Perkahwinan jarak jauh memanglah bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui tetapi selagi kita hanya memikirkan yang susah dan yang negatif, selagi itulah kita tidak dapat menerima hakikat bahawa itulah kehidupan yang kita tempuh.
Jangan jadikan hubungan jarak jauh terlalu berat tetapi jadikanlah ianya rasa yang indah untuk dinikmati selagi masing-masing bersedia untuk berkomunikasi dan berkompromi. Apa saja hubungan jauh atau dekat memerlukan kedua-dua belah pihak memainkan peranan dan fokus yang sama.
Komunikasi sangat penting dalam hubungan apapun, tetapi lebih penting sekiranya kita berada di dalam situasi cinta jarak jauh. Kepercayaan juga sama pentingnya.
Menghantar beberapa sms ringkas pada waktu yang tak terduga cukup indah untuk membuatkan pasangan rasa dihargai dan dirindui. Saya masih menyimpan sms pertama suami 28-9-2009 3:50am sewaktu beliau mendarat di Algeria.
atau sms ringkas
” Bangun yang, dah masuk subuh dah “ 5:59am ( waktu di Algeria 10:59 pm ) . Saya bangun, dia pula nak tidur…
” ngape?Nak ajak ke Btg Kali ? he he” -3:02pm
Apa yang sweet sangat sms ni…. ? Macam biasa-biasa saja tetapi bagi pasangan jarak jauh – makna sebaris ayat itu cukup membuatkan saya senyum macam orang angau cinta pertama.
Tiap hujung minggu saya sering mengajak suami temankan saya ke Pasar Batang Kali beli ikan, sayur atau hanya cuci mata keluarkan peluh.Kebiasaan yang kami lalui bertahun-tahun yang waktu itu dianggap rutin biasa menjadi sesuatu yang indah dan berharga sekarang.
Jika mempunyai masalah atau isu-isu yang saya merasa perlu dibincangkan dengan suami, saya tidak akan menyimpannya kerana ini boleh menghancurkan hubungan jarak jauh. Tetapi kenalah fikir juga kepentingan tersebut, jangan hal remeh temeh pun nak mengadu.
Lelaki suka perkara yang cantik, gembira dan seronok. Berceritalah hal yang seronok dengan suami – ketawa bersama didalam talian sangat comel, ok. Kami sangat terbuka dalam perhubungan suami isteri dan boleh bergurau tahap 18sx.
Perpisahan secara fizikal oleh jarak tidak bererti kita tidak tidak dapat melakukan kegiatan bersama-sama. Contohnya , sembahyang bersama. Waktu Zohor di sana sama dengan waktu Maghrib di sini. Kami akan berhenti berbual – sembahyang bersama – kami melakukan aktiviti yang sama serentak.
Atau kami akan buka satu laman web – baca bersama dan menjadi pengulas bersama.. he he he.. tengok youtube bersama sambil berbual. Kita harus melakukan apa yang boleh dilakukan untuk merasakan hubungan itu lebih dekat walaupun sedang berasingan.
Kami juga berwindow shopping bersama secara online, tak pernah beli pun tetapi melawat satu page ke satu page dan berangan-angan Seronok, kan?
” abang………. bila abang balik nanti beli macam ni nak? he he he
Dah seminggu dua tiga hari saya mencari benda ni – suami minta saya scan dan emailkan pada dia. Ini data survey asbuilt Cameron Highlands yang diambil sewaktu kami melancong di bulan puasa ke Cameron Highlands . Puas saya cari, puas saya selongkar – 2 hari lepas baru terjumpa.
Seronok sampai saya dakap2 buku tersebut – terus scan dan email. Saya tak sabar nak sms suami ( waktu tempatan dia di sana – 3 pagi ). Rasa segala beban yang terkendong 2-3 hari lalu habis luluh menjadi bunga-bunga cinta. Rasa gembira kerana dapat mengembirakan suami.
©Kujie – forget the bad others do to us but remember forever the good they do. If we can do that life will be more peaceful and happy….
