Rumahtangga

Kiitos hyvää

semua baik kan

Ye, Alhamdulillah. Saya baik-baik saja. Kiitos hyvää – I’m fine, thank you.

huhu….siapalah dari Finland ni datang bertanya khabar.

p/s – ini ringtone saya lebih setahun tak pernah tukar

******************* tamat entri tak berfaedah *****************

Musim berkompang datang lagi! Ada yang telah selamat , ada yang sedang berdebar menunggu detik-detik untuk menyempurnakan sunah rasul, izin berwali ijap bersaksi, memadu pertemuan dua hati . Semoga hidup dan mati diberkati Ilahi.

Namun, perkahwinan itu bukan semata-mata untuk menghalalkan yang haram. Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan yang rasional, bersulamkan emosi pengikat diri . Walaupun perkahwinan ialah perkara Syariah, bukan perkara adat tetapi ada juga adat yang perlu dihormati yang memberikan kebaikan bukan yang menyusahkan . Kita bangsa timur yang masih berpegang kepada nilai murni dan adab-adab dalam bermasyarakat.

Dalam membina kerukunan rumahtangga, perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan adalah soal mendapat restu daripada keluarga disamping doa ibu bapa yang membawa kepada keredaan Allah swt. Kita ingin menuju ke syurga tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Sampaikah?

Tidak ada sebab kenapa sanggup melukakan hati kedua-dua orang tua yang jasa mereka tidak boleh dibalas dengan semua hadiah sebanyak isi dunia ini. Sekecil mana sekali pun saiz tapak kaki ibu , syurga diibarat dibawahnya.

Jika berkahwin dengan tergesa-gesa  tanpa pengetahuan keluarga itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan dosa dan maksiat atau kerana nafsu, maka renunglah kembali. Adakah dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu?

Mengapakah perlu membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Gembirakah kita melihat perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga dan tergurisnya hati ibubapa? Menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Janganlah melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka.

Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu?

Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita  menilai  sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya.

Tetapi dengan sengaja meletakkan diri dalam kedudukan bermasalah bukan tindakan bijak.

pengantin lama

KOTA BAHRU, MALAYSIA: MALAYSIA OUT Kamarudin Mohammed (R) and his wife Khadijah Udin dressed in their Malay wedding costumes in the north-eastern city of Kota Bahru 05 October 2004. Kamarudin, 72-years-old, has married for the 53rd time in what is said to be a national record, and this time around he went back to wife number one, Khadijah. (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Kiitos hyvää

  1. errr…53 kali? sha yang sekali nieh pon susah.

    Dr Phil in Oprah:

    “You’re preparing the cake, dress, flowers….you’re rreparing the wedding. You’re not preparing youself for marriage.”

    Kebetulan, itulah suara hati sha.

    Yang penting bukan majlis perkahwinan. Tapi apa yang berlaku selepas kawen.

    Sepupu sha kawen lari dengan laki orang. Yes, kami malu. Tp lebih malu bila ayahnya dulu iaitu darah daging sha dok cakap itu ini pasal anak org. Jadi kat anak sendiri, mampukah cakap apa2 lagi?

    Mungkin…anak perlu muhasabah. Ibu bapa pun begitu!
    .-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: babi! =-.

    1. @cheryna,

      “You’re preparing the cake, dress, flowers….you’re rreparing the wedding. You’re not preparing youself for marriage.”

      Sungguh dalam kata-kata ni dan ramai orang tak sedar. Betul, sebenarnya kita kena sedia dari segi mental, fizikal dan material apabila menuju gerbang perkahwinan.
      .-= samdaddycool´s last blog ..Ebook sampah dan duit haram…. =-.

  2. Tahun ni sj 3 org sahabat siver yg paling best
    menamatkan zaman bujang masing². Kejap jer
    rasa masa belalu, dolu sesama beforum sampai
    ke pagi, laa ni depa dah kawen. Huhuhu!!! 😆
    .-= Eriyza´s last blog ..Mee Lidi Yang Asli =-.

  3. baru ni sepupu suami nikah di siam tanpa pengetahuan si ayah… 😯 😯
    bile tanye alasan die tertekan sebab ayah die lebihkan bini baru(ibu si anak sudah meninggal), si anak tunggal ni rasa dipinggirkan… alahai singkatnya pemikiran

    si ayah sangatlah terkejutnya bila anak dara die balik dah bwak suami… mujurlah takde sakit jantung.. macam2 hal skang ni 🙄

    jemputan kawen dah berbaris nih… selamat pengantin baru kepada mereka semua.. 😉
    .-= mrs azmi´s last blog ..tula… pandai sangat!! =-.

