Petang tadi sewaktu semua penduduk Johor meraikan acara tahunan mengukur Indeks Pencemaran Udara (PSI) , saya mendapat mention di Twitter mengenai kes ini. ( undang-undang Twitter kena baca dari bawah )
Terima kasih Arin yang hantar screenshot ini… perasan juga dia gambar yang keluar kat TV3 tu.
Nampak watermark tu? Kalau nak tengok gambar jelas dari entri yang di gunakan oleh TV3 tersebut , klik sini – Projek Empangan Hidroelektik Hulu Terengganu ( Puah Dam ). Gambar bukan cantik sangat pun, dari telefon bukan DSLR
Betullah kata Syafiq, maca tulisan Hollywood tuuu.. Gedabak keluar kat skrin TV
Watermark saya dalam image file photoshop, boleh diselaraskan sais atau kejelasan , nak kabur nak terang bukan bentuk text yang mudah dipadam.
Cerita disebalik gambar berwatermark ini.
Sewaktu gambar ini di upload di blog, saya masih gunakan watermark text biasa dari photoscape. Bila saya dah ada watermark yang dibuat khas oleh Encik Ai, saya upload semula gambar tersebut dan letakkan watermark ditengah-tengah image secara pudar memandangkan gambar-gambar di Empangan Hidroelektri Hulu Terengganu ini agak ekslusif.
Bukan mudah untuk dapatkan gambar dari dalam tapak pembinaan tersebut. Bukan semua orang boleh keluar masuk sesuka hati ke dalam kawasan projek mega ini.
Gambar ini dari laluan ke Empangan Sungai Tembak – nun jauh di sana projek Empangan Sungai Puah dan Tasik Kenyir,
Kepada pengunjung lain, kalau hendakkkan gambar dari blog ini, gunalah contact form, minta. Saya boleh bagi . Saya ada banyak gambar Tasik Kenyir dan sekitar pembinaan empangan.
Contoh wartawan Sinar Harian pun tahu nak hubungi blogger untuk meminta entri blog sebagai bahan mereka. Kisah dulu di sini – Duit syiling baru tak laku
Laluan Gua Musang ke Kuala Berang melalui Felda Aring.
Nota : saya suka hijau suka pokok, jadi kebarangkalian untuk tengok gambar aksi duckface , gyiyomi agak tipis di sini…sesekali adalah
betul la, tak patut. dah letak waterwark macam tu pun kena ‘ambil tanpa izin’ jugak. saya pun pernah alami perkara sama, gambar dicuri oleh satu page di facebook. letak watermark kat bucu. tapi kena crop pulak! aduh…
wartawan sekarang sudah mulai banyak menggunakan sumber tulisan dari blogger termasuk anda, bagus sekali tu
aah laaa…. mcm Hollywood punya papan tandaa…
so, maknanya gambar tu dicilok dr blog kakjie tanpa maklumankah??
Sangat cantik pemandangan laluan Gua Musang via Felda Arin tu. Hopefully suatu hari nanti dapat ke sana. 🙂
cantik gambar permandangan empangan hidroelektri nie..
ada gambar² pembinaan… tapi rasa tak sesuai nak share kat blog secara terbuka
takut nanti dah tak boleh masuk..hihi
sikit2 bolehlah.
silapbesar la..takkan la wartawan pun tak tahu etika..sepatutnya mereka lebih arif..
dia tak jangka, tagline blog kak jie tu blogger lain kenal :p
blogger popular kot..ramai orang kenal..hehe
Boleh saya tahu gambar ni keluar masa rancangan mana ya? Berita tv3 pukul 8 ke?
Teganu Kita Season 4 6 petang
nok kena royat wi ke MB ambe ni..
