Sebenarnya entri ini paling lama ada dalam draft kerana saya pernah berjanji selepas balik dari majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 untuk menjawap pertanyaan Pakar Hartanah kita mengenai beberapa soalan yang pernah ditanya.
Banyak sangat benda yang nak diisi, sampai makcik pun dah terlupa.
Ok, tak payah nak membebel panjang, kita terus ke isu utama
Soalan Nombor 1
Tips-tips SEO yang selalu digunakan – saya bukan pemain SEO yang tegar. Saya tak guna apa satu benda tools pun untuk mengkaji kata kunci untuk menghasilkan entri. Tetapi saya ikuti beberapa prinsip mudah SEO yang asas hasil dari pengalaman dan pemerhatian. Banyaklah membaca dan mengoogle maklumat di internet.
Saya tak kaut semua keyword dan kejar semua berita panas semasa. Semua maksudnya apa saja isu panas, terus update untuk trafik. Saya memilih sesuatu isu yang ada hubung kait dengan kehidupan, jadi entri yang dihasilkan ada target untuk engin carian tetapi dalam masa yang sama tetap memancing pembaca setia. Dengan cara ini, saya tak penat terkejar- kejar trafik yang turun naik secara drastik bergantung kepada isu panas semasa.
Saya ada back-up entri semasa yang menjadi carian utama sepanjang tahun, bukan bergantung semata-mata kepada isu sensasi semasa’ untuk mendapatkan trafik ke blog. Sekali atau dua kali setahun, trafik luar biasa itu adalah bonus.
Saya ada peraturan tersendiri untuk hasilkan entri yang saya targetkan kepada enjin carian. Ada hari tertentu ada masa tertentu. Saya perlu tahu mengenai kesesuaian bentuk entri yang ingin diutarakan pada hujung minggu, pada hari Isnin, pada hari Rabu atau pada hari Khamis. Saya mengkaji blog sendiri berdasarkan aliran trafik tiap jam, tiap hari dan tiap bulan.
Blogger perlu kenali blog sendiri , tahu keyword untuk Januari, untuk musim untuk perayaan. Benda ni tak boleh dijelaskan kepada semua orang kerana setiap blog adalah berbeza. Dari rekod-rekod terdahulu, saya tahu bila bulan yang paling mewah dan bila bulan yang paling hambar. Kena baca dan kajian graf dan analistik blog sendiri.
Ramai blogger yang menggunakan cara salah berSEO. Boleh baca pandangan seorang blogger popular mengenai kekeliruan blogger mengenai SEO di entri ini – Adakah Blogger Keliru Dengan SEO. Mereka bermati matian menggunakan semua isu panas dan akhirnya hilang pembaca setia. Mereka hilang ‘human sense’ untuk berinteraksi dengan manusia. Akhirnya sampai satu peringkat, meraka rasa sunyi sepi dan motivasi diri juga terhakis.
Saya lemah bab SEO ni, saya cuma ada pengalaman bukan formal, sebab tu saya tak boleh berikan tutorial lengkap.
Soalan No 2 –
Saya jarang join event atau gathering. Saya tak pergi bukan sekarang, bukan masa orang cakap dah jadi blogger popular dah sombong tak join event. Dari dulu…………. sewaktu mula menjadi blogger dulu saya kurang join event. Ada juga sesekali tetapi sangat sangat sangat kurang. Tak pergi event juga adalah salah satu sebab kenapa saya tinggalkan Nuffnang. Bukan salah Nuffnang tetapi saya sendiri yang tidak boleh masuk dengan konsep mereka.
Saya pergi event kalau dibayar atau jemputan rakan rapat. Kalau tidak dibayar pun saya akan timbang kesesuaian majlis dan waktu. Hadiri perjumpaan atau event penting untuk penjenamaan dan memperkenalkan diri di dalam komuniti supaya mudah untuk mendapatkan job dan dikenali. Tetapi, saya juga perlu buat kira-kira bergantung kepada lokasi kerana saya perlu luangkan masa, duit minyak, bayar parking dan tanggungjawap lain yang lebih utama dalam kehidupan.
Saya memilih , ya memang saya memilih. Saya meletakkan nilai diri sendiri pada satu level dan saya berpegang kepada T&C tersebut. Biar orang nak mengata saya sombong , mata duitan, memilih atau apa saja… selagi saya tidak mengata dia, saya tak berbuat salah dengan dia.
Saya bukan blogger sepenuh masa, juga bukan separuh masa. Saya rasa saya seorang blogger suku masa. hehehe Saya masih seorang pelajar. Saya ada kelas pengajian setiap hari Isnin – Jumaat dari jam 8.30 pagi – 11.30 pagi. Saya ada rumahtanggan dan blogging bukan priority.
