Selesai Majlis Graduasi Angah di Mrsm Merbok, saya dan anak-anak meneruskan percutian kami ke arah utara lebih kurang 24 kilometer sehingga sampai di kaki Gunung Jerai, Gurun , Kedah.
Terus memandu mendaki 12 Kilometer ke puncak Gunung Jerai dengan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di tanah tinggi. Memandangkan jalan agak sempit, ikutlah papan tanda yang ada seperti bunyikan hon di selekoh tajam.
Lebih kurang setengah jam memandu sambil menikmati setiap perubahan persekitaran dari landskap tanah tinggi flora dikelilingi hutan simpan kekal, akhirnya kami tiba di satu-satunya tempat penginapan yang terdapat di puncak Gunung Jerai iaitu Regency Jerai Hill Resort.
The Regency Jerai Hill Resort dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah pada 18 Mei 2010.
Terdapat 75 buah unit chalet di Regency Jerai Hill Resort dengan harga (Nov 2011) Bilik Superior (RM240), Bilik Deluxe (RM265), Bilik Premier (RM340), Bilik Eksekutif (RM390), Deluxe Eksekutif (RM440), Suite (RM560)
* Tidak termasuk 6% cukai kerajaan dan 10% cukai perkhidmatan.
Sekarang ada promosi harga istimewa sehingga 31hb Disember 2011 sempena ulangtahun ke-2 Regency Jerai Hill Resort. Bilik Deluxe yang saya tempah 2 minggu sebelumnya berharga RM 120 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Saya suka konsep bilik air yang unik, kemas dan bersih.
Antara sudut paling menarik di resort ini adalah bahagian dengan pandangan yang luas, sayup mata memandang sawah padi yang seolah-olah tidak pernah berakhir dan pada satu bahagian yang lain, pemandangan lautan luas yang berkilauan.
Resort ini berada pada ketinggian 986 meter dari aras laut , dikelilingi hutan hujan tropika, persekitaran yang tenang dan udara yang segar dan sejuk mendamaikan.
Suhu tidak sesejuk Cameron Hinghlands atau pun Genting Highlands atau tidak seluas Frasier Hill, tetapi angin bertiup agak kuat. Petang hari pertama kedatangan kami, cuaca gerimis dan lembab tetapi tidak menghalang kami untuk terus keluar menjelajah sebaik saja check in.
Kata anak² saya, itu bukan hujan tetapi kabus yang mengandungi wap air. Kalau kena, tak demam, mama.… alasan saintifik untuk bermain hujan.
Mengabadikan kenangan dari salah satu sudut menarik yang terdapat di Gunung Jerai. Sekeliling kawasan ini dipenuhi berbagai jenis pokok orkid.
Kami sarapan dan makan malam di restoran Puncak Kedah. Walaupun mengambil masa agak lama untuk mendapatkan hidangan, kami yang bersantai tidak pernah diam untuk berbual, bercerita, bergurau senda anak beranak, sehingga tidak terasa masa yang berlalu.
Saya selalu memotivasikan anak-anak supaya lebih bertenang dengan apa juga persekitaran dan jangan biarkan aura negatif tersebut meresap dan merosakkan saat-saat indah yang ingin kami tempuhi.
Anak-anak remaja ini mudah lepaskan emosi mengkritik dan merungut tentang sesuatu yang tidak dapat dipenuhi dalam hidup ( contoh ketara di twitter dan facebook ) Kalau kita sebagai ibubapa tak cuba mengimbangi keadaan, memang akan menjadi seperti api disimbah minyak.
Saya sering berpesan secara terus di depan anak-anak supaya perkara-perkara negatif yang berlaku itu tidak meresap dan mengubah diri mereka sehingga menghilang nilai-nilai positif dalam kehidupan. Contohnya memandu dengan dikuasai perasaan geram dan marah kerana tercabar atau diprovokasi oleh pemandu lain.
Yang penting, ada WIFI pada aras ketinggian ini! Memandangkan anak-anak semakin remaja dan masing-masing sedang belajar di tempat yang berbeza, peluang untuk sesekali berkumpul perlu digunakan dengan perkara-perkara yang menyeronokkan.
Saya cuba mengurangkan keadaan dimana anak-anak remaja lebih berminat bersendiri dengan dunia mereka dan rakan-rakan sebaya berbanding keluarga. Perbezaan usia , personaliti dan kecenderungan kadang-kadang menyebabkan mereka bertengkar, berselisih pendapat dan kerap kali menunjukkan kuasa ingin mendominasi dikalangan adik beradik. Bagi saya, itu lebih baik daripada adik beradik yang nampak diam, baik dengan membuat hal masing-masing.