Saya tahu Kak JIe mesti melihat dari sudut positif …… tulah yg selalu belajar dari my Sifu Kak Jie.
kalau pun tak dibayar, bila diminta kak jie boleh je bagi
bukan masalah besar sebenarnya
Kalau sayalah, mesti sakit hati + gumbira. Free publicity maa
tak rasa sakit hati…cuma rasa
awatlah depa buat mcm tu… kan ada cara utk dapatkan gambar
minta – itu je
cantik betul gambar kak kujie amik.. saya org ganu pun tak pernah nak lalu kawasan tuh..
terbaik..
tuh la..depa ni main redah jeee…kalau mintak cara elok, pasti bagi punya..
lagi lah nak masuk tv..
tapi gambar tak ada ciri ciri teknikal photogragh
gambar moment yang frame depan mata
Seruis nampak macam papan tanda. .hik3
kena letak watermark di tempat stategi
masuk tv dia, dah macam selebriti.
untuk perkara yang …erk…. tak rasmi
kalau jemputan rasmi ke…best juga nak gebang :p
Tentu ingat mereka tidak mengapa..kesal juga sedangkan mereka tahu etika
saya tak akan jadi kedekut walau diminta
Macam tak percaya jer TV3 buat macam ni…tapi kena percaya gak kan hehehhe..sebab dah ada screenshot 🙂
kak jie ni lagi lah……………..mcm eh! ada org perasan itu dari blog kak jie
sempat snap dari tv lagi tu.
Rakan2 blogger mesti kenal dengan tagline kak Jie. Agaknya kalau layman akan tertanya2 kenapa ada tulisan Hidup Biar Sedap di situ. Hihi..
he he he…. kalau bukan blogger yang kenal kak jie tertengok sagmen tu mesti terfikir…wahhhh… kat Tasik Kenyir ada signboard besar macam Hollywood!
betullah, nampak macam hollywood pon ada, tp apa apa pun memang kalau boleh mereka minta kita dulu, kalau saya, depa x minta pon xpa, asalkan bagi credit contohnya masa dlm TV tu letaklah, image ini kepunyaan blogger bla bla bla mcm tu pun ok, janji kasi credit… 🙂
tak bagi kredit pun dah ada kat gambar tu… semua orang boleh nampak, cuma tuan blog je tak tau
kalau dia minta, tak ada masalah pun…. mgkn mereka beranggapan tak akan ada orang yang perasan benda ni, tak ada blogger yang kenal tagline tu
tak bertanggungjawab betul la tv3 ni
Kerja nak mudah saja. Ambil gambar dari blog-blog. Letak kat tv. Sekurang-kurangnya mintalah izin bertulis dari tuan punya blog. Watermark pun dah terang ada kat situ.
saya tak ada masalah nak bagi kalau diminta…
Untunglah watermark tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Kadang2, ada editor sanggup edit gambar2 yg ada watermark
belajar dari pengalaman… guna watermark yang smart, tak boleh buang dan kedudukan tu kena cover gambar.
tak semua gambar letak watermark untuk secure, ada yg sekadar letak..bergantung kepada jenis gambar tu..nilai ekslusif
saya suka watermark kat pic nie…nampak natural dalam kehijauan pic….
biasanya watermark memang diblur supaya dapat masuk dengan background gambar..tak nampak sangat tapi ada
yang penting…susah nak dibuang 🙂
Cantik gambar yang kak Jie ambik..
Tp tulahkan.. kalau nak minta la, takdelah terpampang besaq kat situ… hheee
kak jie lebih minat gambar alam… dan sebab selalu ke tempat² yang exotic, bersyukur sangat boleh nampak mcm²
kami pun bersyukur sangat2 sbb dpat tumpang tgk gambar2 yg kak jie sudi berkongsi…
thanks kak jie =)
saya pernah tersangkut di Sg Aring ni, Jeep rosak, tidur dalam Jeep sbb tiada siapa yg lalu waktu mlm kat situ..seramm hehe
akan datang jalan ni adah ada coverage telefon… dah banyak menara telekomunikasi dipasang..setiap 6 km
tu kalau orang atasan dorang tau.. agak2 apa tindakan yang dorang buat..? senyap..?
walaupun bagi sesetengah orang, hal tu kecik aje tapi itu apalah salahnya mintak kan.. tak rugi apa-apapun..
