Puas Intan kendong Sufian Harith . Geram sebab Harith tak meragam langsung. Dah pandai main air liur. Intan memang ‘serasi’ dengan budak².
Bila Harith dah tertidur dalam stroller, dengan Suriah Hanum dan Zara Aliyah pun jadi ‘rakan sebaya’. Keliling satu restoran dia orang bertiga main. Kakak Intan tu umur saja 12 tahun, dengan budak 4-5 tahun pun ‘masuk’.
Yang bertempek² kat kepala Zara tu , Intanlah punya kerja.
Sejarah Hari Ibu 2011, saya berjumpa Arin setelah kami menjadi rakan blogger lebih 4 tahun. Arin tinggal di Melaka, dan kebetulan pulang ke rumah keluarga di Selayang.
Pagi tadi dengar Intan godek² tabung dia, dengar bunyi duit syiling…(tabung kotak kasut bawah katil – sorok dari Along, katanya )
Balik jumpa Arin, singgah Tesco Rawang. Intan cakap tak nak masuk, nanti jumpa kat kedai pink. Saya dah hidu ‘something²’lah tapi saja buat tak tau apa². Tak bestlah spoilkan mood orang..hikhik.
Balik tadi, dia ambil tangan dan sarungkan jam tangan. Hihihi…..tengah menaip ni tangan belah kiri rasa lebih berat dari biasa. Mesti sweetkan kalau dia beli hadiah dengan duit syiling.
wahh..cik intan sudah agak geng baru..
alahai sweetnya intan… :’)
sweetnya… budak2 shopping guna duit syiling tak segan pun kan?
Sungguh sweet…
Kak Long bayangkan poket intan berat dengan duit syiling shopping untuk mamanya… 😀
bijak si intan ni… untung ada anak perempuan, kujie.
selamat hari ibu
Harith main air liur. Orang cakap gugurlah rambut emaknya 🙂
saya rasa muka intan ikut iras ayah dia (pandai le mokcik).
hari ibu dapat jam. along, angah takde ke
Emak, Ibu, Umi, Mama…apa jua panggilan. Itulah insan yang telah bertarung nyawa dalam kelahiran seorang anak. Seorang ibu sahaja yang akan dapat merasai dan memahaminya. Bersyukur atas nikmat dan kesempatan menjadi ibu. Semoga anak-anak mampu menilai kasih ibu….
Assalamualaikum,
Errrrrr…tak nampak pun jamnyeeee tu 😉
Alololo..comelnya intan
Budak kak jie mana pandai sorok-sorok…pandai ambil hati mama nih…
selamat hari ibu untuk semua ibu di dunia 😉
alahai…rupanya hari ni yea hari ibu…hik3…
SELAMAT HARI IBU SEMUA… 😉
alolo suweeett nya intan..
selamat hari ibu kak jie…:)
tak tahu pun hari ibu bila… sebab bagi sya setiap hari adalah hari ibu… mesti sweet jam tu…
selamat hari ibu kak jie… 😉
Saya tak mampu beli hadiah, nak buat sendiri tak kreatif mana.
Cuma sekadar panggilan buat ibu di kampung halaman.
*Nanti dah jauh beribu batu rindu entah macam mana*
wah wah, mana kakjienya..:)
hahahaa. biasalah tu, beli sorok2 kekonon taknak org tau