Mula-mula nak bagitau – saya dapat hadiah utama wang tunai rm 10,000.00 .
TAHNIAH SIM.CaRD ANDA TELA BERJAYA CABUTAN BETUAH Dari Shell SDN BHD WANG tRM 10,000.00 SILA HB Office 014 866 2838 terima kasih.
Segala ejaan lintang pukang tu buat saya gembira! Makcik kaya!
Ok tutup kes!
Pasal GengBlogger pula. Semalam ramai yang hantar email tanya status ping di GB. Ramai yang tak keruan sebab tak boleh ping. Tengok thread baru di forum pun dah boleh rasa, ramai yang mengalami masalah ini.
Adik-adik.. bertenang. Tiada sistem yang sempurna dan kekal . Semua sistem yang disenggara manusia akan alami gangguan. Blogger, facebook malah kadang-kadang web yang bersecurity tinggi seperti bank pun alami gangguan perkhidmatan.
Pemilik GB sedar masalah tersebut dan sedang cuba mengatasinya… bagilah dia masa janganlah keterlaluan memberi tekanan. GB adalah kemudahan percuma dan kita sebagai pengguna perlu bertolak ansur. Tak perlu semua orang nak buka thread nak harapkan jawapan – kalau Kong nak jawap semua soalan , bila masa dia nak kerja nak selesaikan masalah?
Saya pun alami masalah yang sama 3-4 hari lepas. Ada beberapa entri yang tidak dapat di ping. Anggap saja satu itu perkara biasa – kadang-kadang hidup bukan seperti yang kita rancang. Saya check setting url feed.
Bertenang… tarik nafas …. dan sedar , kehidupan online kita bukan segalanya. Ada banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan dari memikirkan masalah tersebut. Blogwalking contohnya.
moral of the story : bertenang
©kujie – Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya
Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya
nice quote =)
kesian kat saya tak tahu apa – apa pasal takleh ping blog sebab time saya ping blog, oke je 🙄
entri kak jie hensem hensem belaka..
ahh.. bangkai nie sibuk jer.. meluat aku tgk…
minta maaf encik/cik/tuan/puan,
ini blog kak jie..kalau nak bergomoi p tempat lain
nasihat yg sejuk ati membacanya 😉
saya kalau tak dpt ping sy rilek je, dtg lain kali..try lg, pastu kalau tak dpt dkt chrome sy buka kat firefox, kdg2 boleh
kalau dah memang berkedut, boleh marah tak , kujie?
betul tu kak jie…yang penting bertenang dan maintain steady…kelam kabut tak bawa kemana2 pun hehehe
betul. tak perlu marah-marah.
selalu gak dapat sms macam tuu..kadang smpai bertengkar dgn hubby yg nak sgt cepat kayo tu..ngeeee (tak boleh marah kang tak anggun yer tak kak jie)
Semalam dapat email katanya saya menang Lotery USD100juta…pak ci kayo pak cik kayo!!!.
Joomm kita iklan ramai-ramai kat GB tu baru lah ada modal sikit nak jalan bisnis.
hehe.bertenang itu cara terbaik. ekekeke. terima kasih geng blogger.
saya blum dpt join apa-apa pun, tapi insyallah ada juga hasrat, later kalu saya ada soklan, saya tanya pada Jie ya 😛
kadang2 kelakar, kadang2 pening, kadang2 menyampah tengok blogger2 kita ni. tak boleh ping kat GB pon susah hati macam orang hilang anak. padahal entry setakat 2-3 baris yg lansung tak ada makna. sabar je la..
kalau saya nak kumpulkan jumlah yang saya dah dapat mcam akak, memang cukup 7 keturunan duit tu hahaha
pasal hellioz tu biarlah..itu cara dia.. memang hot and spicy..tapi saya dh malas nak libatkan diri dalam blogosphere sekarang ni..
dan pasal Gb tu dah boleh ping. semalam saya try memang tak boleh. pagi ni baru boleh..bagus admin GB.. harap GB dapat jadi satu identiti malaysia nanti. biar najib tahu kita remaja malaysia yang boleh berjaya! hehe
err remaja?? akak dah kahwin kan..opsss :p
kong dah banyak bantu kita, kita harus berterima kasih pada dia..
mujur saya boleh ping pagi tadi, hehehe 🙂
JMR..bertenang dalam apa jua keadaan pon..
hehe saya tengok je dari jauh, malas nak amik side. saya pun ada problem nak ping tapi rasanya dah boleh submit balik pagi subuh tadi