benda ni dah kerap berlaku sebenarnya… bukan kedekut tak mau bagi
tapi kat blog memang ada ruang utk dihubungi, bagi tau je
sekurang2 kita pun boleh war warkan dgn rakan2 blogger
rating rancangan dia pun naik.. kan elok mcm tu
berhubung…kita pun up entri..tak sapa pun rugi
assalamualaikum kujie…tv3 pun nak cilok gambar kita juga ke? kesian nyer mereka x boleh nak minta gambar tu ngan tuannyer ke kan…;)
waalaikumsalam
sekarang ni tak perlu keluar buat keje, dok depan komputer je… 🙂
kebanyakkan blog ada ruang utk dihubungi, tak salah pun minta izin
keadaan jadi lebih mesra… kita pun boleh hebahkan program dia
dia dapat rating
alahai… makin glamer akak aku sorang ni…
tapi tak secomel kak ton….huhuhu
kelasss jawapan kak jie…huhuhuhu
hai pakcik………… awak stalk semua entri dan komen sekali ke…?
hehehe
hahahaha…ni yg bahaya masuk blog kak jie ni….banyak ‘umpan beracun” macam mee racun….hehehehe
baca komen2 kat sini best…audiens dia lain macam sikit
Dah banyak kes orang TV dan orang akhbar curi content dari blog2.. Diorang dah takde bahan untuk berita agaknya.. Lepas tu main ambik je kat blog2 orang.. Patut diajar isu copyright kat diorang2 tu..
blogger pun ada mcm2 kategori… ada yg entri dia tak original
tapi kita jgnlah jadi mcm tu, kan…. kita berdiri dgn identiti sendiri
kalau dia email cakap nak gambar, kak jie boleh bagi bagi…ada banyak gambar kt sana…
hehe..TV3..TV3..ajarlah sikit wartawan/editor atau sape² yang terlibat
nasib baik tak kena bebel panjang² kat sini..hehe
silap tak letak alamat blog
kes mcm ni tak boleh bebel panjang.. kena jaga keanggunan biar nampak cool
hahaha….
biasa dah TV3 buat mcm ni. Selalu sgt. Kandungan blog saya penah masuk aduan rakyat sbg rujukan aduan tapi takde kredit dan seboleh2 dia elak dari nampak header. Yg nampak iklan yg org beli direct masa tu. untung la dia. haha
kalau dia contact direct, kita bagi cerita kat dia
itukan cerita 1st hand.. bkan cerita 2nd hand mcm ni
lagi parah Kay, kak jie penah dpt email dari penerbit rancangan dokumentari tentang subjek muzium.. dia nak maklumat….
rasa mcm LOL…kan lebih mudah kalau dia pergi muzium tu, dapatkan bahan 1st hand sebab dia keluarkan program utk perniagaan.
LOL and LOL lagi…
macam tu pun ada…mmg betul2 nak kerja mudah…nak turun buat kerja lapangan pun malas? adeh!
baik hired blogger2 ni utk buat kerja lapangan…kan senang…hohohoho
sedap2 jer tv3 ambil gambar dari blog hidup biar sedap ni… 🙂
nak sedap….. jangan sentap udah
bikin malu daaaaa…… yang ambil gambar tanpa izin 1 hal.. yang editor takkan tak perasan tulisan gedabak kat gambar tu? isk…
yang nak jadi cerita………….. ada pula blogger lain boleh perasan dan snap gambar dari tv 🙂 win sungguh!
memang cam gambar kat hollywood..
tv3 tak nampak ke watermark tu>
nampak tu… dia tak nampak orang lain nampak… hihi
dah tu orang lain tu boleh pula kenal
Pernah juga gambar anak-anak saya menunggu giliran berkhatan dijadikan promo video Semanis Kurma. Macam tidak percaya sahaja gambar tersebut disiarkan. 🙂
rasanya syarikat penerbitan mcm tu lagi ada byk galeri gambar sendiri…
tv3 malas buat kerja la tu, search google image pastu keluar gmbr blog akak…
saya suka lihat hasil kerja gmbar akak, even pakai camera hp je.
mungkin sebelum ni bukan blogger, jadi tak ada orang nak update tentang ni
kak jie suka guna frame alam…suka view cantik sebab muka sendiri tak berapa photogenik…hihi
sape ada skrin tv besar..mesti besar nampaknya. hoho
disebalik bukit bukau…
Macam penulisan kak jie memang dari pengalaman dan gambar pun sendiri shot. Nilainya sangat tinggi. Hak cipta terpelihara. Kalau di siar di media utama, sewajarnya mendapat kredit dan bayaran.