Salam. Kak Jie, sy ‘curik’ entry akak ni tuk dikongsi di blog sy. Sy suka baca sbb kak jie melaluinya & ianya jugak boleh digunakan tuk panduan sy kelak… keep it up! semoga perkahwinan akak berkekalan sehingga ke akhir hayat..InsyaAllah 🙂 thanx
😀 dunia sekarang banyak pancaroba, banyak yang lobaloba..
pengalaman sendiri, saya dah dua kali duduk PJJ ni. Dulu masa anak 1, sekarang masa anak 3 and baru masuk 4. 😐
Mula2 berjauhan memang macam bercinta semula, rasa rindu, rasa sayang. Tapi bila dah setahun lebih, yang tinggal sendirian mula rasa bosan dan seronok membujang. Yang tinggal menjaga anak bertungkus lumus dengan tugas seharian, penat. 😕
Kepercayaan sukar untuk dipegang..sebab once broken tak leh nak sama macam dulu lagi. Terlalu banyak dugaan.
Yang pasti kesabaran dan tawakal itu mesti ada. .. 😛
.-= sutrajingga´s last blog ..What I learned about blogging today =-.
sesungguhnya tak semudah itu nak gembirakan org jauh kan kak jie? banyak perngorbanan perlu dilakukan.. apa pun kak jie, semoga rumahtgga kak jie akan bahagia ke akhir hayat..aminn
.-= wanmus´s last blog ..Masih Ramai Tak Percaya Dengan Online Banking =-.
cinta jarak jauh mmg bez..lg bez klu x pena tgk gamba..tp bile da taw psgan yg slama ini duk syg2 x menepati ciri2,mula la nk gaduh2…perit klu bercinta jarak jauh ni tp bez.hehe
taw x pew..
sy ngn encik suami pun jarak jauh jugak…even tkde la jauh mcm kakjie ngn encik suami kakjie…
kepercayaan sy memang selalu ada…tak pernah sangsi pun…cuma yg selalu jd masalah bila perasaan rindu menjelma…boleh jd isu plak…bila la agaknya nk merasa dok serumah ni… 🙁
😆 salam tahun baru 1431H mama…lama dah tak sembang dengan mama ni, tapi time kacih ler coz dalam kesibukan mama tu masih sudi jenguk2 gak kat blog teman yang dah bersemak samun tu
Sebenarnya mama, bercinta jarak jauh bagi suami isteri ni memang menyeronokkan dan menyegarkan kembali hubungan kasih sayang, seperti macam baru kawin lak hehehe…. Betul pepatah orang tua-tua: Sayang anak, tangan-tangankan. Sayang isteri, tinggal-tinggalkan. 😉
off topik sket, nak tanya kak jie pakai hosting apa ye?
Kdng2 ‘abscence makes the hearts grow fonder’ tapi ada jugak ‘out of sight, out of mind’
.-= Mamamia´s last blog ..School update =-.
Setuju dengan kak jie. Hubungan jarak jauh ni, yg penting sekali adalah kepercayaan. Lagi satu setia. beberapa tahun lepas saya ada buat entry pasal hubungan jarak jauh ni. tapi untuk orang yang bercinta sebelum kahwin. hehe.
hubungan jarak jauh ni ada masanya memang sweet dan selalu berbunga-bunga. tapi kalau ada apa-apa berlaku atau susah nak contact, risau macam tak ada penghujung kan kak jie? hehe. berapa lama lagi cik abang kat sana?
.-= mrkay´s last blog ..Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24) =-.
@mrkay, jauh atau dekata mesti ada KEPERCAYAAN ..ramai sungguh pasangan yang tingal depan mata tapi tiada KEPERCAYAAN antara satu sama lain.
nota : terima kasih kepada pengungjung Hidup Biar Sedap yg singgah ke rumah baru denaihati @ denaihati.com…terima kasih ya..
.-= denaihati´s last blog ..10.01.10 Hijrah Hidup pada usia 10 tahun =-.
sweetnya 🙂 . hsbnd kak jie keje ke smbg study di algeria tu?
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Mariana’s birthday party =-.
mcm dr love plak bile baca hehe.. 😉
saye pun pjj jugak, tp kakjie lebih beruntung kot sbb surirumah..saye balik skolah, si tunang dah tdo, saye bgn tdo si tunang pulak pegi keje..klau kakjie jd saye kakjie buat camne?
p/s : klau kakjie window shopping, saye screen shopping
Setahun bertunang jarak jauh sebelum terbang bersama untuk perkahwinan jarak dekat. berbaloi. 🙂
Sweet! 😉
.-= samdaddycool´s last blog ..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul =-.
