Ustazah saya Ustazah Norhayati sedang sakit tenat. Sejak Ramadan lepas Ustazah memang tak sihat. Sakit buah pinggang dan perlu buat dialysis setiap minggu.
Walaupun tak berapa sihat, tetapi kelas kami masih juga berjalan setiap Rabu.
Sebulan lepas penyakit ustazah semakin tenat. Beberapa kali dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Kali terakhir minggu lepas tetapi doktor benarkan dibawa balik ke rumah kerana semua organ badan, jantung baik, buah pinggang dalam keadaan seperti biasa tetapi ustazah semakin teruk.
Ustazah tidak boleh bercakap. Terbaring seperti orang koma, tetapi dia masih sedar. Masih mendengar dan faham apa yang kita cakapkan, tetapi tidak dapat membalas.
Sedih sangat.
Hari Isnin 31/12/2012 kami melawat ustazah. Bacakan surah Yassin dan Manzil.
Semalam kami berkumpul lagi di masjid, bacakan surah Yassin dan Manzil. Mohon penyembuhan dan perlindungan dari Allah S.W.T
Manzil merupakan susunan beberapa ayat yang dipetik daripada al-Quran. Amalan membaca al-Manzil ini boleh memberikan pelindung daripada kejahatan jin, sihir, pukau atau bala musibah yang lain dengan izin Allah.
Rasulullah S.A.W telah mengajar kita doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada untuk urusan duniawi atau ukhrawi. Ayat-ayat Manzil ini merupakan amalan para ulama untuk memenuhi hajat mereka.
Memang elok untuk kita mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membacanya dengan penuh tawajjuh ( sepenuh perhatian kepada Allah ) kerana semakin tinggi keyakinan kita terhadap Allah, selagi itulah amalan ini akan memberi manfaat.
Ustazah saya cakap, setiap kalimah-kalimah Allah mengandungi terlalu banyak kelebihan dan rahsia yang tersembunyi…. selagi kita yakin.
Ayat-ayat Manzil mengandungi :
- Surah al-Fatihah ( ayat 1 – 7 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 1 – 5 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 163 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 255 – 257 )
- Surah al-Baqarah ( ayat 284 – 286 )
- Surah Ali’Imran ( ayat 18 )
- Surah Ali’Imran ( ayat 26 – 27 )
- Surah al-A’raf ( ayat 54 – 56 )
- Surah al-Isra’ ( ayat 110 – 111 )
- Surah al-Mu’minun ( ayat 115 – 118 )
- Surah al-Shaffat ( ayat 1 – 11 )
- Surah al-Rahman ( ayat 33 – 40 )
- Surah al-Hasyr ( ayat 21 – 24 )
- Surah al-Jinn ( ayat 1 – 4 )
- Surah al-Kafirun ( ayat 1 – 6 )
- Surah al-Ikhlas ( ayat 1 – 4 )
- Surah al-Falaq ( ayat 1 – 5 )
- Surah al-Nas ( ayat 1 – 6 )
Ya Allah, kau sembuhkan Ustazah Norhayati andai ada kebaikan buatnya sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub `Alaihis Salam
Mohon kawan-kawan doakan ustazah saya cepat sembuh, kami masih perlukan guru.
Sakit merupakan salah satu cobaan dari Allah kepada hambanya dan semoga beliau bisa kuat menghadapinya dan semoga sakitnya lekas dapat tersembuhkan
sejak kecil sy dah diajar baca manzil, sampai dah hafal, tp dah besor2 ni asik terlalai je dari membaca manzil… astaghfirullah…
semoga ustazah kembali sihat sprt sediakala…
ramia rasanya tak tahu ayat-ayat manzil ni..
Pertama kali baru tahu tentang Manzil. terima kasih dengan info ini.
Rasulullah SAW dah tujuk macam-macam pada kita tapi selalu je kita lalai ikut sedap kita .. tu belum lagi amalan doa pagi dan petang punyalah banyak kelebihannya.
hemm..banyak gak adpat belajar dari artikel ni..
semoga ustazah tu kembali sihat seperti biasa…amin…
Terima kasih perkongsian ini. Semoga ustazah selamat dan yang lain dapat berkat.
moga Ustazah Norhayati diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus mengharungi liku2 kehidupan ini.. amin
semoga Ustazah Norhayati cepat sembuh dan terima kasih kerana berkongsi ilmu…
Semoga ustazah norhayati disembuhkan Allah dan kembali cergas dan kuat menyumbang ilmu…ameen
Sedih mendengar guru yang mengajar didalam kesihatan yang tidak mengizinkan.
ayat manzil ayat yang hebat ! terima kasih kerana berkongsi kak kujie 🙂
Semoga Allah menyembuhkan Ustazah Norhayati amin……..
semoga ustazah kak jie cepat sembuh. saya ambil ye surah manzil tuh utk amalan sendiri.
kat buku kecil yang ada yassin, tahlil kadang² ada ayat² Manzil ni
Ya Allah berikanlah kemudahan ke atas ustazah norhayati dan para muridnya!
ameennnn
Antara lain kelebihan ayat2 Al Quran yang diturunkan adalah sebagai penyembuh penyakit kecuali mati..
mudah mudahan Allah melimpahkan rahmatNYA kepada ustazah Norhayati..
tq sebab kongsi ayat2 manzil itu
boleh buat rujukan
dan doa semoga ustazah sembuh kembali
cuba cari dalam buku kecil yang ada surah yassin & tahlil tu, kebanyakkannya ada ayat² Manzil ni…
ammin…semoga ustazah lekas sembuh.
Syafahallah. Semoga cepat sembuh…