Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia
Peribadi

Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia

Email gambar biasa saja , kan?   Tapi ada rahsia besar dalam diri saya.

Saya tidak pernah berterus terang mengenai apa yang saya alami tahun lepas sehingga perlu buat MRI Scan.  Sesiapa yang mengikuti blog saya dari akhir 2009 mesti tahu.

Hari ini saya akan berterus terang –  direct to the point !

Saya kehilangan deria pendengaran di sebelah telinga kanan sewaktu memandu akhir Ogos 2009.  Akibatnya saya muntah, loya , mabuk sebab tak dapat seimbangkan diri dengan persekitaran.  Berjalan zig zag  sehingga tidak dapat fokus jarak pisau dan bawang. Keadaan ini berlangsung hampir sebulan.

Menurut doktor, saraf telinga saya telah rosak dan saya akan kekal seperti ini. Tidak dapat mendengar di sebelah kanan. Kalau terjumpa saya dan berbual, pastikan duduk di sebelah kiri ye…:mrgreen:

Sebenarnya saya ambil masa paling lama untuk siapkan entri ini , tulis padam..tulis padam…. tak pasti apa yang hendak dikongsi, juga tak pasti apa yang tak perlu . Walau pun saya sering juga bercerita hal peribadi di sini tetapi tidaklah kesemuanya secara detail…..lite-lite saja, masih ada ‘comfort zone’ untuk diri sendiri.

©kujie – kalau panggil saya tak dengar , jangan berprasangka pula ye… atau kalau boleh, duduk sebelah kiri

Nota : korang jangalah bagi komen sedih2..aishhh….sudahlah dok sorang, Tommy Page tak de nak pinjam Shoulder To Cry On

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia

  1. kak jieeeeeee…
    saye lak kurang dengar sebelah kiri…

    klu nak duduk dengan kengkawan..
    selalu pastikan saye duduk sebelah kiri mereka….
    takot tak dengar ape yang dorang tanye..
    hurm…
    *maluuuuu….

  2. takpe kak jie.. ujian Allah.. Dia tarik satu keistimewaan dalam diri.. namun pasti Dia akan gantikannya kembali.. kita takkan tahu.. org yg sabar adalah org yg menang 🙂

  3. akhirnya mama bgtau jugak 🙂 😆

    takpe mama,kami semua jadi telinga kanan mama ye 🙂

  4. Dunia ini sememangnya tetap kita d duga. Dia beri dugaan kerana sygkan kita. Adakalanya kerana kesilapan2 kita yg lampau (not that I am saying that u have one ok). Demi utk menyuci kesilapan2 lalu ini d beri pembalasan di dunia kerana Yg Maha Esa sygkan kita & tidak mahu kita mdapat pmbalasan d sana yg mana ianya lebih azab. Sentiasa bsyukur atas dugaan itu kerana ia mjadikan kita lebih tabah mghadapi hari2 mndatang.

    Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan?? I am so sorry 4 what u have been thru tapi redhalah. Istighfar byk2 & bykkan bacaan Alam Nasyrah supaya kita sentiasa mdapat kelapangan dari segala segi terutamanya fikiran.

  5. hanya insan terpilih menerima dugaan Allah sehebat ini..moge kak jie terus ceria dan sihat..ameen

    p/s – thanks kongsi tips gune telinga kiri tuh.. :mrgreen:

  6. 1st sekali kita kena ingat, nikmat pendengaran kita sebelah telah diambil kembali oleh pemberinya.Kena bersyukur kerana masih diberi sebelah lagi.Dpt mendengar & melihat kebesaran Allah, walaupun terpaksa gunakan hearing aids.
    Saya pun sama sebelah kiri yang tak dengar. Mungkin terlampau lama terdedah dengan bunyi jet fighter ( hampir 26 tahun). Dulu saya Juruteknik TUDM. Terlibat langsung dengan penyenglenggaraan pesawat F5B,F5E,F5F,RF5E,A4 Skyhawk, Hawk Mk 108 & Hawk Mk 108.
    La ni pun masih terlibat dengan pesawat ringan sahaja, dah tua dah.

  7. boleh pakai alat bantu dengar kan kak jie ? hem terpaksa gak rehda tapi insyaallah nanti boleh sembuh dengan izin allah..setiap penyakit mesti ada ubatnya…. 😉

  8. Harlo I wonder if your blog RSS feed is working well?
    It seems like can’t be detected when i add ur blog to my blog roll~

  9. oh iya.. seb bek saya tegur di sebelah kiri. kira kuat benaw la ek saya ckp ke kak jie… muahahaha!

    (kata takmo sedeh kan… sila gelak kak jie.. tapi jgn amik ati ya.. :D)

    pasan tak.. saya tetap berdiri disebelah kiri kak jie bila2 pun arituh. :mrgreen:

    mana tau, besar hikmahnya Tuhan berikan pada kak jie. moga segala dipermudahkan olehNya…. amin…

    be strong kak!!

  10. kak jie tahu kan saya dan keluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan kak jie dan keluarga.

    anyway, boleh kongsi saya poster dan entry ni di fb?

    1. terimakasih wawa… eeemmm sms wawa pun masih ada dlm hp…sms masa kak jie kat hospital 😛

      poster yg baik semestinya utk dikongsi

  11. kalau guna belah kiri pu terkena sama mcm mana kak..?

    jgn amalkan slalu call dan letak hp kat sebelah telinga, nanti leh terteleng muka… hehe.. :p

    amalkan penggunaan earphone, guna wkt memandu pun cool saja..

