Rumahtangga

Norman Hakim ditangkap khalwat?

Berita dari web gossip terhangat atas bumi sekarang ini, murai .com.my mengesahkan Norman Hakim pelakon utama siri Gerak Khas ditangkap khalwat bersama pasangannya pelakon baru Memey atau Suhaiza Suhaimi.
Tapi khabarnya Norman dakwa dirinya disabotaj

Simpati untuk Abby. Besar sungguh dugaan yang ditempuh. Bersabarlah…. Moga rumahtangga mereka masih dipelihara Allah.

Perkahwinan tidak wajar dilihat dari sudut kepuasan seks dan material semata-mata, ia haru dilihat sebagai ikatan persahabatan dan persefahaman antara lelaki dan wanita .

Dalam setiap perkahwinan pasti ada motifnya……….. kerana cinta dan kasih sayang?

kesunyian?

tekanan hidup?

desakan keluarga?

pengaruh kawan-kawan?

Petua RumahTangga Bahagia – Oleh Ustadz Asmungi Sidek

(Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Norman Hakim ditangkap khalwat?

  1. :pehh!ak memg bengang btol ar dgn memey suhaiza nie..de gak owg cm2 kt dnie nie..da tau norman 2 dah de bini ngan ank leh lak skandal ngan dye..ish memg bengang ur ak.. ๐Ÿ˜ˆ

  2. semua lelaki yang betul x tahu berape ramai perempuan kerje sara lelaki x gune mc norman hakim tu

  3. Salam Jie…
    Kalau betul, kasihan kat Abby Abadi, kan. Baru bersalin isteri dia tu… sabar… sabar.

    ODs last blog post..The X Files

  4. pengajaran yang berguna untuk semua orang. biarpun memey suahaiza semakin femes sekalipun… hidup perlu diteruskan dan norman hakim perlu kembali dengan rutin hariannya sebagai ketua keluarga dan mencari duit poket dengan perniagaannya itu…

  5. aku xkesian lansung kat abby tu …in fact…cam lagi bagus ….

    skrg bkn zaman pompuan nak merintih merayu…

    1. @callister, time berbedak tu…kena feeling2 utk bahagiakan yang tersayang
      kalo kat pintu peti sejuk lak….tu melalui perut
      yang tu petua lain pula
      nantiiii…………. :mrgreen:

  6. Manusia berubah dan beralih arah disebabkan oleh keinginan untuk memenuhi kekurangan yg ada pd pasangan. Itu keadaan yg sering berlaku. Tapi kalau kita faham bahawa semua org punya kekurangan dan sbg pasangan, harus cuba utk saling melengkapkan.

    Su cuba jadikan kisah sedih org lain sbg ingatan pada diri… nak jadi hamba yg sentiasa bersyukur. Moga diberi peluang sekali lagi utk Norman dan Abby membetulkan diri agar rumahtangga damai kembali…

    suaras last blog post..Demi Kameelah…

    1. @suara, ramai yang suka pasangan ini, kita doakan moga rumahtangga mereka masih dapat diselamatkan…moga terus kekal

  7. pada pendapat kak jie la kan….btol ke org lelaki ni..makin tua…makin berharga ? hehe ๐Ÿ˜‰

    |1f34|-|1r3s last blog post..What happens when your office mates read your blog?

    1. @|1f34|-|1r3, bergantung laki tu mcm mana…org nk letak harga pun kena tgok qualiti gak…mana leh letak borong main loggok je kan.. ๐Ÿ˜‰
      lelaki yg makin tua makin berharga tu lelaki yg stabil hidupnya dari segi kewangan, kematangan atau pun tahap sosial dia..kalau yg diri sendiri pun tak dapat nak diurus dengan baik………….yang tu susahlah nak masuk dlm pasaran bebas… :mrgreen: ๐Ÿ˜€

  8. bila baca yg nombor 1 tu diva teringat jamban dalam blog UJ…. boleh beraksi bersama….

    divas last blog post..PANTUN DIVA

  9. x baik tau menjaja aib orang lain walopun dah masuk suratkabo.

    *stetment ini tak berubah dan tak akan berubah* :p

  10. sepatutnya norman belajar dari kesilapan lalu..bukan ambil kesempatan masa isteri masih dalam pantang..itulah..kalau iman kita tak bawa bersama kemana2..inilah jadinya…

  11. gosip!? kurang berminat. dunia yg penuh dgn keterbukaan dlm hubungan.

    yang menarik bagaimana nak jaga keharmonian dlm rumahyangga. dah agak lama tak mandi bersama huhu.

