Ini cerita Terengganu lagi. Orang lain bercerita Tahun Melawat Terengganu 2013 dan memberi tumpuan kawasan pantai dan pulau, tetapi saya boleh cakap – ” i ♥ Hulu Terengganu ” !
Kebanyakkan pelawat yang melawat Hulu Terengganu akan ke Tasik Kenyir dan kawasan tumpuannya adalah Jeti Pengkalan Gawi iaitu pengkalan untuk keluar masuk aktiviti memancing, bersampan atau menjelajah tetapi amat kurang difokuskan kawasan lain.
Paling mudah untuk ke Tasik Kenyir adalah melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Ada 3 pilihan laluan ke Tasik Kenyir dari Kuala Lumpur.
- Kuala Lumpur – Lebuh Raya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau – Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang – Tasik Kenyir
- Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir
- Kuala Lumpur – Tapah – Cameron Highlands – Lojing – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir.
Saya dari Hulu Selangor, lebih dekat kalau ikut Cameron Highlands.
Selepas Gua Musang , membelok ke kanan melalui Felda Aring ( laluan lebih kurang 20KM ) ini tak berapa cantik, berdebu, berlopak macam Rally Dakar, selepas itu kita akan memasuki sempadan Hulu Terengganu dan melalui jalan raya yang cantik, berbukit bukau , lereng dan sebelah kirinya pesisir Tasik Kenyir.
Oklah tu , mukadimah tentang jalan saja dah panjang lebar.
Sebenarnya saya nak bercerita mengenai gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Lokasinya selepas memasuki sempadan Negeri Terengganu dari arah Felda Aring. Santuari Gajah Sungai Ketiar dikendalikan oleh Jabatan Pelihitan terletak bersempadan dengan Taman Negara dan Hutan Simpan Hulu Besut.
Santuari Gajah Sungai Ketiar hanya tapak sementara sebelum dipindahkan apabila tapak tetap yang sedang dibina di Pengkalan Gawi siap sepenuhnya. ( Edit : Santuari Gajah Sungai Ketiar telah ditutup dan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Terengganu di Sg. Deka )
Banyak kali juga kami singgah di sini. Ada jadual gajah-gajah di santuari ini akan membuat persembahan kepada pelawat dan pelawat boleh menunggang gajah.
Ini bukan gambar anak gajah dan mak gajah! Buka mata luas-luas… jangan tersilap 🙂
Walau mak gajah nampak macam cool je, tapi risau juga nak sentuh anak gajah ni… ye lah… mak baru bersalin, takut tetiba dia naik angin kena batu meriyan .
Ini mak gajah yang sebenar. Leka sungguh tengok gajah ni gunakan belalai untuk makan. Sebesar-besar belalai tu , boleh pegang ranting rumput. Hebat, kan.
Pernah nampak anak gajah menetek?
Dia belitkan belalai ke atas dan menyusu. Tetek mak gajah tu memang bentuknya bukan tepat-tepat dibawah badan tetapi kedudukan puting teteknya ke arah luar. Tak macam tetek lembu. Jadi anak gajah tak perlu berada di bawah badan gajah.
Selama ini saya bayangkan anak gajah menyusu melalui belalainya seperti menyedut air.
ha ha ha.. tak tau nak tulis perkataan apa ayat apa nak terangkan kedudukan dan keadaan tempat ‘makanan anak gajah’ tersebut. Kalau nak tengok, pergilah tengok kat sana.Tasik Kenyir memang kawasan hidupan gajah. Kalau bernasib baik, dapatlah berjumpa mamalia besar atas darat ini.
Kami pernah terjumpa sekumpulan gajah 5 ekor di laluan Tasik Kenyir sewaktu bercuti akhir bulan Mac 2012. Entri di sini – Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan
Puas hati kerana sebelum ini hanya mendengar cerita dan gambar dari suami, percutian kami yang lepas dapat juga melihat dengan mata sendiri binatang liar yang nampak jinak bergerak berkumpulan dari jarak dekat.
Model 3 orang ni tak lepaskan peluang mencatat bukti bahawa ada gajah liar yang hidup di Malaysia, bukan sahaja di Afrika seperti yang selalu kita lihat dalam rancangan TV.
Kisah saya dan Tasik Kenyir tak pernah habis, kan… mungkin sehingga tahun 2015 selepas Projek Hidroelektri Hulu Terengganu tu siap. Lepas tu kita buka bertukar topik Geografi ke tempat lain pula. Sesiapa yang sering mengikut blog ini sejak bertahun-tahun dulu mungkin pernah berhadapan dengan kisah dari Algeria selama 3 tahun sewaktu suami saya di sana.
