Kenapa Dia Curang?
Rumahtangga

Kenapa Dia Curang?

Assalammualaikum kak jie..

Saya selalu baca penulisan kak jie dalam blog. Walaupun saya belum berkahwin tapi memang seronok bila baca tentang isu-isu perkahwinan. Tapi takut jugak bila ada kes-kes yang masalah rumah tangga yang melanda masa kini. Suami curang la, isteri curang la.. kadang-kadang terfikir, macam mana aku nanti bila dah kawin kan.. (sape la jodoh aku ek) tu kata2 dalam hati saya je..(^_^)

Tapi kan kak ji, Sebenarnya saya nak cerita sesuatu ni. Saya musykil sangat….musykil sebab kenapa ada suami yang curang saat si isteri sedang mengandung.

Kak jie, sekarang ni saya ada berkawan dengan sorang lelaki ni. Mula-mula kawan dia cakap dia ni bujang lagi. saya punya lah percaya bulat-bulat yang dia ni single. Tapi baru-baru ni saya dapat tahu yang dia dah berkahwin, dah ada anak pulak tu. Isteri dia baru je melahirkan anak bulan januari hari tu. Maklumat ni saya dapat dari adik dia sendiri.

Saya masa tu takleh nak bayangkan macam mana. Macam orang gila pun ye, tak sangka selama ni berkasih dengan suami orang. .. sape tak sedih kan kena tipu. Pastu saya tanya dia sendiri. betul ke dah kawin tapi dia tak mau ngaku. Dia cakap mana dapat maklumat tak berasas tu? Dan dia tetap cakap dia belum kawin. Adoiii, pelik btul la saya dengan dia tu? Kenapa ye kak jie? Saya betul2 tak paham kenapa ada orang yang macam tu.

Daripada maklumat yang saya dapat juga, dia ni baru je berkahwin tak sampai dua tahun dan baru dapat anak sorang. Kenapa nak curang dengan isteri? Bukan ke masa mula-mula kawin perasaan cinta tu masih hangat? Lain la kalau dah berkahwin 5 atau 10 tahun. Dan masa tu mungkin la si isteri dah tak cantik lagi macam dulu.

Boleh tak kak jie bagi pendapat sikit tentang masalah saya ni??? Harap kak jie membantu sangat-sangat… sekian, terima kasih.

– Na-gg

Saya dah email Cik Na-gg dan dia benarkan email ini dipaparkan di blog saya supaya ada pengunjung yang dapat memberikan nasihat juga pendapat mengenai persoalan beliau.

Kenapa ada suami yang curang saat si isteri sedang mengandung?

Segala pandangan dan pendapat atau kisah untuk berkongsi pengalaman saya mewakili Cik Na-gg mengucapkan terimakasih. Semoga dijadikan sempadan dan peringatan sesama kiga.

Β©Kujie – psst..! psst…! Abang…entri ni tak dak maksud tersurat tersirat aihhh…ceQ tak cuit sapa2 pun..ceQ phecaya kat Abg tau…lagi pun orang Algeria tak tau masak pedaih pedaih..depa tak dak cabai melaka

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

75 thoughts on “Kenapa Dia Curang?

  1. πŸ˜‰ ..emm suami curang…suka salahkan istri ini itu tak ngam..padahal istri suda penat siang dn malam..tapi langsung x dhargai..malah ada suami yg suka menyusahkn istri,,,suami kalo kat rumah mcm raja…istri mcm khadam..patut ke semua itu blaku…dunia moden tpi otak manusia mundur..kemana hilang peradaban manusia..kes2 curang ni..x boleh d ambil ringan kena hati2 selalu…kalu dah x sayang kat istri pun jan lukakn hatinya…susah nak trima suma 2..apa lagi kes orang ketiga yg menghuru harakn rumahtga…kesian kat istri,jaga anak dan suami…dulu sayang…tpi sekarang mana sayangnya suda hilang…????…kaum lelaki yg pernah melakukan curang trhadap istri mereka btaubatlah….sudah tentu istri terluka dgn perbuatan suami…!!!sayangi istri…jan kasih sayang istrinya selama itu di balas pula dengan tuba…hancur ahklak suami..memalukan kaum lelaki..!!!tapi bagi lelaki yg egonya tinggi akan di balas oleh Allah…!!..istighfar banyak2..susah senang bersama sentiasa..bila di landa masalah genggam erat tangan istri ataupun suami…