Soalan nombor 3.
Dikenali dan dihormati dikalangan blogger – soalan ini bukan saya yang boleh jawap. Pengikhtirafan seperti ini bukan boleh diminta, bukan boleh dibeli, ianya datang dari luar kawalan saya. Mungkin sebab saya ni dah level mak-mak yang setiap orang sayang . Sapa tak sayang mak dia…? Tambah-tambah lagi mak-mak macam saya yang kuat membebel di Group Facebook Denaihati. Membebel guna keyboard, memasing tak menanah telinga, bolehlah tahan, kan? Cuba kalau membebel berdepan, semua cabut lari.
©kujie – suami saya bekerja di luar daerah, saya perlu jaga aktiviti keluar rumah tanpa sebab penting – ini sebab yang utama sebenarnya.
Sangat menarik 🙂 sesuatu yg aku praktikkan, post x perlu yg asal baru je nak post tapi biar info yg org betul2 cari 🙂
Kak Jie. Inilah orgnya antara blogger terawal yg saya kenal di alam maya. Saya antara manusia yg respek dan kagum dgn TnC blogging Kak Jie dan tak malu mengaku yg saya jadikan kak jie antara guideline dalam berblogging.
Bab kene bebel tu, tu yg paling best…macam yg saya cakap sokmo2..asal masuk sini…payah nak cari jalan keluar..ada ‘mee racun’ power dalam blog ni…hohoho
thanks kak jie!
wow! impressed baca entry Kujie ni..untung suami Kujie dapat isteri macam ni..tak perlu pening kepala atau risau bila perlu kerja luar daerah..:)
btw, banyak lagi ilmu tentang berblogger yang perlu saya belajar dari Kujie..sebelum ni x tau pun yang rupanya blogger kene kaji blog sendiri..:)
tabik spring dgn entry kak jie nih….
terima kasih kak untuk ilmu yg dikongsikan.
saya menulis di blog hanya suka2 sebab memang suka menulis dan merakam kisah dan cerita tentang apa yg saya nampak, lihat dan alami.
selebihnya berserah pada rezeki yang telah ditetapkan.
kalau ada senyum, kalau tiada sengih…hehe
Dah dua kali jumpa ada intan je..hehe..yang lelaki belum ada rezeki lagi
Gathering sesama blogger ni seronok kalau kena gayanya..saya pun baru berapa kali join gathering…sekali je bawah nuffnang
tetiba teringat pengalaman pertama jumpe cikgu yang kacak sekacak cikgu naman =)
Pengalaman kak jie yg saya kagum sgt…
kak jie ada cara penulis yg orang lain takde.. ade aura di situ..
mabruk !
Saya sendiri juga kagum dengan Kak Jie, walau tak pernah bertatap muka secara langsung namun tetap ramah, dan terbuka menyambut semua pelawat blog-nya nie..
Semoga makin sukses dalam dunia blogging ya Kak Jie …
hehe brilliant la kujie..
pasai N tu, den decide untuk tak letak kek blog baru den, den nak berjaya dalam menjual ilmu, iaitu ebook.. den sedaya upaya jadikan blog den ringan dengan humor 🙂
kagum dengan prinsip dan pencapaian Kak Jie dalam dunia blogging…
Walaupun saya masih sgt baru dalam arena blogging, tapi saya sgt kagum dan suka dgn cara Kak Jie… prinsip setiap org dan cara melihat sesuatu isu tu mungkin berbeza. Moga Kak Jie terus sukses
yang penting kita kena hormat privasi orang la kan…bukan semua orang sama macam kita..apa-2 pun kujie memang terbaik
saya pulak memang rajin ke event masa bujang dulu. tapi lepas berkahwin ni, tak dapat nak join atas sebab menghormati kehendak suami.
tapi masih tak popular macam kak jie..hehe..maklumlah jarang updet blog. 🙂 tabik kat kak jie, ada semangat untuk terus berblog. saya lepas kahwin je dah berkurang sikit update. hehe…
Saya memang respek habis dengan cara kak jie. Semoga terus maju kak dalam arena blogging tanahair dan juga kehidupan.
best baca persoalan pertama tu. cayalah kak!!
setuju dengan pendapat kak jie, memang betul kita kena selalu jaga priority biarlah berpada dan sepadan dengan kita…pendapat SEO tu saya masih belajar lagi banyak info yg dipelajari dari blog ini…..
sukalah dgn cara kjie, zaza pun xpernah join gahtering..jauh..
SA x pernah join mana2 gathering blogger..setakat jumpa untuk suka2 tu ada..yang besar2 mcm selalu diorang buat tu…mmg x pernah join…teringin jugak..tp tu la SEGAN
fyna pun tak pernah join lagi gathering. jauh sangat.
