Tiba Juga Akhirnya
Percutian

Tiba Juga Akhirnya

Akhirnya …

Selepas memandu lebih kurang 510 kilometer dan tidur 2 malam di Kuantan, tepat jam 5.30 kami selamat tiba di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir .

Menunggu suami keluar menjemput dari kawasan kerja di Empangan Hidrolektik Hulu Terengganu, lebih kurang 30km dari sini.

Tak pasti berapa lama akan di sini dan sedang merancang melintas sempadan negara sempena cuti Hari Keputeraan DYMM 2hb Jun nanti.

Kalau talian internet memuaskan, bolehlah update gambar. Kalau semput-semput tak cukup nafas tu .. faham sajalah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Tiba Juga Akhirnya

  1. saya pernah dulu masa zaman u…berkayak dari start jeti melalui pulau herba dan pergi pulau ape entah yang ade absailing tu bermalam 3 malam situ haha

  2. Indahnya pemandangan di sana. 🙂

    Ini pengalaman pertama Kak Jie bercuti bersama suami sewaktu cuti musim sekolah anak-anak dan semasa suami menjalankan tugas, kan? Semoga cuti kali ini menjadi cuti yang terindah buat Kak Jie sekeluarga.

    Semoga kami juga akan ada waktu terluang untuk bercuti seperti Kak Jie.. hehehe

  3. Seronoknyer k.kujie.. apapun jaga diri ye.. nok makang kepok lekor gok….

  4. sy pernah sampai tasik kenyir sekali je..tu pun masa ada sedara yang kerja ukur hutan kat sana..sempat jugak la layan memancing ikan + tidur atas bot kat sana..

    nampak macam kak jie nak pusing semenanjung je cuti sekolah ni..hehehe..mane tau peh lintas sempadan, singgah Kedah lak jenguk anak bujang sebelum balik ke rumah..

  5. Teringat pulak masa saya pergi Tasik Kenyir pada awal 90an dulu. Masa tu belum ada jalan tar dan penginapan yang ada ialah Rumah Tumpangan Ah Tong (rumah rakit). Masa dekat nak sampai tu siap kena berhenti kereta sekejap, sebab gajah nak melintas.
    Oh how times have changed.

  6. belum berkesempatan lg nak ke sana..kalau dpt org ganu bolehlah ajak selalu 😀

Comments are closed.