Petang semalam, balik dari sekolah kami anak beranak baring² manja depan tv . Saja golek² rehatkan badan sambil layan Intan.
Buka tv tapi tak ingat entah cerita apa
Tiba-tiba Intan tanya ” mama, umur berapa boleh kahwin?”
glup! tiba-tiba budak ni tanya soklan macam tu. Pecah gelak tak menahan!
” Kenapa, Intan dah nak kahwin ke?” Dalam gelak masih saya bertanya.
” Intan belum ada boipren”
ha ha ha…saya dah tak tahan lagi! Umur pun belum 11 tahun dah tanya soalan macam tu.
Dia ingat dah ada boipren dah boleh kahwin ? Sesiapa yang dah ada boipren tu – cuba tanya kat boipren awak tu….. ” awak…awak…. jom kita kahwin”
Mau lari tak nampak muka dah. Hutang PTPTN pun semput nak bayar, mana nak cekau duit nak kahwin, jawapnya.
Kad pengenalan pun belum ada, dah tanya nak pasal kahwin.
Tapi, bila difikir balik soalan dia, memang susah nak jawap. Umur berapa sesuai nak kahwin? Adakah seseorang tu berkahwin selepas dia tetapkan umur sekian-sekian?
Atau – tak kisah umur berapa, asal dipinang orang saja- terus kahwin.
Saya berkahwin masa umur 24 tahun . Tak pernah merancang pun. 6 bulan kenal, terus kahwin. Inilah namanya jodoh – bertemu orang yang tepat pada masa yang tepat.
Jadi pakcik makcik abang kakak sekelian, tolonglah jawap pertanyaan Intan – umur berapa boleh kahwin?
Kalau betul² serius untuk berkahwin dan sedang mencari calon , saya galakkan membaca entri ini – Cara-cara memilih suami, atau ciri-ciri lelaki pilihan…
©kujie – bduak tu faham kahwin tu sanding² je kot…
jodoh pertemuan ditangan Allah tetapi ada juga hadis yg sebut seandainya ada seorang yg beriman dengan Allah datang meminang jangan sesekali ditolak kerana dikhuatiri akan berlaku perkara yg mudarat.
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Anak-anak bising ketika Khutbah Jumaat
terpulang. tapi risiko tanggung sendiri la..
suka ayat kak kujie; ‘Hutang PTPTN pun semput nak bayar, mana nak cekau duit nak kahwin’. Bagi pendapat saya (dan sye rasa sama dgan pendapat org lain), umur muda pun dah boleh kawin..tapi bukannya yang masih bersekolah.. cuma kdang2 bila dah terfikir pasal duit belanja kawin (esp. hantaran)..terus lemah semangat~
Jom terjah post menarik dari Bulan Biru ..Tips 10 Amalan Diet Dalam Kehidupan Seharian
bab kawen ni, senang citer ikut kemampuan. tak payah nak pk2. amboi, pandai ye anak kak jie ni. tya soalan pelik2. hehe
Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Keindahan Islam Yang Tiada Tandingan
persediaan fizikal dan mental sgt diperlukan..
ikutlah pesan Nabi ““Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
tapi dalam masyarakat malaysia.. ia dah jadi satu syarat!!
terpaksa terima tu..kalau tak de 10k..jgn harap nak minang anak orang…
Jom terjah post menarik dari Azahar Salleh ..Dilema Anbuntu Bukan Andartu
bila semua dah cukup syarat bolehlah kahwin
ps/: wang hantaran bukan syarat kahwin ok, itu adat
Jom terjah post menarik dari mijie ..Jawapan teka perbezaan gambar
maafkan saya kalau saya mencelah…kepada bujang-bujang atau anakanak dara yang masih belajar.. tunggu la mase untuk kawin.. stabil kan diri dulu baru pikir nak bina masjid… sekarang ni di dunia serba moden, barang mahal, kos hidup tinggi.. dah bersedia ke kita nak kasik anak orang makan..
orang zaman sekarang ni kalau boleh semua nak ade… kereta paling koman pun mesti nak ade viva… seoalah2 kereta tu dah jadi keperluan walaupun sebanrnya bukan..
duduk kat KL khasnya bukan semurah yang kita sangka…exception is given to those yang kawin dengan orang-orang yang sama pangkat, sama gaji.. sebab in the end.. money that matters..sebab orang-orang kurang berada macam saya, money ensures happiness..
