Tips Menarik Pengiklanan Ke Blog
Selesai entri semalam mengenai pandangan saya betapa pentingnya pengusaha perniagaan online melabur dengan ‘membeli entri’ sebagai satu bentuk hebahan perkhidmatan atau produk, ada pelawat yang bertanya –
Blog bagaimana yang perlu kita pilih untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan online? Kriteria apa yang diperlukan untuk memilih blog bagi tujuan mengiklankan produk dan promosi?
Betul juga kan………. ada pelbagai gred, jenis , identiti blog di dunia ini, blog yang bagaimanakah yang boleh memberi impak kepada sasaran pemasaran tersebut.
Macam mana nak mendapatkan pulangan yang setimpal dari modal yang telah dilaburkan? Baca dulu entri berkaitan di sini – Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay
Ada beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perkhidmatan ‘advertorial post’ dari sesebuah blog. Perkara ini penting kerana tidak semua blog berada pada kedudukan yang sama dan sudah tentu hasil yang akan diperolebih juga berbeza.
Ada orang cakap, tulis entri di blog senang. Ya! itu mungkin nampak betul tetapi untuk membina dan mencapai kedudukan yang baik di dalam dunia WWW ini itu bukan kerja yang mudah. Perlu ada beberapa tempoh masa dan usaha gigih yang konsisten bagi menempatkan sesebuah blog pada kedudukan ‘dilihat , dipercayai, dikunjungi ‘ pelawat.
Pemilik blog juga keluarkan modal untuk membina asas untuk menempatkan blog beliau di dalam enjin carian. Selain dari masa dan kreativiti yang sukar untuk dinilai dalam bentuk fizikal, membeli domain dan menyewa server adalah langkah pertama ke arah tersebut.
Ciri-ciri Blog Yang Baik Untuk Pengiklanan
-
PageRank
Semakin besar angka PR, semakin stabil sesuatu blog. PageRank ( PR) adalah salah satu mekanisma yang digunakan oleh Google bagi menentukan kepentingan sesebuah blog untuk berjaya menduduki Search Engine Results Page (SERP). Blog yang mempunyai PR yang bagus berpeluang untuk menduduki muka depan halaman carian Google mengikut katakunci yang sepadan.
-
Alexa Ranking
Semakin kecil angka dicapai, semakin baik kedudukan blog tersebut. Kedudukan rank di Alexa boleh berubah setiap hari. Alexa Ranking adalah sistem ranking yang ditetapkan oleh alexa.com (anak syarikat amazon.com) yang pada asasnya mengaudit kekerapan dan bilangan kunjungan pelawat ke blog tersebut. Tanpa peru bertanya berapa daily visitors atau unique visitors, kita boleh membuat perkiraan jangkaan pelawat blog tersebut berdasarkan kepada kedudukan ranking di Alexa.
Kedudukan ranking di Alexa boleh digunakan oleh pengiklan untuk melihat potensi pemasaran produk yang mereka harapkan.
-
Domain Authority
Semakin tinggi skor yang diberikan, bermaksud blog tersebut lebih dipercayai dan mempunyai kekuatan di engin carian. Domain Authority adalah ukuran sejauh mana bernilainya sesebuah blog yang menjadi salah satu faktor blog tersebut menduduki halaman depan engin carian.
Domain Authority diukur berdasarkan umur sesebuah domain, populariti domain tersebut dan saiz kandungan yang berada di dalam domain tersebut.
Umur domain yang stabil dan lebih berumur ( ehem.. lebih tua lebih bernilai ni ) memberi isyarat bahawa domain tersebut konsisten dan menjadi sumber yang boleh dipercayai. Populariti domain diukur dengan jumlah link masuk dari laman web yang mempunyai domain berkualiti. Inbound link dari domain lain adalah satu isyarat bahawa laman blog tersebut mempunyai maklumat yang berguna dan bernilai.
Saiz domain iaitu kandungan yang besar dan berkualiti membantu memberi domain tersebut pautan yang lebih dan diindex dengan lebih luas untuk memberi kedudukan baik dalam engin carian.
Baca tentang domain dan hosting – Apa itu domain?
Ini adalah ciri-ciri teknikal blog yang boleh dicapai oleh semua blogger melalui beberapa ilmu blogging. Ciri-ciri teknikal ini turut sama memberi keuntungan sekiranya laman web pengiklan mendapat inbound link ( backlink) dari blog yang kukuh untuk jangka masa panjang.
Selain dari itu ada beberapa ciri-ciri yang tidak bersifat teknikal yang boleh digunakan sebagai panduan dalam memilih blog yang terbaik bagi tujuan pengiklanan.
Untuk mendapatkan pulangan yang optimum dari pengiklanan di blog, pengusaha yang mencari blog terbaik perlu melihat beberapa kriteria humanistik. Blog yang bersifat ‘untuk manusia’ yang mempunyai sentuhan jiwa secara peribadi lebih menyentuh naluri kemanusiaan pelawat.
Blog yang mesra pengunjung – Blog yang baik mempunyai hubungan yang harmoni antara tuan punya blog dan pengunjungnya. Kita boleh melihat dari beberapa artikel terdahulu untuk mengetahui tahap keselesaan komunikasi kedua-dua pihak. Interaksi diruangan komen boleh dijadikan panduan bagaimana tindakbalas pengunjung kepada setiap post yang diterbitkan.