Tiap orang ada jalan hidup masing-masing, kan… kita berkongsi untuk menambah warna warni kehidupan.
Saya perlu katakan sekali lagi………… i ♥ Hulu Terengganu! opppp……….. i ♥ Hulu Selangor too…..!
kalau di Indoensia seperti Taman Nasional Way Kambas
haha setuju hulu teganu memang best lah kan… nanti cuba gi area pasir raja, hulu dungun lak. jika nasi baik boleh tengok badak pula 😛
wah.. nak kena search info ni
alang2 suami masih kerja kat sana, mesti selongkar
Tengok gajah menetek tak pernah lagi,ni la baru first time tgk dalam blog nih.
nak nampak gajah pun bukan senang, apalagi nak nampak gajah ada baby breastfeed
semoga keberadaannya tetap lestari dan terjaga 🙂
moga-moga hidupan liar masih terjaga..utk generasi akan dtg
banyak jugak tempat menarik di hulu terengganu yg tak pernah sampai lagi…
belum masa tu….nanti sampai kot
Saya pun ingat gajah menyusu guna belalai dia.. Hahaha..
hihihi…mcm dia sedut air tu…mcm straw
semangat selalu kakak
netek=minum susu ya mas
Assalamualaikum,
Terima kasih kak jie…dapat ilmu baru hari ni
Baca entri ni memang nak kena buka mata luas2 sebab takut terkonfius gambar yang mula2 tu..hehe
khasiat susu ibu juga dirasai oleh anak gajah, mereka amalkan penyusuan eksklusif tak agaknya…hehe
first time tengok gajah menyusu. ^_^
1st time tengok gajah menyusu…kat channel National Geographic mahupun Animal Planet pun rasanya tak pernah tengok lagi…hebat Kak Jie…:)
Mmg 1st time tgk cara anak gajah menetek…belum pernah lagi jumpe gajah liar…
“i love blog kak jie” =)
kak jie kerap tulis tentang Terengganu, ♥ Terengganu!
yang gambar bawah gajah liar tu, ada 3 ekor anak. dua anak kecik macam gambar pertama dan seekor lagi yang lebih remaja…
Pertama kali melihat anak gajah menyusu.
kami pun sama……….. sebelum anak gajah tu menyusu..langsung tak terfikir nak tengok bawah badan mak gajah tu, sekali bila anak dia menyusu baru ternampak, bentuk kantung susu yang dicipta Allah …ooooo rupanya dia dlm posisi keluar..senang anak nak minum
Rasanya nak try jugak jalan ni dari sabak bernam…
biasanya ikut jalan mana?
kami kalau boleh mengelak lalu highway… kalau bercuti
sebeb perjalanan tu saja dah ‘cuti’
kalau ikut highway..pemandangan dan pengalaman yang sama je tiap kali lalu…dah tak menarik
p/s – sabak bernam kat mana?
gajah menetek itu cukup seksi… hehehe
sebetulnya maza pernah terserempak dengan gajah manja (di zoo) dan liar (di kampung)…mujur sampai maza masih hidup huhuhu
ngeri sehh….
Psst: maza masih tidak ingat, sama ada pernah mencuba atau tidak durian tahi gajah.. ihik!..hehehehe
hahaha…pertama kali nampak juga
sebelum ingat ke gajah tu menyusu guna belalai mcm dia sedut air tu…hahaha..rupanya dia guna mulut.
durian tu tak pernah arr…………… aik..sebut durian, sekarang kat kampung durian dah gugur
setakat ni lalu jalan grik Kedah-Kelantan tak pernah lagi terserempak dengan gajah liar
keluarga lain pernah juga terserempak..gajah² tu keluar bila dah malam
laluan lebuh raya timur barat tu pun tak pernah jumpa….adik kak jie selalu jumpa sebab tu laluan utama dia sebagai pemandu lori
siang pun gajah keluar…. tu kak jie pun time siang
keyword ‘tetek’ mengganas…tapi ini tetek gajah rupanya..first time tengok..wohooo…ganu pun tak penah pegi lagi..adoila..dua negeri je lagi ni haa..:D
ini perkataan orang kampung, jangan nak persenda… ha ha ha
dlm malaysia, sarawak je belum jejak tapi tiket ke sana dah ada utk travel bulan ogos nanti. 🙂
beraya sampai ke sarawak..hehe