Saya selamat tiba selepas 8 jam perjalanan dengan keretapi Senandung Langkawi Hatyai – Kl Sentral.
Alhamdulillah koc tempat tidur selesa dengan tilam dan bantal yang empuk walaupun mendapat katil di tingkat atas. Saya tempah tiket 3 minggu sebelum perjalanan dan semua katil tingkat bawah dah habis ditempah.
Sampai di rumah, jengok blog dengan beratus komen termasuk sebahagiannya di dalam ‘spam box’ . Terimakasih untuk kawan² yang tetap datang bertandang walau tuan rumah berjimba² cuti² Malaysia di utara tanahair.
Sekejap tadi baca blog Ondscene mengenai Lokomotif Senandung Langkawi Terbakar- 600 Penumpang Selamat. Alhamdulillah tren saya naiki tidak terlibat dalam sebarang kemalangan. Waktu kejadian, saya dalam perjalanan arah utara ke selatan dan tren ini dari selatan ke utara. Rasa lebih tenang kerana saya tidak membaca berita tersebut sebelum perjalanan, kalau tidak mesti tak tenang dan tidur lena.
Perlu rehat dan masukkan baju dalam mesin basuh!
©kujie – beg yang sarat itu – dua biji yang besar adalah kepunyaan Angah. Dia selamat mendaftar masuk Tingkatan 5 di MRSM Merbok. Kami balik bercuti di kampung, kemudian terus ke Merbok.
tuntun ilmu dah tamat jie… tinggal nak preaktikkan je…
p ipoh naik ketapi?? jom2 heheh
He3.. Tengok bas jugak kan..
Seronok gak bila sesekali dapat naik kereta api ni…
dah lama tak naik, tapi hari hari tengok 😀
sebenarnya kakjie kalau mahu mencuba pengalaman baru ini bukanlah utk anak2 pada kebiasaannya.. tetapi lebih kepada diri sendiri.. belum puas lagi hidup agaknya maza ni.. hehehehe
nota kaki: bapa yg pentingkan diri.. huhuhu…
tapi bila berkembara cara begitu, tentulah memberikan manfaat kepada seluruh keluarga, kan?
t.kasih – nanti2lah bila free
kak jie mcm tak kisah le pula sbb byk betul things to do nak buat awal tahun ni….
domain yg dah 2 thn tu rasanya nak diaktifkan – 😆
projek 2011 agaknya – jgn hangat2 taik ayam udah le
kalau dah sakit, naik apa pun tak selesa…kena dok rumah tido je cek oiii…
jom kita p Ipoh naik keretapi..