  2. 😈 huhu…x baik curang2 ne..kena saling setia…hargai pasangan…btolak ansur pasal benda2 yg kita suka dan x suka…yg penting komunikasi…saling ambil berat,,dan bpegang teguh pd agama…sudah kahwin napa curang…x cukup ke…1 pun cukup la..x yah byk2…trima seadanya pasagan anda…
    :mrgreen:

  3. selepas mengenali suami selama 2 setengah thn kami mengikat ikatan yg sah dan kami baru sj menyambut ulang thn yg ke 13.Sebelum menpunyai ank sy tergolong dlm kategori seksi.Tp skg selepas melahirkan 4 org ank bdn pun dah naik,dah tak seksi lg..tapi suami tdk pernah menpertikaikan dan sy rasa dia masih menyayangi saya.Kerana setiap kali kami bergaduh suamia akan meminta maaf walaupun bkn berpunca drnya.Saya akui sy seorang yg panas baran dn cepat merajuk,dan skg sy sedang mengandungkan ank kami yg ke 5.Sy bershukur dgn kurniaan allah menberi sy seorang suami yg menghargai diri dan mencintai diri walaupun sy bertambah tua dn tak secantikdn tak seseksi dulu.Untuk pengetahuan semua suami saya ada bangsa jepun.

  4. tak boleh salahkan lelaki gak knp diorang di luar sana curangkan…wanita pun ada gak yang curang…(jgn marah ya) 😈 😈

    mcmana suami tak curang..berpaling kasih pada cik muda jelita..baru anak dua diri sendiri sudah inda terurus…suami pulang dari keje..lauk hari2 asyik goreng ikan je…cubalah sekali sekala pegi belajar memasak dgn Chef Li ke..

    bini2 y6ang kat umah tu kalo boleh sekali sekala pegi lah saloon Fasha Sanda…suami pulang umah takut nak tengok rambut awak yang serabai sana sini :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Wanita cemburu serang suamiMy Profile

  5. soaln nih mmg bagus…sy pun pelik sgt2…sy seorang yg ssh nk jatuh hati pade laki..sy knl sorg laki yg dh bertunang…die selalu bg hint die suke sy. lyn sy mcm lyn gf die…sy mkin lme mkin rse syg pd die…semalam kami keluar die lyn sy baik sgt….sy xfaham ape dlm otak die….die boleh kter kitorg juz kawan jerk…tp dlm mse yg same die jeles dgn laki lain yg cube dkt dgn sy… sy sedey coz npe sy jtuh hati pde laki tuh..sy rse bodoh jerk diri sy…..sy benci die tp sy syg die.. kalau lar die faham hati sy ….

  6. dulu suami saya pun ceraikan isterinya sbb nak kahwin dengan saya. tetapi selepas 30 tahun kahwin suami saya mengaku telah kahwin lagi dengan wanita muda. tak pernah puas…

  7. πŸ™ saya pun dah berapa kali mengantoikan suami. susah nak percaya. yang paling sedih..time ngandung anak kedua. nasib x meroyan..tapi Tuhan maha kuasa…saya masih cekal.. at last masa melahirkan anak ketiga.. doktor cakap saya x boleh mengandung lagi. las anak.. akhirnya saya “mengubah” diri sendiri… memang suami pun terkejut tengok perubahan yang mendadak pada diri saya tapi saya tetap berubah demi kecantikan diri juga. lama juga suami x main perempuan lagi tapi akhir2 ini dia buat lagi.. Saya cakap dengan suami..las chance.. if x..jalan lah.. saya buat lagi perubahan dari segi pemakaian (even im a secretary)..dari ‘tertutup” pergi berubah kepada “terbuka” sikit.. biar dia tau..isteri die masih lagi laku.. nampaknya apa yang i buat menjadi. dia plak yang asik cemburu buta. kepada sesiapa yang menghadapi suami curang ini..berubahlah dari segi pemakaian..rupa..dan semuanya.. tengok jenis perempuan mana yang suami takel itu..ikut cara perempuan itu berpakaian.. mesti suami terkena..sebab takut laki lain plak yang “tercurang” dengan bini dier. kalau x makan juga… naik makamah aje