-bersambung
Jom terjah post menarik dari Azahar Salleh ..Dilema Anbuntu Bukan Andartu
Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Sneak Preview
Memang terkedu kalau anak bertanya apabila anak bertanya soalan cepu emas begitu. Nasib baiklah anak-anak saya semuanya lelaki 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha
Saya kahwin dengan isteri saya pada ketika isteri saya berumur 17 tahun dan manakala saya berumur 24 tahun. Target hendak kahwin umur 25 tahun ikut sunnah Nabi tidak kesempaian.
Manakala arwah pak mentua menerima pinangan saya kerana sudah 2 kali tolak dan pinangan ke -3 saya dapat kerana kepercayaan superstitious kalau tolak kali ke – 3 akan susah dapat jodoh nanti. Wahuallam
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha
Teringin nak tanya soalan cepu mas (jkahwin) ni kat sidia
tapi biar dulu la,kena fokus untuk kerjaya supaya lebih stabil
Jom terjah post menarik dari wazy ..Promosi Hebat Webhosting Dari Fivio Enterprise
tudia
details habis abang kreuger bagi komen
hehe
Jom terjah post menarik dari wazy ..Promosi Hebat Webhosting Dari Fivio Enterprise
Terlupa… thanks kujie untuk backlink… patut graf pelik je tadi ;p
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cara-cara memilih suami- atau ciri-ciri lelaki pilihan
hmp hmp hmppp… intan… intan… baik punya soalan tu ya. keh keh keh.
Orang kata anak dara premature hehehe.
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cara-cara memilih suami- atau ciri-ciri lelaki pilihan
sy sndirik kawen mude….belasan tahun…org tua yg aturkn semua…alhmdllh serasi … umur ni rasenye tak payah dipersoalkan kot sbb kalau nk kira dr segi thp kmatangan,lain org lain tahapnye…dan yg pnting juge ialah kesediaan psgn….xsalah kawin muda kan..dpt elak maksiat ;p
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Rezeki kedua GA cabutan bertuahLupakan hajat nak beli kain cotton
sama2 kasih kak jie.. hehe
budak2 skg mmg advance pemkirannya.xmcm batch sy skola backward dulu..jadinya dgn kita2 sekali kena ikut advance! xboleh tak mesti kena selalu upgrade cara pemikiran kita selaras dgn tuntutan persekitaran tumbesaran bdk2 cyber..hehe..
susah gk raseny nk didik anak yg terbaik kn kak jie
erk~ cm terover plak sypadahal belom kawen pon.hihi (^_^) ”
btw..kem slm kt intan..sy bc n3 kak jie nie mg ikut tergelak..hehe
hahaha… hadoi ai kak jie. saya dengan cik adik dok pecah perut baca citer ni. memang tak menahan.
so umur berapa boleh kawin? rasanya perlembagaan malaysia menetapkan umur 17 untuk wanita dan 18 untuk lelaki.. itu pon setelah rundingan atas kertas secara bertulis diselesaikan oleh pihak walimatulurus. saya pon kurang pasti perkara ni.
cuma nak tambah lagi soalan… perempuan masa umur 17 dah cukup expert ke nak mejadi isteri dan yang lelaki berumur 18 plak dah bersedia nak dodiokan dan buaikan anak? hahaha…
kalau belom… letakkan beberapa persoalan sebelum anda bercinta:-
1. Dah ready nak tanggung dosa pasangan? (bakal suami)
2. Dah bersedia mengandung? (bakal isteri 17thn)
3. Dah ade kerja? (kedua-dua sekali)
4. Dah bersedia kehilangan sesuatu?
5. Dah habis pikir?
hahaha… cukup 5 soalan cepu emas. sila jawap sendiri ye untuk mereka yang bercadang nak carik couple atau nak mendirikan rumah tangga.
Bukan nak kasik gempak,
Cuma nak kasik minda terbukak,
Salam Ceria dari Azman Ishak
Bersama Isteri dan juga anak!
p/S: siap pantun plak komen kali ni. lol~
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Kepincangan komunikasi sewaktu bersama
maksudnya umur berapa2 pun boleh..bila dah dua2 belah pihak setuju utk tempuh apa saja..lautan api sanggup direnangi bersama………… 😆
Itulah Kak Long..soalam mudah tapi bukan senang nak jawap
dah entah macam mana dia boleh terfikir ke situ pun saya boleh nak gelak. 😆
tapi rasanya kita berkahwin bukan sebab kita dah set umur berapa2 kot……..
