambatan yang dinamakan Jambatan Sungai Santubong, betul ke maklumat tu?
belum pernah lagi ke sabah mahupun sarawak, harap2 nanti dapatlah pergi sekeluarga ke sana bercuti ke tempat orang pula.
tunggu anak2 besar sikit baru boleh naik kapal terbang…hehe
pertama kali naik kapal terbang , umur Along 10 tahun, dia menangis sebab sakit telinga.
Anak-anak dah besar baru berbaloi untuk bercuti jauh macam ni sebab dia boleh hayati dan belajar banyak perkara… itu pun tujuan percutian, untuk menambah pengalaman hidup
lihat memang menarik, sebab kebiasaan menginap di hotel dah bosan. kadang kala hotel biasa tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.
seronok rasanya duduk hotel macam ni..tempat kecil jadi kita ada banyak peluang utk bertemu dan berkenalan dgn org tempatan..itu pun tujuan percutian…mengenali budaya tempatan
kek lapis jangan dilupa kalau ke sarawak
teringin jugak nak pergi ke sarawak or sabah..nak merasa naik flight
kerana rajin klik laman web syarikat penerbangan – bukan Air Asia saja….kebanyakkan syarikat penerbangan ada promosi harga murah
tengok keadaan dindig tempat kakjie begambar , risau kalau bawa anak2 bee berlari sana sini mau roboh dinding tu .. heheh … banyak gambar kakjie ada yg tak loading habis pun .
ha ha ha Bee.. kak jie dah dapat bayangkan budak2 tu berlari mcm nak runtuh dinding.
sebenarnya dinding batu mcm bisa, cuma dia atas untuk dekorasi aje… tapi lantai memang berbunyi kalau kita lalu
mcm lantai buluh rumah kampung… ni utk anak dara prektis jalan sopan santun…hehe
tak da makna la anak bee nak jalan sopan2 .. kakjie leh imagine sendiri la punya dasyat diorang ni berlari hahaa ..
ohh kalau kami anak kecik2 ni x sesuai le yer… kami ambil depalma waterfront tu kakjie… kecik gak biliknye
byk la tu gambo kakjie…
betullah tu Nis… memang konsep hotelnya sesuai untuk pengembara solo, berkumpulan dan keluarga dengan anak dewasa.
Kalau anak seorang , bolehlah urus, kalau dah 2-3 orang tak ada cukup ruang untuk dia orang.
best best best!
terima kasih kak jie berkongsi gambar2 menarik…dah ada idea untuk anak2 4-5 tahun akan datang… =)
tgk gambar dah rasa seronok…hohoho
kak jie bukan jenis melawat tempat mainstream yang orang dok suka. kami suka jalan kaki, suka singgah bangunan cantik suka tengok jalan, pokok..hihi
Udah sedondon merahnya gambar yg last tu Kak Jie…
Rugi tahun lepas terpaksa burnkan tiket gi Sarawak satu family gara2 kesiankan kakak yang sekolah kat kampung.
oooo…tu pagi kedua
kami ada jemputan majlis hari raya…tu yang bawa baju melayu baju kurung bercuti tu..hihi
seronok juga sebab dapat share gambar pakai baju kebangsaan dgn pelancong asing
lain macam rupa laksa sarawak tuh yer…
yup..itulah bezanya
laksa halus mcm beehun..kuah pun berbeza, sebab tu mesti cuba
Cantik gambar. Tahniah.. 😉
selalunya backpacker hotel ni pilihan utk org bujang..heheh
backpacker hotel ada utk bilik family juga.. kami ambil 2 bilik
Ni baru tau kak..
Best baca cerita kembara seperti ini…menunggu update seterusnya.
Rasa melancong secara backpacker lebih bebas menentukan tempat yang ingin dilawati. Rasanya perlu perancangan lebih teliti. Bantuan pakcik Google boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat.
wah seronoknya berjalan melancong… tak penah lg melancong kat sana… gud info nih…
suke mee kolok, sedap la k jie. tapi kalau tak kene dengan tekak nak buat cam ne kan…
mungkin salah resepi..hehehe
atau tersilap kedai
memang tak boleh nak makan…orang lain tak ada masalah
Murah dan selesa juga ye kak jie..
Umai udang dah cuba kak jie..
ada ada…next entry…sebab makan umai hari ke dua
kena cuba juga stay kat hotel backpacker ni baru boleh rasa entri sebenar mengembara
percutian macam ni mendedahkan anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan segala keadaan… belajar berkongsi belajar berjimat belajar berinteraksi dengan persekitaran penduduk tempatan.
tak pernah melancong menggunakan backpacker tempat begini, satu kelainan dan pengalaman baru kalau dapat rasainya…….
kami pun pertama kali, selalu hotel bajet
tapi keadaan mcm lain… ada bilik air sendiri, ruang agak luas ada almari bagai
kalau jenis backpacker – ada katil dan meja asas, dan aircon
Saya mmg suka duduk tempat macam ni kalau pergi melancong,sebab dapat rasa suasana kampung,kalau dok di hotel dan bosan :).Mee Kolok belum pernah cuba,kalau ngam dengan tekak sedap jer.
kita bukan duduk kat hotel nak guna segala kemudahan mcm gym, spa atau jakuzi
kita dtg nak tengok keadaan di tempat penduduk tempatan, kalau boleh kena berinteraksi dgn orang tempatan
anak2 dah besar boleh, kalau anak masih kecil nanti dia meragam nak menapak berpeluh²
Hehehe betul sangat tu Kak Jie 🙂