Hari kedua di Kuching saya dijemput oleh Pengerusi Persatuan Homestay Sarawak Puan Hajah Jamilah iaitu pemilik Santubong Homestay ke majlis Ramah Tamah Aidilfitri di DUN Lama Petra Jaya , Kuching.
Pada malamnya kami menginap di Santubong Homestay berhadapan kaki Gunung Santubong.
Pagi tadi selepas check out kami ke Pantai Puyeri yang terletak belakang homestay.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Padawan untuk ke rumah panjang Kampung Benuk.
Luangkan masa hampir 2 jam di kawasan rumah panjangย Bidayuh dan melawat kebun untuk melihat aktiviti penduduk tempatan.
Ini adalah tengkorak betul yang berusia lebih ratusan tahun yang pernah dipenggal oleh pahlawan Kampung Benuk pada zaman dahulu.
Pengalaman yang paling menarik sewaktu melintasi titi buluh yang dibina merentasi sungai setinggi lebih kurang 30 kaki.
Malam ini kami menginap di homestay kepunyaan pasangan Ewing Seneng dan Isabell Julau.
pndai kakjie atur perjalanan ..
wah.memang menarik. ada gunung. ada pula pantai
Bestnya jalan2
kami sekadar bersiar2 saja sekitar santubong… mmg teringin nak ke rumah pnjg tp x berkesempatan…
alamak x gayat ke kakjie meniti titi buluh tu? ๐
rasa macam nak naik je titi buluh tu…tinggi tak
belum pernah jejak lagi……
wahh..ada tengkorak la plak..
dah beberapa kali jejak kuching tapi area ni semua tak sampai lagi abis jauh pun sri aman
Gadis Bidayuh ini cantik dan ayu. Harap tak ada yang tak nak balik sebab sudah berkenan. ๐
wahhh.. cuti sakan ni.. boleh la kongsi2 cenderahati ๐
bestnya….SA nak merasa pengalaman dan belajar ttg cara hidup masyarakat bidayuh…mesti seronok kan…
Baru ada kesempatan nak singgah – Esok kongsi makanan best kat sana yer Kak Jie ๐ happy holiday.
Seronok dapat berjalan begini. Dengan keluarga pulak tu. Beruntung bila anak-anak dah besar, kalau masih baby sukar jugak.
nice view la kat kawasan homestay tu..teruja..huhu
gambar dah menerangkan segalanya. best kuching ni..
lama dah tak gi.
si gadis yang manis.. Puteri Santubong kah? hehhe
tengkorak tuh agak meyeramkan…huhu
Ah rindunya nak pi Sarawak. Nanti kalau ada masa pi lah Sarawak Cultural Village. Macam2 hado~