Dalam perjalanan balik dari kampung semalam, Intan dan Along bertanya soalan yang buat hati saya kembali mengebu-gebu seolah-olah jatuh cinta untuk kali pertama.
Saya pernah tulis dalam entri Ramadan dalam hidup saya yang memenangi hadiah peraduan. Along dan Intan ketawa terbahak-bahak mendengar kisah cinta pertemuan saya dan suami.
Saya copy paste kisah itu di sini ye…
Sejarah awal perkahwinan kami sangat ringkas dan singkat. Untuk pertama kalinya saya bertemu pada 9hb Mac 1991 – pada majlis pembukaan rasmi kilang Canon , Shah Alam. Kami datang atas jemputan rakan serumah masing² yang secara kebetulan rakan sekerja.
Sebenarnya dia datang untuk melihat awek lain yang dia dan kawan-kawan serumah sering bergossip. Jumpa saya dia terus tinggalkan kawan-kawan yang datang bersama. Lebih kelakar, dia boleh tinggalkan kawan-kawannya balik naik teksi sendiri, dia pula menjadi lelaki macho tawarkan diri menghantar saya balik. Macam drama tv.
Seminggu selepas pertemuan pertama, dia telefon saya ajak keluar, saya menolak dengan alasan nak tengok cerita cina kat tv2..…dulu² setiap petang Isnin – Khamis layan cerita cina kat tv2. Alasan sengal sebenarnya kerana dia ajak keluar makan malam sedangkan waktu itu baru 6 petang , saya tersilap bagi schedule rancangan tv.
Macam hero filem hindi yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dia menelefon saya sekali lagi selepas maghrib . Kali ini saya tak control ayu lagi, terus setuju…..tadi tu kenalah test market…tengok pasaran saham.
Dari Taman Sri Muda, Shah Alam kami ke gerai makan berdekatan kilang Motorola Sg. Way (kilang tu dah tutup tapi alhamdulillah, cinta kami masih utuh). Hari itu adalah 17hb Mac 1991 bersamaan 30 Sa’aban 1411, esoknya 1 Ramadhan tetapi jin aperit dah menguasai, kami berdating malam pertama puasa – ponteng sembahyang terawih.
Selepas makan, terjadi satu lagi peristiwa yang tidak mungkin saya lupa. Mungkin inilah balasan cash dari Allah…. kereta tak boleh dihidupkan!
Untuk pertama kalinya dalam hidup , saya tolak kereta dan lebih sadis lagi pada dating pertama. Bayangkanlah awek cun melecun xcited keluar first date kana tolak kereta depan kedai makan…..huwaaa!
Macam drama tv! Terbahak-bahak Along dan Intan ketawa … wah…abah rock!
Dalam perjalanan balik, di depan Seksyen 18 sebelum lampu isyarat ke Seri Muda, sekali lagi kereta mati tiba². Kami buat keputusan tinggalkan kereta di situ dan berjalan kaki. Hampir ke simpang Sri Muda, bas terakhir ( 337B ) baru berlalu . Lagi sekali……..huwaaaa…… itulah…. patut pergi surau berterawih tapi pergi berdating pula ! Adik² jangan buat macam ni tau…
Saya berjalan kaki dalam gelap bersama kenalan yang baru seminggu kenal sehingga ke stesen teksi . Naik teksi bersama dan dia hantar saya ke rumah. Dengan teksi yang sama dia balik ke Seksyen 16. Sebelum teksi berlalu, beria² dia meminta maaf kerana beberapa kejadian yang tidak terduga itu ( patut dah tahu..sebab memang bateri kereta tu dah kong…)
Naik ke rumah, dari tingkat 5 lot paling tepi saya melihat kilauan lampu² bandar Shah Alam. Saya merenung jauh – si dia di sana . Masa tu belum ada telefon bimbit. Detik itu, waktu itu satu perasaan aneh telah meresap dalam jiwa – dah mula dilanda angau! Cintan cintun sudahhh….!
