Rasulullah s.a.w bersabda: “Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan EMPAT orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka.” (Riwayat Ali bin Abi Tholib r.a)
Masalah bagi saya pula, sering ditanya soalan yang paling asas dan berulang-ulang. Perkara yang ditanya adalah perkara-perkara yang telah saya tulis di entri blog. Saya pula yang jadi serba salah untuk jawap atau tak jawap. Sekali dua rajin juga saya balas, tapi kalau dah sepuluh kali dapat soalan macam ni, mulalah naik angin..hihi
Antara teknik untuk bertanya adalah biarlah soalan tersebut terperinci.
Contohnya ,
Kak Jie, saya nak ambil kete api kt kl sentral sblh malam..prjlanan dr kl sentral trus smpai ke bterworth ke atau ada stesen prtukran nt sblm smpai ke bterworth?
Soalan ini jelas dan senang untuk kita beritahu. Saya boleh jawap dengan senang hati walau pun ketika ini saya berada di kawasan talian terhad ( Tasik Kenyir, Hulu Terengganu ) dan sangat bersyukur kerana dia membalas ucapan terima kasih selepas diberi penerangan.
Contoh ,
Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger bagi org kenal mcm kak jie, dpt trafik dan seo baik?
Soalan ini saya dapat jawapan selepas 3-4 tahun menjadi blogger. Sudah tentu saya tak boleh balas dengan 2-3 perenggan. Dan lagi, semua persoalan tu ada dalam entri, perlu membaca, membaca dan membaca sebelum bertanya.
Bertanya juga ada skilnya, kita perlu membaca atau membuat homework mengenai topik yang akan ditanya, barulah jawapan yang akan diperolehi lebih berkembang. Adakah perkara yang ingin ditanya itu telah dibincangkan di dalam blog? Guna kotak carian di sidebar blog untuk membuat carian kata kunci yang sepadan.
Pertanyaan yang baik adalah selepas mencuba dan berusaha mencari. Beritahu kalau dah mencuba cara itu, mencuba cara ini tetapi tetap tidak berjaya barulah saya tahu kemampuan dan tahap kefahaman yang bertanya. Di peringkat manakah masalah itu timbul. Saya bukan manusia ajaib yang boleh membaca fikiran orang lain.
Ada seseorang yang bertanya sesuatu function di dalam blog ini, bila diberitahu saya menggunakan plugin , dia tak tahu apa itu plugin dan keadaan menjadi semakin rumit apabila saya terangkan blog ini menggunakan WordPress kerana dia anggap semua blog adalah blog. Bila dah sampai ke tahap ini, apa yang perlu saya terangkan?
Pertanyaan yang baik juga boleh diselesaikan dengan sekali jawapan bukan perlu menjawap kembali soalan-soalan yang terkeluar topik dan perlu membalas email 3-4 kali. Masa saya sangat berharga dan ada banyak urusakan rutin kehidupan yang perlu disiapkan.
Jangan andaikan pertanyaan tersebut akan dijawap sekelip mata. Kita tidak tahu pemilik blog itu bagaimana kehidupan sebenar. Kemungkinan dia sibuk, berada di luar daerah, talian internet yang terbatas, sedang terlantar sakit perut cirit birit , sedang memandu atau mempunyai masalah peribadi yang membuatkan beliau kurang fokus kepada urusan online.
Bertanya bermaksud orang yang bertanya itu adalah seseorang yang sentiasa menyerap ilmu yang disampaikan melalui jawapan kepada pertanyaannya.
Bukan senang untuk mendapatkan kunci yang sesuai bagi membuka gudangnya!
tanya biar terang…hehe
suka picture pertama tu macam bekas peralatan hardware, aruah ayah saya bekas army ada benda tu untuk isi sebagal bagai hardware spanner, ragum, screwdriver
dan pelbagai peralatan kecil, tapi bekas besi tu sebenarnya bekas isi peluru….
ada lagi saya simpan kat stor….. hehe……
Kalau yang bertanya tak tahu beberapa pokok dasar dari pertanyaannya memang sulit untuk memberikan jawaban dan mungkin malah akan membuat si penanya jadi tambah puyeng ya..
SA bukan la blogger tegar tp tetap dapat soalan yang sama..x dapat SA nak jawab …
Nampak gaya kena gali blog kak Jie dengan ‘search’ nanti kena sembur.
Kadang kelakar jugak dgn orang yg bertanya ni.Kak Jie kena himpunkan semua entri yg ada tip2 blogging baru dorang senang cari hehehe…macam kat side bar tu (resepi)tu. 🙂
Cara bertanya soalan menunjukkan adab.
Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger RETIS bagi org kenal mcm kak jie, dpt trafik dan seo baik?
Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger kenal mcm kak jie, trafik berjuta-juta?
Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger mcm kak jie, seo power terbabooom?
😆
Asalamualaikum…Salam Aidilfitri…buat KakJie
Tak salh bertanya? Kalau tak tanya masakn perlunya blogwalking di blog mereka. Sepeti yang Kakjie katakan…fikir dulu dan buat carian di blog apa yang ingin dicari, jika tiada jawapan bolehlah mula bertanya. Kadang-kadang nak carian di google search sukar jugak, apa yang dikehendaki tidak mencapai apa yang dikehendaki.
den sampai sekarang ada probs nak tanyakan soalan, selalunya dapat jawapan yang lain dari apa yang den harapkan..
