Jumpa Blogger Popular Di Philea Resort & Spa Melaka
Percutian

Jumpa Blogger Popular Di Philea Resort & Spa Melaka

Sebenarnya saya teringin berkongsi cerita dan gambar mengenai Philea Resort & Spa,  Ayer Keroh Melaka yang menjadi tempat bermalam kami sewaktu mengikuti program Honda Insight Bloggers Test Drive.  Bukan senang nak dapat peluang menginap di tempat mewah begini ,  terimakasih Honda Malaysia.

 

philea resort & spa melaka
Philea Resort & Spa tercatit di dalam Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama dan terbesar di Malaysia juga di Asia.

Setiap blogger diberikan bilik sendiri.  Bilik dengan dua katil single yang cukup selesa dan penuh aroma desa.  Kekuranganya hanya satu – keseorangan.. kehkehkeh!  Bagi dua katil tapi duduk sorang².

Terdapat 201 bilik  termasuk 180 vila, 19 suite dan dua unit vila Diraja di Philea Resort & Spa dengan harga yang ditawarkan adalah sekitar RM750 sehingga RM1,000 bagi satu malam.

 

Keseluruhan bangunan bilik penginapan dibina menggunakan 100 peratus batang  kayu jenis pain. Susunan kayu pokok pain yang diimport dari Rusia itu menang unik dan pertama kali saya temui.   Bahagian belakang bilik pula berdindingkan batu marmar  dari Perak.

Kayu landasan kereta api terpakai turut digunakan di bahagian tangga untuk ke pintu bilik bagi memberi ciri dramtik keseluruhan resort ini.

 

selak pintu bilik air

Selak pintu bilik air yang nampak traditional dan mengimbau kenangan rumah tok dan tokwan di kampung.

Awal pagi saya berseorangan mengambil udara segar dan nyaman dengan berjalan di sekitar resort.   Ketenangan dan kehijauan yang diterapkan pada landskap Philea Resort & Spa telah dianugerahkan “Green Hotel Terbaik 2011”  oleh kerajaan Melaka.

Kolam renang yang sangat menarik yang dihiasi air terjun buatan memberi deru air dan tiupan angin seolah-olah suasana  di dalam belantara tropika.

Pemandangan indah ini hanya beberapa langkah dari pintu bilik penginapan saya.

Kasihan pun ada – roti secubit menjadi rebutan ribuan ikan kap.

gambar pinjam dari Denaihati

Bersama beberapa blogger Ben Ashaari , Fazreen dari OhMedia, Jari-jari Halus Ella , Ujang  dan Michael Yip meluangkan masa layan makcik² bersembang  santai di hadapan salah satu villa di Philea Resort & Spa selepas sarapan hari ke-2.

Kayu landasan kereta api terpakai yang digunakan di bahagian laluan memasuki bilik nampak begitu semulajadi

  i must be happy to see you philea! pinyam dr Mikeyip

lokasi philea resort & spa

Untuk ke Philea Resort & Spa , selepas Plaza Tol Ayer Keroh ambil simpang ke arah kiri berdekatan dengan lokasi pelancongan Taman Rama-Rama.

p/s – entri berjadual

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Jumpa Blogger Popular Di Philea Resort & Spa Melaka

    1. kalau tak ada penaja, lalu kat luar juga…gigil kaki nak melangkah kalau semlm mcm gitu harganya

      bajet sebulan duit dapur tuuu

  1. masa lepas kahwin dulu, cadangnya nak ke sini untuk honeymoon..tapi mahal sangat lah pulak…hehe…so tunggu bila dah balik malaysia nanti, barulah dapat kot nak pergi ke philea resort ni…tapi dengan bawak si ammar sekali la…

  2. Gambar Kak Jie didepan Villa mengancam macam mak Melayu terakhir. Apa pun villa ini mempunyai unsur mewah dan tidak sangka pula ia terletak di kampung sendiri. 🙂

  3. Cantik nampaknya resort ni..Kak Jie ada usha harga tak,sewa satu malam?Saya suka kalau bercuti ada pemandangan macam ni.

Comments are closed.