  8. p’kenalan kmi dah masuk 5tahun…stahun p’kenalan kami btunang,katanya untuk m’ikat aku mjadi miliknya sblum p’kahwinan…4tahun blalu,kami dah mdirikan rumah tangga..slama ini aku x pernah langsung ada perasaan curiga atau syakwasangka…kepercayaanku kpadanya tlalu tinggi…tapi,masa bulan puasa baru2 ni,aku dapat tau dia ada guna simkad n hp lain,bila aku tanya,katanya kwn punya..dia tolong pegang coz kwn pinjam duit dia…aku lega,tapi aku masi x pecaya..aku cek status sim kat centre..sim tu t’daftar atas nama dia..n skali lagi dia mnipu,katanya tlg kwn beli sim daftar atas namanya,walhal kwn dia tu bkn jauh d luar bandar,akhirnya aku pegang hp n simkad,cek buku tfn mang dah x ada nama,tapi bila aku cek aktif 10 sim tu,aku dapati ada no tfn yg beza satu no jak dgn no suamiku tu… n then aku tfn no tu,ppuan jwb bila ku tanya ppuan tu,kenal x dgn nama ni,dia ckp kenal,so aku ckp aku ni isterinya..budak tu langsung x t’kejut..aku tau budak tu x salah suamiku yang mgaku bujang dgn dia..bila aku tanya suamiku sal pkara ni..sb ego dlm dirinya dia x nak mgaku kesalahanya..dia pukul aku sb tfn budak tu..aku x tau nak luah ngan sapa even org tua ku sndiri pun x tau benda ni… kata budak tu perkenalannya mereka masuk 1thun n budak tu pelatih jururawat masyarakat umur dia baru je 20thun n suamiku 30thn beza 10thn dr budak tu…bila aku discuss baik2 kata suamiku x ada apa2 tp baru2 ni hari lahir budak tu,kat outbox hp mang x ada tp kat dlm laporan p’hantaran..butiran mesej(aku akan sentiasa ingat hari2 b’harga dlm hidupmu) N kau sentiasa dlm ingatanku..luluhnya perasaanku bila baca sms itu….bila aku tanya baik2 dia x mgaku….katanya sms sbagai adik angkat…tp bunyi sms mcm org bcinta…ya ALLAH kuatkan semangatku….byk perubahan dlm dirinya byk temenung…dirinya aku miliki tp hati dan perasaanya sentiasa rindukan budak tu….aku akui mang budak tu cantik ckit dari aku n aku tau test2 suamiku mcm mana…budak tu badan bulat2 n pipi dia tembam…camtu juga aku masa btemu ngan suamiku..skrg bila dah kawin perubahan fizikil ketara dlm diri ini..bagi diriku pulak sekacak mana pun lelaki itu,kacak lagi suamiku walaupun dia x lah kacak sangat…biasa je,cuma ayat dia yg power..aku slalu bfikiran camtu agar aku tidak curang dgn suamiku…apa yang patut aku lakukan…tolong aku kak….bagi ckit saranan agar aku dpt tenangkn dan perbetulkan keadaan ini…kerana aku masi myayanginya…

    1. Sedih sgt baca story u..Leibih kurg cam crita I…bezanya pompuan yg hancurkan rumahtangga I tu bini org anak tiga. Muda 6 tahun je dr I. Bermula naik carpool konon sama2. percaya I pd dia 201%. Ye lah sapa sangka jantan mcm ahli Jepun Sumo pun ada betina nak. Herannya suami dia handsome bukan main..maklumla adik lelaki pd 2 artis terkenal satu ketika dulu kerabat raja di negeri pantai timur. Betina ni pulak anak datuk parti pembangkang kat kuantan sana. Lebih 10 tahun I menghambakan diri utk dia dan keluarga , 3 orang anak kami. Finally saya dice radian 2009. Well, mmg susah untuk terima hakikat, dan anak2 lagi, perasaan anak2 yg masih perlu kasih sayg seorang bergelar bapa. Dah lah tu,,janji sumpah Quran lagi dia masa bercerai konon tak kan tarik semua kesenangan saya dan anak2 nikmati ketika itu, rumah, kereta, sara hidup dll. Tapi slama 3 tahun bercerai semua diambil, yg terbaru jual rumah kami tinggal ya atas nama dia. Sedih memang sedih, kesian kat anak. Selama ni pun saya hidup dan anak2 kais pagi makan pagi…pernah tak ada satu sen pun dlm poket saya tapi percayalah rezeki anak2 ada. Walau kami ditinggalkan kosong dan dia pulak masa tu dah bergaji 10K tapi dah lupa diri. Tapi tak per..Allah ada. Nasib baik sebelum ni pun dari kecil sy dah biasa hidup susah, lepas tamat sekolah sy bekerja siang malam untuk tanggung keluarga saya yg ramai. Lepas kahwin kami pun bukan senang..tp berkat rezeki 3 anak2 kami dan sy berdoa siang malam agar kehidupan keluarga kami senang , alhamdulillah 10 tahun bersusah payah hidup dan dia dan baru 1 tahun saya nak merasa hidup senang dan mewah dah dia buat hal skandal dgn bini org sampai la skrg. Saya pun tak tau dan tak ambil peduli dah semua tu. Cuma percayalah serahkan semua pada Allah. Sekarang sy dah bahagia dan hidup saya, alhamdulillah ada hamba Allah yg sudi memperisterikan saya , masih single dan muda dr saya, anak2 saya merasa dah kasih syg seorg bapa, paling ketara anak perempuannya saya yg berumur 8 tahun, skrg ni dalam wad coz keracunan makanan..malam tadi waktu abahnya nak balik anak perempuan sy genggam erat tgn dia macam tak nak lepaskan..2 anak lelaki sy pula mesra sgt dgn dia. Terasa balik saya mendapat kesempurnaan hidup walau tak sepenuhnya lagi tapi kasih syg ,cinta lebih dari waktu saya dgn ex sy. Ye la..dapat lelaki yg sedap mata memandang , romantik bla..bla..bla….rasa macam inilah cinta impian sy waktu zaman sekolah n remaja dulu. Sy berharap sgt kami akan hidup kekal selamanya …Insyaallah..mungkin Allah dah tunjukkan hikmah disebalik apa ya terjadi….pengorbanan sia2 saya selama bertahun2 dulu mungkin Allah balas dgn cara ya lain.. Jgn takut apa yg kan terjadi dan biarkan saja takdir Allah menentukan segalanya…jodoh ajal maut urusan DIA. Saya akui, walau bahagia mcmana pun tapi kesan pahit sengsara terluka dulu tetap ada dan ntah sampai bila boleh hilang ..mungkin tak kan hilang pedih tu ..walau kita dah ada yg lain..cuma kita boleh mengawalnya agar tak mengganggu emosi kita keterlaluan dah mencukupi. Saya mencuba memaafkan dia, keluarga dan rakan2 dia semuanya sedikit demi sedikit dan berdoa dapat melupakan terus kesan pahit tu..Insyaallah satu hari nanti saya nak jadi insan yang paling gembira dan bahagia di dunia dan di akhirat nanti..

