Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup
Percutian

Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup

Selain mengunjungi  Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi , Tanjung Agas dan mencuba murtabak yang cukup terkenal di Pekan iaitu Murtabak Mengkasar, Melawat Muzium Sultan Abu Bakar adalah salah satu sebab kami ke Pekan. Ini adalah lawatan muzium ke dua sepanjang percutian akhir tahun  dan muzium ke 8 untuk tahun 2012 selepas melawat Muzium Bijih Timah Sungai Lembing .

Muzium Sultan Abu Bakar yang sudah lama terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Pekan baru di buka semula selepas di tutup sejak tahun 2005 untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

lokasi muzium sultan abu bakar pekan

Muzium Sultan Abu Bakar adalah asalnya Istana Kota Beram.  Bangunan berwarna putih dengan ciri-ciri kediaman Kolonel British boleh dilihat dengan jelas.

melawat muzium sultan abu bakar

 

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen Britsh bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888 . Dalam tahun 1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan diberi gelaran nama “Istana Kota Beram”

ukiran bangau

 

Arca bangau yang dibuat daripada kayu hanyut mengisi ruang kolam di depan muzium.

kuda depan muzium sultan abu bakar

Lanskap yang pasti menarik perhatian setiap pelancong.

Arca bangau dan kuda yang dibina daripada serpihan kayu  yang hanyut di sungai pasti memukau sesiapa yang melalui kawasan ini. Tiap otot dan bentuknya digam menggunakan ‘gam perahu’.   Selain arca bangau dan kuda yang diletakkan di halaman depan muzium, terdapat beberapa lagi arca orang asli di dalam bangunan muzium.

Seorang kakitangan  muzium bagi tau harga seekor arca kuda berharga RM 81,000 dan dibuat di Semarang, Indonesia.

Selepas meronda kawasan persekitaran luar muzium, jom kita masuk.

waktu lawatan muzium sultan abu bakar

 

Waktu lawatan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

  • Selasa – Ahad  – 9.30 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat – 9.30 pagi – 12.15 tenghari / 2.45 petang – 5.00 petang.

Muzium ditutup setiap hari Isnin, hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Bayaran masuk ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

  • Rakyat Malaysia -: RM 5.00
  • Rakyat Pahang :  RM 4.00
  • Bukan warganegara Malaysia :  RM 16.00 / USD 5.00
  • Kanak-kanak ( 12 tahun ke bawah ) dan OKU  : Percuma

istana sultan abu bakar pekan

Bangunan istana yang dijadikan muzium ini mempunyai beberapa bahagian.  Jangan risau kerana ada kakitangan yang mesra sedia memberi panduan untuk melawat semua bahagian tanpa terlepas satu bahagian pun.

gambar dalam istana

Terdapat empat dewan iaitu Istana Kota Perak, Balairong Seri , Inderapura  dan Bunga Pekan yang  menyediakan ruang pameran untuk Fesyen dan Tekstil, Arkeologi  & Masyarakat Orang Asli, Seramik , Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur.

pameran muzium sultan abu bakar

Arca Orang Asli yang menggunakan kayu hanyut dibina dari Semarang, Indonesia.  Ruang pameran   Arkeologi  & Masyarakat Orang Asli menempatkan pelbagai arca, artifak dan maklumat mengenai sejarah dan kehidupan masyarakat orang Asli di Pahang.

Pahang merupakan negeri yang diduduki paling ramai oleh Orang Asli .  Orang Asli ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama merangkumi sembilan suku kaum.  Antaranya ialah Malayu-Proto (  Jakun, Temuan dan Semalai ) , Senoi ( Temiar, Semai, Jah Hèt, Che Wong dan Semoq Beri ) dan Negrito ( Bateq)

serpihan perahu pontian

Ini adalah serpihan Perahu Rompin yang ditemui di hulu Sungai Pontian di Kuala Pontian, Rompin, Pahang pada tahun 1926.  Perahu ini dibuat daripada kayu merawan dan medang.  Selepas melalui ujian karbon 14 , kayu ini dikenalpasti  bertarikh antara 203 – 600 M iaitu lebih 1500 tahun dahulu.

