Dah lama saya tak buat segmen Hari Bertemu Pelanggan, kan?
Dah tak ada lagi A Letter From Heaven yang dihantar ke?
Sebenarnya ada banyak email yang saya terima tetapi kebanyakkannya soalan yang berulang² – jawapannya ada dalam blog. Ada juga soalan yang terlalu umum – saya tidak jelas tahap mana ketidakfahaman beliau.
Ada juga beberapa tutorial atau pertanyaan yang saya balas terus melalui email bergantung mood dan waktu kelapangan. Saya pun ada kehidupan ada prioriti lain selain dari blogging.
Kebanyakkannya soalan berkisar mengenai isu Nuffnang, SEO, dan trafik. Kadang² saya rasa sedih, rasa bersalah kalau tak dapat nak balas email mereka. Rasa dihargai bila mereka sudi menulis kepada saya tetapi dalam masa yang sama , kemampuan saya untuk membalas email dengan isu yang sama berkali², berulang² bukanlah sesuatu yang membantu.
Harga yang perlu saya bayar kerana kegagalan membalas email tersebut adalah ‘blogger sombong’ . Nak sedap, tak dapat sentap!
Tiap hari ada saja blogger baru muncul dalam blogsphere ini dan sudah tentunya setiap hari ada saja blogger yang ingin tahu itu ini begitu begini. Setiap hari saya menerima pengunjung baru – yang mencari info dan maklumat untuk level masing².
Hari ini saya nak kongsi cara mudah menjadi blogger yang smart yang kebanyakkan blogger tidak ambil kisah mengenai fungsi ‘part ‘ tersebut. Cara mudah untuk mendapat info , maklumat langsung atau mencari isu yang relevan dengan apa yang ingin diketahui.
1 . Related Post / Post Berkaitan / Tags
Dibahagian bawah setiap post, kebiasaannya ada lain² post yang berkaitan dengan entri tersebut. Sekiranya selepas membaca entri tersebut anda ingin mengetahui lagi mengenai isu yang dibincangkan, eloklah klik mana² post berkaitan yang disyorkan. Tag yang disertakan juga ada fungsinya.
2. Taip katakunci pada ‘search box’
Tulis saja apa yang sesuai dalam kotak tu dan tekan ENTER – akan dipaparkan beberapa entri yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Taip saja Nuffnang, SEO atau awek cun , mesti tidak mengecewakan.
3. Baca komen pengunjung lain.
Ramai blogger yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mereka di ruangan komen. Kutip, sedut ilmu tersebut.
Ini adalah asas seorang blogger perlu ada untuk mencari ilmu iaitu dengan membaca. Tips inilah yang saya gunakan setiap kali terjumpa sesebuah blog yang menarik minat untuk terus menjelajah.
10 tahun lagi, kalau ditanya soalan yang sama – jawapan saya tetap tidak berubah – rajinlah membaca! Jadilah seorang yang berminat untuk mengetahui dan guna daya usaha untuk mendapatkannya.
Untuk berjaya, untuk dapatkan trafik, untuk dapatkan earning juta² lemon perlukan ilmu. Untuk dapatkan ilmu perlu membaca.
Macam kita baca buku, kena selak mukasukat demi mukasurat untuk dapatkan kandungan yang lengkap, blog juga begitu. Hanya perlu klik entri post yang lepas² pada topik yang berkaitan.
Kalau ada keinginan, tidak susah sebenarnya. Mari kita belajar besama-sama! ( ayat macam cikgu mengajar murid Tahun 1 )
Nota : Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai blogging, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja suka suka….” post ini BUKAN untuk anda.
aku sgt berminat bace blog org utk menambah skll menulis blog sendiri.tetambah aku baru sgt dalam dunia ni.. tq tips2 yg admin bg. will bookmark ur blog..peace
Kebanyakan blogger selalu memulai secara otodidak sehingga kita sendiri dituntut untuk terus berlatih sendiri dengan menggunakan media apapun. Siapa yang lebih rajin dalam belajar ia akan lebih dari yang lainnya
nice share 🙂
Aku baru saja memulai blogging, sangat membantu sekali artikelnya
terima kasih banyak yaw
dont blog hard, blog smart..
hehe betul ke ayat saya ni.. work smart dont work hard maksud saya
hehe, suka dengan iAwani. banyak komen beliau untuk artikel ni..
betul tu.
saya setuju sangat.
antara kata kunci terpenting untuk jadi blogger smart ni kena rajin..
betul tu.
saya setuju sangat.
antara kata kunci terpenting untuk jadi blogger smart ni kena rajin..
tak cukup smart kalau asyik nk bertanya, kene rajin usaha sendiri
tuelaa……search button tue ade utk diguna….klo nak shoot jer tanpa usaha kadang2 rase nyampah gak nak layan…tp klo tegur terasa plak…..
p/s mcm kak jie kate “klo daa jd penulis kenalaa jd pembaca gak kan ”
terbaiklah kak jie, tapi itulah. tak semua blogger akan baca komen orang lain. sampai tak sabar2, terus scroll mouse cari kotak komen tanpa membaca komen2 sebelum ni. contoh yg tak patut, ada soalan untuk diajukan. padahal jawapan ada dalam komen yg dia tak baca. hehe
Salam kak jie.
Saya suka no.2 kerana ia mudah & cepat. Di samping itu, no.1 & 3 juga sama pentingnya.
Terima kasih. 🙂
Kak Jie guna plugin asas wp – WordPress Related Posts
memang rajin membaca itulah yg sy amalkan kakjie untuk menaikkan trafik blog dan sebagainya
bukan sekadar membaca lepas tu komen, semata2 untuk tinggalkan link di ruangan komen…
apa yang kakjie ckpkan di atas tu ada blogger lain pernah katakan tapi tak ramai yang ambil peduli, itu masalahnya
“menjadi blogger ni bukannya seperti akademi fantasia, boleh keluar dalam masa beberapa bulan je”
Bukan mudah hedak mematang dengan kemahiran blog tapi ada setengah blogger tidak kisah unutk memenuhi standard sebuah blog.
Ada yang berblog hanya kerana ingin berkongsi sesuatu contohnya diari peribadi dan sebagainya. Macam Matt Cutts jurutera Google pernah berkata kalau anda minat membela kucing dan kemudian anda membina blog mengenai kucing adalah satu achievement sebagai seorang blog
Kita sebagai blogger ni kena rajin membaca jugak kan kak jie,terutama kalau respon kepada komentar,mesti ade feedback yang baik dari situ
gunakan kotak search dengan sebaiknya..komen pembaca pun boleh membantu jugak
Kak jie..
Sehatkah? yelah. kekadang malas nak tekan read more..
entah! bukan “retweetlah walaupun satu ayat” kahkahkah
Asalamualaikum
Mula blogging dulu saya banyak belajar di sini, sehingga kini mungkin layak disebut sebagai diantara juara kampong di WP, terima kaseh kujie.
artikal yg beshhh 🙂