  12. dahsyat jgk ye..selalu je jawab hp pakai sebelah kanan..mmg selalu la..lps ni kena berutukar la cmni..hehe.. 😉

  13. Lagi-lagi kalau remaja macam saya ni yg suka dengar mp3.Jangan diselalukan dengar mp3. :mrgreen:

  14. memang saya dah biasa gunakan hanpon sebelah kiri sebab saya tangan kidal. hehehe… kalau cuba gagahkan jugak sebelah kanan… konfem orang tanye lain saya jawab lain.

    1. bro kita sama lah, hahaahh dari dulu gunakan phone belah kiri sbb kidal, kalau letak belah kanan confirm tak dgr sgt

  15. salam kak..
    moga akak tabah…
    tak sangka boleh sampai
    kesannya sebegitu..baru
    saya tahu…nasib baik saya
    mmg jawab hp guna telinga
    kiri…thanks sharing info
    kak..u r the best!

  16. kak kujie hebat! dan berani! tak perlu anggap itu sebagai kekurangan, kerana kak kujie punya banyak kelebihan! 🙂

  17. ayah saya pun sama, x leh dengar sebelah telinga. die kena sebab demam panas. kadang2 selalu jugak sakit hati bila kita cakap dia x dengar, tapi nk wat cemana. kena cakap kuat2 la bg telinga sebelah lagi dengar. :mrgreen:

  18. sedih…
    tapi akak masih boleh mendengar lagi kan…
    ada orang disekeliling yang masih sayang kan akak lagi…

  19. begitulah..semuanya pinjaman. bila Tuannya nak ambil, bila2 saja Dia boleh ambil. Jgn risau, kita semua ni akan duduk sebelah kiri andainya bersama kak jue. hehehe walau apa pun, kak jie tetap mantap!!!

  20. Saya pun baru tahu rupanya telinga juga penting untuk mengimbangkan seluruh deria di badan… Kak jie.. maintain yek..

  21. oh gitu kisahnya kak jie, alhamdulillah juga masih lagi steady dan bertenaga untuk memeriah lagi merancakkan dunia blog ni. Contoh ketabahan wanita sejati 😀

  22. baru tahu tentang info ini…
    ada 2 info di sini sebenarnya ya…
    1) tentang cara yang betul menggunakan hp
    2) keadaan kujie tetang masalah telinga sebelah kanan yang akan terusan kekal seperti itu.

    Moga Allah mempermudahkan semua urusan kujie.
    masalah wp content tu dah selesai ke?

    1. 1) info kena guna telinga kiri dah lama tau, cuma belum masa sesuai nak publish

      2) pasal telinga saya… pun berbanding orang lain..masih bersyukur.

      Terimakasih dan wp content saya baru baik demam… 😆

  23. dugaan kak jie..saya ni hindung tersumbat pun dah tak boleh balance emosi diri ni..hoho..macamanalah kalau tuhan uji lebih teruk..nauzubillah..kita sama2 doa semuanya selamat dan sihat kak jie ek

  24. takpe kak jie.. masih ada sebelah telinga lagi

    .
    .

    .
    .

    err.. komen tak sedih kan ni?? 🙁

    thanx for the info. mmm.. pasni pastikan guna telinga sebelah kiri bila guna tepon..

  25. thanks for the info..tak penah tau pun sblm ni…skang selalu je guna phone kat opis…tukar jawatan la cam ni…huhuhu

  26. time kacih kak jie share hal ni…anis ni tak perasan pon jawab talipon pakai telinga apa.skang ni kena berhati2.nk pesan kt semua org jugak..thanks again kak jie.. 😀

  27. :mrgreen: samela kite..
    kene wat MRI kat sg buloh.. atoi…
    disyaki jugk takot la pekak ke kan, tp wat masenih, sume normal..alhamdulillah..

    kakjie, jaga diri ok.. thanks 4the info~~~ hee

  28. oh yer ker?apa penyebabnya?
    pernah baca citer kak jie..tapi kak jie tak citer sebab musababnya..
    masih ada teling untuk mendengar..syukur alhamdulillah…

  29. kak, banyak-banyak sabar ye.

    ujian buat akak, bahagian saya tak tau lagi.

    diangkat darjat bagi orang yang sabar dan redha dengan ketentuan dan ujian. insyaALLAH.

  30. tak leh nak tukar lah kak jie tp hanya boleh nasihati org sekeliling 😀

    saya pun kekal kak jie tapi yang sebelah kiri punyer .. dah dekat 6 tahun .. kdg2 org panggil saya pun tak dengar :mrgreen:

      1. ha’a … tapi kadang2 malu jugak sebab bila orang panggil kita tak dengar 😳 terpaksalah cover2 sikit 😉

  31. sabar jer la kak jie…syukurla takder kecacatan tubuh badan yg lain..masih boleh berkerja…

  32. Salam kak jie…
    Erm… apa yg su nak tulis ya.
    Mungkin Allah nak selamatkan telinga kanan kak jie dari mendengar perkara negatif, i.e. terdengar org mengumpat tanpa sengaja. Kita mana tahu rancangan Allah, kan?

    Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kak jie… Amin

  33. Jangan rasa kekurangan kakKujie, maintain mcm biasa je, gerenti rahsia tak buka kan? kita mmg tak pandai jawab telefon sebelah kanan. Rasa telefon mcm nak jatuh je 😀

  34. salam kakjie.
    sedih pula bila baca tulisan kakjie hari ni.
    semoga kakjie terus tabah w/pun sebelah telinga je yg berfungsi.
    insyaallah byk lagi kelebihan dan nikmat yang ada pd diri kakjie.
    sesungguh Allah bersama hamba-Nya yang sabar.

    1. dah jumpa doktor pakar kat sg buloh tu..dah buat MRI pun…syukur tak de ketumbuhan… saraf sebelah saja.

      jadi bahan kes tiap kali pergi Klinik ENT 😆

Comments are closed.