terimakasih……. tapi sungguh.. kak jie gelak tak sudah sebab tiba2 je dia boleh tanya soalan macam tu
bila dia ckp ” intam tak de boipren lagi”
lagi lah kelakar… lurus bendul 😆
pandangan ini bukan sesuai utk Intan saja ni..tetapi untuk sesiapa pun..terimakasih ye
tapi zaman skrg ni…. ramai perempuan nak capai target sendiri dlm hidup dulu…baru nak fikir ada komitmen
kalau menteil kena ada syarat tambahan – reti masak laksa 😆
pendapat tulus ikhlas dari seorang mak…dan rasanya normal mak2 akan bagi pendapat mcm ni 😆
dah cukup2 semua tu..wajib dah ni..jgn lupa jemput kita org semua ye
kak jie doakan moga segalanya baik2 dan dipermudahkan apa yg dirancang
enjoy dlm hidup bukan semata2 di usia muda…hargai masa yang ada juga salah satu kita nikmati kehidupan.
kak jie..tolong carikan sorang..xsabaq dah nak kawin ni..hehehe
Jom terjah post menarik dari zuarxpdc ..Cara Tingkatkan Trafik ke Blog dengan Gengbloggercom
berbeza mengikut keadaan seseorang. dalam Islam pun hukum nikah berubah-ubah, ada orang wajib kahwin, ada yg sunat kahwin, ada yg haram dan sebagainya.
Kak jie, bagaimana agaknya bila tiba2 along/angah cakap : mama, along/angah rasa nak kawin le. mama tolong le cari…..hehehe
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Esok Sekolah
xdapat nk jawab gak ni.. sumi dah 25 tahun ni.. still belom lagi.. 😛 rasanya kena stabilkan diri dulu kot..
Jom terjah post menarik dari aisumichan ..Kasih Seorang Ibu & Sayang Seorang Ayah
‘Bela’ diri sendiri dulu, baru boleh ‘bela’ orang lain. Kalu diri sendiri pun cungap, tetiba nak bela orang lain, jawabnya ‘sangappp…’..
Nak kawin, bila-bila pun boleh, jika dah boleh ‘bela’ diri sendiri…
maza pernah set sebelum umur 30 thn gitew…
sbbnya kalau dah terlajak 30 tahun kesian kat anak2 dan bapaknya…. umur dah masuk senja masih antar anak2 naik basikal ke sekolah rendah..aderkkkkk
Amboi³ intan..macam mana tiba² boleh terkeluar soalan macam tu.. 🙂
Dah habis belajar,dah ada kerja yang tetap,boleh la kahwin kot..
Jom terjah post menarik dari Nadya ..F6 & Birthday ‘Mentor’
dah terbiasa ikut law susah nak tentukan
Jom terjah post menarik dari ferry ..ferry5
bagi aku, before nak kawin, lebih baik kalau dah boleh mampu tanggung hidup sendiri : ada umah or apartment sendiri, ada keta sendiri, boleh support parents.
tapi kan.. zaman skrg ni nak bwat camtu.. huhu susah.. fresh grad kuar gaji bape sen je.. nak beli tu ni mahal.. nak bayar duit hantaran pun skrg main belas2 ribu dah.. nak sewa dewan pun bukan murah..
so no wonder la skrg ada yg da abes degree, kawin, then dua2 buat full time master, parent support.
guess takde right or wrong.. tapi jgn smpai nafkah zahir batin tak terbagi sudah
Jom terjah post menarik dari xuerie ..Ads Malaysia 4th Chocolate Fair 2011
Betullah, susah juga nak jawab soalan Intan ni.
Kalau kita kata, umur yang sesuai untuk kahwin ialah bila dah selesai mengikuti kursus perkahwinan, boleh tak agaknya? 😆
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Antara yang baru dan garu-garu
Benda tuh jadi bukan sebab kawin muda atau dah lanjut usia, tetapi sebab pasangan tu berkahwin bukan ingin berkongsi hidup, tetapi berkahwin atas dasar lain, sebab tuh timbul soal enjoy dan sebagainya.