Bercakap, bergaduh, bersembang, berkongsi, bertekak lagi dan lagi dan lagi itu adalah satu bentuk komunikasi untuk saling memahami dan menghargai hubungan adik beradik. Keadaan ini membentuk satu hubungan yang lebih mendalam kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan, sifat baik dan buruk adik beradik yang lain.
huh……. banyak pula saya membebel kelaut jadinya. Tetiba boleh masuk silibus subjek lain. Mak-mak sungguh…dapat saja momentum untuk membebel, laju je keyboard diketuk. Maafkan saya ye…mak² memang suka selitkan berbagai cerita dalam satu topik.
Balik pada entri asal… hiks!
Gunung Jerai adalah salah satu tempat percutian hujung minggu yang sangat menarik dan mendamaikan juga berada di lokasi mudah untuk dikunjungi. Ada trek untuk berjogging, tracking atau menyewa basikal untuk menyusuri kawasan resort sendiri yang luas dan cantik.
Esok sambung entri menjelajah mengenali Gunung Jerai dengan lebih dekat bersama buggy ride. Ada cerita sejarah dan mistik.
Klik untuk baca kisah lanjut percutian ini – Buggy Ride Gunung Jerai Menjelajah Cerita Mistik
Selalunya kami hanya memandang gunung ini dari lebuhraya PLUS bila pulang ke kampung. Menarik juga perkongsian puan ini.
Saya akan masukkan ke dalam senarai “mesti pergi” saya nanti. Terima kasih atas perkongsian.
pernah lalu sini masa daki gunung jerai ari tuh…tapi lalu jer lah..hehe
Pandai anak-anak berposing…cantik juga resort kat Gunung Jerai tu. Nak cuba ke sana bila ada rezekit nanti. Insyaallah. Terima kasih berkongsi
niceee! thank you :* gonna go there this thursday
indah sekali pemandangannya, panoramanya bikin kita ingin datang berkunjung….. thanks…
indah sekali pemandangan dan panoramanya, pastinya udaranya masih sejuk, bersih dan nyaman…jd pingin berkunjung ;p
saya pun pernah p dulu..tp tk la cantik mcm la..cuma ongkosnya bertmbah coz chalet makin canggih..
aduh enaknya bila disempatkan untuk liburan…. 😛
pemandang sawah padi tu yang nampak best tu … nun mata memandang … kalau ada kelebihan mahu juga b3njy kesana kelak …
😉 salam kenal..
blognya bagus, saya blogger Indonesia tersesat disini..
tapi tu tinggi juga kak jie asia tengara tu..tapi best
dulu saya pernah ke Gunung Jerai tak ingat nama resort nya. Kami cuba cari air terjun tapi sesat dalam hutan. Dengar bunyi macam dekat tapi tak jumpa2.. teringat sekrang rasa takut pula. Semasa itu saya mengandung 4 bulan
wahh…lawa gak biliknya.. 🙂
anak2 kurang sgt kat social media, ada , ada
tak ada pun tak apa…
hari tu balik, cakap gak nak pegi
tapiiiiiiiiiiiiiii……tak pegi pun
sayang nak tinggalkan rumah..hahaha
dah pernah sampai kat Kundasang je, kaki gunung
belum sempat nak mendaki, tunggu anak2 free
itu pun tak pasti bila sebab masing2 sibuk study
hehehe…entah
sebab kak jie tak pernah cakap2 bab hantu dgn anak2
nanti kak jie naik gunung kinabalu pulak kak jie…
Alahai..Jelesnya Kak Jie dah sampai Jerai Hill. Saya dah berkali-kali ajak husband, tapi katanya tunggu si kecik tu besar sikit, takut hantu. Ada tak Kak Jie?
he he he…best nya…nanti nak pi sana juga lah.
Seronok ye dapat jalan2. Tapi paling seronok bila dapat luangkan masa dengan keluarga 😉 Facebook tak ada pun tak apa kalau ada lengkap ahli keluarga 😆
best nya orang dapat bercuti ni..
