Statistik 2010 Kujie2.com
Blogger

Statistik 2010 Kujie2.com

Ramai pula tak puas hati bila saya  buat entri Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai hanya tunjukkan Top Commentators tanpa statistik lain.

Siap cabar mencabar lagi tu. “Ada berani Kak Jie ?”

Korang ingat blogger lelaki tak suka jaga tepi kain blog orang ke? hiks! Masing² teringin sangat nak tengok statistik kujie2.com.

Bukan tak nak tunjuk tapi seriau dowh!

Tapi setahun sekali – nak juga abadikan penghargaan kepada blog sendiri.

  • Unique visitors –  0.5 juta
  • Pelawat –  1 juta
  • Pageview – 4.6 juta
  • Hits – 27 juta

Tengok nombor² tu kalau boleh tukar masuk dalam akaun bank jadi $$$$ , oklah jugakan?

Blog ni tak ada cerita artis atau berita muka depan kosmo @ metro – hanya kisah perjalanan hidup seorang surirumah, kisah anak², suami , rakan sebaya dan rakan maya . Tulis entri pun ikut sedap rasa sendiri bukan ikut ‘undang-undang blogger’.

Sebab itulah saya tak pernah buat tips dan tutorial ‘jangan itu jangan ini, buat begitu buat begini’ .  Tips atau tutorial yang saya kongsi berlangsung secara tidak formal – sambil tulis entri membebel tentang anak² pun boleh selitkan tips kepada blogger.

Saya tak suka bagi tips atau tutorial dalam bentuk formal

  1. A – bla…bla..jangan buat itu jangan buat ini bla … bla…
  2. B – buat itu ini begitu begini..bla..bla…bla…

Saya tak suka pembaca disogokkan dengan fakta direct kerana tips hanyalah manual yang perlu kemahiran dan minat untuk mendapat hasil yang sebaiknya.  Saya suka pembaca blog mencari isi yang disampaikan dengan membaca sambil memahirkan deria ke- 6.  Seorang blogger mesti menjadi pembaca kerana seorang blogger adalah penulis blog.

Saya jumpa ramai blogger yang bersungut tak suka membaca blog – tetapi dalam masa yang sama sibuk riuh  bertanya tips untuk dapatkan trafik.  Kalau tak membaca, mana nak dapat ilmunya.

Description blog telah ditambah dengan perkataan ‘surirumah’ kerana ramai yang keliru jantina tuan blog.

Alang² dah show off – buat entri 2 in 1 sekalilah. Tag dari rohaizad letakkan screnshot (di bahagian dashboard) jumlah komen. Game budak² geek.

Jumlah post dan komen  semakin berkurangan kerana saya sedang buat pembersihan blog dengan mendelete entri  tak perlu – entri zaman dinosour syok sendiri.

Dah…… puas hati?

Terimakasih juta² lemon untuk semua yang masih sudi bertandang walaupun kadang² saya gagal untuk membuat lawatan balas.

©kujie – segan giler nak buat entri ni.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

92 thoughts on “Statistik 2010 Kujie2.com

  1. bila lah nak merasa unique visitor 1000 sehari.. max pernah dapat 400 je..tu pun sekali..hehe

  2. baru boleh reply kat sini,itu hari try tak boleh 🙂

    ni mesti baca kat komen blog jebat ni,memang betul lah tu cuma saya tak habiskan pengajian di situ,saya sambung kat UK5….jadi tukang kasut 🙂

  3. aiseyy terlepas plak entry kebabomm ni! padahal yonna yg nak tgk sangat post mcm ni :mrgreen: tercabar dengan budak2 geek ni ma. hahaha. sumpah kagum gila ni. bukan senang seorang surirumah nak capai sampai ke tahap ni =) 5-6 tahun kisah hidup diabadikan dalam blog, 5-6 tahun jugak setiap entry harus dibaca dengan deria ke-6, tu lah tips blogging sebenarnya 😀

    hope tahun ni kasi 40 juta pulak eh ma! boleh lawan DDR LOL

  4. nak berjaya mcm kakjie bukan sebulan dua. makin tahun tu. sebuah blog yg berkisar peribadi namun berjaya. tahniah.

  5. wah kak, memang gempak lah kak…

    tu la saya ni pun selalu tak sempat BW.. tp kujie memang ramai peminat.. 😉

    setuju dgn kak, jadi blogger kena rajin membaca… kalo tak memang tak ke mana..

  6. sbb tak de gossip itu ini tu yg kurang pelawat pompuan kot kak jie.. sama kes dgn saya.. hehee.. 😛

    byknye pelawat ke blog ni.. jeles.. jeles.. 😎

  7. Antara faktor yang menentukan tarikan trafik adalah golongan mana entri kita menawan hati golongan ini. Kalau blog anak muda tentu yang menarik membacanya adalah sebaya dengannya dan entri pun lebih kepada lifestyle golongan ini

  8. humaaiiiiiiii…dasyat tul kak jie ni…respek lah.huhuhu…memang best baca blog kak jie. pembacaan yang memerlukan otak berjalan.hm…unik.

    p/s : kak jie pon pandai gunakan perkataan “dowh” erk? jiwa muda jiwa muda. hehehe

  9. Sangat setuju kata2 kakjie “Seorang blogger mesti menjadi pembaca kerana seorang blogger adalah penulis blog.” hehe..
    Dari pembacaan kita dapat asah cara penulisanyang lebih baik.. 🙂

  10. hebat betul statistik kak jie. dah 1564 entri. kalau campur entri-entri dari blog lama saya sampailah sekarang ni pun rasanya tak cecah 500 lagi hehe

  11. betul tu kakjie, nak berikan pemahaman kepada orang lain cukup susah, tambah2 hanya bertaip dan gambar sahaja, beza dgn bercakap

  12. Finally… sayalah orang pertama yang berjaya TAG Kak Jie untuk tahun 2011 nih…!!!

    yahuuuuu

  13. hehehe..jgn terpenyek hidung sendiri sudah…
    kadang2 kecewa – bila pembaca gagal tangkap apa yg nak difokuskan
    tak berapa suka nak direct tegur, lebih suka kias2 tapi org skrg ni susah nak faham pula
    bila org tak faham…kecewa juga..hehehe

    lumrah – tak mungkin manusia ada tahap pemahaman yg sama level

  14. hidup biar sedap – kena tenang utk kawal diri
    tapi kak jie juga manusia – selalu ada salah silap di mana-mana

  15. adat manusia kadangkala lupa tatkala ralit menulis..:D

    tapi, saya tetap suka membaca disini! ^^,

  16. yup…. bila seseorg tu nak jadi blogger, isu suka hati dia boleh buat apa saja dgn blog dia.

    tetapi bila sampai satu peringkat – dia mula kisah dgn trafik, kisah dgn orang tak komen, ,kisah dengan earning kat blog, halal haram income, kisah dengan loading kisah dengan followers…. dia perlu ambil tahu juga katogari mana dia perlu berada.

    what u give u get back –

Comments are closed.