Bersambung entri hari kedua percutian di Kuching Sarawak. Baca entri terdahulu di sini – Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching
Awal pagi kami sekeluarga dah bersiap dan percutian ini lebih istimewa kerana kami anak beranak lengkap berbaju kebangsaan – baju kurung dan baju melayu lengkap bersamping. Saya ada jemputan ke majlis ramah tamah sambutan Aidil Fitri di Kuching.
Tepat jam 7.00 pagi, kereta yang akan kami sewa sepanjang 3 hari di Kuching telah sampai di depan hotel. Sewa kereta Waja Auto dengan harga RM80.00 sehari. Harga kawan-kawan 🙂
Berpandukan peta perlancongan, kami cuba melalui Jalan Padunga, Jalan Pending, Jalan Kwong Lee Bank, Jalan Datuk Marican Salleh untuk menyeberang jambatan ke Petra Jaya tetapi sesat sampai ke Jalan Tabuan. Akhirnya gunakan Google Maps, berpatah kepangkal jalan dan berjumpa lokasi yang dituju.
Google maps dengan suara jantan macho tu sangat membantu pengembara.
Jamji pukul 9, tapi jam 8.30 kami dah sampai. Maklum tak biasa takut tersesat atau tak pasti jarak sebenar tempat ni. Ini adalah Bangunan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Lama Sarawak. Bangunan DUN yang baru terleptak di tebing sungai mengadap Waterfront, Kuching bersebelahan Astana.
Saya dijemput ke Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Homestay Sarawak 2013 oleh Pengerusi Persatuan Homestay Sarawak iaitu Puan Hajah Jamilah Shukri yang juga pemilik Homestay Santubong , Kuching. Â Antara tetamu media dan pelancong dari Eropah, Taiwan , Korea , Singapura.
Luangkan masa berbual dan berkenalan  bersama sekumpulan penduduk yang mengusahakan homestay kaum Bidayuh yang amat ramah tamah. Tetapi masalahnya saya yang agak kurang faham dengan loghat dan perbualan. Cantik kostum pakaian traditional Bidayuh ni.
Majlis gemilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalan Negeri, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.
Selesai majlis, kami teruskan perjalan ke Kampung Santubong. Puah Jamilah terlalu sibuk sebagai pengerusi dan menguruskan majlis, jadi kami bergerak sendiri berpandukan Google Maps sekali lagi.
Kami ke bandar Kuching semula dan tersesat menaiki sampan. Sepatutnya mendarat di Astana tetapi tersilap ke pengkalan Kampung Bedil Besar. Rupanya ianya adalah satu kelebihan kerana sesampai di pengkalan, terdengar laungan azan Asar dari surau berdekatan. Mengambil peluang yang tidak terduga , kami berjemaah bersama beberapa pendudk tempatan kampung tersebut.
Lebih istimewa kerana dapat berpelung mengetahui asal urul dan sejarah kampung tradisi yang berusia lebih 170 tahun ini.
Dalam perjalanan ke Kampung Santubong, kami singgah di Muzium Kucing yang terletak di atas bukit  di dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Lawak tengok gambar ni..hihi..kucing bercermin mata.
Gunung Santubong dilihat berdekat Jambatan Sungai Santubong. Â Saya suka gambar ni, warna ceria rumah dan puncak gunung yang kebiruan.
Kami juga singgah di Kampung Buntal yang terkenal dengan lokasi popular makanan laut.
Kalau semalam saya mencuba Laksa Sarawak dan Mee Kolok, hari ini di Kampung Buntal kami beli makanan tradisi Bumi Kenyalang yang unik iaitu Umai Udang, Botok Ikan Gelama dan Botok Ikan Tenggiri. Makcik yang menjual tu bagi percuma 2 bungkus umai dan botok. Reseki ringan mulut bertanya itu ini.
Selepas melawat tepian pantai Kampung Buntal, kami bergerak ke Kampung Santubong kira-kira jaraknya 7 kilometer.
Homestay Santubong terletak di Kampung Santubong, yang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kira-kira 42 kilometer dari Bandaraya Kuching. Santubong sangat terkenal dengan Legenda Gunung Santubong yang menjadi  antara mercu tanda yang terkenal di  Sarawak.
Ini adalah homestay Santubong yang menjadi destinasi penginapan kami pada malam tesebut. Sebenarnya ada lebih 15 buah rumah penduduk yang mengambil bahagian di dalam program homestay ini dan menyediakan 21 bilik untuk penginapan. Kami menginap di rumah utama Homestay Santubong yang juga menempatkan ruan dewan,
Ruang tamu yang luas selesa dan mempunyai semua kemudahan asas. Â Dapur dilengkapi dapur dan peti ais.
