Jadilah Blogger Yang Pertama
Blogger

Jadilah Blogger Yang Pertama

Tiap kali Intan balik sekolah dia mesti tanya … beli paper tak..beli paper tak? Semua anak²,  balik sekolah mesti cari suratkhabar dulu – mesti baca paper dulu.  Baru nak cari nasi.

Tapi sejak 5 tahun terakhir ini, kami jarang beli suratkhabar. Baca online.  Tapi saya kerap juga beli akhbar sebab  Intan cakap dia suka baca Dunia – Ragam Global. Tak kisahlah… itu lebih baik dari baca mukadepan kisah rogol, bunuh, lari rumah, dilarikan jin atau berita seks.

Minggu lepas saya tunjukkan dia satu berita menarik dunia dari internet. Saya baca melalui Google Reader dan bookmarks beberapa akhbar online antarabangsa.

Besoknya, gambar dan berita yang kami baca di internet keluar di akhbar.

” mama……..intan dah bacalah kisah ni….”

Lusanya berita itu menjadi bahan update beberapa blogger.

Nampak tak?

Betapa gembiranya dia kerana menjadi orang lebih awal mengetahui dari suratkhabar. Dia rasa dia lebih ‘bijak’ dari wartawan akhbar.

Itu perasaan anak berumur 11 tahun.

Awak nampak tak?


Climbing Wall tertinggi di dunia – dikenali sebagai Excalibur terletak di Groningen, Belanda.

Sebagai blogger, anda juga boleh menjadi orang pertama melapurkan kalau anda rajin mencari dari sumber yang lebih global. Bukan mengambil dari akhbar online tempatan yang sumbernya juga dalam talian di depan skrin anda.

Climbing wall setinggi 37 meter (121 kaki) – sumber : newlaunches.com

p/s Google Alert juga boleh membantu untuk mendapatkan infomasi terkini.

©kujie – saya tak ada idea untuk alihbahasa Climbing Wall di dalam Bahasa Melayu.   Carian dengan Google, Rock Wall dan Climbing Wall benda yang berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Jadilah Blogger Yang Pertama

  1. Salam…
    saya baca segala yang boleh dicapai tetapi bukan semua saya akan ‘baca’..yang menarik je menjadi perhatian, kadang kala muak juga dengan cerita yang berlandas topik yang sama.

  2. saya suka baca surat khabar konvesional sebab dah tahu antara muka masing…. dan tahu dah hari ini seleksi apa, hiburan ke, sains ke, pendidikan ke….

    lagi satu seronok membaca dengan gaya bebas…. kalau online terbatas, depan pc jer…. Bile nak ada komputer senipis kertas???

  3. family RB setiap hari beli paper.. rasa baca online tak best.. just pendapat je.. hehe..

  4. yes.. setuju.. tapi skrg bagai trend blogger2 updated entry ikut akhbar.. copy bulat2.. at least, bagilah pendapat kan..

  5. hehe…saye masih lagi beli paper sbb dah terbiase sejak kecil…so, isteri saye dgn comelnye bertanye…”eh..nanti bace online jugak kan?”…hehehe…

    tips bgus ni…thanks kak jie…saye jugak nk jadi yg pertama… :mrgreen:

  6. Ohooo.. Google Alert memang memudahkan keje aku nak cari update berkaitan keyword2 ni.. 😆

  7. kak kita pakai google tak boleh la nak masuk blog akak nih… pakai firefox baru boleh… dah lama tak singgah sini…

    kita pun dah lama tak beli surat khabar, berita yang tersiar kat akhbar tu, tak abis2 berita yang sama…

  8. Zaman sekarang orang lebih suka baca akhbar online. Sekurang-kurangnya blogger2 dapat berkongsi berita dgn pembaca dan ambil iktibar daripada setiap peristiwa yang terjadi.

  9. kadang-kadang teringin nak jadi blogger pertama, tapi rasanya tak cukup tegar lagi nak kejar headlines dan nak hadap benda yang tak suka. Better mind my own business, tulis benda yang ada terasa nak tulis jer.

  10. huhu..tajuk entri ni mmg sesuai sgt dgn situasi malam ni.. aried mb antra yg awal ckap tntg esok kelantan cuti.. tiba2 lepas entri aried publish, tgk kt whosamungus ade 60 orang duk online dalm blog.. lor… patut le, tgh baca sal entri cuti..huhu

  11. ari2 memang kena beli paper psl anak nak nengok berita sukan (minat bola) tapi kenkadang saya mesti nengok berita di media online alternatif, ada keseimbangan disitu…

  12. biarlah org xsuka kita pung pang letak berita dalam blog pun, saya tak kisah sbb yang penting nk jadi yang pertama tu..hehe
    tambah lak bila macam ni, kita sendiri akan rasa diri berupdate dengan isu2 semasa/informasi terkini. Macam dah jadi kemestian pulak untuk share any info terkini di blog utk diiri dan orang lain.

  13. entah la..saya masih suka suratkhabar tradisional..sebab suka membaca sambil baring atas sofa bawah kipas..nak baca dalam handphone, handphone tak canggih..netbook nak bawak masuk bilik membaca atas katil, line internet tak laju pula.. sebenarnya saya lebih suka baca blog yang letak news dalam blog dia kemudian dia analisa sendiri pro dan cons sesuatu perkara, tak terkecuali link2 berkaitan dengan topic yang menunjukkan dia buat research terhadap topic tersebut (macam Kak Jie la.. 😛 ), kalau setakat tempek news dalam blog, kemudian maki2 marah subjek dalam news tu, malas rasanya nak baca..just my 2 cents. anyway, happy weekend Kak Jie dan Intan.

  14. ermm betul gak tu..macam kita ni pemula suatu topik tu kan.. thanks for the tips, kak kujie

  15. ehh….. lebih elok jadi yang pertama kan? tak kisahlah lepas tu orang lain pun buat cerita yang sama. Kepuasan untuk diri …

  16. bila jadi yg pertama nanti ada je yang buat cerita yang sama..adoii takleh elak dah benda camtu…kan?

  17. Hihi.. sama la kak jie..kiteorang dulu salu gak beli paper..cuma sekarang ni dah stop khidmat pakcik yang hantar paper ke rumah tu…sekarang cuma online je..

Comments are closed.