  12. disabotaj?
    erm.. aku sikit pon takleh terima…

    macam mael cakap, memey lepas nie dapat la anugerah perampas yang terunggul!!

    1. @Mak Su, Suami seperti matahari sentiasa panas,
      isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,
      manakala anak-anak pula umpama bintang :mrgreen:

  13. No komen lah pasal Norman Hakim tu. Tapi yg pasti simpati intan melimpah-ruah buat Abby…

    Kak Jie, Intan mintak izin nak copy petua rumahtangga bahagia ni. Buat pedoman. ๐Ÿ˜‰

    Awat template betukar je ni Kak Jie? Mood bandung x habis lagi ke??? ๐Ÿ˜ˆ

    intans last blog post..My Bag, My Witness

  14. dia tu harap je hensem n kaya tp prangai low class nauzubillah…… Moga2 dia ditunjukkan jalan yg bnar…… Cian kak abby tuh dah la baru bersalin waktu nuzul al-quran ari tu……. Insaflah norman oooi…… ko nk ilang peminat ker?

  15. haiya kak jie….norman pon org tergilakan ek? isk isk isk..kesian abby x abes pantang lg kan ?

    |1f34|-|1r3s last blog post..I got an email from Tony Fernandes !

  16. Kesiannya Abby…sedih lah mengenangkannya…hari tu Nora Danish ni Abby….sampai hati suami diaorang….

    Umimias last blog post..Gambar-gambar cun from Penang Trip

  17. Allah maha berkuasa, kalau betul, inilah jawapan kepada persoalan yang bersarang dalam kepala seorang isteri macam Abby. Kalau takde angin takkan pokok bergoyang sendiri ye. Kesian anak-anak. ๐Ÿ™

    1. @zany, kemuncak kepada gossip selama ini…. Moga jalan penyelesaian yang elok utk kedua belah pihak ( tiga sebenarnya – anakยฒ juga satu individu yang punya hak dlm keluarga )

    1. @muadzlife, bercinta dan berumahtanggalah adalah seni – seni pengurusan bagaimana kita mentadbir dengan baik soal peribadi dan emosi

  18. sedih dgr kes macam nie. bila dah berumahtangga patut jaga la rumahtangga bbtul. yg kurang ditegur, yg salah diperbetul. ini pi cari penyelesaian kat luar yg sebenarnya membawa masalah yg lebih besar kepada rumahtangga. as wife, takkan lupa sampai mati n even that lady pun takleh dimaafkan. huh!

    (ya saya mmg kejam ๐Ÿ˜‰ )

    Zanas last blog post..Betul ke?? Norman Hakim, Memey Ditangkap Khalwat!

    1. @Zana, sebab tu kak jie letak tips dan petua sekali… jangan nampak tang gossip saja..

      yang no # 7 tu – Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

      Panduan penting ni… ๐Ÿ˜‰

    1. @mz, patut pakcik baca tajuk yang ada tanda soal
      lepas tu pakcik baca kesemua link yang saya sertakan
      ada hubung kait
      lepas tu pakcik baca entri yang saya blockquote.
      itu adalah fungsi backlink.

  19. saya tak tahu pokok pangakal masalah rumahtangga depa ni

    tapi saya kesian kat abby,masih dalam pantang..

    *tengah salin nota tips2 kat atas ๐Ÿ™‚ *

    p/s::kasik print aje tips ni terus,nanti tampal kat peti es.

    anasfadilahs last blog post..::hehehe::

    1. @anasfadilah, masalah rumahtangga artis, kita cuma simpati pada isteri
      betul atau tidak..kesannya sudah mengganggu emosi si isteri.

      rasanya kena tampal kat cermin meja solek :mrgreen:

  20. aiyo kakjie.. tak sangka mamat tu kuat berskandal yer.. kalau betul disabotaj harap2 pasni elakkanlah masuk dalam situasi yang boleh mendatangkan curiga..

    ams last blog post..Police: Ark. campus shooting not random

    1. @am, mungkin tidak seperti yang kita fikirkan..mmg tak mau fikir yang negatif pun tetapi kalau meletakkan diri dalam situasi mcm tu…

      kesian Abby….

Comments are closed.