Saya melihat sikap bertanggungjawap dan sikap menghormati saya sebagai seorang perempuan ( time tu panggil awek )
Esok pagi sewaktu pergi kerja, saya melalui tempat dia parking kereta yang rosak semalam. Ah….saya nampak kelibat seseorang sedang tidur di dalam kereta. Ha ha ha..saja jerit dengan Jini ( kawan serumah )
” tu lah…..pakwe aku pergi dating semalam”
Dua bulan selepas itu, pada 17hb Mei 1991 dia telah mengikut saya balik untuk bertemu mak dan ayah di kampung. Itulah kali pertama saya bawa balik seseorang untuk diperkenalkan secara rasmi dengan keluarga. Kami naik bas dari Puduraya dan tiba di Baling keesokkan paginya. Sehari sebelum nya, dia potong pendek rambutnya. Sebelum ni sentiasa berikat, maklumlah zaman tu zaman rock kapak. Zaman Bloodshet, Bumiputra Rockers, Crossfire, Search, Wing, Terra Rossa dan banyak lagi. Masih dengan image seluar ketat dan rambut panjang juga meriah bertandang ke konsert² rock.
Sebulan selepas itu 18hb Jun 1991 – sekali lagi rombongan dari Sabak Bernam datang ke rumah untuk meminang..kehkehkeh..saya tak pula mimpi di patuk ular tapi saya mimpi banjir besar dan saya bergayut memeluk seekor ular yang besar- sebesar pokok kelapa..wahhh…. mimpi pun demand yang besar².
3 bulan kemudian, pada hari Rabu 18hb September 1991 ( 9 Rabiul’awal 1412H ) – saya secara sahnya menjadi seorang isteri. Bukan lagi sekadar mimpi peluk ular tetapi dapat bantal peluk interaktive!
6 bulan selepas itu, dalam bulan Ramadan 1412 saya disahkan hamil anak pertama. Saya masih ingat macam mana gembiranya suami bila doktor beritahu berita ini. Malamnya selepas tengah malam, kami keluar ke Chow Kit. Meriahnya waktu itu walaupun sudah 1 pagi kerana orang masih berduyun² membeli belah membuat persiapan di akhir Ramadan. Suami belikan saya bunga siap digubah dan pasu tembikar. Ha ha ha..praktikal tau…. tak perlu bagi bunga segar nanti layu juga.
Kami akan balik berhari raya pertama sebagai suami isteri di kampung saya, tetapi akan singgah untuk berbuka puasa bersama mertua dulu. Rancangnya lepas bersahur baru balik melalui Teluk Intan.
Sedang berkemas² selepas sahur, masukkan segala kuih dan kerepek yang mertua kirim untuk bisannya di Kedah… emak mertua saya berbisik lembut di sisi
” Jie puasa penuh ke?”
Tengok betapa berseninya pertanyaan mertua saya. Raut gembira dapat saya lihat dari jawapan ‘Ya’ itu. Itulah orang berpengalaman, sekilas pandang pun sudah tahu sedangkan kami belum beritahu sesiapa lagi berita ini dan saya pun belum lagi menunjukkan tanda² muntah dan loya² ( bukan seperti drama² melayu- mengandung saja mesti ada adengan muntah² )
Saya tahu, itulah berita gembira yang ditunggu² kerana saya sedang mengandungkan cucu pertama dari anak lelaki mertua . Along adalah cucu ke 11 dalam keluarga mertua dan cucu pertama dari waris lelaki.
” Along tau, masa mama sarat mengandungkan Along, dok tunggu hari tu…… abah bawa mama p tengok race kat Litar Batu Tiga naik motor Cagiva Mito…Along bayangkan dengan memboyot tu mama naik superbike merah dengan baju merah”
wow, mantap betullah kisah nih, hehee
Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Cara Verify Blog WordPress Dengan Mudah
wah sweertnya kisah cinta sis
tak dapat bygkan adegan tolak keta di hari pertama dating
semoga berbahagia hingga hujung nyawa
Jom terjah post menarik dari irfa ..Didik Anak Mengikut Umur
hahahaha..part kereta rosak tu nakal..mesti suami kak jie tu control hendsome kan..emm menarik sungguh cinta kak jie..amboi, merempit dgn perut mcm tu..haha..memang rock habis tu..haha
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #27 – Usah Di Kenang Barang Yang Lama
Kira Along lahir pada tahun 1992 lah kan? Ok, dah boleh jawab soalan si dia, siapa lagi muda antara saya dan ALong.. hehehe… ^_^
Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Seorang Kekasih
waahh seronok baca kisah ni. cinta kilat. cayalah abang ann. pandang pertama terus kenan, huhu..
Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Segar dari ladang
Kalau sabak bernam ni macam sedulur saya je cik abg tu ha ha…sekarang ni kak kujie pun dah puasa penuh sebulan juga ke..dulu posa penuh lain, la ni posa penuh lain. kah..kah.. 😈 maaf yea..maaf zahir batin..
