Harga Medical Check Up Masuk U Di Klinik Swasta
Pengetahuan Am

Harga Medical Check Up Masuk U Di Klinik Swasta

Salah satu keperluan untuk mendaftar masuk ke universiti adalah membuat pemeriksaan kesihatan. Kita biasa sebut medical check up saja. Kalau pergi ke klinik, dia tulis Pre-University Medical Check-up tu dah boleh buat disitu.

Medical check up ini bergantung kepada keperluan universiti. Secara asasnya pemeriksaan fizikal seperti tinggi, berat, tekanan darah, pemeriksaan mata, x-ray dada, pemeriksaan air kencing mengesan dadah dan ada kes memerlukan pemeriksaan HIV dan Hepatitis B.

Di klinik kerajaan tempat saya, nak buat medical check up kena booking, tak dibuat setiap masa. Cuma ada pemeriksaan fizikal tanpa urine test. Harga medical check up di klinik kerajaan ( tanpa urine test ) RM 20.00. Dia suruh buat urine test di klinik lain ( swasta ).

Saya pergi ke klinik swasta, BP Diagnostic ,  harga untuk buat urine test sahaha , RM 50.00  kalau nak buat  medical check up ( fizikal dan x-ray ) RM 80.00.  Lebih RM 10.00 kalau saya buat di klinik kerajaan, perlu buat pendaftaran di dua tempat.

 

medical check klinik swasta

Malas nak ke sana sini, Angah buat medical check up di BP Diagnostic Centre depan Balai Polis Rawang tu.

Tahun 2010 sewaktu nak masuk MRSM dia dah buat x-ray.  Bila sibuk-sibuk dengan medical check up macam ni , teringat kisah  rindu belahan dadamu dulu.

Nota : situasi sama saja, nak masuk Form 4 ke nak masuk U, kalau mak tak ketuk berkali-kali, tak bergerak.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Harga Medical Check Up Masuk U Di Klinik Swasta

    1. tak juga
      saya ada pengalaman klinik kerajaan dan klinik swasta
      cepat atau lambat bergantung kepada org di depan kita tu sakit apa
      kalau org depan kita tu suntik vaksin aje..mana2 klinik pun cepat
      kalau org depan kita tu nak cuci luka ke, mana2 klinik pun lambat

      kalau gi klinik swasta pun kita bukan boleh potong Q, kalau depan kita 5 org…5 orglah kita kena tunggu. Klinik kerajaan pun sama.

  1. Check up kesehatan sangat bagus tuk dilakukan nie, saya harus mencontoh Kak Jie. Soalnya cukup jarang saya lakukan…
    Nice share

  2. Kalau nak masuk kerja dalam kerajaan pun kena wat medical checkup jugak. Dalam hidup ni entah brp kali buat x-ray daaaaa. Tak bahaya ke hah?

  3. Ha. Ada yang berkira RM10. Tak berduit katanya. Tapi tengok kepada masa dan keperluan. Ada banyak masa boleh beratur panjang di hospital kerajaan.

    1. hah…entri ni bkn fokus tang mahal murah tu…nak korang nampak beza klinik kerajaan dgn klinik swasta cuma rm 10

      itu yg nak disampaikan…sebab kekadang kita nak pi klinik swasta , kita tertanya-tanya, mahal ke murah.

  4. anak saudara saya akan masuk ke UAI 1/9/2013 ni .. alhamdulillah semuga Allah jadikan anak-anak yang berjaya masuk U ini berjaya bukan yg asyik dibuai dunia percintaan dan akhirnya gagal separuh jalan seperti sebahagian kecil mahasiswa Melayu.

  5. saya tak ingat berapa buat benda ni x-ray semua masa nak masuk matrik dulu. dia nak x-ray je lepas tu checkup klinik uia buatkan..

  6. Belanja pemeriksaan kesihatan boleh tahan harga kosnya. Macam saya adalah pekerja Sinaran memerlukan pemeriksaan berkala dan kos ditanggung oleh syarikat. Kalau tidak parah juga hendak keluar dari wang dari poket sendiri.

  7. Kadang terfikir,orang yang ada kemampuan jenuh juga nak cari duit tu.Nak tak nak kena buat juga.

    * Anak2 bila ada mak,memang liat sikit nak buat hehehe…sebab Mak adalah pembangkit semangat 🙂

  8. teringat masa anak saya nak masuk army, kena buat medical checkup di hospital kerajaan kena bayar RM 15, begitu juga nak masuk U kena bayar RM 20 jer….
    Untuk masuk army sepatutnya RM 30 tetapi pihak ATM bayarkan separuh jer RM 15…

  9. Saya pula nak suruh suami buat medical check up. Puas bebel, kita perempuan selalu rajin juga pegi check up. Memang secara fizikal nampak ok. Tapi, dalaman kita tak tau. Saya prefer swasta juga.

Comments are closed.