  9. kecurangan yang datang dari sudut mana…pun kita sendiri tidak pasti. Pedih yg teramat jika kita berada ditempat orang2 yang dicurangkan..minta jauhlah semua yang tidak baik itu…sedar dan insaflah jika ada pecurang-pecurang yg wujud disekitar kita…fikirlah sebelum berbuat sesuatu. Ingatlah org2 tersayang…jangan ingat nak bebini ramai jerr…mampu ke tak zahir dan batin…..ishhh isshhh..isshhh…
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Ramadhan Bersama Yang TersayangMy Profile

  10. Aku tetap sayangkan suami walaupun dia tak bagus,walaupun dia curang,walaupun dia tak bertanggungjwb,walaupun dia takberduit,walaupun dia tak menyayangi aku dan anak sekeluarga.bleh bagi idea tak mcm mana aku nak lepaskan diri aku dari terus sayang kat dia?//aku rasa mmg tak berbaloi untuk aku terus menaruh harapan untuk dia jadi seorang suami yang bagus ,ayah yang baik serta seorang pemimpin yang boleh memimpin.Apa yang harus aku lakukan untuk kebaikan diri aku sendiri?kadang2 aku jadi pelik kenapa aku mesti sayang orang yang mcm ni?
    giler kan???sekarang ni aku ditinggalkan sebab perniagaan dah merosot.bekas suami aku ni mcm nak duit jer dari aku..aku tension arrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!

  11. aku baru sahaja diceraikan oleh suami.sebelum ini kehidupan kami amat sempurna dan mempunyai seorang lelaki berusia 4 tahun.usia perkahwinan kami baru 5 tahun.aku adalah seorang ister yang amat menyayangi suami.tetapi mungkin aku tak cukup sempurna di mata suami menyebab dia sering menyakiti hati ini.berlaku curang dgn wanita lain demi membalas dendam terhadap isteri yang banyak membantunya.kami berniaga dan perniagaan itu adalah miliku kesemunya tetapi aku tidak pernah membelakanganginya dlm segalaurusan.sehingga di saat dia menceritakan kecurangan kepada aku ,aku masih boleh menerima dirinya.bodohkan aku???

  12. mengalamai masaalah ini amat berat untuk dihadapi…..derita usah dikatakan….sengsara mainan hidup…..memikirkan jalan penyelesaian terlalu rumit…upama pepatah melayu “di buang mati emak ditelan mati ayah”…Apa yang boleh dilakukan dekatkan diri pada Allah dan perjuangkan untuk mendapat kasih sayang kembali….Percayalah setiap dugaan yg berlaku pada kita ada Hikmahnya…….

