Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
Rumahtangga

Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20

Giveaway ni sebenarnya dah lama rancang , sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 20 pada 18 September lepas. Tetapi September jatuh pada bulan Syawal yang semua orang agak sibuk mengembangkan perut dan merapatkan silaturahim menyebabkan tuan blog sendiri lemau macam biskut semperit.

Sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke 20 dengan Abang Ann , saya nak giveaway homemade macaron yang dihasilkan oleh blogger rakan sebaya ( mak² tetapi dia lebih muda ) , Cik Min.

Syarat mudah

Tulis satu entri dan link ke entri ini .  Entri mesti mempunyai 2 perkara  :

  1. Perkara yang disukai  yang terdapat di  kujie2.combanner, loading time
  2. Kelemahan dan cadangan untuk dibaiki di kujie2.com perlu letak chatbox,  widget, tukar theme ,  tukar banner  atau letak lagu ( ?) .

Pemenang

  1. 5 pemenang akan menerima  1 box  20pcs  Almond Macarons with Variety Fillings setiap seorang .
  2. Pemenang ditentukan melalui random.org
  3. Semua yang mengambil bahagian berpeluang untuk menang , bukan berdasarkan referrer, ranking atau entri lemak berkrim .

Tarikh giveaway berakhir pada 18 Oktober 2011.  Senarai peserta akan diupdate dari masa ke semasa di sidebar blog.

Inilah macaron, kalau nak tau lebih jelas – kena baca kat blog Cik Min

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

132 thoughts on “Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20

  1. Salam k.jie..agak terperanjat awalnya sebab k.jie sudi jadikan macaron dari cikmin sebagai hadiah GA ini..tapi wajar jugak sebenarnya..bila meraikan sesuatu seperti ulangtahun perkahwinan..manisan adalah yang paling sesuai kita beri..semoga orang yang memberi dan memakannya..akan sentiasa “manis” dalam kehidupan mereka…amin…

    p/s tahniah diatas ulangtahun perkahwinan k.jie yang dah cecah 20 tahun dah…alhamdulillah…semoga kekal bahagian hingga ke hujung nyawa…

  2. selamat ulangtahun perkahwinan kakjie. memang dah lama teringin nak try macaroon. hadiah dia bagi macam mana? post ek? tak cair ke menatang macaron tu? *tak pernah tau macaron tu apa*

  3. nak tabur2 ..nah..sapa nak ambek sapa nak ambek
    mcm tak kena je lah….jadi buatlah GA simple utk kawan² 😆

  4. salam akak, saya pernah beberapa kali menjenguk blog sini. ari nie masuk pun sebab terbaca di blog anyss. tak sempat nak joint giveaway, cuma sekadar nak ucapkan tahniah dan semoga akan kekal berbahagia untuk selamanya di samping suami & keluarga.

  5. Maaf Kak Kujie, lama tak jengah. Sejak kena Malware, saya berehat sekejap masuk sini.

    Wahhh contest ni hadiahnya sangat menarik. Macaron!

  6. Slm 1st time masuk sini klu tak salah
    1st impression, blog ni cantiklah, kemas 🙂

    Okay, klu ada cukup time, sy nak join jugaklah 😛

  7. Assalamualaikum,
    Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 20, moga kekal abadi dunia akhirat. Saya pun dah ikut serta 😉

  8. 18 september?
    tarikh lahir saya tuh.. 😆
    menarik macaron ni.. ingatkan apebenda lah..

  9. Hadiahnya sangat unik.. belum pernah makan nie, pasti enak
    Sukses selalu ya kak jie buat contest-nya nie, saya hanya bisa mendoakan saja nie..

  10. siapa nak merasa macaron dr cikmin silalah masuk kontez ni, memang sedap tau macaron cikmin, ni bukan ckp kosong tapi saya sendiri dah rasa kesedapannya.

Comments are closed.