Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh Bagi
Blog Tutorial

Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh Bagi

Petang tadi sewaktu semua penduduk Johor meraikan acara tahunan mengukur Indeks Pencemaran Udara (PSI) , saya mendapat mention di Twitter mengenai kes ini.  ( undang-undang Twitter kena baca dari bawah )
Twitter

Terima kasih Arin yang hantar screenshot ini… perasan juga dia gambar yang keluar kat TV3 tu.

tujuan watermark

Nampak watermark tu? Kalau nak tengok gambar jelas  dari entri yang di gunakan oleh TV3 tersebut , klik sini – Projek Empangan Hidroelektik Hulu Terengganu ( Puah Dam ).  Gambar bukan cantik sangat pun, dari telefon bukan DSLR

watermarkblog
Betullah kata Syafiq, maca tulisan Hollywood tuuu.. Gedabak keluar kat skrin TV

Watermark saya dalam image file photoshop, boleh diselaraskan sais atau kejelasan , nak kabur nak terang bukan bentuk text yang mudah dipadam.

Cerita disebalik gambar berwatermark ini.

Sewaktu gambar ini di upload di blog, saya masih  gunakan watermark  text biasa dari photoscape. Bila saya dah ada watermark yang dibuat khas oleh Encik Ai, saya upload semula gambar tersebut dan letakkan watermark ditengah-tengah image secara pudar memandangkan gambar-gambar di Empangan Hidroelektri Hulu Terengganu ini agak ekslusif.

Bukan mudah untuk dapatkan gambar dari dalam tapak pembinaan tersebut. Bukan semua orang boleh keluar masuk sesuka hati ke dalam kawasan projek mega ini.

Empangan Puah

Gambar ini dari laluan ke Empangan Sungai Tembak – nun jauh di sana projek Empangan Sungai Puah dan Tasik Kenyir,

Kepada pengunjung lain, kalau hendakkkan  gambar dari blog ini, gunalah contact form, minta.    Saya boleh bagi .  Saya ada banyak gambar Tasik Kenyir dan sekitar pembinaan empangan.

kujie2.com di sinar harian

Contoh wartawan Sinar Harian pun tahu nak hubungi blogger untuk meminta entri blog sebagai bahan mereka.  Kisah dulu di sini – Duit syiling baru tak laku

jalan gua musang kuala berang

Laluan Gua Musang ke Kuala Berang melalui Felda Aring.

Nota :  saya suka hijau suka pokok, jadi kebarangkalian untuk tengok gambar aksi duckface , gyiyomi agak tipis di sini…sesekali adalah

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

97 thoughts on “Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh Bagi

  1. betul la, tak patut. dah letak waterwark macam tu pun kena ‘ambil tanpa izin’ jugak. saya pun pernah alami perkara sama, gambar dicuri oleh satu page di facebook. letak watermark kat bucu. tapi kena crop pulak! aduh…

  2. wartawan sekarang sudah mulai banyak menggunakan sumber tulisan dari blogger termasuk anda, bagus sekali tu

    1. ada gambar² pembinaan… tapi rasa tak sesuai nak share kat blog secara terbuka
      takut nanti dah tak boleh masuk..hihi
      sikit2 bolehlah.

    1. tak rasa sakit hati…cuma rasa
      awatlah depa buat mcm tu… kan ada cara utk dapatkan gambar

      minta – itu je

  3. cantik betul gambar kak kujie amik.. saya org ganu pun tak pernah nak lalu kawasan tuh..
    terbaik..
    tuh la..depa ni main redah jeee…kalau mintak cara elok, pasti bagi punya..
    lagi lah nak masuk tv..

  4. Macam tak percaya jer TV3 buat macam ni…tapi kena percaya gak kan hehehhe..sebab dah ada screenshot 🙂

    1. kak jie ni lagi lah……………..mcm eh! ada org perasan itu dari blog kak jie
      sempat snap dari tv lagi tu.

  5. Rakan2 blogger mesti kenal dengan tagline kak Jie. Agaknya kalau layman akan tertanya2 kenapa ada tulisan Hidup Biar Sedap di situ. Hihi..

    1. he he he…. kalau bukan blogger yang kenal kak jie tertengok sagmen tu mesti terfikir…wahhhh… kat Tasik Kenyir ada signboard besar macam Hollywood!

