Tiba-tiba hari ini saya ternampak keyword Salleh Groger Samsa yang agak ketara. Agak pelik kerana saya tidak pernah buat satu pun entri mengenai beliau atau komen satu ayat pun di Facebook atau di Twitter. Saya sekadar ambil tahu apa isu hangat dan terkini.
Saya juga tak ada tag mengenai ‘Salleh Groger Samsa’ di blog ini. Kemudian saya lihat keyword tersebut di bawa oleh Encik Google ke entri Hari Bertemu Pelanggan Vol 9. Tetapi di dalam entri tersebut saya tidak menulis walau sehuruf pun mengenai keyword ini.
Jadi – dimanakah rahsianya ?
Sebelum ini saya faham dan tahu, teknik ini mempunyai rahsia SEO tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk disahkan.
Rahsianya adalah pada backlink commenluv yang telah diindek oleh Google. Nampak tak kesan baik meninggalkan komen pada sesuatu blog? Pengunjung yang mencari Salleh Groger Samsa keberangkalian besar akan klik link tersebut. Itulah kebaikan yang pengomen dapat. Mungkin fakta ini perlu disahkan oleh Encik Rohaizad.
Kalau tuan blog yang sibuk tak buat kunjungan balas, janganlah terus cop dia sombong…. awak komen kat blog dia pun ada benefit yang awak dapat tanpa disedari. Kalau bukan dia yang datang berkunjung, kemungkinan awak dapat tempias trafik dari blog dia sangatlah tinggi.
Tetapi jangan cari fasal dengan tinggalkan komen sehingga komen tersebut masuk dalam server Akismet sebagai spam. Awak rugi berganda kerana selamanya komen² awak yang lain dilabelkan spam walaupun di blog wordpress yang lain.
Ada satu lagi rahsia yang agak berseni dalam ilmu meninggalkan komen dan membaca komen. Caranya dengan membaca komen pengunjung lain. Terus terang saya akan membaca komen orang lain di satu² entri jika entri tersebut berbentuk tutorial kerana biasanya pengunjung yang hampir sama ‘niche’ akan sesama sendiri menurunkan ilmu menyokong entri tersebut.
Saudara Mijie ada menulis mengenai kepentingan membaca ruangan komen di dalam artikel blog. Ini adalah tips-tips mudah blogger yang “kita selalu lihat, tapi kita tidak lihat betul-betul”
Blogger yang ingin maju , ingin trafik ingin meningkatkan ranking dan sebagainya perlu banyak membaca dan rajin selongkar entri² blogger lain yang berkaitan. Bak kata Blogger yang terdesak nak kurus tu, blog itu cuma platform sahaja. Yang menghidupkan atau yang mematikan itu ialah kita sendiri, TUAN PUNYA blog jadi monetizekan diri sendiri bukan blog. Teknik pasang MATA KAIL pun kena betul, baru dapat memancing piranha.
p/s – Saya masih boleh membaca blog Salleh Groger Samsa walaupun blog tersebut telah dikunci…. beberapa google’s cache boleh di akses. Ada orang tanya macam mana caranya? Saya tak nak share, rasa bersalah pula nak memanjangkan kes yang begini. Saya baca untuk diri sendiri supaya dijadikan modal untuk berleter anak²…pok pek ..jgn jadi mcm tu… bla..bla… kan mama selalu tegur…bla..bla..bla…jgn tulis mcm² kat FB…bla..bla..bla…
Teknik berleter walaupun tidak berkesan 100% tetapi ada juga nampak kesan baiknya. Saya nampak wall FB Along lebih suci..
p.s – kalau mak² korang baca FB korang, agak² apa dia komen? Tanya Along… sebab dia tahu saya baca wall FB dia.
Tulis tentang tips blogging tetapi masih dengan style berleter macam makcik² – hujung² kelaut entrinya!
©kujie – zaman sekarang mak² kena intai dan ambil tahu aktiviti online anak².
Salam..SMTI.. tips berguna, nanti boleh cuba.. 🙂
best2, lepas ni saya akan cuba comment banyak2.. ehe
banyak sangat info. pening juga nak baca semua. lagi pening nak fahamkannya. huh~ 🙂
tapi setakat ni blogspot xboleh pasang comluv lagi kn.. T_T
betul2 .. lebih2 lagi blog yang bertrafik dan pr yang tnggi
aik, bro kan seorang blogger,
tulis pasal diri sendiei je 😀
mmg kuasa komen tu ada.. hehee.. biasalah kak jie, mak yg amek berat pasal anak.. itu wajib..
Post fasal saleh ni dpt hits paling tinggi sepanjang sejarah sy berblog heheh. tapi, sebijik nama saleh gregor pun tak ada dalam post sy. cuma gmbr dgn nama code mcm biasa. tetapi nyata sekali ramai org share post sy dekat facebook.
Saya antara individu yang terkena penangan SPAM akismet tu.. tak tau kenapa dan siapa yg memblacklist tu.. 🙁
baru gak letak comluv 2.. 🙄
saya pun sebenarnya selalu tak sempat nak berjalan2 ke blog orang lain…
kecuali hujung minggu, itu pun masa sangat terbatas.
buat yang termampu je lah..
yup, comment luv mmg banyak membantu..rajin komen tu bagus, tapi marilah kita komen dengan penuh berhikmah sambil mencari teman..hehe…
p/s: kak jie terbaekkk..