Rumahtangga

Punca Perempuan Berleter

SMS Isteri Kepada Suami : ” Along minta izin ( dengan duit sekali semestinya ) nak pi tengok Liverpool  di Stadium Bukit Jalil, 16 Julai nanti “

SMS Suami Kepada Isteri : ” Boleh..bagi, tapi kena buat syarat yang wajar..contoh jangan liat bangun pagi, jangan balik lewat…jaga mama..bla…bla…bla…”

Tuuuu tengok tu.  Ini adalah salah satu bukti bahawa orang perempuan bukan sesaja suka suki nak berleter.  Kalau mak² berleter tu sebenarnya bukan dari diri dia seorang tapi merangkumi satu dunia.  Dia wakil UNESCO, dia wakil WWF , dia NGO alam sekitar dan semua yang ada.

Kadang² dia berleter in behalf  of…. kelab isteri setia (KIS) … hahaha
bukan salah ibu mengandung…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Punca Perempuan Berleter

  1. isteri kalau berleter,suami jangan ikut sekali.senyapkan je.sebab tu kalau suami berleter pulak,isteri jangan ikut berleter sekali.dengarkan je…

    ni pesan mak aku kat aku la… 😛

  2. hahahaha… betul sangat2 kak… tapi bila makin berusia, mak saya makin kurang berleter.. yang kuat berleter nya kakak yang sulung sebab mak dan ayah pesan macam2 kat dia…=P

  3. Memang bila suami mula berleter tak terlawan isterinya tapi sesekali je tak selalu

  4. betul tu Kak Jie..kitaorang bukan nak suka-suka berleter dari pagi ke petang, petang ke malam… :mrgreen: kalo tak berleter tak siap keje kat umah tu… :mrgreen: :mrgreen:

  5. Juan pun selalu jadi mangsa leter ni.. Selalu kena dengan mama. Sebab cuti sem ni selalu anta & jemput dia balik dari keje. Pastu lecture pun suke berleter juga. Juan ni wakil kelas, apa2 masalah, dengan juan juga dia berleter. Sabar jelah.. :mrgreen:

  6. Tak elok membebel malam-malam ni…. Kita buat blog jer malam2…. hihihihi…. tapi lelaki atau perempuan yang kuat membebel sebenarnya kak jie?

  7. saya rasa org laki bebel cuma seminit dua, straight to the point. Short and concise. ala-ala cerpen,Xde korner-korner. Org pompuan maybe lama sikit bebelnya, sbb dia singgah banyak tempat. Idea turun mencurah-curah dah jadi mcm karangan 2 muka surat.

  8. Saya kalu berleter, sendiri letih. Sekarang dah malas dah berleter. Anak-anak pun adakala akan jawab, “orang tahu laaahhh…” heeeeeeee.

  9. Hehehehe. Memang betul pun. Kadang isteri bukan saja nak bebel tapi ada sebabnya. Tapi kang kalau tak bebel, suami pulak tanya kenapa senyap je. 😉

  10. Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh USM (ni pensyarah saya bagitahu), wanita perlu membebaskan sekurang2nya 22 ribu patah perkataan sehari bagi mengelakkan stress atau tekanan, manakala lelaki pulak sebanyak 12 ribu patah perkataan.

    jadi tak hairanlah jika wanita dikatakan suka membebel. bukan nak membebel sebenarnya kak jie, tapi sekadar melepaskan tekanan.. :mrgreen:

  11. Hari-hari anak kena berleter di rumah dari celik mata hinggalah masuk tidur. Heran juga dari mana wanita dapat tenaga 🙂

  12. perempuan berleter mesti ada sebab..sebab leteran perempuan lah,ada yang berjaya jadi perdana menteri

Comments are closed.