Tolong amalkan meng-google dulu sebelum bertanya. Dah google baca kasi hadam jgn dok tengok tajuk pastu malas nak membaca…jawabnya…noktah.
Biasanya saya akan mencari maklumat tentang suatu perkara dahulu menerusi google.. Walaupun tak banyak, serba sedikit saya pasti akan dapat jawapan, sebab apa yang kita cari itu terkadang ianya takkan habis.. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama seperti Kak Kujie, soalan yang terkadang sukar faham dan akhirnya saya bertanya soalan kembali kepada dia.. Semuanya perlukan skill dan kemahiran..
betul tu kakJie. Dulu masa mula2 jadi blogger, ada juga terima soalan yg mcm rasa nak tampar je sebab tanya banyak2 kali benda yg sama. Bila sy ajar, tak pulak mencatit. Geram sesangat. Tp sekarang ni, dah sgt2 bz, tak terlarat nak layan. Tu yg sekali buat entri, habis semua topik nak disangkutpautkan. Pening kepala readers nak membaca. hehe. Harini, saya cuba jadi suri rumah sepenuh masa & berblogging. Baru tahu, mmg penat jadi blogger ni sebenarnya… tapi berbaloi2 bila ada entri yg dikongsi ramai dan ada masyuk… Sayang kakJie, blogger yg tak sombong dan tak kedekut komen apatahlagi ilmu 🙂
Kak jie, bilakah saya dapat memancing ikan di kolam kak jie?
ehh, ini soalan yang baik tak?
Biasanya bila ditanya soalan rumit begitu saya akan jawab basic dan suruh dia buat itu dulu. Contoh dalam bab macam mana nak jadi blogger macam kak Ujie, saya akan jawab buka satu blog dan tulis…buat itu dulu.
Satu lagi contoh bila ditanya macam mana nak tulis dengan baik dan bla-bla…saya akan jawab…mula menulis dan buat itu dulu…stop.
Masa mula2 blogging, terlalu inginkan maklumat segera…bertanya adalah cara paling mudah tanpa mengira bagaimana dan cara soalan diajukan. Bila tidak berbalas…mulalah ingatkan blogger tersebut sombong dan kedekut ilmu.
Bila dah lama blogging..dan bila blogger lain bertanya soalan kpd kita barulah kita faham…Ya! Pengalaman mengajar kita…dan itulah yg saya dapat dari Kak Jie (terima kasih Kak Jie…kalau anda masih ingat lagilah)
Buat blogger yg dahagakan ilmu, membaca dan mencari maklumat sendiri adalah jalan terbaik. Bukan bermakna bertanya itu tidak boleh tapi, bak kata Kak Jie biarlah bijak mengajukan soalan…
orang yang paling bagus ialah dia study sendiri, kalo betul2x tak faham baru tanya. Macam saya (Perasan skit)..hahaha
kadang2 nak tanya soalan bodoh pun kena fikir dulu soalan tu boleh dicari jawapannya dengan sendiri ataupun memang orang lain kena tolong jawabkan..ye tak kak jie?
Dayah sayang akak. Nak bgtau tu je.. (walaupun komen tak kena mengena dayah baca entry akak sampai habis tau..walaupun jarang komen dayah baca sebanyak yang boleh entry akak tau.. siap qada entry lepas..)
Motip nak bagitahu blogger kesayangan saya pesan banyak membaca.. bekas PM malaysia kata bangsa membaca bangsa berjaya..
Ok..kategori komen panjang lebar nih.. (macam kita dua orang la kan kak jie kan) hehe.. ^_^
Sayang kak jie sayang kak jie sayang kak jie..
heheh..nk tanya soalan pon kena study tau…
hahahah.. lawak pun ada baca entri ni..
errrmmm.. masalah saya, saya tak tau nak tanya kat sini sbb terlalu byk sy nak tanya..
Apa yang saya faham dari tulisan akak ni, bagaimana nak layan pertanyaan orang dengan baik terutamanya soalan dari alam maya ini.
Memang susah. Selalu terbayangkan ustaz-ustaz yang tak pernah jemu jawab soalan/ceramah benda yang sama berulang-ulang untuk fahamkan masyarakat. Hmm…
mendidik masyarat untuk belajar bertanya soalan yang baik juga perlu…
kerap bertanya itu memang perlu, kita memang sentiasa di latih untuk mencari ilmu.. Bertanya adalah satu proses pembelajaran yang terbaik sekali..
kakjie, bila mahu belanja cendol??
Org tua pernah ckp malu bertanya sesat jalan.
Banyak ilmu boleh jalan.
Kan?
kalau duduk kat Gerik, nak tanya jalan kat Australia memang salah cara lah tu…. sebab tu ada caranya nak tanya pun “p
Haha pertanyaan yg tak masuk akal pun boleh
Hahahahaha mengekek dayah gelak kuat kuat la kak!
Jawab pada dia pergi Australia dulu…!
betul tu bukan senang nak bertanya. Budak universiti pun susah untuk bertanya kepada pensyarah.
kak jie mmg latih anak2 bertanya sejak kecik..dia orang mmg kerap bertanya2 ni..segala topik kami berbincang