Blog Tutorial

Error Code Di Internet

Antara jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet

400 – Bad File Request. Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut.

401 – Unauthorized Page or Website.  Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memasuki persekitaran router,cpanel dan server anda.

402 – Payment Required Error. Mesej ini terpapar berikutan pertanyaan untuk sesuatu servis tidah dapat dilaksanakan kerana masalah akaun di server tersebut.

403 – Forbidden @ Access Denied.Pengguna sedang memasuki sesuatu laman web dan telah disekat untuk memasukinya berikutan kesalahan memasuki username dan password.Lebih kurang macam 401 jugak.

404 – File Not Found.Server tidak dapat mencari dan memaparkan laman web yang dicari oleh pengguna.Ini kerana laman tersebut telah dipadam atau pengguna telah menaip alamat URL yang salah.

408 – Time Out Error. Klien server (seperti Mozilla dan Internet Explorer) telah memberhentikan arahan untuk membuka laman web tersebut sebelum server melaksanakan sepenuhnya arahan tersebut.

500 – Internal Error. Tidak dapat melaksanakan arahan HTML kerana kesalah an kongfigurasi di server.Pengguna perlu menghubungi pentadbir (administrator) untuk maklumat lanjut cara penyelesaiannya.

501 – Not Implemented. Web server tidak dapat melaksanakan arahan untuk carian tersebut.

502 – Server Temporary Overloaded.  Server tidak dapat mengaktifkan laman web tersebut kerana jumlah traffik yang terlalu tinggi berikutan terlalu bnyak capaian ke web tersebut.

503 – Service Unavailable. Server terlalu sibuk atau telah dipindahkan.Berkemungkinan juga sambungan Internet telah terputus.

sumber asal : yuyukeju.co.cc

©kujie – akibat kecuaian saya terdelete file wp-content, semua image di blog ini menjadi error 404 dan saya perlukan masa untuk dibaikpulih image tersebut.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Error Code Di Internet

  1. tq kak jie .. before ni tak ambil pusing langsung pasal error.. bila dah terkena sendiri baru teraba2 mencari ..

  2. Banyak nya la yang kak Jie tahu . Saya kalau dah tengok ada error segala , terus off kan aje . Even , blog saya sendiri .

  3. baru tahu fungsi code ni bila internet tak leh access, cuba call 100 inform masalah internet tak leh login. operator tu tanya balik apa code errornya, saya bagitau 402, terus bhg teknikal tu tranfer bhg account. rupanya masih ada bil tertunggak. hehe 😀

  4. Biasenye yang pernah nampak 404 error tu je la.Yang lain xpernah jumpa lagi,thanks for sharing Kak Jie.

  5. heheheh…takpe kak..kalau tak kena kita tak beringat. Lps ni tiap2 minggu buat backup file, kalau tak merana badan nanti. Dah minta hosting provider check backup file mereka?

  6. Sebenarnya, kalau x silap hosting company bloeh tolong kalau ade masalah-masalah macam ni kalau saya x silap sebab diorang akan buat back up semua hostinng tiap-tiap hari.

    Saya tahu sebab sebelum ni pon saya ade buat silap beberapa kalai lebey kurang macam ni Kak Jie. Saya contact terus hosting tanye boleh tolong ke x…kadang-kadang ade yang boleh, ade yang x..

    Ape-ape pon, kalau ade gune Google webmaster Tool, check kat bahagina crawl error sebab diorng leh jumpe dead link atau error-error cm kat atas 2. Diorang siap tunjuk page yang ade error 2. So, selamat la sket kot2 ade yang terlepas pandang…

    Semoga ok semua nnt….

  7. ooo..patutlah takde gambar header yg cute tu dalam entri sebelum ni..rupenye dah terdelete..huhu..

    saye biase tahu yg 404 tu jer..sekarang ni dah tahu byk..thanks kak jie.. :mrgreen:

  8. kena membetulkan satu2 gambar ke kujie?…
    aii berpeluh lah jugak ya..

    maklumat yang kujie tulis ni memang bagus..terima kasih
    harap2 masalah kujie segera dapat diatasi

  9. kakjie mcm mana tu boleh terdelete wp content tu? memang susah hati kalau jadi mcm tu, tapi mungkin boleh contact support hosting untuk recover, selalu boleh, sbb pernah terjadi kat saya

  10. Banyak hal boleh jadi error, tapi saya lebih suka letak redirect ke index untuk semua error tu, jadi pengunjung takkan jumpa sebarang error.

    Apa pendapat anda pula?

  11. hari tu tak seberapa faham sangat mende ni..tapi sekarang dah faham sikit dah 😀

    p/s : kak jie tak buat backup ker ? sebelum nie…hem macammana pulak kak jie boleh tersalah delete wp content pulak ?

    1. kak jie selalu masuk cpanel ker…? :mrgreen: saya sebulan sekali jer masuk tapi kadangkala tak masuk lansung :mrgreen:

  12. wahahahahaha, baru faham~

    sebelum ni tau error je. tak pernah nak tahu nombor2 tu untuk ape.hak3.

    thanx sharing~

  13. hoho..memang perlu user tahu apa makna error ni..nanti tak susah dah nak bagitahu kat hoster jika salah satu error ni keluar..senang untuk dibaiki nanti

  14. tu la error kak jie nyer blog mlm tadi gambar tak kuar.. jenuh gak nak baca tutorial takde gambar..

  15. biasanya kalau keluar code tersebut, tak kiralah nombornya berderet2, maza akan tipon kengkawan utk kepastian.. kekadang haram buat tak tau aje.. hehehhehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    thanks for sharing

  16. kak jie thanks for sharing the code selalu nampak code ni…baca sekali imbas kalu jumpa nombor di atas terus automatic stress or shutdown….utk mengelakkan stress

  17. hmm..kalu terer cam kak jie..cepat lah nak baik pulih…kalu macam sy yang x tahu aper2 tersengih2 je la depan komp kak jie

  18. Image ada error? Mengapa saya perasan ada gambar header yang baru dan cantik di situ? 🙂

    1. tu dah dibetulkan… mmglah…dari semlm dok betulkan image..try tgok entri post yg lama , contoh bulan Jun…

Comments are closed.