wah wah.. jangan lari. Cerita cuti ni seminggu pun belum habis. Banyak sangat nak dicerita dan banyak sangat perkara menarik yang berlaku.
Selepas pulangkan kunci homestay kepada penjaga, kami bergerak ke Kampung Benuk Homestay kira-kira 34 Kilometer dari Bandaraya Kuching. Dari Kuching ambil jalan arah untuk ke Lapanganterbang dan ikut arah ke Kota Samarahan atau Serian.
Bagi pelawat luar, menandu dan mencari arah perlu berhari-hati. Kalau dalam bandar, panan tanda belum menunjukkan arah ke bandar terdekat sebaliknya hanya menunjukkan nama jalan. Terus terang, Google Maps sangat membantu. Samsung S3 saya banyak ‘makan bateri’ kerana Google Maps!
Mari ikut saya dan keluarga melawat tempat menarik di Kuching, Sarawak. Sebelum tu, boleh baca dulu entri terdahulu yang merangkumi hari pertama dan kedua di sini :
1. Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching
2. Homestay Santubong Legenda Pantai Puteri
Ambil Jalan Penrissen, kemudian Jalan Kuching – Serian , Jalan Kota Padawan dan berjumpa bulatan comel ada arca burung. Ambil jalan Puncak Borneo. Selepas lebih kurang 3KM, akan jumpa Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre. Memandu lebih kurang 15 minit sehingga berjumpa Kampung Benuk Bidayuh Longhouse. Disitulah Homestay Kampung Benuk.
Kami sampai ke Kampung Benuk Tourists Information Cente hampir jam 11. Untuk masuk dan melawat rumah panjang di Kampung Benuk, pelawat perlu membayar RM5 seorang. Saya dah buat temujanji dengan Encik Ewing Senon iaitu pengurus di rumah panjang ini. 5 minit selepas membuat panggilan, Encik Ewing pun sampai.
Inilah Rumah Panjang Kampung Benuk. Bentuk rumah panjang dibina tinggi untuk mengelak serangan musuh, binatang buas atau banjir. Pada masa dahulu, tangga akan dinaikkan apabila malam untuk mengelak rumah panjang dicerobohi musuh. Atap rumah panjang menggunakan rumbia atau sagu dan dinding juga pelantar atau lantai rumah menggunakan buluh. Tiang menggunakan Kayu Belian.
Ewing Senon sedang menerangkan sejarah dan pembinaan rumah panjang kaum Bidayuh di Kampung Benuk. Kayu Belian yang amat terkenal tahan dan lasak digunakan sebagai tiang dan kerangka utama pembinaan rumah panjang. Tangga ini adalah binaan asal yang berusia lebih 100 tahun.
Inilah bentuk tangga asal di rumah panjang – dua beradik ni tak henti naik turun main tangga. Agak licin kalau melaluinya dengan kasut tetapi orang zaman dulu berkaki ayam, tak ada masalah.
Ruang rumah panjang menggunakan lantai diperbuat daripada buluh. Ruang yang terdedah ini menggunakan buluh yang lebih tahan lasak kerana kesan hujan dan panas. Perlu diganti setiap tahun.
Rumah panjang asalnya sebuah, apabila seorang anak telah berkahwin, akan dibina sebuah lagi berhampir dan bersambung dengan ruang seperti ini. Begitulah turutannya sehingga membentuk satu perkampungan yang mempunyai pertalian anak beranak saudara mara.
Anak-anak etnik Bidayuh yang baru balik dari tadika. Ruang rumah panjang yang terdedah ini bukan saja digunakan sebagai laluan penduduk tetapi mereka menjemur getah, padi, lada atau jagung di tempat ini.
Ini ruang yang berbumbung.. biasanya tempat anak-anak bermain dan orang dewasa duduk bersosial seperti untuk majlis perkahwinan dan upacara agama. Dihujung sana adalah ruang dapur untuk memasak. Di bahagian atas dibuat tempat menyimpan hasil tuaian seperti ubi atau padi.
Tanam sayuran untuk kegunaan keluarga. Kemua keperluan berada dipersekitaran rumah. Sayur-sayuran dan ayam itik.
Kemudian kami terus berjalan sepanjang laluan rumah panjang hingga ke Baruh atau Panggah atau rumah kepala iaitu rumah ketua bagi etnik Bidayuh di Sarawak. Baruk ini biasanya berada di tengah-tengah rumah panjang tempat ketua dan pahlawan kampung berkumpul dan bermesyuarat. Binaanya sesuai untuk tugas pemantau kampung dari serangan musuh atau binatang liar.
Ini namanya Ranji yang dibuat daripada rotan. Biasanya orang Bidayuh bawa ke kebun ( umai ) untuk mengisi hasil yang dituai.
Alat muzik tempatan yang diperbuat daripada buluh.
Pinggan yang dibuat daripada kulit pokok sagu yang masih digunakan di Homestay Kampung Benuk
Tengkorak kepala musuh yang pernah dipenggal dan digantungkan di dalam rumah dianggarkan berusia lebih 400 tahun. Banyaknya tengkorak melambangkan kepahlawanan mereka.
Sesuai dengan konsep homestay yang menghidangkan kehidupan budaya Bidayuh, kami dibawa melawat kebun meraka. Tak jauh sangat dari rumah panjang tetapi melalui kawasan ini boleh saja mendengar bunyi serangga dan hidupan.
Ewing akan terangkan segalanya mengenai rutin kehidupan yang dilalui oleh penduduk dan memori zaman membesarnya.
Kebuh mereka ada segala macam sayuran. Buah-buahan, durian, pisang, kopi, serai, ubi kayu, halia, labu, sebut saja apa jenis semua ada.