Pakej penginapan RM120 boleh dikatakan berpatutan. Isteri sudah mula tanya hendak kemana? Sempena cuti sekolah. Pada hujung tahun kerja mula bertimbun dengan bajet tahun hadapan pula 🙂
uih…bestnya.lama tak pegi gunung jerai ni kak jie.last pegi hujung tahun 2004.ntah bila nak pegi lagi.huhu… 😛
Sekali dulu dah sampai . Tapi tersanagtlah lamanya hampir 24 tahun dulu,ikut rombongan sekolah.
wah bestnyer jalan sana sini, saya dulu lama di kedah tp x pernah pi pon gunung jerai, hehe
tak pernah pergi lagi ke sana. lawa juga pemandangan di gunung jerai tu. 😀
pernah sampai Gunung Jerai ni dlm tahun 2003.. Rasanya dulu tak secantik sekarang bila tengok pic kat atas tu… Tak pernah sampai lagi buat kali kedua walaupun kampung mentua dah dekat sgt dengan Gunung Jerai ni…
suka bebelan K.Jie dalam entry ni.. Bukan bebelan kosong tapi penuh makna..
saya sangat suke semua gambar kak jie. tengok gambar.. dah paham ape karangan kak jie. walaupon saya scanning jer semasa baca. thanks for inspiration!
mendidik anak bukan semudah menjaga anak tapi kelak ibubapa akan ditanya diakhirat. Di dunia pun dah pening dgn karenah remaja ini kan pulak bila ditanya di akhirat.
Destinasi percutian yang menarik. Kena masuk dalam kalander Cuti-cuti Malaysia ni. 😆
Nak menarik tempat nih. Pernah dengar nama jer. Tak pernah pegi lagi….. hehehe
Salam Aidiladha Kak Jie.
Lama tak tinggal jejak di sini. Saya suka baca ‘bebelan’ kak Jie… penuh pengisian dan pengajaran. Teruskan ‘membebel’ ye kak Jie. 🙂
swimming pool tu waktu saya pergi pun dorang dah start buat, cuma waktu tu, tak nampak lagi rupa swimming pool tu macam mana… 😀
gunung jerai banyak sejarah ni kak jie…untung angah keluarga jadi tulang belakang yang kuat, konvo mrsm pun raikan meriah
lepas gian selepas seminggu update ringkas live blogging ..hehehe.
Skrg resort ada pembinaan, buat swimming pool
Fuh, panjang lebar entri kali ni, sebelum ni semua nota ringkas jer beserta gambar… 😀 Waktu saya pergi tempoh hari, sempat merasa pelbagai jenis cuaca, panas, berkabus, hujan, redup dan juga mendung… Memang seronok bercuti di atas puncak jerai ni. 🙂
Kampung tok dan tok wan wife kat Yan, di kaki gunung jerai. Macam best je. Boleh pergi ni bila balik kampung wife kat Kedah nanti. Menarik!
hahaha…mula2 tulis enti mcm biasa, bila sampai bab membebel, tak sedar diri terus je menaip sampai masuk segala bab yang lain.
tapi itulah, mmg pun kak jie selalu mcm ni – perkara dlm hidup kita bersaling kait mengait, tak boleh dipisahkan
Senang nak pergi sebab tak jauh dari jalan utama. Keluar highway PLUS kat Gurun, memandu ke arah utara 4km dah sampai kaki gunung. Boleh memandu mendaki.
cuti singkat sebelum SPM dan kebetulan sambut hari ulangtahun Angah
betullah tu…hehehe… t.kasih
kejap betulkan typo , kalau dah menaip esei mcm ni, terlepas pandang
ada – ada…tapi kami tak pi mandi manda
Dekat-dekat situ ada tempat untuk acara mandi air terjun dak?
“Anak-anak remaja ini mudah lepaskan emosi mengkritik dan bersunggut dalam hidup”… hihihi… bersungut kot maksud kak jie.
Maklumat yang sungguh lengkap,kalau ada rezeki nak ke sana jugak untuk bercuti
Belum sampai juga ke sini .. seronok nampaknya anak-anak pergi bercuti..
dah ada dari dulu, cuma baru 2 tahun diambil alih
The Regency Jerai Hill Resort adalah milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
patutlah macam tak pernah dengar pasal resort ni.. rupanya baru lagi 😆
Ni esei ye makcik kujie? hikhik
Tak pernah pg lagi tempat. Tapi kat atas tu tulis tak sesejuk cameron highland, ok la tu hahaha.
*Saya suka beberapa point menarik dlm essay panjang di atas. Bukan artikel kosong, tapi ada input berguna. Kujie2.com ftw! 😆