Cara Mudah Buat Gambar Animated Gif Photoscape
Blog Tutorial

Cara Mudah Buat Gambar Animated Gif Photoscape

Ada blogger tanya macam mana nak buat gambar yang gerak-gerak atau animated gif pada entri lepas ( LIMA 2013 – Su-27 Russian Knight ). Saya nak buat tutorial pun malu sebab ramai pembaca blog ini  pakar² yang lebih pandai . Tetapi saya percaya, setiap hari akan lahir newbie yang ingin belajar perkara baharu bagi mereka.

Jadi, pagi ini saya buat tutorial mudah gaya makcik² untuk rakan² sebaya yang ingin menambah pengetahuan meraka kepada perkara baharu. Mungkin ada steps yang saya tertinggal, sila tinggalkan pertanyaan diruangan komen bawah entri ini.

Kalau saya tahu.. saya jawab spontan.. kalau saya tak tahu, LMGTFY.Com bak kata AiMedia Network

Mari kita mulakan!

cara edit gambar photoscape

  • Buka Photoscape. Kalau belum ada, kena install dulu secara percuma.
  • Penjuru kiri atas, klik Batch Editor – untuk edit secara berjemaah banyak-banyak sekali harung, kalau nak edit satu-satu guna Editor.
  • Guna tetikus, tarik gambaryang nak diedit dan letak kat ruang atas kiri.
  • Kemudian edit saiz , frame  gambar kat tool belah kanan.
  • Klik objek untuk letak watermark sama ada nak letak photo atau text.
  • Dah siap, klik Convert All untuk save.

Dah siap edit saiz, warna dan segala yang dingini secara berjemaah. Sekarang kita buat gambar tu bergerak-gerak pula.

cara buat gambar animated

  • Masih di Photoscape, klik Animated GIF pada tool atas.
  • Guna tetikus , tarik gambar yang diingini dan letak pada ruangan yang disediakan.
  • Pada tool sebelah kanan, change time untuk sesuaikan berapa saat gambar bertukar, edit effect untuk memilih gambar gerak atas ke bawah, bawah ke atas, dari tepi kanan, dari tepi kiri atau sesedap rasa.
  • Setkan canvas saiz mengikut main-wrapper blog masing-masing.
  • Save.

Dah siap tu, jom kita test dengan upload ke dalam entri blog post.  Ini yang paling asas, cepat dan simple, cukuplah sekadar untuk diisi dalam entri blog  sendiri.

Pemandangan tasik kenyir

Saya tak pandai nak guna photoshop, tak berapa rajin. Guna Photoscape untuk kegunaan entri blog yang simple dan mudah. Lainlah kalau nak edit secara professional dengan ketelitian yang berlayer-layer.

p/s – edit blogspot guna main-wrapper, kalau wordpress nak guna istilah apa ye?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Cara Mudah Buat Gambar Animated Gif Photoscape

  1. assalam, saya baru nk belajar photoscape. cane cara nak buat banner, takpun label?

    1. sebab thumbnail dlm bentuk jpg/png ttp gambar tu gambar dlm bentuk gif
      dah tau keadaan mcm tu tapi tak boleh nak ubah css semata² utk satu entri..biar kan saja
      dalam 2000+ entri dlm blog ni, hanya satu je ada gif

  2. Gif animated ni,dulu2 belajar sendiri,sebab sgt rajin explore photoscape :).Saya percaya ramai yg akan cari tutorial ni,betul kata Kak Jie setiap hari ada blogger baru yg dahagakan ilmu 🙂 – photoshop memang tak reti nak guna juga 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Potong Pendek Jangan BotakMy Profile

Comments are closed.