  4. Selalu selalu Iza ingatkan diri supaya jangan buatkan mak dan abah bersedih apalagi kecil hati.

    Bab2 khawin pulak bukan hal enteng. Terikat tanggungjawab dan amanah yang akan dipertanyakan kelak. Bkn untuk bersuka-suka sahaja.

    Peringatan yang baik dari Kak Jie. Iza pun takut kalau2 ter-mabuk kepayang dan ter-lupa part yang sangat penting tu -restu ayah bonda 😐
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Jika Merasakan Dirimu Tinggi… =-.

  5. HAHAHAHAHAHAHA,betul kuasa kuda la orang tua gambar last tu 😛

    kopi janda,bukan nak menggoda cuma nak berniaga ahahhaahha
    .-= blowie´s last blog ..Entry pertama utk CHELSEA musim ini! =-.

  6. alahai.. teringat masa bujang dulu2 itew.. hehehe

    kepada mereka yg nak kahwin tu, maza ucapakan selamat pengantin baru, mudah2an kekallah hingga akhir zaman.. heheheh

    kepada nak berpisah tu, ingat2lah kat zaman bahagia.. jgn mudah sangat bercerai dan mintak cerai.. huhuhu

    tak elok tu.. takut2 jadi nenek yg kena bunuh suami.. sendangkan mereka berdua sudah masuk alam tua… semuanya gara2 nenek yg sudah berkahwin 11 kali itu minta cerai..

    aduhaiii.. sadis kanzzz.. huhuhu 😕 😕 😕

  7. Salam Kak Jie……

    Akak sihat ke?? Ur kids sihat?

    **Mmg benar apa yg Akak tulis ttg n3 tu. Jika kita membelakangkan family terutamanya kedua ibubapa, tak bahagia hidup kita hingga akhir hayat. ALLAH sentiasa melihat tindak tanduk kita………tapi kita seringkali terlajak….terleka dibuai mimpi indah yg dijanjikan oleh pihak lelaki.

    Kerana membelakangkan ibubapa la mcm2 perkara buruk terjadi dlm hidup kita. Itu bermakna ALLAH dah tak redha. Sekali kita buat air mata ibubapa menitis kerana kesilapan dan kealpaan kita, bukan syurga utk kita…..tapi yg sebaliknya.

    Akak Jie jaga diri ye. Jgn susah hati…….ingat memori manis yg membolehkan hidup kita ceria. 🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..Selamat Pengantin Baru To Me =-.

  8. uish.. 53 kali kahwin.. kembali semula ke Isteri pertama jua akhirnya.. hehe..

    ramai rakan yang memikirkan perkahwinan semata untuk menghalalkan apa yang haram. banyak yang masih tidak sedar tanggungjawab yang perlu ditanggung selepas berumah tangga..

    ~masih jua tidak paham akan tanggungjawab itu..
    .-= beliamuda´s last blog ..Merangkai Kata Yang ke-200 =-.

  9. Haaa…… siapa-siapa yang rasa nak kahwin tu eloklah cepat-cepat beritahu mak abah…. sekurang-kurangnya dapat juga mereka berkongsi rasa bahagia bersama… Jangan nak ikut hati muda. Semua nak cepat, adat dan adab dipinggirkan.

    Ingatlah hidup kita ni atas berkat doa mak dan abah kita.. Kerana merekalah yang berdoa siang malam untuk kita.

    ~Jie, masa Tie kahwin dulu tak merasa pun pakai songket sepasang macam tu… pakai wedding gown je….. :mrgreen:
    .-= Tie´s last blog ..Channel Ceria =-.

    1. @Tie, nak kahwin baju tak penting Tie….ha ha ha 😆

      Saya pun tak pakai Tie, simple je…memang mudah sangat majlis saya. Saya ni dulu boylish sikit mana reti nak bergaung bersongket tu Tie. Sampaikan mak bawa g kedai mas nk belikan barang kemas dah nak kahwin pun tak mau. Alih2 beli la juga subang sebesar hujung jari kelingking tu..hehehe 😆

    1. @Dr House, dah tiba musim tengkujuh….. musim hujan…..musim cuti sekolah & musim membesarkan keluarga sebab bila berkahwin, hubungan bukan setakat berdua tetapi kedua2 belah pihak

Comments are closed.