  13. Setiap kecurangan itu berpunca dari diri sendiri yg tdk menghargi ikatan perkhawinan yang suci

  14. hi,
    Im 8mnths pregnant.xlama lagi dh nak bersalin.dulu masa sy mengandung 6mnths,my husband kantoi ada scandal dgn budak keje dkt karaoke centre.sy memang frust sgt plus on dat time ayah sy tengah sakit n my time memang byk ulang alik dkt hosp..i was so sad,cz my husband ckp,i was too bz pegi hosp n x pedulikan dia.i tot dia fhm..
    Masa kantoi tu,i felt dat i cudnt accept him anymore..tapi bila fikir dat this baby is our first baby, i gave him another chance to correct his mistake..but frankly speaking,once ur trust hv been betrayed,memang susah nak percaya dh.is like a trauma to me..
    My dad passed away a week after kantoi incident tu..it was a big impact to me..n my husband too..dia mcm dah berubah,but only Allah knows..
    But,if dia curang lagi,there will be no second chance..

  15. setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.kita perlu berfikir secara positif dan anggaplah sebagai satu ujian…
    .-= shaharil´s last blog ..Buat dapat duit ke??? =-.

  16. Dalam kita memilih pasangan,sebagai langkah terbaik minta petunjuk kepada yang maha ESA. Kerana Dialah yang mengetahui segalanya..
    .-= shaharil´s last blog ..Buat dapat duit ke??? =-.

  17. hoho..nak kawin ke tak nih.. :mrgreen:
    .-= titan´s last blog ..Bila Titan dah mula main bola.. =-.

  18. Perkara yang holistik dan subjektif untuk dibahaskan. Tidak semestinya curang ini berlaku disebabkan oleh isteri sahaja. Ada juga yang terjadi kerana suami bermasalah. Begitu juga kes curang ini bukan sahaja berlaku pada isteri sahaja, malahan ada juga kes curang pada suami. Semua individu bukan maksum dan pastinya dugaan datang tidak mengira tahap pendidikan, jawatan, kekayaan dan sebagainya. Ada juga suami yang miskin tetapi curang πŸ™„

    Cuma kes curang dapat dikurangkan dengan pendekatan saling mengambil tahu pergerakan dan perbuatan pasangan. Jika dah lama bersama, pastinya anda dapat mengesan / menghidu sekiranya pasangan anda curang. Bawa berbincang dan jangan emosi. Bila emosi menguasi, syaitan akan masuk dan huru-haralah rumahtangga.
    .-= imran´s last blog ..Vitamin B17 Penawar Kanser? =-.

  19. masalah bile ade yg tidak jujur dalam perhubungan..memang tak boleh terima orang spesis camni..ape-apepun, rasenya dalam dunia sekarang, mencari pasangan perlu lebih cerewet dan teliti..kalau tak, banyak kecurangan berlaku..

    pada si pengirim email..saye rase baiklah dilupakan saja lelaki ni..tak kahwin lagi tapi awal2 dah tak jujur, nanti dah kawen..die buat hal lagi..

    moge anda tabah dan terus ke depan yer..insyaAllah ade yg lebih baik utk anda..ameen

  20. πŸ™„ lelaki sekarang memang kebanyakannya yang macam tu.

    😎 😎 nasihat saya, lain kali sebelum berkasih~kasihan tu, kene la kenal2 dulu latar belakangnya. tapi bile dah jadi cam ni… nak tunggu ape lagi….

    sile lah angkat kaki..

    kalau cik na~gg kekurangan kawan lelaki, saya banyak stok2 laki2 bujang tengah carik teman. :mrgreen:

    jadikan lah ini sebagai pengajaran supaya kita tidak salah langkah lagi, juga pengalaman untuk mencari yang lebih baik.

    sekian,
    .-= yuyune´s last blog ..my first time…. =-.

  21. kes mcm ni dah berlambak berlaku………bini orang pun duk ushya nak takel lagi….tahu la bini org tu cun…bini sendiri kat rumah merana…belanja dapur mkn minum entah kemana.

    si hantar email ni, memang dah syok sngat ke brader ni…? bermadu la kalau dah berkenan..tapi biarlah kena caranya. jgn main sorok2…

    takpun hancurkan hati cari brader2 lain. mungkin ada yg lebih baik lagi.
    .-= syin´s last blog ..01 April 2010 =-.