Jom terjah post menarik dari latep ..Ride Selera Rimba, Sg Lembing Selangor…
seronok baca kisah perkenalan k.jie hingga ke jinjang pelamin..pertanyaan ibu mertua tu macam dalam novel2 je..sweet lah.. 🙂
Jom terjah post menarik dari cikmin ..Kalau biskut dah lemau dah
wah sweetnya .. dapat bunga siap dengan pasu . saya dpt bunga segar pelbagai warna hehe.. sama sikit2 tang situ ..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Contoh Gambar Perkahwinan Exclusive Norman Hakim & Memey
wah seronoknya dengar ceta kak jie ni..aku pula yang berbunga2 hati 😆
Jom terjah post menarik dari princessmia ..Suspek Samun Ditembak Polis
kan dah kantoi terlepas pandang…sorryyyy 😳
sekarang pun masih menggunakan ‘saya’
hanya entri yang ditujukan khas kepada seseorang , contoh mcm entri untuk Singgit baru Kak Jie guna perkataan “kak Jie’ sebab entri tu berhubung terus dengan dia
kalau entri lain – umum utk semua yang membaca
dalam kehidupan sebenar pun guna ‘saya’
…………. 😐 Munge-munge baca kisah cinta kak jie
p/s tahun 2010 entry di tulis…. menggunakan perkataan “saya” 😆
Masih muda walaupon sekarang guna “kak jie”…kalau kak jie paham maksud saya..kak jie jangan marah tau…kak jie tetap berjiwa muda 😀
cayalah. semoga hubungan kekal ke akhir hayat
Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Testimoni SD2- Turun 30kg dalam tempoh 2 bulan
kenangan yg tak terlupakan
Jom terjah post menarik dari ummuuswah ..Jom Cari Menantu
pendeknya kisah..cepat toi kawen tuh..haha
.-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.
klu la zaman skng ada lg kisah mcm ni…sy nk jgk adegan mcm ni….sgt sweet….tp bab tolak keta tu mmg sadis jgk la memndangkan 1st date…tp berbaloi tu 🙂
.-= afnie´s last blog ..CONTEST HANGIT by ARIEZA =-.
wah…sejarah suka duka cinta ni!.
.-= akuvision´s last blog ..Precise Portion Electronic Pet Feeder =-.
kesian kak jie kena tolak kete.. hihii..pengalaman tuh.. tapi bagusla, lelaki yg tak ambil kesempatan tah pape cam skrg ni.. asal kuar je, mulalah menggatal.. budak lagi.. huhuu..
mg kak jie sentiasa bahagia
.-= fiezaradzi´s last blog ..Creative Youth Blog Program =-.
haha..hanya mampu gelak aje. hehe..
.-= full time blogger´s last blog ..How to become a Good Liar? =-.
thumbs up la untuk kisah cinta auntie jie!
Hahaha, sangat2 sweet dan romantis.
Simple je kan, tak perlu nak berdating sakan, bercuti sama2 tapi kekal sampai ke hari ni dengan anak2 sekali 🙂
One word: Wow
Hahahaha
phewittt…mmg cukup best dan simple cinta kak jie ni..tapi cukup utk buatkan saye tersengih sorang2 kat sini…
part kene tolak kete tuh…mmg tak boleh tahanlah..
p/s – moge kak jie sekeluarga sentiasa hepi dan bahagia..ameen
hati sy juga turut berbunga2 baca kisah cinta kilat kujie ni
p/s bila che abang nak smpai balik ke m’sia?
huhuhu……….. entah
lagi dekat nak balik
lagi rindu…mengebu2
insyaallah…27hb ni
pewiiit! kak jie tgh berbunga2.. kembang cinta melayang2
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..opis terbakar!! =-.
😛 hehehehe………..ada taman dalam hati
hehe, romantik sungguh. Alangkah seronoknya jika berada di zaman dulu. tiada handset, tiada telefon.. tetapi cinta tetap di hati.. chewahh..
.-= arynet´s last blog ..Masih Mempelajari GIMP =-.
zaman tu tak de cakap i love u, u love i… entah
tak perasan pun pernah cakap ke tak
tak ingat pun mcm mana nak kaweh..tup2 dah nak kawen
hahaha
Pergh kak!
mau phewitt banyak2 ni~
hehehe~
.-= Lord Zara´s last blog ..Bisik Pada Bayu : Aku Akan Terus Kekal Menunggu =-.
pheewit nengok kak jie tolak kereta ye…
setiap insan pasti ada kisah mereka sendiri kan..lagi-lagi kalau cita pasal nih…mak & ayah saya pon gitu kot,tak pernah lak tanye..hihi
.-= Piston Pecah´s last blog ..Berjalan Sejauh 304 KM & Foursquare =-.
selalu baca blog muda mudi tulis kisah cintan cintun dia org..hehehe
Saya memang suka baca citer2 romantik camni.
