Hotel pengginapan kami berdekatan Stesen Bas Kuala Terengganu. Selesai sarapan, berjalan kaki saja ke stesen. Percutian bermula di Hulu Terengganu akan diakhiri di Kuala Terengganu.
Bas Sani Express bertolak jam 9.30 pagi. Sesekali menaiki bas memang seronok. Pertama kali juga duduk di tingkat atas bas dua tingkat, menambah satu lagi pengalaman hidup.
@izwannizam ada dalam bas ni kot!
Di stesen bas, saya ternampak bas ini. Bas Bandar yang dikenali sebagai Bas Kayu. Bukan senang untuk melihat bas dengan binaan ukiran kayu di zaman sekarang.
Selamat Jalan Romeo… Dari tingkat atas bas melihat suami bergerak pergi…. sedihlah pula. Dia akan balik ke Hulu Terengganu seorang diri dan saya akan balik ke KL berdua dengan Intan.
Bas yang dinaiki sedang bergerak dalam renyai hujan sambil memandang di luar panorama pesisir pantai yang bergelora musim tengkujuh. Moga perjalanan kami hari ini lancar dan selamat. Amin.
sent from my GT-i9300
unik sekali busnya, dari kayu pula bahannya.. kayaknya di Indonesia tidak ada ni..
Walupun hari2 duk tgk bas ni.. tp belum pernah naik lagi.. 🙂
dah lama tak jumpa bas jenis macam nih. hehe..
Kalau nak tengok bas tak ada bumbung boleh tengok semasa musim haji di Mekah.
Unik sekali bas kayu ni.. Memang sesuai untuk dibuat ikon pelancongan.
bas kayu ? alamak..sy orang Malaysia tapi tak tau pun kewujudan bas ni..
uit..serius first time tgk bas nie..wah..menarik..!
memang nampak klasik habis..~
Saya orang terengganu, tapi sampai sekarang masih belum berpeluang untuk naik bas ini….
cantiknya bas tuh. unik.
Oh Kuala Terengganu….tempat yg bnyk meninggalkan kenangan..
Belum pernah lagi naik bas kayu ini Terengganu walaupun ketika pergi ke sana pernah terjumpa.
Nama rasmi bas ni bas Casligas.Tapi ramai selesa panggil bas bandar atau bas kayu
Bas dlm gambar tak lalu depan rumah saya :p
bas kayu yg mmg glamer kat negeri terengganu..
moge perjalanan kak jie dan intan selamat semuanya…
p.s.turun kat greenwood ke ni kak jie?
klasiknya…tak pernah jumpa pulak
moga urusan kak jie sekeluarga dipermudahkan