  22. pada saya kak, kadang2 lihat pada siapa yg memulakan, mungkin perempuan ataupun lelaki yg mulakan, orang yg memulakan tu patut fikir dan seledik terlebih dahulu, dan kalau dah sampai di pertengahan jalan pun boleh undur lagi

    jangan teruskan, berhenti dan jangan cuba2 untuk meneruskan hubungan yg tidak baik itu
    .-= mijie´s last blog ..Naikkan trafik blog part 2 =-.

  23. tidak kiralah apa kekurangan dan kelebihan pasangan, itu bukan alasan untuk curang. Kalau kurang, tanggungjawab kita untuk tegur. Bukan menyalahkan. Sebab diri pun tak sempurna sangat, takkan nak suruh semua manusia ni sempurna. Opss ter”emosi” sudah.. πŸ˜›
    .-= Yati´s last blog ..Cuti di tarik balik muahaha =-.

  24. Baru kahwin ke, dah 5-10 tahun kahwin ke, takde alasan untuk curang sebenarya. Kalau isteri dah jalankan tugas dia dengan sebaiknya, tapi si suami masih lagi curang, then si suami memang sengaja cari masalah..

    sebab? dia gatal la…

  25. kepada cik na-gg, tinggalkan je lelaki tu tu. kalau dia boleh curang kat isteri dia tak mustahil dia boleh curang kat cik na-gg nanti. bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. patah tumbuh hilang berganti. sekali cik na-gg petik jari 10 yang datang. pilih la yang terbaik. πŸ˜‰
    .-= zaiMi´s last blog ..Rss Feedburner Aku Buat Hal =-.

  26. adus la.. buat aku gelak je notakaki kak kujie tu :))
    sedih je tengok gambar pokok-gugur-sayang tu πŸ™‚
    kene dengan entri.

    p.s wa tak kawen lagi, so doakan wa bukan gitu ek πŸ˜€
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Kertas Peperiksaan Lepas Kaedah Formal =-.

  27. maza alo-alo ajelah……

    dah ramai bagi pandangan bernas tu. hehehhee

    bukan semua lelaki itu jembalang
    dan bukan semua gadis/wanita itu malaikat! hehehe

    dan tiada suatu yg mustahil pun dlm dunia ni.. lorrrr

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Pantai Lido, Tanjung Puteri =-.

  28. curang… mmmm tak suke nye… Maria slalu ingatkan diri sendiri, selagi ingatan kita berbuat dan bersangka baik terhadap suami, InsyaAllah suami juga akan bersangka dan berbuat baik dgn kita – isterinya… apa2 yg penting hati….

  29. Bagi Su kan kak jie… Cik Na-gg perlu tutup terus ruang hatinya pada lelaki sebegitu. Ada beberapa kes kekawan yang diperangkap dengan cinta sebab nak kikis duit (termasuk suami orang). Ye lah… dah sayang, semuanya sanggup di kongsi…(termasuk body… ceh… pedihnya hati ini)

    Teringat pantun orang dulu-dulu, “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri…” Dalam banyak kes, ia memang terbukti benar. Untuk kes cinta ni…. banyak berlaku kecurian yang direlakan.

    Apapun, Su rasa lelaki berbohong kerana tak punya kayakinan… lalu mencipta dirinya yang baru bila kenal orang baru. Paling tidak menyembunyikan keburukan dirinya supaya diri akan dilihat hampir sempurna. Diri pasangan yang sebenar hanya dapat diketahu dan dikenali bila telah kawin dan tinggal serumah. Jadi, bila ada dari kalangan pembaca yang baru nak kahwin… bersedialah. Surprise!!!
    .-= suara´s last blog ..Pedihnya hati ini…. =-.

  30. saya belum berkahwin…tapi kes macam ni sedikit sebanyak buat saya takut nak kawen..huhu..xsemestinyer hal ni berlaku semua salah si lelaki atau suami..mesti ada sebab kenapa hal macam ni berlaku kan.Isteri bila da mengandung mybe da xlawa..gemuk..salu penat..nak2 kalau yagn mengalami alahan yang teruk.huhu..mybe sisuami xdapat nk terima.banyk sebb kot…dugaan lam umh tangga..xleh nk salhkan satu pihak jek..kn bnyk berbincang dan cari jalan penyelesaian.,.InsyAllah..Allah selalu ada.. 😐
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