Padat dengan customize tips Kak Jie. Terima kasih bebanyak kerana sudi berkongsi tips SEO yang paling unik pernah saya baca. TQVM
Terima kasih kak jie banyak info yang dikongsikan disini. Bukan SEO tapi kaji apa yang dimahukan itu lagi perting.
Saya pun jarang join gath,
Saya sangat teruja baca tulisan Kak Jie kali ini. Berapa ramai yang buat analisis tentang blog sendiri? Saya pun tak pernah buat kak sebab saya hanya fikir nak tulis tak pernah fikir sisi lain pun, kena lagi banyak membaca untuk tambah ilmu.
antara yg saya belajar dari sini ini ialah keywords avergreen dan keywords bermusim dan saya telah praktik memang berhasil yg best tu entri lama naik semula bila sampai masa cuma kena update ikut info terkini … betul tu kita kena kena blog kita sendiri terutama top 10 keywords yg terjah blog kita setiap hari, minggu, bulan dan tahun
terima kasih ilmunya
Lama tak jumpa Kak Jie. Rindula! 😀
Terima kasih akak.
Bukan selalu dapat menimba ilmu dari orang berpengalaman luas mcm akak.
Hensem anak teruna tu. Hahahha
salam. keje sy sbagai financial consultant masanya sgt fleksibel. so kalau tak ada appoinment sy akan joint event2 yg ada. tujuannya untuk menjalinkan hubungan jangkamasa panjang di kedua2 bidang, blogging dan financial service. seronok la jugak.. heheheh
Lelaki dan perempuan berbeza
Lelaki mencari nafkah keluarga, tetapi masih tertakluk dengan aturan agama dan adat. Perempuan lagi perlu fikir macam-macam…. agama yang memelihara mereka menyebabkan mereka perlu mengelak untuk kerap berada di tempat yang tak perlu, bukan keutamaan.
alhamdulillah. itulah yg terbaik.
serius…terbaik!
Tips yang cukup bagus. Kena baca lagi nie..
salam kak,saya dah menulis.blog dr2006 tp tak pernah pergi mana mana event.saya juga sentiasa mencari identiti blog saya.yang saya tahu,saya ada blog sebab saya suka menulis.tapi tak guna juga kalau apa yg kita tulis tiada org yg baca..dan sampai kini saya masih cuba mengenali blog sendiri..huhu
kak jie – ila pun bukan blloger glamer tp ila pun mcm kak jie hanya pergi kalau dibayar dan tempat tue dekat n tak menyusahkan hsbd utk htr atau pergi sendiri. kalau tak berbaloi buat apa pergi… lebih baik habiskan masa terluang dgn anak2 dan suami.. dah banyak masa habis di pejabat. .lagipun ila prefer habiskan masa tue untuk isi borang contest yg mendatangkan side income dan menulis. menulis dan contest ila boleh buat di rumh tanpa tinggalkn ankdan suami. boleh jugak buat keja umah yg bertimbun tue.. masak, sidai kain etc etc kan? kan? oh kak jie lepas ila habis pantang ila nak poskan dua buku ila kat kak jie tau..
hensem anak teruna kak Ji tu, (hahah lari tahuk)
mak gua bagi..barulah gua pergi.
kalau tak..jangan harap. haha..
bagus2…ciri2 anak soleh ni… =)
Tak ramai macam kak Jie yang mempunyai prinsip dan pegangan. Saya juga goyang iman. 🙂
Bila dah berkeluarga komitmen memang banyak.
terbaik kakji. sama la kita.. saya pun kadang pergi event atas dasar kawan kalau tak berbayar..
bab seo tuh, saya masih menkaji blog sendiri.tapi perlu masa panjang sbb blogging pun pasang surut dengan bizi belajar.. banyak kena belajar. kalau google hari hari ada bende baru yang saya belajar.
tepat sangatlah sebab utama tu. Walaupun suami izinkan, tapi .. pandai-pandailah.
setuju dengan pandangan kujie..sekarang ni terpaksa juga menghadkan keluar gi event di sebabkan suami yang sekarang dah bekerja jauh. Utamakan family lebih penting dari itu semua..blog suka suki..dapat rezeki..alhamdulliah
Salam Kak Jie
Info dari pengalaman dan pembelajaran tidak formal inilah yang lebih mudah di fahami dan diikuti. Walau bagaimanapun, masih perlu ada usaha untuk mempelajari, meneliti, mengkaji dan meningkatkan kualiti blog jika mahu terus maju.
Bersyukur krn skrg ini ramai blogger senior yg ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka… Terima kasih!
Saya setuju sangat yg no.2. Bila buka blog yg niche mcm saya, yg lain semua ingat saya akan pergi cover event. Memang saya nak tapi kalau statistik blog pun masih rendah, lagi segan nak minat invite dari organizer. Tapi orang lain yg tak faham.