Suami Kak Jie, ingat x tarikh2 tu?
Pagi2 saya dah tersengih baca cik abang Kak Jie tinggalkan kawan2 dia n kak jie kena tolak kete.
Masa tu kak jie belum pandai drive ke? Kawan2 yg kena naik teksi tu x bengang ke?
(saya plak sibuk nak tau) 😀
hehehe..kawan2 yg kena tinggal tu pun bujang remaja juga
dia org pun faham le….. kawan2 serumah sekampung tu
lagi kelakar..dia org tak tau pun kami couple lepas tu
tup2 dengar dah nak kawen…
erk..rasanya tak ingat kot..biasalah lelaki tak ambek pot bab2 tarikh2 penting ni
Pandai simpan rahsia ye…!
Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat, kebahagiaan ingga ke syurga.
Zaman rock kapak memang tak bole dilupakan..banyak kenangan tuh…kisah camni bagus “diblogkan” untuk tatapan anak cucu.. 😆
.-= adamfaiz´s last blog ..Dari Tukang Polish Tayar Menjadi Jutawan – Rahsia 20K Dalam 20 Hari =-.
kejap sgt masa berlalu
kenal 3 bulan, tunang 3 bulan
kawen…mmg jalan hidup mudah tapi dah diguna awal2 lagi…kena tolak kereta 1st time dating!
hehe..rasa macam baca novel cintan plak.hehe.. saya & isteri pula boleh dikatakan cinta cyber sebab kenal melalui internet (bukan MIRC yer). 😀
.-= penyubiru´s last blog ..Kisah Bapa Yang Terlampau =-.
Walaupun dah baca kisah ni sebelum ni, masih lagi nak baca. Kali ni pun baca, dari huruf ke huruf sampai habis. Kisah lomantik camnih, mana boleh dilepaskan
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Kasihmu Hangatkan Diriku Selalu… =-.
ada byk lagi yg dikisahkan dgn anak2 tu iza
gelak terbahak2 intan dgn along
lagi2 bab mama dia ni tak tau pun ada org jawa
dah bertunang, 1st time bertandang rumah bakal mertua
terkulat2 tengok dia org ckp ‘bahasa alien’
tak faham sepatah haram pun…
hahaha
Salam Kak jie,
Ohh la la.. Sungguh romantik kak Jie. Teringat Rizal masa sekolah rendah. Tanya dengan arwah ibu. “Ibu kenapa ibu kawin dengan Abah? Ibu suka orang Jawa ye?” Ibu ayah dan adik beradik lain semua terdiam. Budak-budak biasa la soalannya “Naive”
bab tak boleh nak lupa
dia org pakat gelak kat abah dia rock
selamba je tinggal kawan2…terus kejar awek
mcm drama tv
mama dn abah pelakon utama.
gelak kuat2 lagi bila 1st date dah kena tolak kereta
cewsss………… drama tv sungguh!
Soalan2 ingin tahu anak2 yang terasa segan pulak nak jawab kat anak2.
.-= TokNabe´s last blog ..Ambulan, Pensil dan Budak Sekolah. =-.
macam2 lagi yg dia org tanya
kena jawaplah….
masa tu along yg memandu, skrg ni sy dah jadi mak datin
dok menyandar je…
boleh buat drama ni kak jie, satu kisah cinta yang menarik
.-= mijie´s last blog ..Sekitar Hari Aggota Bomba 2010 di Melaka =-.
sbb tu tak heran tgok drama tv cintan skrg ni
sbb life kak jie masa jumpa abg pun
mcm drama…hahaha..siap tolak kereta rosak, siap kena tinggal bas
jalan kaki balik rumah…arrgg..lengkap!
Kak Jie ni kan, suka buat saya ketawa sorang-sorang tau…. tak tahan betul bila Kak Jie gunakan istilah “bantal peluk interaktive” tue…
p/s: serious… tergelak besar saya kat sini… hahaha 😀
kalau bab tu….cepat je ‘tangkap’ erk…hehe
serenok imbau kenangan manis. seronok baca cerita ni. suka part ‘dpt bantal peluk interaktif’
hahaha
.-= matjoe´s last blog ..TIPS: Mendapatkan BUFFER Nuffnang =-.
anak-anak dok gelak
kisah cinta macam drama tv
siap tinggal kawan tu kejar awet…hehe
ia lamabt lg nk dpt soalan macam mana abah jumpak mama. off course ada kenangan manis yg nak diceritakan.
anyway thank vote audition project alpha matjoe. terharu ni.