Pengiklan boleh menilai dan memberi keutamaan kepada blog yang mempunyai komen kerana ini boleh memberi peluang mereka mendapatkan ‘feedback’ dari pelawat blog terhadap produk yang disasarkan.
Bilangan pengikut di Twitter atau Facebook – Bukan semua blog yang mempunyai bilangan pengikut yang banyak itu menandakan ianya bagus atau sebaliknya tetapi sekurang-kurangnya kita tahu pemilik blog tersebut ‘disenangi’ oleh rakan sebloggernya. Disenangai dan dihormati dikalangan rakan seblogger memberi nilai tambahan post yang diterbitkan dibincang, diulas atau dikomen sesama sendiri.
Human Network – Internet adalah mengenai manusia. Manusia suka berhubung dengan manusia lain. Produk yang diiklan juga mensasarkan manusia sebagai pembeli atau penggunanya. Kalau pun produk tersebut untuk seekor kucing, manusia juga yang akan membuat keputusan mendapatkan produk tersebut. Pastikan blog tersebut menggunakan bahasa yang difahami manusia. Perkataan , ayat atau bahasa yang baik susunan dan lengkap lebih mudah dicari oleh manusia lain.
Ini hanyalah beberapa ciri yang boleh difikirkan. Ada pelbagai sebab untuk pelbagai tujuan. Pastikan nilai yang anda bayar berpatutan dengan nilai blog yang hendak anda gunakan sebagai perantara perkhidmatan tersebut. Sudah tentu blog yang mempunyai ranking yang berbagai-bagai ini meletakkan harga yang berbeza.
nota : siri entri ini macam tidak berakhir, saya dah ada satu draft lagi mengenai topik ini.. hihi
Bagus gak Info ni…
hihihi..kak..sy belum layak lagi la buat pengiklanan klu cengini..
Jom terjah post menarik dari kakgojes ..Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Terbaik sangat entri ini. Insyaallah akan cuba diaplikasikan seboleh mungkin. Terima kasih berkongsi
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Berita baik untuk peserta bengkel
baguss! sebagai panduan untuk saya dan semoga untuk blogger lain juga. baru saya tahu ada domain authority. terima kasih kak
Jom terjah post menarik dari Sunshine Kelly ..Celcom First Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold CNY Promotion
bagus sekali perkongsiannya kak..insha Allah kan yumida sematkan ke dada..dan terapkan dalam berblogging
Jom terjah post menarik dari yumida ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Semoga boleh dijadikan panduan… 🙂
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Pengiklan, blogger dan …
tips yang bagus untuk eden..hehehe
Jom terjah post menarik dari Zuan ..Disebalik Lensa Hazman Fadzil
muja harap blog muja will be a good blog for advertising,, 😀
Jom terjah post menarik dari muja ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014
artikel ini sangat bagus, penuh dengan tips dan ilmu yang sangat berguna
Jom terjah post menarik dari Juan ..Cara Hasilkan Jualan Produk Affiliate Dari Blog Dengan Berjaya
thanks kak ..nice info
Jom terjah post menarik dari rawi ..4 Sumber Idea Menulis Artikel | Khas untuk Newbie
entry menarik untuk newbie.. thanks..
Jom terjah post menarik dari kurus berkesan ..Shape Plus Juice | Kurus Pantas Berkesan & Sedap
Bagus sekali penerangan kak jie..diharapkan ada pihak pengiklanan yang dapat menilai sesuatu blog mengikut kriteria seperti ini, bukan setakat main belasah aje asalkan ada.
Bagi blogger pula, untuk jaga market blog..perlu menambah baik kualiti blog masing2 seperti yang kak jie huraikan juga.
Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Samsung S3 Digodam
sgt bermanfaat entri ini sebagai panduan…
Jom terjah post menarik dari sohoque ..Juruterbang Wanita Di Malaysian Flying Academy
kurang faham bab saiz domain tu..
Jom terjah post menarik dari eXplorasa ..Pelancaran Rasmi Ekspo Transformers Malaysia 2014
kalau blog tu ada 10 entri dengan 100 entri mana satu lebih banyak mendapat tempat dalam enjin carian?
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Membebel Sebelum Mesyuarat
good entri kak jie..tip yg sangat bagus buat semua blogger dan pengiklanan…
Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Rancang Percutian Bajet ke Bali Indonesia
saya tak guna alexa untuk menguji kekuatan blog tu kerana jumlah visitor tak pernah tepat dengan jumlah visitor blog tersebut. alexa pada saya valid untuk menguji kekerapan sesebuah tu dari segi content dan link building. 🙂
Jom terjah post menarik dari khairul asrol ..Pengundian Malaysia Social Media Week 2014 Bermula
*jumlah visitor tak pernah tepat dengan jumlah sebenar visitor blog tersebut kalau guna alexa.
Jom terjah post menarik dari khairul asrol ..CUSTOM MADE STICKER KERETA
gunakan Google Analytics lebih genuine kan bro?
Jom terjah post menarik dari Azri Johan ..Contest Kembara Kemboja
sangat bagus entry ni…tq akak kujie
Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Ramai Yang Tanya Bila Nak Kawin
Entri yang berguna, terima kasih Kak Kujie kerana sudi berkongsi ilmu. 🙂
Jom terjah post menarik dari Afiffuddin ..Software Aplikasi TV Online