Sebenarnya entri percutian ke Kuching tu belum habis, saya cuma pause sekejap dah selitkan cerita lain. Kalau hari-hati cerita sama berturut-turut mesti bosan, kan.
Ini adalah tempat lawatan terakhir kami sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.
Selepas keluar dari tempat penginapan Kampung Benuk Homestay yang sangat best… saya sangat-sangat mencadangkan homestay ini apabila ingin bercuti di Kuching. Antara sebab lokasinya berdekatan Bnadaraya Kuching dan boleh menyelami sendiri kehidupan masyarakat Bidayuh. Homestay bukan sekadar tempat bermalam, malah tinggal bersama tuan rumah dan berhubung secara lebih dekat untuk mengenali budaya dan adat resam kehidupan masyarakat tempatan.
Baca catatan pengalaman saya di sini – Melawat Rumah Panjang Bidayuh Di Homestay Kampung Benuk dan Resepi Ayam Pansuh Homestay Kampung Benuk
Semenggoh Wildlife Centre terletak di Padungan, kira-kira 25 kilometer dari Kuching. Mesti masukkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh didalam kalender lawatan ke Sarawak kerana ini adalah peluang pengalaman seumur hidup melihat kehidupan orang utan dihabitat separuh semulajadi.
Orang Utan (Pongo pygmaeus) ditemui di hutan hujan Borneo (Sabah dan Sarawak), Indonesia (Kalimantan) dan Sumatera Utara. Ia adalah salah satu mamalia yang sepenuhnya hidup di pokok (arboreal).
Orang Utan di Semenggoh bukanlah seperti pameran di zoo yang terkurung didalam sangkar. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh adalah tempat memulihkan orang utan yang tercedera atau yang dirawat sebagai anak angkat sementara sebelum dilepaskan semula dihabitat semulajadinya.
Tiket Masuk ke Semenggoh Wildlife Centre ialah RM5 bagi warganegara Malaysia dan waktu lawatan yang disyorkan adalah antara jam 9-10 pagi dan 2 -3.30 petang.
Apabila masuk ke dalam kawasan ini, kita tidak dijanjikan untuk dapat melihat orang utan kerana kehadiran orang utan ke tempat ‘stesen memberi makan’ bukan boleh ditentukan. Kadang-kadang orang utan tidak munculkan diri untuk mengambil makanan pecuma yang disediakan kerana orang utan mendapat bekalan makanan mencukupi dari tumbuhan hutan seperti durian, pisang. bunga, buah ara atau seranggan seperti cicak.
Waktu yang paling sesuai untuk melawat Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh adalah dari jam 9 – 10 pagi dan 3-3.30 petang. Waktu ini para pekerja pusat pemulihan akan meninggalkan makanan di tempat yang disediakan dan pelawat berpeluang melihat orang utan keluar dari hutan tempat tinggal mereka.
Kalau bernasib baik, orang utan akan muncul. Kadang-kadang, selepas menunggu berjam-jam pun, orang utan tidak akan datang.
Ini yang paling otai… macam tok ketua kampung.
Kami berpeluang melihat orang utan datang menjamu sarapan pagi mereka di dua stesen yang disediakan untuk pelawat. Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dapat melihat orang utan bermain sambil bergayut dengan aksi comel sambil menjamah pisang, tebu dan kelapa.
Dia pecahkan kelapa dengan mengetuk di batang pokok. Aksi mempesonakan…. bergaya dan mengoda!
Mak sedang mengajar kemahiran hidup kepada anaknya.
Orang utan dan bayinya bergayut melalui tali yang disediakan sehingga mendekati kawasan stesen makanan.
Cara bawa anak bergayut. Kita yang tengok terlebih risau dan kecut perut. Takut anak terjatuh dari ketinggian lebih kurang 60 kaki.
Melihat nenek moyang Charles Darwin?
Mungkin kerana sudah terbiasa melihat manusia, ada beberapa orang utan yang berani turun ke tanah dan berada berhampiran orang ramai. Pasangan ini adalah nenek yang berusia 40 tahun bersama cucunya.
Sama tak bulu dia orang…opssss!
Kami sungguh beruntung kerana pada hari lawatan tersebut, dapat melihat lebih kurang 13 orang utan. Staff yang bertugas beritahu ada lebih kurang 27 orang utan sekitar kawasan tersebut. Selepas lebih kurang setengah jam, perlahan-lahan orang utan akan memanjat lebih tinggi dan beredar memasuki kawasan terlindung dan hilang dari pandangan. Yang tinggal hanya rasa keterujaan dari pengalaman ini yang menjadi kenangan akhirnya saya lahirkan untuk tatapan pembaca.
Selamat Tinggal Kuching, kalau berjodoh, kita jumpa lagi.
Sesuatu yang paling saya suka mengenai Kuching adalah kebersihan. Bandar yang bersih, sungai yang bersih, laut yang bersih dan kawasan perkampungan yang bersih.
Salam Kak Jie,
Wahhhh…rumah berwajah baru, nampak moden…hehe
Seronoknya dapat tengok orang utan. In sha Allah, akan menyusul satu hari nanti 🙂
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Side Income Bersama Shaklee
Aku setiap hujung tahun balik kuching blm ada kesempatan bawa anak2 pegi di hutan simpan semenggoh ni. Masuk dlm program hujung tahun ni.