Ini adalah pokok lada yang menghasilkan lada hitam dan lada putih. Kedua-dua jenis lada ini dihasilkan dari tandan yang sama. Bezanya lada hitam menggunakan lada yang masih hijau dan dijemur dan lada putih dihasilkan dari lada yang masak berwarna merah dan direndam dibuang kulitnya barulah dijemur. Proses menghasilkan lada itulah yang membezakan keduanya dari segi rupa dan rasa.
Hampir 98 peratus pengeluaran lada di Malaysia datangnya dari Sarawak, jadi dimana-mana saja kita boleh lihat penduduk menanam pokok lada. Ada yang berkebun segara besar-besaran dan ada yang sekadar menanam disekitar halaman rumah.
Untuk menyeberang sungai ke kebun, inilah jalannya. Sebuah jambatan buluh yang dibina hampir 30 kaki tingginya. Menurut Ewing, mereka bina jambatan disetiap sungai yang perlu dilitas apabila ke kebun.
Setiap pelawat yang datang ke Sarawak, mesti melalui pengalaman menarik melalui jambatan buluh di Kampung Benuk. Barulah dapat rasa kembali ke asal usul dan menyelami kehidupan budaya mereka.
Seronok dapat merasai sendiri pengalaman berharga ini. Seronok juga kerana dapat mendedahkan anak-anak dengan pengetahuan yang mereka sukar temui. Kalau korang datang melawat Kuching , sila masukkan rumah panjang Kampung Benuk di dalam senarai tempat menarik yang perlu dilawati di Kuching. Ada beberapa pakej penginapan yang disediakan di homestay mengikut keperluan pelawat.
Selepas melawat kebun, kami balik ke homestay Kampung Benuk. Makan masakan tempatan pucuk timun dan beras tempatan yang berlainan dari kebiasaan.
Malamnya kami makan malam dengan Ayam Pansuh.
Tunggu entri akan datang untuk cerita selanjutnya.. ada banyak sebenarnya yang ingin dikongsi untuk menceritakan gambaran pengalaman tersebut tetapi rasa dah berjela-jela saya menaip.
Terima kasih Encik Ewing yang ramah mesra memberi penerangan sepanjang lawatan ini. Sesiapa yang ingin menghayati dan mengalami sendiri pengalaman seperti ini, bolehlah hubungi
Ewing Senon/ Isabell Julau
Tel: 019 849 8413 / 014 882 1551
Email: borneobenukhomestay@gmail.com
Laman web : Borneo Benuk Homestay
Slamat datang ke kampung saya kampung Benuk. Sememangnya suasana di kampung benuk agak berbeza dengan suasana kampung2 di semenanjung.
Saya yang bekerja di Semenanjung pun bila balik kampung mesti terasa berat nak meninggalkan kampung. Secara geografi, kampung Benuk dikelilingi oleh bukit bukau dan mempunyai jaringan sungai yang akan bertemu di sungai sarawak kiri.
Terima kasih kerana sudi melawat kampung Benuk.
SAYA AMAYLAH SUKA TEMPAT ITU, KALAU BOLIH MINTA NO H/P PENGURUS
he he he…demo ni tak baca habis ker….bukan ke dah di beri diatas.
Kami pernah melawat rmh panjang.. tapi kat cultural village.. yang akak pergi ni nampak lagi ori.. hehehe tambah dengan kebun yg adventure tu.. nmpk mcm best getul..
Bestnya.. next time boleh try sini lak. 🙂
Di mana2 hijau, suasana adatnya benar2 terlihat di kampung ini…
iye Rina, itulah yang seronoknya…. berhubung langsung dengan penduduk tempatan
RUmah panjang ni berpenghuni ke sekadar muzium aje?hehe..bila lah nak datang ke sini..
bahagian depan tu tak ada, hujung tepi sana masih ada penduduk
tapi ramai juga yang dah buat rumah ditanah mcm biasa
Seronoknya jalan-jalan sekitar kampung.
suasana lain dari tempat sendiri, mmg seronok
tambah pengetahuan dan pengalaman
Satu kerugian buat diri saya kerana pernah bertugas dibumi Kenyalang tetapi tidak pergi rumah panjang.
kena pergi sana lagi tu
sekarang ni rumah panjang adalah produk pelancongan Sarawak yang diketengahkan
Melihatkan gmbr yg tertera di sini pun sy dh teruja, apalagi jika dpt menjejakkan kaki ke sana, tentu kan jadi pengalaman manis dlm hidup.. 🙂
entri ni panduan untuk bercuti
bukan semua org suka lepak kat bandaraya
dapat menjelajah kawasan pendalaman barulah kita kenal budaya setempat
Beruntung kak jie dapat pergi melancong ke kampung-kampung di Sarawak. Suasana kampung atau desa begitu menarik sekali. Perkampungan orang kampung dan mungkin juga orang asli memberi gambaran sebenar kehidupan di kampung. Sudah pastinya begitu teruja sekali.
masa nak pergi bercuti ni, memang rancang nak tinggal di mana, nak melawat apa
kami bukan jenis melawat tempat popular yang orang biasa pergi, tempat yang agak komersial. Lebih berminat tempat seperti ini
seronok kalau boleh melancong macam nie
lama merancang bercuti macam ni
cari info dan buat jadual untuk susun perjalanan
Dato Syed Zainal ex-Proton kata bagus berjalan melihat tempat orang dan paling penting catat setiap idea baru yg dapat dan baca semula bila balik rumah untuk tengok mana yg kita boleh buat.
Bercuti macam ni berhubung kait dgn Geografi dan mendapat ilmu pengetahuan am yang sangat tinggi.
kanak-kanak tu dari tadika KEMAS….
objek paling mudah nak di kesan