.-= matjoe´s last blog ..TIPS: Mendapatkan BUFFER Nuffnang =-.
selalu share dgn anak2
dia org pun rajin melayan
‘ masa abah bercinta dgn mama dulu, lagu apa yg selalu dengar”
haha..itu pun dia boleh tanya
pagi2 baca cerita yang indah ni..sungguh seronok memulakan hari ini 😉
tak pernah jemu bercerita hal yg sama
bkn dgn anak2 saja
kami suami isteri pun…berpuluh2 kali dok ulang kisah ni
tak pernah lupa setiap detik dan tarikh
tetiba rasa dalam hati ada taman…
.-= Kancilbiru´s last blog ..Bila Puasa…. =-.
mestilah………..cik abg kita nak balik
lalalala
seronok bila baca kisah ni.. berbunga2 aje skrin pc ni tetiba.. moga sentiasa berbahagia kak jie… bestnya kawen kan….
.-= syahirul´s last blog ..Sehari bersama pemilik Justkhai.com =-.
hehehe…semua kehidupan ada 2 sisi
baik dan buruk
kita yg membut pilihan dan setiap pilihan perlu ada usaha
bukan menyerah semata2
hehe.. papa rock.. mama x rock ke? 😳
mama ttp lah menten ayu…hehe
wah!
mokteh tak pernah tau macam mana ibu dan ayah mokteh boleh kenal
sorang batu pahat sorang asal melaka
nak tanya segan pulak
huhu
.-= mokteh´s last blog ..Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu =-.
tanyalah mokteh
kisah zaman dulu tu, boleh simpan utk kenangan
hehe
Untuk pertama kalinya saya bertemu pada 8hb Mac 1991 ~
Suka sangat dengan ayat dan tarikh tersebut !
Itu tarikh hari lahir saya . Saya baru berumur 1 tahun masa itu
.-= zqah´s last blog ..Aku kecil . Jadi dia suka mempersendakan aku ! =-.
baru masuk 3 tahun (erk.. nak jugak 😆 )
3 tahun ape?
lor…sbb tarikh sama
org pompuan ni bab2 tarikh mmg dia ingat
try tanya cik abg…..jgn harap dia nk ingat..hehehe
umur sethn , kak jie dah bercinta..kehkeh
owh romentiknye…. spechless~
dalam hati ada taman……….lalalala
kenangan manis dan terindah.. sentiasa terpahat.. melekat.. padat dalam sanubari 😀
.-= cikgu isza´s last blog ..Abah beri mesej suara sedih dari mak =-.
nak2 mcm skrg ni
dok angau bercinta mcm muda mudi 17thn..hehe
hehe..best lak baca cerita cinta kak jie ni…hehe
.-= Azrul´s last blog ..Aiyoo…mana link nak komen entri kamu ni?? =-.
anak2 tu……mmg suka sgt nak tanya
Kak jie dah beribu tahun kak jie kawin ni …biar betul ni!!! heeee
.-= denaihati´s last blog ..PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas! =-.
punyalah byk beribu2 patah perkataan kak jie tulis, itu saja yg awk nampak…adoiiihhh….frust gile! 😆
cepat tu Kak Jie betul kan. Sensetip betul lah tengok perkataan Sabak Bernam ni …ni yang mengimbau pengalaman berbelas tahun yang lalu. Ada juga cerita tu!!!
.-= denaihati´s last blog ..PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas! =-.
dan bab yg tak boleh lupa
kak jie tak tau pun dia orang jawa
tak tau pun kat Malaysia ada orang jawa
dah bertunang, pertama kali berkunjung
dah sampai rumah kat Sabak tu
baru tau…….dia org cakap bahasa alien..hahaha
sabak bernam tu tmpt saya belajar, politeknik sabak bernam 😳
.-= ProPiTo.com´s last blog ..Contest Review Blog Zon Bebas =-.
itu zaman skrg…5-6 tahun sudah
kak jie dah 19th kahwin dgn org sabak bernam..hehe
mama,cerita la pengalaman beranakkan 3-3 anak mama pulak :p :p
.-= yonna´s last blog ..Jawapan Kasih =-.
dah pernah tulis, masa birthday anak2 kot
nntlah..
yg ni best utk dikenang
nak2 tgh cintan cintun skrg ni