Jom terjah post menarik dari Eizil ..HP Mini 110
hehe..lebih kurang
saya pun masa umur 24, kenal 7 bulan
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Jom Cuci Gambar Passport 32 Keping dengan Harga RM7 sahaja
hahaha..
salam kak kujie~ meh sy tolong jawabkan:
intan kena tahu..kahwin tu tak boleh suka2..kena ada ilmu yang cukup dulu br boleh kawen..tp ilmu yg mcm mn??
ilmu ttg kehidupan..ttg perkahwinan might be.. sebab..orang2 yg boleh kawen hanya org yg sudah bersedia dgn ilmu sarat di dada. apa maksud bersedia??
meh kak chik bg contoh:
intan nk pegi belayar dilautan luas..nk naik apa? kolek kecil kah atau kapal bahtera??
mcm tu juga alam perkahwinan..kalau intan cuma bersedia nk redah lautan dgn kolek@sampan kecik..abeslah karam ditengah lautan..tapi..kalau intan naik bahtera besar..insyaAllah..ombak besar badai dpt diharungi.. 🙂
so..intan jgn gatal2 tau.belaja dulu jd org besa..buat persediaan terbaik utk diri intan supaya intan lebih matured dan sesuai utk berkahwin.. sebab..dgn ilmu lah kita boleh bimbing diri kita untuk hidup atas landasan yg betul.. kalau xde ilmu..mandi wajib pOn intan xtau..hehe
ok peace! 🙂
lepas dah baligh.. 😀
Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..Ini Statistik Belog Saya Sep-Dis 2010
sentap dengan entry nie.. tak nak jawab! haha..
Jom terjah post menarik dari menteil ..@TMCorp – Masalah Streamyx- Sampai Bila
Saya tetap kata, selepas umur 25 tahun!
paling muda lepas grad, umur 23-24, kerja 1 tahun or 2 tahun (kalu boleh biar lama skit bagi lelaki), sesuai age 25-27 bagi gadis…
Psssttt.. Kak KUJIE, penat ler tunggu anak habis belajar, bagi ler chance mak dia nak numpang gaji anak-anak dulu baru bagi depan menikah. Tak gitu?
😆
Jom terjah post menarik dari azieazah ..Bekal Hari Ini
best jer jawapan sylarius ni.sekarang ni kawin muda-muda macam banyak sangat masalah yang akan datang selepas usia perkahwinan tu, paling selalu dengar kalau ada masalah, tak cukup enjoy di usia muda..
Dulu lainnn….sekarang lain….(teringat pula lirik lagu ni,saper nyanyi tah.hehe)
berkemampuan dan sesuai untuk membentuk satu keluarga
jadi umur tak tetaplah kan
suka sama suka – kahwin 😆
katakan…katakan…anak gadis yang dah akil baligh belum PMR cakap
” abah….saya nak kahwin…dah ada boipren…dia nak dtg meminang minggu depan”
Dalam kes macam ni, mana patut kita ikut, law ke ikut pertimbangan ibubapa.
bila dah habis belajar then dah start kerja je trus parent sibuk tanya macam mana dengan relationship dengan boyfriend sekarang ni. asyik tanya2 je. then dah macam mendesak pulak sekarang ni. padahal anak dia baru masuk umur 25 tahun ni.. then i pun dah terpengaruh dengan diaorang. terasa dah patut kahwin. so i rasa umur yang sesuai adalah universal. terpulang pada keadaan diri seseorang tu.
Nak jawap ikut civil law ke syariah law?
Haha.
Ikut civil law yang kita pakai ni, memang terang-terang umur 18 tahun ke atas baru boleh kahwin. Tapi kalau dalam Islam, bila dah akil baligh, seseorang individu itu layak untuk berkahwin. Isteri Nabi Muhammad S.A.W. Saidatina Aishah berkahwin dengan baginda pada umur 9 tahun. Ketika itu, Aisyah sudah pun akil baligh lama sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Pada aku, usia selepas akil baligh adalah sudah layak untuk berkahwin. Cuma dalam masyarakat kita hari ini, pemikiran kita disempitkan dengan usia mendirikan rumah tangga hanya apabila sudah habis sekolah.
Nenek dengan atok aku dulu kahwin muda umur belas-belas ok jer.
Hehe
Jom terjah post menarik dari sylarius ..Mak Nyah tetap Lelaki
mungkin perempuan ni mudah skit kot berbanding lelaki..huhu..kalo boipreng nyer sudah mampu menanggung si perempuan..so boleh la berkahwin.. haha.. entah la… ckup haul kot..kui3.. bila 2-2 mampu.. keluarga 2-2 belah pihak setuju..go on saja
Jom terjah post menarik dari Roslan Nazri ..I Wish I Could End Up My Final Semester in This Semester
Kahwin dalam usia 20-30an ok la. Masa tu masing2 dah matured dan mempunyai kerjaya masing2.

Jom terjah post menarik dari CypherHackz ..Lambakan Blog Di Internet