Serpihan Perahu Rompin ini merupakan jumpaan  rangka perahu yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu.

sejarah sukan diraja polo

Polo cukup terkenal dikalangan keluarga diraja negeri Pahang. Ada kisah sejarahnya bagaimana polo menjadi suka diraja negeri Pahang.  Di  ruang pameran Polo yang luas ini terdapat  skrin multi sentuh interaktif  selebar 122 inci.

Bagi saya, Muzium Sultan Abu Bakar adalah muzium paling canggih dan moden pernah saya kunjungi.  Berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.

Konsep  skrin multi sentuh interaktif dan kios multi sentuh interaktif di setiap ruang pameran banyak membantu pelawat mendapatkan lebih  maklumat mengenai bahan yang dipamerkan. Jangan malu dan segan untuk bertanya kepada kakitangan yang bertugas. Kami mendapat banyak maklumat menarik dari sesi perbualan bersama kakitangan muzium.

muzium sultan abu bakar

 

Tiada larangan mengambil gambar di dalam muzium ini kecuali menggunakan kamera.  Maksudnya boleh guna kamera telefon bimbit.  Tetapi bahan pameran biasanya mempunyai cahaya kontras yang tinggi, kualiti gambar tak berapa cantik.  Jalan terbaik, pergilah melawat muzium itu sendiri.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup

  1. saya baru berkunjung ke muzium ni… malas nk cerita lebih2 kt blog sbb dah ada info yg cukup lengkap kat sini… letak je link entri ni kt blog saya hehe…

  2. Dear writer ( Kujie2.com),

    I should be grateful that you have portrayed very well, the driftwood sculptures of storks, horses and also the orang asli. They seem to attract many audiences and that they appreciate the works that I have done.

    And, your photography skills is very good.

    Cheers.
    Salam from Semarang.

    1. Thank you for passing by. I really appreciate all the hard work in making this effort the best.

      All my images are taken from using my phone.

  3. memang pelbagai macam ada kat dalam ni .. kalau siapa yg nak tahu tntg Pahang boleh dtg sini

  4. pertama kali masuk muzium masa ikut rombongan sekolah rendah..hehehe

    lepas tu masuk muzium bila ada pameran tertentu je..

    tapi bagus jugak kalau bawak anak2 pegi muzium + dapat tunjukkan diorang perkara2 sejarah (yg kekadang kita sendiri pun tak tau) dari asyik bawak pegi zoo tengok gajah je..

    1. semua gambar dari handphone je

      p/s – cuba register di gravatar.com utk dapatkan gambar avatar bila menulis komen di blog wordpress…

    1. masukkan dlm list 2013
      cuma satu je….jangan pi bulan Dis
      musim hujan…nak ambil gambar pun tak cukup matahari..hihihi
      nak salahkah matahari, padahal tak pandai ambil gambar :p

      1. semalam search cari info mengenai carbon 14 dan cara mcm mana ujian ini dijalankan… seronok sebab info dari muzium tersebut menyebabkan kak jie mencari lagi satu maklumat dan mengetahui mengenai ‘ujian karbon 14’

  5. Dulu saya pernah pergi ke muzium ni..masa tu belum mengalami proses pengubahsuaian..nak kena pergi lagi nampak gayanya..
    ** Suka gambar yang ke-2 tu..

  6. perkhhh.. hebat!

    insyallah akan sampai ke sana….
    almaklumlah Kuantan sudah jadi destinasi pemukiman kami pula.. hehehe

  7. Setakat ini tidak ingat jika pernah masuk mana-mana muzium, mungkin waktu sekolah. Bila dah ‘besar’ ni, jarang sangat terlintas untuk masuk muzium, mungkin suatu hari nanti melawat semua muzium yang ada boleh dimasukan ke dalam ‘to do list’.

Comments are closed.