Penah punya pengalaman hubungan jarak jauh.
Dah jadi sejarah yg dah ditaruk lam arkib.
.-= Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care =-.
so sweeeett…!!
hehe..yerp..lelaki suka dgr berita gembira2 tuh saya sokong….huhu
.-= Hafizd´s last blog ..Cucur Cempedak nak? =-.
oooiii ramai nyer orang dah komen dah,
ahaaaiiii:)
suka baca nukilan rasa ni,
pocket nak gi singapore besok,
pasti nyer merindui blogging for tiga ari…
tp yg tak beshyer ‘blog’ tidak bleh sms ayat ayat indah…
alahaaaiiii…
.-= Pocket´s last blog ..251. Do u stand in queue? =-.
Yang depan mata belum tentu bahagia bak kata pepatah juah bau wangi dekat bau @#*$.. Komunikasi memang sangat penting dalam rumahtangga samada jauh atau dekat. Majoriti masalah rumahtangga akibat komunikasi yg lemah.
Cerita Kak Jie ni mengimbau pengalaman kami berjauhan lebih 3 tahun cuma my wife tak begitu pandai online jadi sms menjadi bekalan…
Entahlah apa sebenar yang kita cari di dunia yg sementara ni????
saalam,
dulu sy ada bercinta jarak jauh dgn student UM. Saya di Sabah. Kami jumpa beberapa kali b4 sy gi merisik dia. Tapi kami x jadi bertunang. X ada jodoh. Kalau dah kahwin n terpaksa dok jauh mmg byk cabarannya. Kepercayaan tu amat penting.
Hi Kak Kujie.. saya baru la 3,4 kali masuk blog akak.. nampak gayanye mmg akan hari2 jugak bace ni.. ttg PJJ ni.. saya pernah rase jugak setahun.. Dahla mase tu baru lepas kawen.. lepas kawen je terus jauh.. Tersiksa jugak rasenye.. ehek.. Tapi salu pikir positif, dan kene give and take la dgn suami.. tp ok lg kut, sbb saya boleh jumpe husband mase weekend je.. lps je setahun, alhamdulillah suami dpt transfer dkt kg sendiri.. berkat doa kami berdua.. skang ni baru lah dpt merasa hidup mcm psngan suami isteri lain.. =))
.-= myprecious´s last blog ..Pagi-pagi lagi dah buat lawak tak bape nak pandai.. =-.
baru saya tahu kak jie berambut blonde…
salam….
memang mencabar cinta jarak jauh ni….
banyak cabaran yang menduga minda dan iman…
pengalaman mengajar kita segalanya.
pengalaman tak boleh dinilai dengan wang ringgit…
.-= pak long´s last blog ..From Taiping With Love =-.
sweet gilak… sedang kan cik adik kene kijer malam pon aku dah macam meroyan.. ni kan pulak kalau kene transfer kijer jejauh… wooooo tak sanggup wo. please please… tarik napas pepanjang…
P/S: baru abes makan dengan cik adik. erk.. erk.. nak tanye ar, orang pompuan suke choklate ke? *tetibe* hahaha nape ek?
@Kreuger, tempoh perkahwinan tu juga membantu dlm perkahwinan jarak jauh..kalau baru lagi – 5 thn ke..mmg perit la juga
p/s – cokelat dapat mempengaruhi gelora cinta dan perasaan romantis… 😛
pernah bercinta jarak jauh…tidak mudah…byk dugaan
.-= eyriqazz´s last blog ..Digi Internet Pimp My Day Final Challenge =-.
@eyriqazz, tak pernah bercinta sebelum kahwin 😆
taksabarnyeee nak kawen *angau18sx*
.-= blowie´s last blog ..Kempen Blogger, We Care! =-.
@blowie, awak tu spm pun lum lepas 😆
@Kujie, kakjie yang ngajar,saya taktau ape2 😛
.-= blowie´s last blog ..Kempen Blogger, We Care! =-.