  6. betullah, nampak macam hollywood pon ada, tp apa apa pun memang kalau boleh mereka minta kita dulu, kalau saya, depa x minta pon xpa, asalkan bagi credit contohnya masa dlm TV tu letaklah, image ini kepunyaan blogger bla bla bla mcm tu pun ok, janji kasi credit… 🙂

    1. tak bagi kredit pun dah ada kat gambar tu… semua orang boleh nampak, cuma tuan blog je tak tau

      kalau dia minta, tak ada masalah pun…. mgkn mereka beranggapan tak akan ada orang yang perasan benda ni, tak ada blogger yang kenal tagline tu

  7. Kerja nak mudah saja. Ambil gambar dari blog-blog. Letak kat tv. Sekurang-kurangnya mintalah izin bertulis dari tuan punya blog. Watermark pun dah terang ada kat situ.

  8. Untunglah watermark tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Kadang2, ada editor sanggup edit gambar2 yg ada watermark

    1. belajar dari pengalaman… guna watermark yang smart, tak boleh buang dan kedudukan tu kena cover gambar.
      tak semua gambar letak watermark untuk secure, ada yg sekadar letak..bergantung kepada jenis gambar tu..nilai ekslusif

    1. biasanya watermark memang diblur supaya dapat masuk dengan background gambar..tak nampak sangat tapi ada

      yang penting…susah nak dibuang 🙂

    1. kak jie lebih minat gambar alam… dan sebab selalu ke tempat² yang exotic, bersyukur sangat boleh nampak mcm²

  9. saya pernah tersangkut di Sg Aring ni, Jeep rosak, tidur dalam Jeep sbb tiada siapa yg lalu waktu mlm kat situ..seramm hehe

    1. akan datang jalan ni adah ada coverage telefon… dah banyak menara telekomunikasi dipasang..setiap 6 km

  10. tu kalau orang atasan dorang tau.. agak2 apa tindakan yang dorang buat..? senyap..?
    walaupun bagi sesetengah orang, hal tu kecik aje tapi itu apalah salahnya mintak kan.. tak rugi apa-apapun..

    1. benda ni dah kerap berlaku sebenarnya… bukan kedekut tak mau bagi
      tapi kat blog memang ada ruang utk dihubungi, bagi tau je
      sekurang2 kita pun boleh war warkan dgn rakan2 blogger
      rating rancangan dia pun naik.. kan elok mcm tu
      berhubung…kita pun up entri..tak sapa pun rugi

  11. assalamualaikum kujie…tv3 pun nak cilok gambar kita juga ke? kesian nyer mereka x boleh nak minta gambar tu ngan tuannyer ke kan…;)

    1. waalaikumsalam
      sekarang ni tak perlu keluar buat keje, dok depan komputer je… 🙂
      kebanyakkan blog ada ruang utk dihubungi, tak salah pun minta izin
      keadaan jadi lebih mesra… kita pun boleh hebahkan program dia
      dia dapat rating

          1. hahahaha…ni yg bahaya masuk blog kak jie ni….banyak ‘umpan beracun” macam mee racun….hehehehe

            baca komen2 kat sini best…audiens dia lain macam sikit

  12. Dah banyak kes orang TV dan orang akhbar curi content dari blog2.. Diorang dah takde bahan untuk berita agaknya.. Lepas tu main ambik je kat blog2 orang.. Patut diajar isu copyright kat diorang2 tu..

    1. blogger pun ada mcm2 kategori… ada yg entri dia tak original
      tapi kita jgnlah jadi mcm tu, kan…. kita berdiri dgn identiti sendiri
      kalau dia email cakap nak gambar, kak jie boleh bagi bagi…ada banyak gambar kt sana…

  13. hehe..TV3..TV3..ajarlah sikit wartawan/editor atau sape² yang terlibat

    nasib baik tak kena bebel panjang² kat sini..hehe

    silap tak letak alamat blog

  14. biasa dah TV3 buat mcm ni. Selalu sgt. Kandungan blog saya penah masuk aduan rakyat sbg rujukan aduan tapi takde kredit dan seboleh2 dia elak dari nampak header. Yg nampak iklan yg org beli direct masa tu. untung la dia. haha

    1. kalau dia contact direct, kita bagi cerita kat dia
      itukan cerita 1st hand.. bkan cerita 2nd hand mcm ni
      lagi parah Kay, kak jie penah dpt email dari penerbit rancangan dokumentari tentang subjek muzium.. dia nak maklumat….

      rasa mcm LOL…kan lebih mudah kalau dia pergi muzium tu, dapatkan bahan 1st hand sebab dia keluarkan program utk perniagaan.

