5 Perkara Yang Memudahkan Blog Dibaca
Blog Tutorial

5 Perkara Yang Memudahkan Blog Dibaca

Bagaimana corak kita membaca setiap artikel di internet?

Mengimbas ( scanner ). Jangan malu mengakui, sebab saya sendiri pun bukan membaca secara fokus apa yang dicari di dalam isi kandungan blog orang lain. Jadi sudah tentu orang yang membuat carian di internet pun mempunyai tabiat membaca seperti itu.

Sebagai penulis blog, kita pun kadang-kadang tak suka orang datang dan membaca entri yang ditulis secara mengimbas, langkau setiap baris untuk mencari apa yang “dia mahu baca” sahaja. Saya pun sedang cuba mengurangkan patah perkataan di dalam setiap entri supaya tidak meleret dan menyukarkan pembaca mendapat point yang sepatutnya.

*intro pun dah berjela, lagi mau cakap tak nak meleret..hahaha *

Hari ini mari kita belajar beberapa cara  menulis blog yang memudahkan untuk diimbas oleh pembaca.

 

mata yang melihat

Guna List atau Senarai

Kenapa point bentuk list dan senarai lebih memudahkan untuk dibaca?

  • Mudah untuk discan
  • Mudah dihadam oleh pembaca
  • Mudah ditulis oleh penulis

Guna Perenggan

Perenggan yang mempunyai 10 ayat dengan 2-3 ayat yang sederhana panjang , mana satu yang lebih mudah dibaca?

Jujurnya kita akan cuba menghabiskan perenggan tersebut tanpa memahami secara jelas kerana mata mudah tegang. Guna font perkataan yang sesuai juga boleh membantu entri yang dihasilkan dibaca dengan lebih baik oleh pelawat blog.

Hitamkan Perkataan Penting

Ini tabiat saya. Saya kerap bold beberapa perkataan yang saya tidak mahu pembaca terlepas membacanya kerana saya mahu penerangan yang disampaikan menjadi jelas tanpa ada salah faham. Pembaca yang membaca secara ‘scan’ akan mudah salah faham dengan susunan ayat yang digunakan.

Tabiat mata yang membaca  memfokuskan kepada

  • Tajuk entri
  • Link yang disertakan sebagai rujukan ( tips: guna warna havoc yang kontras supaya link lebih mudah dilihat )
  • Perkataan yang digelapkan

Tajuk Membunuh ( Killer Title )

Gunakan tajuk entri yang boleh menarik minat membaca. Contoh kalau menulis isu yang umum dan hampir semua blogger pun menulis isu yang sama, cari tajuk yang menimbulkan misteri juga tanda tanya.

80% hingga 90% orang akan membaca blog, hanya jika kita berjaya mengalihkan bola mata mereka dengan tajuk entri.

Akhirinya Dengan CTA

CTA tu apa? CTA adalah Call To Action.

Pembaca akan berlalu pergi sekiranya kita tidak mengajak mereka untuk mengambil bahagian di dalam apa yang telah kita sampaikan. Ada beberapa cara, antaranya

  • Mengapa mereka perlu membaca posting blog ini
  • Apa yang membuatkan entri ini berguna untuk mereka
  • Apakah tindakan yang perlu mereka ambil selepas membaca post ini

telaga tujuh serendah

Apa pendapat korang? Adakah entri ini mudah untuk dihadam dengan corak pembacaan masyarakat internet?

Saya sendiri pun cuba melatih diri supaya tidak meleret kalau menulis entri yang agak formal.  Kalau entri mak-mak membebel , itu masuk dalam kategori lain, bukan difokuskan kepada apa yang pembaca nak tetapi lebih kepada apa yang diri sendiri ingin luahkan.

Nota : Sesiapa yang faham entri ini, dia akan nampak point yang ke- 6!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “5 Perkara Yang Memudahkan Blog Dibaca

  1. Terima kasih kak jie. Byk point penting yg dpt saya ambil dan bawak balik pagi2 ni =)

    Saya ada amalkan beberapa point sperti buat listing nombor terutama utk entri bersifat informasi. Lebih senang untuk disampaikan dan moga2 pembaca dapat apa yg mereka cari.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Nak Belajar Jahit Baju Kurung Tradisional?My Profile

    1. tiap blog ada pembaca masing-masing
      ada macam-macam jenis bentuk penulisan, kalau santai..buatlah macam mana ikut suka.

      kalau entri informasi, kena susun elok supaya satu point dan satu point tidak tercicir dan menjadi salah faham kepada pembaca.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan YahooMy Profile

  2. Antara blog yang saya akan baca sampai habis ialah blog Military Malaysia yang Shah Paskal tulis. Penulisannya, walaupun berjela panjang, tetap saya baca sebab kandungannya menarik yang tidak didapati dari blog lain.

    Dan macam Dr. M juga, dia tulis guna nombor-nombor.

    Saya tulis style perenggan-perenggan, diselang-seli dengan gambar. Kadang-kadang je tak letak gambar.
    Jom terjah post menarik dari HipMommy ..Brickfields – How 7 Eleven Staffs Try to Steal RM10 from Your PocketMy Profile

    1. kalau berguna, boleh buat
      kadang2 blogger ada cara tersendiri, identiti sendiri … itulah penjenamaan
      tak perlu nak ikut org, buat apa yg kita rasa selesa

      ini panduan saja…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan YahooMy Profile

  3. Saya bila menulis suka panjang berjela-jela kerana bila idea menulis datang, semua nak diterjemahkan sebagai ayat. Bagaimana agaknya saya boleh menarik minat orang untuk membaca sehingga akhir?
    Jom terjah post menarik dari mummydearie ..Antara dua benuaMy Profile

    1. Baguslah kerana dapat menarik minat org membaca biarpun panjang berjela jela…sebenarnya ianya bergantung kepada rentak/identiti tiap orang
      ada yg boleh menulis mcm tu dan pembaca dia terima
      cuma kadang2 bila dah berjela , point penting pembaca tak dpt nak tangkap
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan Percayakan YahooMy Profile

  4. Kadang-kadang orang masuk blog, bukan dia baca semua kak. Ada yang komen terus lari dari tajuk. Biasa saya letak gambar yang lain bebenor dari isi penulisan saya. Boleh plak dia komen pasal gambar.. Nampk sangat dia datang tengok gambar jer.
    Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..Harapkan Pagar, Pagar Makan PadiMy Profile

    1. waalaikumsalam… ini entri lama , cuma panduan tak semesti tiap orang kena ikut
      sebab tiap orang ada target sendiri2 sebagai blogger

  5. yang pentingnya jalan cerita, ada moral of story, ending cerita yang menarik pembaca untuk meluahkan melalui komen-komen yang bernas…….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Tinta JumaatMy Profile

  6. yang pendek itu susah tapi caranya bagus. Masih ketar tangan nak buat pendek tapi sukar nak juga buat macam dekat sekolah tu tulis panjang-panjang bermuka-muka surat lagi hiii..

    saya note.
    p/s:lama tak datang sini 😛

Comments are closed.