Salam kak.
Sweet sangat entri ni. Situasi sama, cuma kami belum berkahwin. InsyaAllah tak lama lagi..hehe.. Nice entry ..
@Aini, mesti ada banyak kenangan indah nak dikongsi nanti
bila dah kahwin – kerap bercerita hal yg seronok2 waktu dulu
bila dia balik kak jie? berapa lama dah?
.-= ariff´s last blog ..Peperiksaan Di Russia (Video) =-.
@ariff, dah 3 bulan lagi 9 bulan 🙁
@Kujie, but in between mesti balik kan? saya baru breakup dari pjj ni. 4 tahun.
Musykil sikit, mana lagi senang untuk pjj ni, pasangan yang dah kawin atau belum?
.-= ariff´s last blog ..Peperiksaan Di Russia (Video) =-.
@ariff, bergantung pada keadaanlah… kak jie dah kahwin 18 tahun
sepanjang 18 tahun berkahwin – kami tiada masalah
PJJ pasangan dah kahwin dia ada tanggungjawap/ komitmen
senang tak senang – masing dah bersetuju bila keputusan di buat – tak boleh nak ungkit2…masing2 kena fokus pada hal yang serupa
pasangan belum berkahwin – belum terikat – hanya perancangan
masing2 berubah hati mungkin peratusan lebih tinggi kot… 😉
hanya pasangan berkahwin yang betul2 merasai perasaan cinta sahaja yang dapat melakukan seperti ini. suatu contoh buat pasangan muda. jeles pun ada ni. 😉
.-= beliamuda´s last blog ..Keputusan dan Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) Tahun 2010 =-.
@beliamuda, kami bercinta selepas kahwin – kenal 6 bulan terus kahwin
macam kak jie selalu cakap – jodoh – bertemu dengan orang yang betul pada masa yang betul 😆
ini kak jie tulis secara sipi-sipi je..tak de nak tulis direct jiwang-jiwang sebab fokus kak jie pada penerimaan kita pada perhubungan jarak jauh – terima secara positif
@Kujie, macam inilah contoh yang sepatutnya. bukan seperti lagak anak muda sekarang. bercinta bukan main rancak lagi. bila dh kahwin, sudah lesu perasaan cinta tu.
~turut berharap berjumpa dengan jodoh yang tepat di waktu yang tepat.
.-= beliamuda´s last blog ..Penyumbang Trafik Kedua Tertinggi Bagi Peraduan PTS =-.
@beliamuda, hubungan sebelum berkahwin yang keterlaluan biasa membawa kesan kurang baik setelah berkahwin…
wah… sayang menyayang, cinta dikenang, perasaan menjadi rinduu…..ooooh lihatlah, diriku (petikan lagu dari filem Azura, wah….!) 🙂
@Mak Su, nak imagine zack dan azura kejap 😆
chit, allergic rr baca entri macam nie.. jadik jeles!! , pastue bleh gurau2 tahap 18sx lagi.. aiseyh.. xaci.. lambatnyee kte nak kawen.. zzzzzzz
.-= samanosuke_04´s last blog ..Gaya tudung pompuan yang aku suke~ =-.
@samanosuke_04, eh..awak tu dah akil baligh ke nak kawen……..kawen ni 😆
cepat habiskan study – blk M’sia – kawen
hehhehe
skrg ni mood melayan si comel itew.. hehehe
yg lain.. lantaklah kanz..
ahaks! I in loveeeee!!!!
wakakkakaka
@maza, tahniah
syukur semua dah selamat
Maza anak 3…hahaha..jgn tak nak mengaku pula 😆
so sweettt 🙂
.-= yati´s last blog ..11 hari kujalani =-.
@yati, haippp……….kurangkan gula 😆
semakin rindu semakin menebal kasih sayang…
hubungan jarak jauh sebenar nya lebih merapatkan kasih sayang jika pasangan jujur dan setia.
yang indah untuk dikenang… yang tak elok biarlah luput dari ingatan… 😉
@mrs sufian, waktu yang diluang lebih banyak waktu berjauhan… kalau dia di rumah – pergi kerja pagi – malam baru balik.
ada urusan dgn kejiranan – kejap meeting itu, meeting ini
tapi bila berjauhan – habis kerja – mengadap pc – bersembang 😆
jangan nak harap boleh luangkan masa macam tu kalau kat Malaysia
tapi
jauhhhhhhhhhhh di sudut hati – tetaplah juga mengharapkan dia ada di sisi, cuma tak cakap je sebab kami dah berjanji – bila dah buat keputusan dan masing2 terima – tak boleh sesiapa pun mengungkit 😆
Sweet nya kak kujie.
