Aman , damai, rukun, harmoni, tenteram, tenang, sejahtera, sentosa, bahagia, selamat, hening, karar … tiada lagi perkataan yang sesuai untuk digambarkan. Semua perkataan dari kamus dewan saya dah petik!
Pemandangan indah dari anjung Danau Bay Cafe, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Di hujung sebelah kiri adalah chalet-chalet milik Lake Kenyir Resort & Spa .
Ruang restoran yang mengadap Tasik Kenyir.
Pintu masuk utama ke Danau Bay Cafe adalah melalui Pusat Penerangan Kenyir (PPK)
Berdiri di anjung bangunan Pusat Penerangan Kenyir (PPK) dan Danay Bay Cafe yang redup dengan kehijauan pokok. Saya suka pokok….hihi
Asyik dan ralit menikmati makan tengahari dengan suasana dan pemandangan yang mendamaikan.
Ikan Baung Stim Lat – saya tak pasti Lat itu sejenis masakan atau nama glamer tukang masak yang menciptanya.
Entri lain tentang percutian ini:
- Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…
- Belajar Bahasa Sanskrit Di Memorial Batu Bersurat
- Disebalik Ganasnya Golok
- Seperti Tasik Kenyir, Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami
Tasik Kenyir terletak kira-kira 75 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik. Terdapat Pusat Penerangan Kenyir (PPK), kawasan rehat, tandas, bilik solat dan ruang letak kereta juga kaunter pengusaha bot yang menawarkan pakej pelancongan.
Untuk maklumat hubungi
Pusat Penerangan Kenyir (PPK )Pengkalan Gawi
Tel : 09-626 7788 or 666 8498 or
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
Tel : 09-822 3100 ext 103.
Cara untuk ke Tasik Kenyir :
Jika dari Kuala Lumpur – ikut Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km )
Nota : selepas Bandar Al Muktafi Billah Shah, kira-kira 10 km, ambil kanan ke Lebuhraya Pantai Barat – Kuala Terengganu dan keluar di Ajil. Teruskan ke Kuala Berang. Lebuhraya ini baru dibuka.
Dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira 35km.
Atau
Dari Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 KM )
Gua Musang – Felda Aring – Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir ( kira -kira 159 km)
Kalau menggunakan perkhidmatan bas – beli tiket di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas Kenyir Express dengan harga RM 44.40 ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bertolak setiap jam 9 malam.
tempat tenang jauh dari kesibukan bandar… kaki pancing suka tempat mcm nie…
wah sungguh terliur tengok ikan baung tuh.. perghh. suasana santai je. teringin nak pegi suatu hari nanti
Malaysia punya tempat2 yang indah untuk dikunjungi dan salah satunya di Tasik Kenyir. Keren banget Kak Jie..
saya suka tgk keindahan alam cmni.
plg mendamaikan hati saya ketika melihat pemandangan adalah ketika di banjaran melintasi kawasan hutan Black Forest di Germany dalam keretapi khususnya ketika musim sejuk.
tenang tak terkata…
http://www.black-forest-travel.com/schoenwald/schoenwald-winter.jpg
Terima kasih Kak Jie kongsikan keindahan tasik kenyir ni.
Mmg ada rasa mcam saye yg ada kat sana…hehe
Kali terakhir ke sana hampir 10 tahun dulu. Nampaknya, nak kena satu trip ke sana nanti. Malu pulak bila rakyat Ganu sendiri tak sampai ke sana lagi… =)
Terima kasih Kak Jie berkongsi detik2 indah 😀
cantiknya ……….. belum pernah sampai ke sini
Tasik Kenyir. Memang cantik tempat tu. Tak sangka ia buatan sebab ia luas. Sampai sekali ke sana pada penghujung 2008. Hampir 4 tahun. Tapi stay di Kuala Terengganu. Travel lagi ke sana dan ambil bot. Adventure. Tapi memandangkan saya ni agak pengeri juga. Kaki tu agak keras jer atas bot. Apa pun entah ker dah ada perubahan sebab dah hampir 4 tahun. Apa yang best membeli belah kat Pasar Payang. Itu pun kejang kaki gak berjalan. Nampak gaya kalau stay di Tasik tu sendiri, lagi terasa serapan alam nature…indah.
Lat tu rasanya nama resepi yg di cipta oleh Lat kot – sangat mendamaikan nampaknya tempat tu.
tasik kenyir tasik buatan kan?? tp mmg terbaik la
betul lah cantiknya indahnya nyamannya….sejuk jer mata memandang…belum pernah sampai lagi
tertgk word baungh pun tgn dah ketaq nak g mancing kat sungai wakakaka…ikan sungai rare kalo masak dgn kasih sayang wakaka
boleh masuk dalam jadual percutian keluarga ni..kadar sewa + makan2 kat situ ok tak kak ?
Saya jenis tidak makan ikan hanya mampu melihat lauk sedap yang dihidangkan.
ila pun suka tempat2 yang mendamaikan..mmm
Assalammualaikum.
Lama sungguh tak singgah ke sini. Godek-godek nampak semua anak Kak Jie dah besar (tandanya dah lama blog Kak Jie ni ada atas talian) : )
Yang ni rizal turun laju-laju sebab menaip ni hari ahad, sekali ada gambar lauk sedap pulak dalam entri. Tak boleh jadi. Itu ikan mencabar perasaan. Haha.
Syabas kak jie, banyak pula jelajah satu malaysia. Baca pun macam terasa ada di tempat sana jugak. Ngehee.
Selamat Hari Ahad : D
waalaikumsalam
sepatutnya ayat tu berbunyi mcm ni ” tandanya dah tua….”
secara lojiknya, bila anak² dah besar, makbapa pun makin tua :p
kak jie suka gambar² ni…. alam dan building kayu berukir indah, bukan sesuatu yang biasa kita nampak di mana-mana, hanya tempat yang istimewa. sebab itulah diabadikan dalam blog.
tang ikan stim tu…kak jie tak makan ikan air tawar….kak jie telan air liur aje….orang lain yang makan…hehehe
kak jie, chalet dia memang jenis atas bukit ye?
mesti best sedut udara segar..fuh
ini belum naik bot ke pulau2 dalam tasik cikgu…ini pinggir tasik saja
chalet lake kenyir tu mmg lereng2 bukit mengadap tasik
cikgu……………ada kemera canggih, lagi cantik utk snap gambar
Tiada terungkap dengan kata-kata. Cuma mampu menikmati pemandangan indah.. Rasa terpanggil ke Kenyir plak.
perjalanan untuk sampai ke sini pun dah cukup indah….entahlah lain orang lain sukanya
ada org suka melawat bandar, suka membeli belah
tapi saya pula suka pokok, suka air suka alam….. suka tengok benda2 mcm ni