Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia
Peribadi

Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia

Email gambar biasa saja , kan?   Tapi ada rahsia besar dalam diri saya.

Saya tidak pernah berterus terang mengenai apa yang saya alami tahun lepas sehingga perlu buat MRI Scan.  Sesiapa yang mengikuti blog saya dari akhir 2009 mesti tahu.

Hari ini saya akan berterus terang –  direct to the point !

Saya kehilangan deria pendengaran di sebelah telinga kanan sewaktu memandu akhir Ogos 2009.  Akibatnya saya muntah, loya , mabuk sebab tak dapat seimbangkan diri dengan persekitaran.  Berjalan zig zag  sehingga tidak dapat fokus jarak pisau dan bawang. Keadaan ini berlangsung hampir sebulan.

Menurut doktor, saraf telinga saya telah rosak dan saya akan kekal seperti ini. Tidak dapat mendengar di sebelah kanan. Kalau terjumpa saya dan berbual, pastikan duduk di sebelah kiri ye…:mrgreen:

Sebenarnya saya ambil masa paling lama untuk siapkan entri ini , tulis padam..tulis padam…. tak pasti apa yang hendak dikongsi, juga tak pasti apa yang tak perlu . Walau pun saya sering juga bercerita hal peribadi di sini tetapi tidaklah kesemuanya secara detail…..lite-lite saja, masih ada ‘comfort zone’ untuk diri sendiri.

©kujie – kalau panggil saya tak dengar , jangan berprasangka pula ye… atau kalau boleh, duduk sebelah kiri

Nota : korang jangalah bagi komen sedih2..aishhh….sudahlah dok sorang, Tommy Page tak de nak pinjam Shoulder To Cry On

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia

  1. salam.saya juga kerosakan saraf pendengaran pada kedua telinga.sudah berbelas tahun,saya terpaksa memakai alat bantu pendengaran kerana telinga tidak mampu mendengar dengan kuat.namun sekiranya cik baru saja pekak,implan mampu menolong.saya yg sudah berbelas tahun xmendengar,peluang untuk pulih xbyk.cik pulak baru 3 tahun,peluang masih tinggi.berjumpa segera paakrv chidung ,telinga dan tekak di hukm.

  2. it’s ok kak jie..itu semua kerja Allah..
    entri ini juga sebagai peringatan kepada kita bahawa nikmat Allah tu anytime je Dia bleh tarik..
    yg penting kak jie sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tercinta..we all suppprt you!! 🙂

  3. Memang lagi elok jawab phone pakai telinga kiri ke kak Jie ?
    Btw , kak Jie , semoga sentiasa berada dalam perlindungan ALLAH 🙂

Comments are closed.