Nampak macam ada link brader denaihati kat atas tu..hehe
Tak faham komen ni
Maksudnya kak Jie ada sebut Denaihati dlm entri kak Jie di atas. Tahniah kak Jie. Saya baca dari awal ke akhir. Terkesima sebentar dibuatnya sy tadi. Kagum sgt2. Hebat. Saya mohon letak entri ni dalam blog saya di tab page under Panduan Blogging’. Blogger perlu ada identiti dan cara tersendiri. Saya juga masih tercari-cari identiti blog saya. Inshaa Allah 1 day akan terjumpa juga berkat blogwalking & membaca apa sahaja yg blogger hebat macam kak Jie paparkan dalam fb Denaihati atau di fb Kak Jie sendiri. Terima kasih. Maaf panjang lebar saya beri komen
Saya setuju Kak Jie memang dihormati dikalangan blogger,sebab sikap Kak Jie sendiri yang menyenangkan para blogger.Tiada status2 menjengkelkan baik di blog dan juga di facebook. – pokok nya seneng deh 🙂
Kak Jie pyn mcm org lain juga… ada juga benda yg menne gkelkan ada sisi gelap tetapi sgt berhati- hati luahkan secara terbuka di laman sosial ( blog, fb atau twitter)
Bijak dalam bab luahan terbuka tu rasanya yg menyebabkan kak jie dihormati dan disayangi =)
Bab ni jugaklah org2 muda macam saya dan org2 yg dah tak berapa muda nak kena belajar utk menapis dgn baik =)
itu la kak jie..ramai blogger tak tahu semua tu..depa pentingkan income NN tu semua..semuanya sebab ada NN dan memacam company tu..cuba kalau takde la depa ni…macam mana ye blogger semua?petak kepala kot nak cari income dari blog agaknya..
Sebab tu ada seseorang buka blogger pernah cakap dgn kak jie..kenapa event profile tinggi, event mahal2 blogger yg pergi tu diam2 je… tengok2 keluar entry dpt payment… tak riuh rendah. Ini bukan blogger yang nampak… kita tg pamerkan diri kita utk dinilai org lain.
pegang pada prinsip jadi diri sendiri kan kak jie…
Betul sgt… kita kena bina benteng utk jaga diri sendiri..terlalu terdedah pun bkn baik sgt..
Sangat setuju
Berkenaan dengan SEO itu saya dapat ilmu baharu dari penerangan yang sedikit itu.. Ilmu blogger lama seperti Kak Kujie juga sentiasa di cari bagi kami yang baru setahun jagung dalam berblogging..
Semua ada sebab tersendiri untuk jarang pergi ke event.. Macam saya pun kekangan masa dan kerja menjadi sebab utama untuk tidak kerap menghadiri event.. Malah event pertama saya di Seminar Buat Duit dengan blog tempohari menjadi pengalaman pertama saya..
Dan saya juga blogger separuh masa dan masih tercari-cari apakah hala tuju saya dalam bidang blogging ini semakin luas..
Hujung minggu target pelawat enjin carian , kalau untuk daily update weekday kak jie lebih selesa buat entri untuk pembaca kalangan kenalan blogger. Kalau Rabu -Khamis sesuai utk sponsored post. Isnin entri simple dan ringan sebab ramai baru masuk kerja… mcm2 lagilah yang cuba dipraktikkan.
Tips update entry yg berguna buat saya. Selalu sy update entri tak kira masa, ikut dan sahaja. Terima kasih 🙂
Bagus kakJie. Berpegang teguh pada prinsip sendiri..
Tapi betul la, ibu mesti utamakan keluarga dari segalanya. Nak berkejaran blogging sampai masa bersama keluarga tu kurang tak boleh juga kan.
Tapi bukan senang.. berada pada kedudukan Kak Jie lebih banyak godaan… kadang2 tawaran tiba dengan cukup mewah tetapi ada prinsip dan peraturan yg ditetapkan Kak jie kena ikut.
memang betul, membaca dan menyelidik paling best di antara terbest. mcm saintis kiranya kan..
sy pun kalau event tgk pada keadaan. mcm akak ckp, memilih paling penting. tapi teringin sangat nak pergi, balun jelahhh
nota: taktaulah bila dapat jumpa semuanya kan…
Kak Jie boleh habiskan byk masa untuk membaca… buka satu web klik satu pautan
.klik baca dan baca…
Kini ramai yang sudah faham.. saya pun faham awal2 jika kenali blogger tersebut. Mak, nak beras RM1.11
cukup ke beras sejemput tu… mana cukup kalau Kid makan 3 pinggan. erk… nasi semalam ada, dalam peti sejuk hahaha