Ada waktu² kes yang penting, saya akan menerima sms dari En Sham Ondscene untuk update blog beliau.
Selalunya info lokasi, jenis kemalangan dan bilangan kematian atau kecederaan. Macam wartawan tak bertauliah, saya akan catit secara ringkas info yang disampaikan dan mengupdate berita terbaru secara ringkas. En. Sham akan mengemaskini dengan berita dan gambar apabila beliau pulang dari lokasi kejadian.
Hari ini seperti biasa saya mencatit info dan maklumat ringkas.
Tiba-tiba ayat yang saya dengar ‘ penumpang dari Mukim Siong, Baling Kedah’
Mengigil untuk menulis . Itu kampung saya.
Beritanya kemalangan maut di Lebuhraya Karak > baca di sini
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga roh semuanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman… Takziah untuk keluarga .
Senarai mangsa kemalangan Lebuhraya Karak 29/10/2010
- Mohd Khairi Mohamad Mazuki – 14 tahun
- Mohd Amirul Muhamat Isa – 13 tahun
- Mohamad Firdaus Rosedi – 16 tahun
- Mohamad Yussof A.Akhit – 16 tahun
- Mohd Ridzuan Husin – 17 tahun
- Muhd Fahmi Abdul Mustaffa – 17 tahun
- Mohd Zaidi Mohd Sufian 28 tahun
Gambar-gambar kemalangan Belia 4B Siong, Baling Kedah
Message dari kampung :
Salam . 7 mayat dlm perjalanan balik .
Singgah di Masjid Pokok Setol, Sembahyang
Lepas tu terus kekubur Kg. Baru. Dlm satu liang
p/s – Siong adalah Mukim.
©kujie – saya bukan wartawan terlatih, kalaulah mangsanya orang² yang saya kenal..orang² tersayang……bagaimanakah? Ya Allah….. lindungilah kami.
semoga para almarhum bisa diterima di sisi Allah SWT aamiin
ucpkan takziah kpda kuarge si mangse…skrg byk krsakan jln raye..kene arw hati2 skit kt jln raye..sblum nek krte kene arw check dlu krte cmne n kene arw kene bce doa dlu bwu arw bergrak pda tmpk yg kte ingn kn itu…jgn arw buat bodo jew smpai lupe nk bce doa…ingt la….pda yg maha berkuase..mahu pown skrg dye ingnkn nywe kite..dye blh dpt…..hati2 d jln rye..nie psan ak…
takziah utk keluarga mangsa.. mmg tak terbayang lau mangsa adalah org yg kita kenal.. berhati-hati lah di jalan raya
Al-fatihah…moge arwah diberi rahmat Allah jua..ameen
mase kejadian, saye baru saje lalu di laluan tersebut utk pulang ke kg…juge menaiki bas…hanya Allah tempat berserah…moge dijauhkan dari bencana sebegini…ameen
sangat menyayat hati.. mcm manalah kalau ianya terjadi kepada orang yg saya sayang… tak sanggup nak bayangkan..
oleh bayangkan macamna kan kak jie..
Kalau difikirkan ngeri nak naik bas…
tapi kalau dah ajal kan…tak lambat seminit or tak cepat seminit …its fated……semoga rohnya dicucuri rahmat….AMIN
Al-Fatihah untuk semua mangsa. Takziah untuk semua keluarga mangsa kemalangan. Semoga ada tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali. Tak dapat bayangkan trauma yang dialami oleh penumpang2 lain di dalam bas tu..
My deepest condolences.
lately banyak kes kemalangan bas begini kan. trauma gak nak naik bus, ni dah siap tinggal wasiat untuk blog lagi. just in case. Kita tak tahu bila ajal memanggil, so be prepare jer la selagi boleh sebab mati itu pasti.
al fatihah…. 🙁
al-fatihah kepada mangsa, muda remaja semuanya…sungguh sedih
alfatihah…
sedih sgt kak bila baca yg terlibat tu org2 kampung kita jugak kan…muda2 pulak tu…Ya Allah..lindungilah kami semua..
Salam,
Alfatihah. dariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga mereka ditempatkan dikalangan para kekasih Allah.
Tahniah kepada pasukan keselamatan, bomba dan orang ramai yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa. Moga2 usaha sebegini tidak pernah mati dari masyarakat kita.
Terima kasih juga kepada kak Jie yang jadi PA sdr Sham…updet yang dilakukan tu amat bermakna untuk sumber info yang sah. Ayat tak jiwang-jiwang pun tak apa, asalkan info cukup. Nanti2 sila buat lagi ya 😉
kalau update ringkas, ayat tak seindah bahasa…tu sayalah yang tolong updatekan – tuan blog dalam perjalanan ke tempat kejadian atau masih bertugas .
Lepas tuan blog balik dari tempat kejadian, baru dia make up ayat2 tu bagi orang faham.
p/s – tak pernah naik monorel juga..gayat 😐
Salam berhujung minggu Jie..
masih merangkak dgn WP..dah add ur link..
takziah pada ahli keluarga mangsa… Al-Fatihah
al-fatihah
ai fatihah…
Al-fatihah. dapat tahu kes ini daripada kawan di facebook awal malam tadi.. malang tidak berbau..
maza dapat berita ini melalui FB dari seorang teman dri akhbar Kosmo..
maza juga bukan wartawan cuma menumpang rasa..huhuh
kesian kan.. lagi mangsa bas bergolek.. menjadikan maza agak terkejut dan seriau mau naik bas lorr..
(psst: esok mau naik monorel ke low yat.. harap2 tak berlaku perkara ini..aduhaiii)
Al-fatihah kepada semua mangsa. Semoga mereka ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang dikasihi.
Al-FATIHAH..salam takziah buat keluarga mangsa… 🙁
same2 lah kite berdoa..dan al-fatihah dan takziah untuk mangsa kemalangan..