Salam sabtu hujung minggu kawan².
Selamat pagi putera puteri, Selamat pagi anak negeri. Kita sambut ini hari da da da di da di.. ini lagu klasik tahun 70’an.
Tadi saya moonwalking dan mendarat secara cemas di blog donnyien.comdan membaca satu entri menarik mengenai penubuhan satu group di laman sosial Facebook untuk melakukan kerja amal mengumpul baju Melayu dan baju kurung untuk diedarkan kepada anak yatim sempena menyambut Aidilfitri.
Gruop tersebut diberi nama – SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA .
Pakaian boleh dibungkus mengikut set pakaian, setiap satu bungkusan satu pasang dan ditulis saiz samada Baju Melayu/Kurung . Kemudian pos ke alamat yang diberi di bawah.
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
(U.P :Ahmad bin Sa’abun)
No. 12, Jalan Platinum 7/44
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan
Untuk zon utara, selatan , timur dan barat, boleh dapatkan info mengenainya di Facebook SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
Merujuk berita dari Berita Harian Online, sejak diwujudkan kira-kira dua minggu lalu, kumpulan 8 sukarelawan ini menerima kira-kira 600 helai pakaian yang diedarkan ke Rumah Anak Yatim Baitul Muhabbah, Seremban 2, Negeri Sembilan; Rumah Anak Yatim Penyayang, Sungai Buaya, Banting, Selangor; Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Rumah Anak Yatim Peryakin, Meru, Klang.
Kumpulan ini hanya menumpukan rumah anak yatim yang daif dan jarang mendapat bantuan, manakala pakaian yang diedarkan pula bukan secara rawak sebaliknya menepati saiz penerima.
Antara petikan yang sangat menyayat hati :
“Ada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mencium pakaian itu dan memberitahu saya ia baju baru pertama diterimanya dan bau pakaian itu sungguh harum,”
Ingat tak aktiviti Projek Mega Self Adhesives ( klik utk baca entri terdahulu )
Saya bungkus pakaian lama dalam plastik dulu tu untuk tujuan seperti inilah. Tetapi projek ini untuk pakaian baru. Saya akan hantar sendiri pakaian² tersebut dalam minggu ini. Insyaallah. Rozy cakap hari ini hari terakhir… kebetulan saya akan ke Shah Alam, kemungkinan saya akan singgah.
p.s – dari korang join fanpage dok menambah dosa maki sana maki sini tu..baiklah join group macam ni.
©kujie – kawan² – apa lagi… pergilah selongkar baju anak² atau baju sendiri yang dah tak muat. Manalah tau , kot² puasa seminggu dah susut 5 kg!
sebaknya baca entry ni.. malangnya tak de baju nak bagi..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lelaki Liat Berpuasakah
tersentuh hati baca entri ni kak g, baru semalam saya kemas almari baju anak2 di rumah, maklumlah raya dah dekat kan… saya pilih baju2 lama anak2 yg masih boleh pakai, saya bagi mereka pakai lagi untuk raya tahun ni. anak2 pun tak memilih sangat kak g, alhamdulillah… baju bagus lagi. Dan, baju yang tak boleh pakai lagi tu saya sudah kumpulkan untuk di beri pulak kepada anak2 saudara terdekat dan adik kepada pembantu rumah saya. Sokong sangat2 kerja amal begini.. semoga Allah merestui segalanya dan memberi jalan yang mudah untuk kita. Amin..
Jom terjah post menarik dari zulman ..Aku Hanya Menulis
alhamdullillah tambah satu lagi pahala dibulan ramadhan
Jom terjah post menarik dari ishak ..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang
Kak Kujie..
Salam bertandang lagi apa khabar?
Moga sihat orang di sini..
jangan lupa bayar zakat fitrah
he he …
😀
Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Hidup Seorang Blogger Permulaan Hidup
macam mana kakjie, selesai ke petang tadi ke shah alam
Jom terjah post menarik dari mijie ..Petua parking kereta di shopping complex
erti hidup pada memberi..ngee 😀
Jom terjah post menarik dari PutraMalaya ..PANAS Pelajar UITM Buang Bayi
😛 wah bgus entri ni…teruskan kak jie
Insyallah, sesuatu akan diusahakan kalau ada kesempatan dan keizinan.
Thanks K.Jie sbb panjang-panjangkan info ni.
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
good initiatives…sama-samalah kita membantu kan?
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Staff Baru Nuffnang
plastik wrapping tu saya banyak.. dan banyak yang terbuang, lain kali kalau nak boleh bagitau saya..
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Koleksi Tudung Lycra jalur – Thai Silk awning
alhamdulillah, ada anak muda yang seprihatin begitu…
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..pesanan dari Tarek
ramadhan bulan yg baik utk bersedekah dan beramal jariah dan menbantu org yg daif dan susah…
wah, ini satu berita yang bagus ni..satu usaha yang tersangatlah murni
Jom terjah post menarik dari x-po ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
akhirnya, boleh la bagi baju2 tu… Alhamdulillah… dalam kesenangan kita ingat orang yang susah….