  31. Saya dah berkhawin nearly 19 years and still have very happy life with husband and 3 lovely kids. Bab perempuan terpikat kat suami kita atau suami kita terpikat kat perempuan ni dah lali.Bagaimana nak memanjangkan jodah terpulanglah kepada kita cara menaangani masalah yang timbul mengikut lunas2 Islam.
    Cuma saya nak pesan sikit le kat perempuan dan lelaki yang betul-betul mengamalkan ajaran islam ni bahawa iblis telah berjanji dengan Allah untuk mengoda dan merosakkan umat Muhammad.So jagalah diri sendiri agar jangan jadi perosak rumah tangga atau kat lain iblis yang menyerupai manusia.
    Baik lelaki atau perempuan bila dah terpikat akan bagi 1001 alasan. Lagi teruk kalau lelaki yang dah berkahwin tapi tak mengaku. Awal-awal lagi Allah dah bagi hint, so jangan ambil jadi suami. kepada perempuan di luar sana terutamanya yang masih bujang dengarlah nasihat kakak ini. jangan takut untuk berkahwin. Buat pilihan sebaik mungkin. Syarat utama pilih suami ialah mesti lelaki bujang, kedua berkerja dan berpelajaran , dan berpengetahuan ugama. tak perlu kaya sangat(lelaki kaya akan mudah cari lain sbb ada banyak duit). Kekayaan boleh dicari selepas berkhawin. Ketiga elakan sekali kaki pukul(w/p ringan2). Keempat kaki judi, kaki botol. Yang lain-lain perangai boleh tutup mata aje. Insyallah perlahan-lahan cuba perbaiki.

    1. Yup…betul2 sgt…setuju tersgt2…biar dia jahat camner pun janji tak sentuh minum arak dll yg sewaktu dgnnya. Ada tambahan lagi ya jarang org ambik peduli…cari mereka yg sayang pada kanak2/budak2. Kalau dr awal perkenalan dah tak suka kanak2…fikirkan baik lar..walau dia cuba berubah konon suka budak2..tapi satu hari nanti dia baik pada asal watak dia berpura2…nanti kalau dah ada anak pun , ditambah dan perangai curang dia tak mustahil dia tak peduli dah anak2 kandung dia sendiri..

  32. bg saye,
    xsemua macam tu,
    mungkin sesetengah yang memang dah gersang,
    curang2 ni mcm dah lali zaman sekarang.
    .-= yoy´s last blog ..(Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.

  33. mungkin lelaki ni tak akan puas selagi dia tak dapat apa yang dia nak dalam hidup dia.. saya rasa lah..
    .-= Amirz´s last blog ..Din Beramboi Disyaki Denggi Berdarah =-.

    1. kalau pasal puas tak puas laki pompuan sama ja kot.. :mrgreen:
      .-= Azizuan´s last blog ..Ping Site Terbaru : myebuzz.net =-.

      1. haha.. entah la.. manusia biasanya tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. tapi tak semua orang sama.
        .-= Amir´s last blog ..Tingkatkan Trafik Blog Melalui Facebook Fan Page =-.

  34. lelaki itu tidak jujur menjaga amanah yang Allah anugerahkan padanya. Iaitu isteri dan anaknya. Itukah lelaki yang patut saudari kasihi? Letaklah diri saudari di tempat isteri itu.

    Saya setuju yang lelaki bila sebelum kawin susah nak dapat pasangan. Bila dah ada isteri, isteri dah jaga elok2, gosok baju, sedia makanan, layanan zahir batin cukup, muka suami berseri2, aura jadi luar biasa, ramaile orang terpikat. Tapi, lelaki yang lemah ini (walaupun Allah dah kurniakan 9 akal) tak mampu menggunakan akal untuk menundukkan nafsu yang satu. Lemah menjaga iman supaya sentiasa kuat.

    Bagi pihak isteri pula, muhasabah le diri, sekiranya memang kita elok (bukanlah sempurna, sebab takde manusia yang 100% sempurna), mungkin ini petunjuk Allah bahawa kita dan suami, mungkin tak sama arah tujuan. Mungkin kita ke arah akhirat, suami pentingkan dunia, maka, inile persimpangan jalan bagi kita membuat pilihan, Allah atau suami yang durjana dan zalim.

    Tentang kenapa dia curang? Jangan ditanya kenapa, hanya Allah yang tahu. Lagi kita nak tahu, lagi kita sakit jiwa. Ada sesetengah perkara memang elok tak perlu tahu. Ini adalah ujian terhadap suami itu, terhadap isteri itu dan terhadap saudari sendiri. Bagaimana saudari menanganinya.

    1. betul khairin..mcm yg sy alami sendiri.suami curang jgn di tanya kenapa,akan membuatkan kita lebih sakit hati.alasan yg x munasabah utk menutup silap sendiri..
      apa yg penting isteri yg di curangi kena kuat semangat.jgn tunjukkan yg kita lemah bila suami curang.ingat ALLAH sentiasa bersama kita..