Homestay selesa yang mempunyai 3 bilik tidur dengan pendingin hawa  dan 2 bilik air
Homestay ini terletak betul-betul di kaki Gunung Santubong bersama SMK Santubong yang terkenal dengan kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang sehingga Lagu Puteri Santubong dicipta oleh bekas pengarah RTM Sarawak,Tuan Haji Madeli Johari dan mejadi terkenal.
Lirik Lagu Puteri Santubong
Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Awal pagi, kami ke Pantai Puteri , Kampung Santubong yang terletak hanya beberapa meter dari homestay. Â Kedinginan dan ketenangan pagi yang mendamaikan.
Sebelum ke Pantai Puteri, kami keluar berjalan ke kawasan perkampungan penduduk Kampung Santubong dan beli sarapan pagi. Nasi ayam, nasi lemak, beehun goreng dan beberapa jenis kuih. Ini bukan lakonan semula, memang biasa anak-anak saya walau pun dah remaja begini masih disuap oleh suami.
Jangan tokak tangan abah sudahlah….
Cantik dan mengasyikkan pemandan keindahan pesisir pantai. Inilah gaya percutian impan kami.
Seperti pasangan sejoli adik beradik ni.. boleh berkepit tak henti-henti ceritanya. Â Setahun dua lagi mungkin dah tak dapat bercuti bersama seperti ini lagi, masing-masing ada kehidupan sendiri.
Selepas bercanda di tepian pandai dan menghirup udara perkampungan nelayan , kami teruskan perjalanan ke Kampung Benuk sebuah perkampungan tradisi masyarakat Bidayuh. Â Tunggu entri seterusnya…..
Untuk membuat tempahan penginapan di Homestay Santubong, semak pakej dan aktiviti yang disediakan di laman web Santubong Homestay
Nota : Kebanyakkan gambar dihasilkan dari Lumia 925
rasanya satubong nie dah dkt sgt dgn kg budaya sarawak..tp tak perasan pulak ada homestay dkt santubong..klu lalu hanya nampak hotel2 mewah shj..
Jom terjah post menarik dari Nadri ..CHAIWALLA & CO. – The Container Cafe in JB Town
saya suka suasana di kaki gunung macam ni, memang mendamaikan
Jom terjah post menarik dari Juan ..Cara Kuruskan Badan Kaedah Obsessive Corbuzier’s Diet (OCD)
SA sedang mencari homestay area Samarahan berdekatan dengan Unimas…adik SA konvo 9hb November nanti…
Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Dinner Semalam
sempat tak ke kota samarahan? tak jauh dari kampung saya
Jom terjah post menarik dari Mus ..Wordless Wednesday – Stesen Minyak 1Malaysia
seronoklah jika melancong secara santai..
Jom terjah post menarik dari Mus ..Laluan Baru Penerbangan AirAsia Dari Kota Kinabalu Ke Kota Bahru
wah..,, umai tu nampak macam paih iaitu makanan sebelahnutara. ikan lampam kecil yang dimasak dengan kelapa.
Jom terjah post menarik dari saljuhumairah ..Adakah RON92 akan diperkenalkan semula?
Wah penuh dengan aktiviti walaupun adventure ini adalah backpacker.
seronok sebab kami merancang ke luar bandar, jumpa orang tempatan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
salam ziarah akak..
wah bestnya pi Sarawak. Saya belum pernah ke sana.
belum ada kesempatan tu… nanti adalah peluangnya
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
bilalah ada peluang merasa tambang murah dalam cuti sekolah..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Minyak Naik 20sen? Jom naik basikal
time cuti sekolah tu…………..payah nak jumpa
kena ambil cuti cikgu ye 🙂
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
PENGETUA : CRK tidak boleh digunakan untuk bercuti ye cikgu..kalau nak bercuti pergi waktu cuti sekolah
sob..sob..sob
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Kat Sini Ron 95 Tidak Dijual
kalau ada rezeki ke sana bolehla cuba usha² homestay ni
bestnya gambar bukit tu.
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Kat Sini Ron 95 Tidak Dijual
kalau melancong, elok dok homestay
rasa mcm bergabung dgn masyarakat tempat..baru kita kenal mcm2 budaya
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Muzium kucing memang bestkan gi baru tau banyak mengenai kucing ni..
kak jie kurang jenis objek2 mcm tu..suka tempuh benda life 🙂
melilau juga cari tempat ni sebab muzium tu dalam bangunan…dah sampai situ tak ada pula signboard tanda arah ke muzium
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Sangat meriah nie Kak Jie, majlis hari raya-nya…
Jom terjah post menarik dari Rina ..PHP Script To Detect And Display Visitor’s Country Using His IP Address Location Lookup
bukan saja meriah, sangat jauh lokasinya…hehehe
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Haha..seronok pulak nampaknya..bila lah ada rezeki ni ke sini..hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #67 – Aku Rindu Saat Gembira Ini
tunggu anak2 dah besar ..mcm kak jie
dulu masa sekolahkan anak2 ..skrg baru utk diri sendiri
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
InsyaAllah jika dipanjangkan usia..hehe..terima kasih kak jie..