Kadang kadang baca berita camni, mau turun gak air mata…. tapi control supaya tak nampak oleh roomate…hehehehe
Jom terjah post menarik dari zikri ..Kalam Jumaat – Kelebihan Ramadhan
sedihnya.. emm.. saya ada adik beradik ramai, mana sepupu sepapat yang kurang sikit tu boleh bagi baju2 lama yang elok tapi tak boleh pakai dah kat depa.
buat baik di balas baik..harap-harap anak2 yatim tu dapat beraya dengan baju baru..
ye…bukan duit je kita boleh sumbangkan…pakaian pun boleh…kita kena bantu depa ni..igt satu benda
“be nice to people on your way up because you’ll need them on your way down”
so ringankan beban depa…depa sedara kita jugak
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..AfiqAimanCom-Berwajah Baru
rasanya sumbangan dan projek sebegini patut di warkan ke semua tempat supaya ramai orang mengetahuinya
terima kasih kakjie
Jom terjah post menarik dari mijie ..Sana sini jualan murah
Mak saya baru call tadi. Katanya dia baru je bungkus semua baju2 lama saya untuk sedekah pada saudara mara yang memerlukan. Rasa sayang juga sebab ada baju2 yang masih elok saya tinggalkan di rumah mak. Tapi lepas baca betapa orang yang menerima itu sangat menghargai, tidak ada sebab rasanya untuk saya rasa macam tu. Terima kasih utk post yang sgt menarik kak jie!
Jom terjah post menarik dari Lin Che Mat ..Suami tak bagi ambil insurans-takaful la
Insya-Allah. akan pergi yang kat banting tu nanti.
Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 57 dari TNX
sedih tengok kanak-kanak yatim ni kadang-kadang. Kesian dengan nasib yang dorang alami. Dengan aktiviti macam ni, baru la dorang jadi happy sedikit kan.
Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Tolong jangan menunggang macam ni
Itulah beza antara mereka yang bersyukur, disebabkan kehidupan yang senang lenang sejak lahir, mereka seringkali lupa dan alpa untuk berterima kasih dengan apa yang mereka perolehi. Program-program seperti ini, selain kita membantu mereka, mereka juga membantu kita untuk memberi kesedaran secara tak langsung.
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Barangku buatan Negaraku
berlinang airmata saya baca entry ni. baru semalam saya beritahu mak yang tahun ni saya takde baju raya pun. walhal, ada lagi insan lain yang lebih memerlukan. banyak baju² lama kat rumah saya ni yang baru plan nak dibuang. mujur masih simpan lagi.
thanks kak jie for the info.
Jom terjah post menarik dari erni ..Sedalamnya lautan
alhamdulilah teknologi memungkinkan kita berkongsi maklumat berguna seperti ini….nasib baik baca and inform kak jie pepagi ni
Tak dpt nak menghulur kak, jauhnye kt Sydney nie. Hopefully mereka2x yg berbaju 4-5 helai setahun kt Malaysia ringan2xlah derma ye. Baju last year pun okla sb mesti baru lagi kan. Kalau boleh derma yang baru, tak ke rasa happy adik2x kecik yg sukakan hadiah dan baju baru? 😥
Jom terjah post menarik dari Izul ..Artikel Wajib Baca- Isu Buang Anak- Sekolah Pelajar Hamil dan Hukuman Gantung – Kupasan dan Persoalan
oic..
thnx kak~
td saya try call bhg selatan punya
tp tak jawab 🙁
nnt try lagilah
sbb address kat kedai R&R N9
takkan nk pos ke sana~
Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Tolong Doakan Kesihatan Mak
KAK KUJIE, pengalaman saya 3,4 tahun bersama Yayasan yg membantu anak2 yatim, pernah ada anak yatim yg pegang bungkusan baju tak lepas-lepas kehulu hilir. Pastu duduk berborak dgn saya,tanya “cantik tak?” sayu nyerrr.. Budak sekarang, kalu dapat baju baru, tengok sekali terus lempar dlm almari. Tak heran pun.
ooo..hari ni ke?
hari ni kebetulan nak ke shah alam
mgkn singgah saja di sana
plastik tu beli kat Nilai3, kawan tolong belikan
cuba cari kat kedai bunga , hiasan2 pengantin
kak jie!!!!
mekaseh berguni2
saya mmg tgh cari port untuk sumbangkan baju raya lama
nak buang tak sampai hati
ptg ni nk keluar cari plastik buat wraping baju
akak beli kat mana eh plastik tu?
kedai hardware or stationary?
Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Tolong Doakan Kesihatan Mak
salam kakjie saya terbaca artikel sehelai baju buat menyapu si air mata dalam 3 hari lepas…terpanggil menunaikan hajat anak2 yg memerlukan.. .sayu bila tengok video dalam facebook group mereka…terus cari baju baru budak lelaki kat JUSCO..hari ni adalah hari terakhir mereka mengumpul…utk di agih sebelum raya……
Moga semangat menyayangi anak yatim dan orang miskin terus menebal di hati kita berterusan hingga ke bulan-bulan yang lain. Ameen.. 😛
Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Lagu Nama-Nama Allah
Assalamualaikum Kak Kujie…
hurm.. Kalau kat Sarawak ada tak ? Baju amir tak tak guna nie banyak..tak terkira… nanti boleh la hantar..insyaAllah..
semoga usaha ini akan berterusan..dapatlah mereka pakai baju raya yang baju bagi mereka.. hurm…
kita ni tiap2 bulan ada baju baru T_____________T diorg tu. nak tukar 3-4 tahun sekali pun susah :((
td ternampak dlm bharian…
bagus gak cara nie…teknologi digunakan sebaik mungkin…
ok bolehlah cari baju melayu lama yg elok2 tu…
baju kurung adik2 pompuan saya pun banyak rasanya yg tak muat dh…
semoga anak2 tersebut mampu senyum di hari raya…
Jom terjah post menarik dari ejam ..Setelah Sekian Lama Tidak Berjumpa- Akhirnya Kita Bertentang Mata