  35. Salam…

    Heran gaks kan lelaki ada 9 akal 1 nafsu, dan pompuan ada 9 nafsu 1 akal… πŸ˜† tapi kenapa jadi camtu…
    Kepada isteri2 di luar sana, fizikaly..lelaki sentiasa inginkan sentuhan…sentuh, peluk , cium dan urutan untuk melegakan kepenatan dan ketensyenanya…
    Yakin dan percayalah dengan ayat2 cinta dari AlQuran…. basahi lidah dengan zikrullah… hiasi malam dgn bermunajat….
    Kalau dah buat semua tu dia masih curang maknanya memang dia bukan yg terbaik untuk kita…..

  36. salam smua….
    aku pun mghadapi mslh yg same…
    terjatuh cinta dgn suami org….
    tp….skrg dia dah bcerai…
    n dia nak kawin dgn aku…
    pening…..pening…….
    .-= nass´s last blog ..knp kau berubah??? =-.

    1. elakkan lelaki macam nii….tak mustahil awk pun akan dceraikan sprti bekas istri dia yang sblm nii hanya untuk pompuan lain…

  37. ada jenis lelaki yg tak cukup dgn sorang & suka mencari keseronokkan di luar..harap2 tabiat ini dijauhkan…
    .-= Nadri´s last blog ..Teknik Penipuan 3 Dalam 1 =-.

    1. Bila dah kahwin baru tahu ujian nya. Lelaki dah berkahwin lebih mudah dapat makwe berbanding lelaki bujang. Belum kahwin nak dapat sorang pun susah tapi bila dah kahwin berderet2 datang jadi kalau tak kuat iman memang hanyut. Tak percaya tanyalah lelaki yg dah kahwin!!!

      1. mmg pn… mcm suami sy.. dlu blm kawin, xpenah ade awek pn… n dari segi penampilan, mmg pmpn2 akan tgk dgn xada mata nye… termasuk la sy.. tp sbb dh jodoh…then kami kawin la kan… tp after kawin… masyaAllah….tak tahu nk ckp camne sbb hakikat mmg ada gadis2 di luar sane n even pekerja bawahan die yg dok la tertanya2 n usha2 pasal suami sy ni… bak kate org.. from zero to hero la… ye la.. mkn pakai die, kite jaga.. dari dlu kurus kering…n skg ni dh berisi sket n dh smart berbanding dlu…

  38. wan masih muda dan tak kawin lagi
    my opinion semua ni bergantung kepada iman dan hati kita

  39. Sebabnya :
    1. Ujian Allah kepada manusia kepada yg kembali padaNya maka balasannya syurga.
    2. Masa bercinta dahulu dah keluar skill segalanya jadi bila kahwin dah tawar … nothing orang putik kata.

    Bersambung sebab pramugari dah panggil…
    .-= denaihati´s last blog ..2010 Top 10 Highest Paid Footballers In The World =-.

  40. Salam kak Jie, rasanya org lelaki curang sbb x cukup sorang kot… :mrgreen:
    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Dauspozi´s last blog ..Sesetengah Cikgu Sekarang Perangai Macam Sampah! =-.

  41. ramai ja buat perangai macam tuh. based on yang member2 dah kawen cerita la..selalu masa2 macam tuh la laki2 neh nak ligat. lagi sakan bila bini balik kampung baru beranak dok pantang tuh. cam baru keluar penjara dia punya celebrate. tapi part tak ngaku dah kawen tuh cam melapau la plak sebab cam bunyi buang anak bini.
    .-= Azizuan´s last blog ..Ping Site Terbaru : myebuzz.net =-.

  42. ah, saya pantang bila dengar perkataan curang tu..akak phm2 je la kan..hukhukhuk kemarahan ini dah kembali semula

    1. kawe pehe jgk din. hahaha. saba jo lah. seksanya bercinta jauh2. seksa lagi bile dah putus.

      pesanan peribadi-org ppuan pun kne la reti jaga diri. mentang2 dah kawen, taknak jaga kemasan diri. amboi,, igt suami sedap tengok ke?
      .-= JHafiz´s last blog ..Lomography. Apa itu lomo? =-.

      1. hahaha laser btl mulut ko bro..mesti kecik ati pmpn bila membacanya..haha tp mmg btl pun pe yg ko ckp tu…ekekeh

      2. Ayat pedas dari Jhafiz..huhu mcm pengalaman jek..saye lum kawen g..mtk2 dijauhkan perkara mcm tu:)
        .-= yoy´s last blog ..(Review) 3 Idiots Memang Terbaik. =-.

Comments are closed.