Rumahtangga

Hubungan 3rd party

SAYA suami berumur 32 tahun dan berkahwin tujuh tahun lalu. Isteri saya berumur 30 tahun dan kami dikurniakan empat anak yang comel dan sihat.

Saya bekerja di syarikat multinasional dan isteri pula di sektor perbankan. Saya dan isteri tiada masalah, cuma sekali sekala kami bergaduh dan bermasam muka, tetapi hanya sementara, paling lama pun hanya satu hari dan kami akan berbaik semula.

Kedudukan kewangan kami kukuh dan boleh dikatakan kami sekeluarga hidup mewah. Masalah di sini bermula apabila saya mengenali seorang gadis yang kebetulan menelefon saya berkaitan kerja. Saya namakan dia A.

Umur A baru 20 tahun dan hubungan kami sampai ke tahap di mana A sedia melakukan hubungan seks dengan saya. A benar-benar sayang dan mencintai saya serta sanggup menjadi isteri kedua.

Saya keliru dan seronok dengan pengakuan ikhlas A, tetapi niat saya pada awalnya sekadar menjadikan A teman berbual. Tidak sangka pula melarat hingga ke kamar tidur. Saya tidak sanggup menjadikan A isteri kedua kerana isteri saya pun cukup bagus dan sempurna pada mata saya.

Pada masa sama, saya mengenali seorang pelajar universiti yang kebetulan menjalani latihan amali di tempat saya bekerja. Saya namakan dia B dan berumur 21 tahun. Hubungan kami serius dan B juga takut kehilangan saya.

B juga berharap saya menjadi miliknya. Saya melayan A dan B sama rata. Apa yang A dapat, B juga dapat. Ini menjadikan mereka rasa disayangi dan dihargai. Usah ditanya bagaimana saya mengatur jadual pertemuan dengan mereka dan juga urusan saya di rumah.

Baru-baru ini saya menjalin hubungan dengan bekas pekerja di tempat kerja saya. Perkenalan terjadi pada hari terakhir dia bekerja. Sebelum itu kami hanya senyum bila berselisih dan pada hari terakhir dia bekerja, saya meminta nombor telefon gadis yang saya namakan C.

C berumur 20 tahun. Dia setuju memberi nombor telefon dan daripada situ bermula detik saya berhubungan dengan C pula. Buat masa ini saya dan C belum ke tahap serius dan masih dalam proses mengenal hati budi, tapi saya tahu C sudah lama tertarik dengan saya.

Bukan mengangkat diri atau berlagak. Fizikal saya tidak menarik, cuma saya guna kelebihan mengatur ayat manis untuk memikat ketiga-tiga mereka. Mereka anggap saya romantik dan penyayang.

Ketiga-tiga mereka boleh dikatakan sangat menarik, menjadi rebutan serta bualan. Saya rasa beruntung dapat memiliki mereka sekali gus, tetapi jauh di sudut hati rasa bersalah dan kesal yang amat sangat kerana curang terhadap isteri.

Bagaimana saya dapat menebus kesilapan ini dan dalam masa sama mengelak melukakan hati mana-mana pihak. Saya tersangat sayangkan isteri dan anak. Saya takut kehilangan mereka akibat perbuatan ini.

DAMIEN

Wah….untunglah lelaki ini. Tetapi rugikah perempuan² itu? Tidak jawapan saya kerana mereka sedia maklum risiko tinggi bila terlibat dengan hubungan seperti ini . Tak perlu menangis melalak² kalau ditinggalkan kerana itu adalah pilihan anda suka sama suka!

Kawan saya Jantan Kaberet mempunyai pandangan yang menarik ,

I have been reading in some blogs about this 3rd party thingy. What exactly is this 3rd party thingy? It’s when a woman goes out with married a married man. Here I would like to say my Jantan Kaberet opinion on this.

The funny thing is I read so much about how some women cry and groan when things go sour. Hello! If a man can two time his wife over you, what makes you think he won’t do it to you? It’s all about getting into your pants, ok ? When a woman get’s involved with a married man, there is always a risk. She will always be at the loosing end.