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Budak Nakal – Ajar Dengan Kasih Sayang Atau?
Kesimpulannya, kalau nak bercuti jauh-jauh dan nak dipenuhi dengan aktiviti kembara, kena tunggu anak-anak dah besar dan pandai uruskan diri sendiri..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Komisen Keempatbelas Dari Program Job Di Rumah
kalau nak bercuti..kena plan
google semua lokasi dan panduan, catiti, tulis… susun jadual
mcm2 nak kena buat selepas beli tiket, cari hotel sesuai cari tempat menarik
kami dulu masa anak2 kecik pun tak berjalan mana… masa tu nak sekolahkan dia org..skrg ni ja
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
info yang menarik untuk pergi ke Santubong dan jenjalan di Sarawak….thanks dear…suka gambar kucing tu…..
Jom terjah post menarik dari sukma ..Madah Harga Minyak Naik
he he he… mak kucing dan anak-anaknya.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
mmmm… jauh kak kujie pergi majlis hari raya.. heheheh
Jom terjah post menarik dari sohoque ..Video Lucah Di Blog Sohoque.com
itulah… kena bawa persiapan untuk majlis raya
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Memang seronok membaca cerita percutian keluarga sebegini. Bagi semangat untuk bawa keluarga bercuti sama. Tq for sharing!
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Istiqamah dan disiplin: Siri kaya #8
seronok sebab anak-anak tahu dan faham keadaan tersebut..kalau anak masih kecil, makpak je yang bercuti
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Haha, betul tu, tapi kalau anak masih kecil, cuti sebenarnya tak jadi cuti…banyak kerenah..biasanya ibu yang jadi mangsa dan ayah masam muka kena tunggu.
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Istiqamah dan disiplin: Siri kaya #8
kelihatan luas dan selesa homestay tuh…mana tau jika ada rezeki ke sana bolehla menginap di sana…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Wordless Wednesday – Header Baru
yup..selesa. bilik tidur dan bilik air pun selesa.
dapur pun ada tapi kami tak masak
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
dengar ceritanya putri santubong tu menarik juga macam real je pulak
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Percutian Beijing penuh dengan penipuan
ada dua vesi cerita puteri santubong tu…satu puteri dari brunei dan satu kisah lagi turun dari kayangan…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
pehh..memang best la kalau dapat jenjalan begini..
Jom terjah post menarik dari titan ..20 sen.
yang botok2 tu macam sedap…
umai udang pun ada?
teringin nak makan..
ahahhaaa
Jom terjah post menarik dari mie ..Wordless Wednesday #24 I’m Flying
pertama kali makan umai udang tu…udang campur sagu
botok tenggiri tu mcm pais ikan
botok gelama tu ikan sekor2…tak berapa nak reti makan sebenarnya
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Sangat sangat menarik sekali…teringin juga nak kesana…
Jom terjah post menarik dari daddydee ..Semangat Kekitaan Yang Hilang
kalau suka bercuti luar bandar, memang seronok tengok perkampungan tempatan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Wah cantik dan bersih pantainya
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Blogging Success : Lessons Learned from Albert Einstein
betul betul… pada pandangan kak jie, penduduk Sarawak sgt menjaga kebersihan tempat ..sungai pun tak tercemar, tak ada yang buang sampah ke dalam sungai. Di kampung jauh ceruk pun ada tong sampah majlis daerah kutip.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Hanya mengenali Santubong dari lagu sahaja.Kalau mcm ni lah homestay nya,mmg terbaik lah. 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Ikan patin masak tempoyak Pahang
kalau penginapan berkumpulan seperti seminar atau family day, pelawat akan tinggal bersama keluarga pemilik homestay… ada pelbagai acara bersama penduduk kampung.
kami datang sekeluarga je…. kebetulan Puan Jamilah pun sibuk dgn acara penting Majlis Aidil Fitri.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
semoga datang kembali ke Sarawak ..
Jom terjah post menarik dari kakiblog ..Penulisan Blog Sebagai Rutin Harian Blogger
Insya Allah.. kemungkin bandar-bandar lain di Sarawak