.-= fazemy´s last blog ..Boleh tak beli rumah macam beli ikan kat pasar je?!! =-.
@fazemy, hidup berumahtangga mmglah suweeet 😆
suka entri ni kak jie…
dilot dengan tunang pun kira cinta jarak jauh jugak . tapi untuk cinta jarak jauh ni 2-2 perlu beri kerjasama. jadi hubungan tu bolehla kekal dan berjalan dengan baik.
kalau sorang je yang jaga, jawabnya memang dilambung ombak la….
.-= dilot´s last blog ..pendek kata…botak kot.. =-.
@dilot, rindu janganlah cakap – 18 tahun lebih ada bersama-sama – tiba-tiba berjauhan macam ini… tetapi bila keputusan bersama dicapai – masing-masing kenalah berfikiran positif
apa saja hubungan ada cabarannya tetapi kita kenalah sedar – memang itu kehidupan
kak jie doakan agar dilot dan tunang dapat tempuh semua ni – bahagia selamanya 😳
🙂 tersenyum baca kisah cinta kak jie…
.-= zuls´s last blog ..3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower =-.
@zuls, kisah pertemuan kami pun berlangsung dalam keadaan kelakar 😆
panduan buat mereka yg ditinggal2kan…
jgn bersedih…ade cara…
kakjie dah ajar nih…
.-= ChekguBH´s last blog ..Kembali Sedia Kala…. =-.
@ChekguBH, yang best part window shopping…mmg betul2 window 😆
ikut nasib kalo jarak jauh ni..
kene yg x setia pyh gak kan.. 🙄
.-= bistari´s last blog ..Luahan Yang Bercelaru =-.
@bistari, yg penting kita usaha dulu
ikut landasan yang betul
berdoa banyak2
Tak kira berapa jauh…selagi kedua-dua pihak ada hati…sudah tentu jarak fizikal itu dapat dipendekkan. :p
Seperti Lagu titanic yang dinyayikan oleh Celine Deon.
Near, far…where ever you are! And I know that my heart will go on!:D
.-= tekkaus´s last blog ..You Grow To The Extent You Reach Out =-.
@tekkaus, betullah tu…. perasaan yang wujud dalam hati lebih bermakna 😆
Hubungan jarak jauh tak pernah senang kan! Dah lah jauh. :p Tapi dengan keingginan dan azam yang kuat, sudah tentu boleh. :p
.-= tekkaus´s last blog ..You Grow To The Extent You Reach Out =-.
@tekkaus, kena saling memberi sokongan
so sweet kak jie 😉 … Tiada tapi hadir…. walaupun takde tp masih boleh rasa seperti ada bersama.. ermmm semoga cinta kak jie pd suami bertambah subur …. Bahagia selamanya.. dunia dan akhirat…
.-= tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya….. =-.
@tpinky, terimakasih – kak jie nak org lain juga berfikiran positif bila melalui saat seperti ini 😉
@Kujie, niat mu sungguh murni kak jie.. insyaallah, tpinky akan jadi pengunjung yang setia…. kadang2 ada org tak nak share benda-benda mcm ni.. keep it up kak jie
.-= tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya….. =-.
hehe.. kak jie, saya pun dalam hubungan jarak jaoh, tapi dah nak sampai penghujung dah.. sebabb…. bulan 3 nanti kami akan bernikah..
.-= amirulfaiz´s last blog ..Kalimah Tauhid (Pandangan Saya). =-.
@amirulfaiz, – insyaallah – tak lama lagi tu
moga bahagia berpanjangan 😆
😉
kak jiey…cinta jarak jauh lah yg membuat saya dan suami lepas kawin tak berhenti bercinta sehingga kini….. 😳
tpkan kak…lepas kawin rasa mcm tak sanggup PJJ…3 minggu pun buat zah dan suami mcm nak nanar…samner tu..?
setuju…sms simple tp bermakna..