Artikel saya pula xlah original sgt tp perlukan rujukan dari byk sumber dan saya olah mengikut gaya sendiri, malah gambar pun byk diambil dari FB jer… Itu pun mendapat panggilan utk menjadi panel forum dan menjadi rujukan. Memang teruja bila ada yg ingin berkongsi pengetahuan…
tapi blog ni merapu meraban juga… tak boleh nak serius 100%
kadang2 sengaja biar santai supaya apa yg nak disampaikan tu boleh diterima
lagi satu… tak berana nak suka menulis secara detail… selalunya ada maksud dan suka biarkan pembaca ‘mencari’ makna yang hendak disampaikan
tapi…………… skrg ni tak ramai orang boleh ‘membaca’ antara ‘garisan’
hohohoho…semuanya pakat baca “atas garisan” ke?
hihi
hahahaha.. kak jie suka tulis benda yang samar, deep…bukan nak orang baca seketul seketul apa yang nak diterangkan
kerap kali apa yg kak jie fokuskan, dibaca sebaliknya oleh pelawat.
hihihi….. berkias atau metafora
assalamualaikum.
tak sangka blog akak jadi perhatian tv3, tapi bleh nampak copyright blog akak. apa nak dikata, sabar jelah.
apa pun, akak dah glamer 😀
p/s: tunggu masa saya je jadi glamer plak 😀
Waalaikumsalam
kalau dia email minta gambar, kak jie ada banyak …tak ada masalah pun.
tanpa watermark pun tak pa… tapi masalahnya tetiba je keluar kat skrin TV
bukan glamer lah tujuan berblog… benda2 ni cuma sampingan
hmmm…
dah macam takde kerja dah mereka tu.
betul tu, kalau ada pun hanya rezeki kan…
saya pun pernah kena, gamba kat blog yg ada watermark terang2 muncul kat brochure syarikat travel agency.. dah email kat staff syarikat tu, tapi dia buat bodo jep.. padahal saya kenal pun owner tu, malas nk panjang kan cite… kata kawan sy yg seorang lawyer, kalau syarikat tu syarikat besar, sedap jugak nak saman… tp.. biarlah
itulah.. kalau tujuan perniagaan, berkonsepkan keuntungan baik jangan main ambil je gambar orang. kalau nak ambil pun biarlah dengan cara yang elok. bincang sesama …
memang glamour habis kakjie hidup biar sedap masuk tv.
kak jie dah kurang guna tagline tu… nak tinggalkan tapi mcm dah melekat le pula 🙂
wa wah. Femes nih. Dah masuk TV dah. (walaupun tak diberitahu..hehe)
eemmm…. tak rasa kot mcm tu
malah nak mengelak adalah 🙂
dah banyak kantoi, depa tau nak untung je
tapi kali ni watermark terpampang sebesar skrin, cuma kes tak minta izin je la… mudah sgt ni
udah masuk tv…pasni akan masuk Wanita Hari Ini dan juga program bual bicara la..whoaa.:D
hah… kak jie jarang dirujuk sebagai blogger tetapi kerap menerima permintaan banyak pihak untuk menggunakan entri blog.
ada pelajar nak buat rujukan projek akhir
ada wartawan nak info
ada penerbit dokumentari yang nak gunakan entri tentang muzium di blog ini
ada pemilik syarikat yang hantar email terima kasih kerana pernah membuat liputan mengenai produk terkini mereka
kurang mendedahkan diri utk tujuan ‘fofular’ tetapi gembira kerana kandungan blog selalu menjadi rujukan beberapa topik berguna .
hehe..nampak keikhlasan menyampaikan maklumat tu kat kak jie..seronok sebenarnya bca blog kak jie dr dulu..hee
Wahh… daebak2! 😀
alah… terkomen kat FB. ye sekali lagi nak menyatakan gue amat berbangga sebab watermark tu. kekekeke.. tak pe la.. tunggu bloggervoice kot. rambut m.nasir depa kata. kah kah kah. tabley blah masing-masing. hampages!
ha h aha..tak menahan macam M Nasir tu, tapi mmg tak sabar nak tunggu retis menjadi artis 🙂
untunglah masuk tv
cuba baca dari sudut lain – ini yang kita sedar, yang kita tak sedar , entah banyak mana digunakan secara percuma oleh pihak yang menjalankan perniagaan ( keuntungan) nasib baik ada watermark.