Peribadi

Perlukah Sayang Bersebab?

Ada tak sesiapa yang boleh menerima seseorang itu walau berkali² ditinggalkan seperti Forrest menerima Jenny?  Tanpa soal tanpa sebab.

Sometimes it would stop raining long enough for the stars to come out… and then it was nice. It was like just before the sun goes to bed down on the bayou. There was always a million sparkles on the water… like that mountain lake. It was so clear, Jenny, it looked like there were two skies one on top of the other. And then in the desert, when the sun comes up, I couldn’t tell where heaven stopped and the earth began. It’s so beautiful.

p/s – cuti hujung minggu yang hujan dan sejuk, layan cerita jiwang
p/s – seseorang – email belum sempat dibalas, mencari kata yang sesuai.

©kujie – kembali ke theme asal – Oktober dah berlalu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Perlukah Sayang Bersebab?

  1. Time sejuk2 ni layan Koko Minda best ni
    tapi tak tengok cite jiwang
    saya layan semua CSI hehe :mrgreen:

  2. sayang dari saya datangnya dari hati dan keperluan…. dan dari agama sendiri menggalakkan kasih sayang…

    teringat novel ramlee awang murshid….

    ” Sebagai manusia, aku sayang padamu.”….

  3. theme yg saye cukup suke…hihi..

    sayang tak perlu bersebab…ia tetap lahir secara semulajadi… 🙂

  4. rasanya bulan november adalah bulan berkasih sayang 🙂 apa pun kadang-kadang sayang itu tidak memerlukan sebab kerana ianya dari hati

  5. tak perlu bersebab sebab “Takkan ada cinta sejati selagi manusia tak berpuas hati dengan apa yang dia ada”

    dan bagi saya, tuhan takkan temukan kita dengan pasangan yang secocok sebab dia nak kita terima baik dan buruk pasangan.. betul tak??

  6. Salam Kak Jie,
    Sayang dan cinta memerlukan sebab untuk bermula. Kerana orang tu baik, bertanggungjawab, pandai mengambil hati, romantik, menghiburkan, cantik/hensem, tak lokek dsb. Tapi itu semua boleh berubah dek aliran masa dan keadaan, apatah lagi bila dilanda badai dan gelora. Pantai juga berubah bila selalu dihempas ombak, apatah lagi jiwa manusia. Tapi cinta dan sayang boleh diselamatkan jika sebabnya disamdarkan pd Allah.

    Forrest Gump – one of my favourite movie. Anyway, it’s just a movie. Belum jumpa lagi kisah realiti yang seiras dengannya.

  7. aaa, macam cerita lagenda budak setan. berapa kali terima pempuan tu walaupun banyak kali ditinggalkan. tetap terima, walaupun banyak kali diluka..

    mungkin, sy bukan orang yg begitu.

  8. owh..sini pun hujan….tak henti2 2 hari dah ni… paling best titor.. adoi, mcm best je plak topik sayang2 time2 ni…

  9. Kalau dah terlampau sayang tu, kalau orang tanya ‘NAPE KO SYG KAT DIA’.. aku akan jawab, ntah.. aku mmg suka kat dia.. taktau sebab ape.. 😈

    Soalan yang paling susah nak jawab. ❓

  10. owh.. theme kat k2u nie bermusim ke? ikot bulan eh? baru tau… hohohoh… pasal cinta unconditional nie.. xpenah rasa lagi.. sebab takde gf…

  11. hujung minggu ini terselebung dgn selimut.. selain tidur, selsema menjengah pula.. batu2k manja memecah alam..aduhaiii…

  12. Sayang sifatnya memaafkan, sebab tu kot Forrest terima Jenny bila2 pun.
    Orang kata soal hati memang tak beralasan..org lah kata, Iza belum berani kata apa2 hehe 🙂

  13. Kadang2 sayang itu memang tak bersebab sebab memang dah ditakdirkan org itu menjadi pasangan kita.

    Kita je yang mencipta sebab. Pernah terfikir bagaimana anak kecil begitu menyayangi ibunya? Ada sebabkah? Naluri yang memandu kita menyayangi mereka 🙂

    Anugerah tidak terhingga dari-Nya.

  14. “Kenapa ya awak sayangkan saya?”

    Apabila kita menyayangi diri seseorang itu, soalan seperti inilah yang sering ditanyakan. Saya hanya jawab sebab saya sukakan awak. Huhuhu

Comments are closed.