@izzah, h eh ehe – ada orang alami sebelum berkahwin
ada orang alami selepan berkahwin
suka entry ini!!!
anyway kak jie, i love this: forget the bad others do to us but remember forever the good they do. If we can do that life will be more peaceful and happy…
🙂
@eyra, hidup ni simple – kembali kepada fitrah
@Kujie, btol tuh kak jie. hehehe tp mmg sangat payah LDR ni. huhu. eyra pon ade buat entry ni
.-= EYRA´s last blog ..Long Distance Relationship =-.
hehe kakjie..
saya jugak tgh mengalaminya skrg..hehe..it’s hard and difficult..tp ada byk bnda kami boleh buat same2..hehe..x lupe jugak peranan skype dan jugak internet!! hehe 😉
.-= cikun-kun´s last blog ..Is that makes sense? =-.
@cikun-kun, betullah tu
skype hari-hari berejam-jam
ym utk share picture
Salam Kujie,
Chenta remaja paling terkesan klau cerita bab2 jarak jauh nie..berapa juta maxis, celcom dan digi untuk bila student2 mengabihkan ptptn diorang untuk telepon aweks jugak pakwe..hehe mcm kita muda2 dolu2 jugak
bila tua2 nie sekali sekala kena berjauhan syiok jugak..hehe
.-= abahsofea´s last blog ..MMBAS Episode 15: BBQ Sotong ^_^ =-.
@abahsofea, nasib baik zaman belum kahwin saya belum ada semua tu – sebab tu kenal kejap je terus ajak kahwin 😆
yup… rasa seronok juga sesekali macm ni
macam baru nak bercinta kali pertama 😆
Sis…
Saya sudah merasa hubungan jarak jauh ni. Walau hanya tunang yang berjuang untuk meningkatkan taraf hidup. Hummmmm.
Banyak dugaannya. Yang penting percaya dan saling percaya.
.-= IRIS´s last blog ..You Know The Answer To That =-.
@IRIS, betul – percaya dan saling sokong menyokong bila mengalami situasi mcm ni
Saya pun pernah mengalaminya..ish-ish..sendiri-sendiri paham la.
@Kerch, tiap orang berbeza bergantung mcm mana kita tempuh dan alaminya dn mcm mana kita bersedia
Ko menyeramkan aku la X-po.
.-= Dr House´s last blog ..Internet Scammer, nyaris-nyaris =-.
@Dr House, dalam status ‘hubungan jarak jauh’ juga ye..
apa pun hubungan – kena dua2 ada matlamat yg sama – dekat ke jauh 😆
@Kujie, Minta-minta ni lah jodoh saya. Amin. Amin. Amin.
.-= Dr House´s last blog ..Internet Scammer, nyaris-nyaris =-.
jauh di mata, dekat di hati.. 😉
.-= sayahappyslalu´s last blog ..Aizat, Juara AJL Ke-24… Layakkah? =-.
@sayahappyslalu, untuk menyuburkan hubungan, kadang2 kata-kata indah yang diperlukan – penerimaan kita pada situasi tersebut 😆
@Kujie, betul.. suka dengar kalau orang cakap best2.. berbunga2 hati jadinya.. hihi
.-= sayahappyslalu´s last blog ..Mengimbau Kenangan Lama… =-.
kapel jauh mmg byk dugaan, mcm sy la..kape jauh slama 4 tahun, tgk2 si dia curang, syok kat jantan lain…mmg sdh..kita je yg setia tp dia x
.-= x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK =-.
@x-po, kalau hubungan yang belum berkahwin – kata orang tempoh mengenal hati budi – putus cinta adalah juga proses mengenal hati budi.
kita kena fikir dari sudut positifnya……….. 😆 jangan berhenti setakat itu saja kerana mungkin ada orang lain sedang menantikan cinta dari kamu… 😆
@Kujie, setuju! sokong sangat! 😳
@x-po, ada cinta lain yang menunggu.. insyaAllah.. 🙂
.-= sayahappyslalu´s last blog ..Mengimbau Kenangan Lama… =-.