Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap Dan Simple
Resepi

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap Dan Simple

Hujung minggu ni, mood baik sikit dari minggu lepas.  Macam-macam masak dari pagi, kata orang tak kering dapur.

Untuk menu petang, saya masak puding roti yang simple dan mudah.  Awal minggu lepas saya ternampak rakan Instagram Ummizayyan berkongsi gambar puding roti.   Terus dapat idea nak buat di hujung minggu bila anak-anak ada di rumah.

Puding roti sentiasa  menjadi kesukaan anak-anak.  Lembut dan manis sesuai bila-bila masa pun.  Paling sedap di dimakan sewaktu sejuk. Resepi Puding Roti Karamel pun sedap juga.

 

Resepi Puding Roti  Sos Kastard Sedap

 

Mangkuk A

  • 8 keping roti
  •  2 cawan susu segar

Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit.

cara memasak puding roti Satu bekas untuk roti yang direndam susu dan satu lagi campuran gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanila.

Mangkuk B

  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • esen vanila

Pukul hingga sebati.

Campur kesemua bahan Mangkuk A dan B.  Boleh camput kismis, chip cokelat, buah-buahan seperti pisang, strawberry

Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C

Biarkan sejuk.

Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastard.

puding roti sos kastard

Puding Roti ni nipis, sebab saya guna loyang yang besar. Sos Kastard pula  memang pekat, kalau nak cair pun boleh, ikut kesukaan masing-masing.

Cara Buat Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu tepung kastard

Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat.  Ikut suka nak pekat macam mana , saya suka yang agak pekat berbanding sos kastard yang cair dan ringan.

Resepi ini paling mudah nak buat, tak perlu nak menumis.  Anak-anak bujang pun boleh buat… Bulan puasa ni, Puding Roti Sos Kastard ni sesuai sangat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap Dan Simple

  1. Kak kujie, sedap sangat tengok puding yang akak masak. Mun nak try dan mohon share resepi ye. Mun nak copy paste kat blog mun. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

  2. Kak kujie, sedap sangat tengok puding yang akak masak. Mun nak try dan mohon share resepi ye. Mun nak copy paste kat blog mun. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

  3. huhuu..tday adlh hri firt poser..n i tgh try u pnye resepi ni..dh lmer usya..tp xwt2 lg..skung dh tbe msenye..tp x msk lg..nnti bkk pose bru leh try..tp mntak2 mnjd..insaAllah..

  4. Erm. Tengok pun dah meleleh dan tertelan air liur, apatah lagi kalau ada di depan mata. Tak dapat bayangkan. Bulan puasa ni nak cuba. Tapi sebelum puasa baik cuba buat dulu. Kang tak bulan puasa takda la terkial-kial tengok resipi hehe

Comments are closed.