Jom terjah post menarik dari Arman ..Teknik SEO Ciri-Ciri Blogger Berjaya
orang utan pandai beraksi depan kamera
Jom terjah post menarik dari faizal ..Teruja Berkursus Di Negeri Serambi Mekah
saya pun sempat singgah kat situ kak masa gi sarawak tahun lepas..
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Apa ada dengan Hotlink baru
SA akan pastikan dapat tgok orang utan kat Semenggoh ni November nanti…
Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Pencarian Hadiah Birthday Dania
agak menakutkan juga tengok anak orang utan ni melakat kat badan maknya masa bergayut..
Jom terjah post menarik dari Mus ..Anak Ayam Warna-Warni Tumpuan Kanak-Kanak Di HPPNS 2013
Teringat pula daerah halaman saya di Sandakan. Kan ada Sepilok. Dulu kecil-kecil ja pernah pi sana.
Jom terjah post menarik dari Naziman Azlye ..Manusia dan Nasihat Berpisah Tiada
x cuba panjat jugak ker??? hehehe
Jom terjah post menarik dari nizam ijam ..MTH 2013 – Pengalaman Tourism Malaysia Yang Menakjubkan
Ada kisah orang utan dijadikan pelacur, boleh tengok dalam YouTube, memang sedih sangat-sangat..
Jom terjah post menarik dari Yus ..Blog KeretaMoto.com untuk dijual!!!
umur 40 tahun sudah bergelar nenek yer , nenek muda…hehe
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Melawat Muzium Istana Kesultanan Melaka
Untung dapat melihat habitan khusus dibina untuk orang Utan. Biasanya berpeluang melihat orang Utan di Zoo sahaja.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Dari Kellie’s Castle ke Pasar Malam Brinchang Cameron Highlands
Wahhhh. Terima kasih kerana berkongsi. Kami sekeluarga bercadang nak ke Kuching hujung tahun ni. Mesti anak2 teruja. Teringat masa bawa anak2 ke Crocodile Farm di Miri, memang seronok.
Mesti nak terjah Homestay Kampung Bentuk dan Wildlife Centre ni. Terima kasih sangat2 kerana berkongsi
Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..Set Bersalin Shaklee – Berpantang Tanpa Jamu
sangat unik ciptaan ilahi..syukur2x…
Jom terjah post menarik dari UpahMe to jadi your travel guide for RM5 ..UpahMe to Buat Rantai Tangan Dunhill/Benson Emas 916 for RM100.00
Teringin sangat nak ke Kuching…entah bila agaknya dapat bawa sekeluarga ke sana. Insyallah akan ikut jejak Kak jie punya singgahan bila nak ke sana nanti. TQ sharing.
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Contest – Tulis pasal Pengucapan Awam
makin seronok dia posing tau org duk amik gambar dia
Whoa ramainyer paparazzi…stress jadi orang utan nih
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How To Post Tall Pictures On Blogger
tak lah..ni tempat terbuka…orang utan tu boleh pilih nak datang atau tak nak
dia tak di kurung… tempat melihat berada jauh dari stesen tempat makan.
ada ramai ranjer yang awasi gerak geri pelawat. tak boleh bercakap kuat dan kalau orang utan tu datang menghampiri, ranjer akan arahkan pelawat bergerak ke arah berlawanan….memberi ruang kepada orang utan.
yang turun ke tanah tu , mungkin dah jinat dan dia suka…. dia boleh pergi dekat paip air tepi pejabat dan buka air…dia minum, kemudian dia gerak ke arah pokok2 …naik..dah hilang dari pandangan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Mesra Orang Utan Di Semenggoh Wildlife Centre
sayangilah hidupan fauna kita, orang utan, bukan orang asli, wakaka… gurau je
Jom terjah post menarik dari zerous ..Vivo X3, The World’s Thinnest Smartphone
so real tengok kat sana, kalau di Melaka tengok di Zoo Melaka jer….terkurung di dalam sangkarnya…..
Jom terjah post menarik dari sukma ..SEGMEN : Jom Follow by Kataubaid
memang sini bukan zoo…. ada lebih kurang 27 orang utan di sekitar kawasan ni
kalau bernasib baik dapatlah tengok, kadang2 dia bergerak lebih jauh ke dalam hutan…dia tak datang ke tempat yang disediakan makanan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Mesra Orang Utan Di Semenggoh Wildlife Centre
wow, bestnya dapat tengok orang utan ni, teringin juga nak tengok dengan lebih dekat. Selalu tengokk monyet je dah bosan sangat..
Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Kontes Review Klinik Cinta
itu pun tak dekat sangat… ada ranjer yang kawal
tapi rasa teruja sebab orang utan ni bukan yang kat zoo
dia hidup bebas, cuma datang kalau dia nak makan atau kadang2 dia tak datang sebab dah ada makanan dalam hutan yang terpelihara.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Mesra Orang Utan Di Semenggoh Wildlife Centre
fuhh..memang bergayut-gayutan nih..
Jom terjah post menarik dari titan ..Jobdirumah Payment – Kali ke 64