      1. LOL and LOL lagi…
        macam tu pun ada…mmg betul2 nak kerja mudah…nak turun buat kerja lapangan pun malas? adeh!

        baik hired blogger2 ni utk buat kerja lapangan…kan senang…hohohoho

  15. bikin malu daaaaa…… yang ambil gambar tanpa izin 1 hal.. yang editor takkan tak perasan tulisan gedabak kat gambar tu? isk…

    1. yang nak jadi cerita………….. ada pula blogger lain boleh perasan dan snap gambar dari tv 🙂 win sungguh!

  16. Pernah juga gambar anak-anak saya menunggu giliran berkhatan dijadikan promo video Semanis Kurma. Macam tidak percaya sahaja gambar tersebut disiarkan. 🙂

  17. tv3 malas buat kerja la tu, search google image pastu keluar gmbr blog akak…

    saya suka lihat hasil kerja gmbar akak, even pakai camera hp je.

    1. mungkin sebelum ni bukan blogger, jadi tak ada orang nak update tentang ni

      kak jie suka guna frame alam…suka view cantik sebab muka sendiri tak berapa photogenik…hihi

  18. Macam penulisan kak jie memang dari pengalaman dan gambar pun sendiri shot. Nilainya sangat tinggi. Hak cipta terpelihara. Kalau di siar di media utama, sewajarnya mendapat kredit dan bayaran.

    Artikel saya pula xlah original sgt tp perlukan rujukan dari byk sumber dan saya olah mengikut gaya sendiri, malah gambar pun byk diambil dari FB jer… Itu pun mendapat panggilan utk menjadi panel forum dan menjadi rujukan. Memang teruja bila ada yg ingin berkongsi pengetahuan…

    1. tapi blog ni merapu meraban juga… tak boleh nak serius 100%
      kadang2 sengaja biar santai supaya apa yg nak disampaikan tu boleh diterima
      lagi satu… tak berana nak suka menulis secara detail… selalunya ada maksud dan suka biarkan pembaca ‘mencari’ makna yang hendak disampaikan
      tapi…………… skrg ni tak ramai orang boleh ‘membaca’ antara ‘garisan’

        1. hahahaha.. kak jie suka tulis benda yang samar, deep…bukan nak orang baca seketul seketul apa yang nak diterangkan

          kerap kali apa yg kak jie fokuskan, dibaca sebaliknya oleh pelawat.

          hihihi….. berkias atau metafora

  19. assalamualaikum.

    tak sangka blog akak jadi perhatian tv3, tapi bleh nampak copyright blog akak. apa nak dikata, sabar jelah.

    apa pun, akak dah glamer 😀

    p/s: tunggu masa saya je jadi glamer plak 😀

    1. Waalaikumsalam

      kalau dia email minta gambar, kak jie ada banyak …tak ada masalah pun.
      tanpa watermark pun tak pa… tapi masalahnya tetiba je keluar kat skrin TV

      bukan glamer lah tujuan berblog… benda2 ni cuma sampingan

  20. saya pun pernah kena, gamba kat blog yg ada watermark terang2 muncul kat brochure syarikat travel agency.. dah email kat staff syarikat tu, tapi dia buat bodo jep.. padahal saya kenal pun owner tu, malas nk panjang kan cite… kata kawan sy yg seorang lawyer, kalau syarikat tu syarikat besar, sedap jugak nak saman… tp.. biarlah

    1. itulah.. kalau tujuan perniagaan, berkonsepkan keuntungan baik jangan main ambil je gambar orang. kalau nak ambil pun biarlah dengan cara yang elok. bincang sesama …

    1. hah… kak jie jarang dirujuk sebagai blogger tetapi kerap menerima permintaan banyak pihak untuk menggunakan entri blog.

      ada pelajar nak buat rujukan projek akhir
      ada wartawan nak info
      ada penerbit dokumentari yang nak gunakan entri tentang muzium di blog ini
      ada pemilik syarikat yang hantar email terima kasih kerana pernah membuat liputan mengenai produk terkini mereka

      kurang mendedahkan diri utk tujuan ‘fofular’ tetapi gembira kerana kandungan blog selalu menjadi rujukan beberapa topik berguna .

  21. alah… terkomen kat FB. ye sekali lagi nak menyatakan gue amat berbangga sebab watermark tu. kekekeke.. tak pe la.. tunggu bloggervoice kot. rambut m.nasir depa kata. kah kah kah. tabley blah masing-masing. hampages!

    1. cuba baca dari sudut lain – ini yang kita sedar, yang kita tak sedar , entah banyak mana digunakan secara percuma oleh pihak yang menjalankan perniagaan ( keuntungan) nasib baik ada watermark.

Comments are closed.