But then again, there are some women who prefer this arrangement. Most married men will never leave their wife and kids. Not because they don’t want to but because of the kids. The kids are like a chain holding them together. As a certified Jantan Kaberet, I have met women who like it way. They know the man will never leave the family. It’s a win-win situation for both parties. Both of them get to enjoy themselves but in this case scenario, the man is the one that has everything to lose. Strange how the world works ya?

Now, this is the best category. I call them the semi chronic ones. They go out with married men. They then tell themselves that they are doing the wrong thing. And yet they continue with the relationship. When the shit hits the ceiling as in the man’s wife coming to your office with the kids in hand, they start to panic.

There is always two sides of a coin, two butt cheeks and two balls. Most men claim that their wives do not take care of themselves after marriage or after having kids. Cheap excuse, unless you are rich enough to hire a couple of maids to take care of the house chores. Let’s be fair, it’s not easy being a home minister. The kids, the cleaning, the in-laws, the cats, the neighbors and the cable tv remote conquering husband.

ehem…ehem…dia masih single dan sedang mencari bunga untuk terbang balik dari Hanoi.

NOTA : Betulkah itu tanda sayang untuk seorang isteri yang didakwa cukup bagus dan sempurna?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Hubungan 3rd party

  1. betul tu sis ummi…lelaki ni kalo dah hidung belang memang tu lah perangainya….nda habis dgn satu pompuan ja….hish..hish..apa perasaannya kalo bininya ada jantan lain….

  2. 🙁 Sedih tengok dan dengar kelakuan lelaki yang kurang pengetahuan agama pada akhir zaman ini…
    wahai suami….isteri bukan kuli dan bukan untuk dibuli….

  3. lelaki kalu seorang ‘SUAMI’ yang beragama die akan tahu membezakan halal dan haram….menjaga dan mengsyukuri amanah Allah…selagi hidup di dunia ini selagi itulah iblis dan syaitan x jemu2 menggoda….berbaliklah pada agama…

  4. mama ranggie – mungkin

    cendawanintim – beras dah mahal tu yg kejar duit ye..hehehe

    cikgu panji – sepandai2 tupai melompat…

    tentu akan dpt balasan gak..

    pu3nemo – kesian sekali kt isteri dia…( baca : perempuan )

    chii – pecah rahsia….perang besar ni

  5. hebat..
    sweet talker…agaga..nk salah kan laki..gurl pun salah..yg pasti..dedua salah

  6. lelaki mmg beruntng,hanya gunakn air liur leh daaptkn semua tp yg rugi pempuan cz d perbodohkn oleh lelaki..

    arrgghhh lelaki zaman sekarg lagsung x lh d percayai..

  7. Lelaki tu sengaja cari pasal…Apa perasaan jika isterinya buat perangai sebijik macam dia.Baru padan muka….

  8. K. Jie,

    saya pon sama ngan mama, pompuan tuh nak duit sajork tuh…

    macam2 pe’el orang dalam donia ni kan…

  9. intan – kesian isteri yang didakwa cukup baik dan sempurna itu… lainlah kalau dia mendakwa isteri dia serba serbi salah….

    tiap berlaku ada balasan, kan?

    muadz – tahu dan sedar itu salah tetapi nafsu menguasai…

  10. en-me – Kalau ye pn nk ber-4, biarlah dgn jalan yg betul…baru berkat bahagia sama rata.

    combi – dia tak sedar,dia ada tanggungjawap kpd ibun, isteri, adik/kakak perempuan,anak perempuan,anak saudara perempuan …..

  11. kalau dilihat kompen salah lelaki tu..walau benar it takes 2 to tango….
    sbb fitrahnya wanita ini suka dibelai, dimanja tak kira lah jantan tu laki org org or tunang or watever..

    so disini lelaki mengambil kesempatan, dan hyn lelaki ‘matang’/tuwa je yg ada skill ini..

    pastu kunun dlm dilema…ishh tang tu dia x ‘matang’ pulak..

    utk lelaki dan pompuan..yg penting ‘nak dan taknak’ jer

  12. Isshhh geramnyaaaaaaaa!!!!!!!

    Kesian kat isteri dia je, pompuan lain2 tu mmg saja cari pasal 😛

    Hukum Karma, esok2 si lelaki tu pasti dpt habuan dia!

  13. akak itteww, cinter x semestinyer bersatu.. mungkin kener berdua, atau bertiger, atau berempat.. ngeh 3x..

Comments are closed.