Pagi tadi saya email Ustaz Sani Ahmad atau lebih dikenali dengan Ustaz Santai. Saya minta dia menulis tentang akad nikah di masjid . Sekarang cuti sekolah, musim orang berkompang musim makan nasi kawah. Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya tidak berapa gemar menghadiri majlis akad nikah di masjid. Walaupun niat adalah untuk mendapat ‘keberkatan’ tetapi beberasa unsur² negatif yang timbul, yang tidak dapat dikawal mencacatkan majlis tersebut.
kredit photo : takumieiji84.fotopages.com
Majlis akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat Ummah yang mana tidak hanya sekadar berkisar pada ibadah khusus sahaja. Tetapi menjaga adab² dan kesucian Rumah Allah swt perlulah dipatuhi. Ini kerana seringkali didalam majlis akad nikah kita dapati banyak perkara² yang tidak wajar dilakukan di dalam masjid.
Biasa untuk majlis kegembiraan itu, kita gagal mengawal emosi yang memuncak apa lagi kerana disitulah bertemunya kaum keluarga kawan taulan berkenal kenalan dan tentunya berbagai cerita² riuh rendah terjadi. Kata ustazah saya, kita tidak boleh bercakap hal dunia di dalam masjid. Majlis yang meriah dengan senda gurau tepuk tampar juga tidak menjaga tertib berpakaian sebagai seorang Islam. Belum lagi bab mengata mengumpat kain baju pengantin warna tak sedondon, pengantin lelaki tak lawa, kasut tak berkilat, muka tak berseri, andam tak cantik..huwaaa……. berkat hilang ke mana !
Pernah terjadi di dalam satu majlis akad nikah anak jiran tetangga saya , rombongan pihak lelaki yang datang penuh 5-6 kereta. Kebanyakkan kawan² sekerja kedua² belah pihak. Biasalah si bujang dan dara bertemu, bergurau bersembang tanpa ada sempadan. Yang lebih mendukacitakan, ada yang merokok di dalam surau. Tentu sekali perkara² ini menyentuh hati, menguris perasaan tuan rumah – terutamanya golongan berusia. Biasanya majlis nikah kahwin di hadiri oleh orang² atau saudara mara yang lebih dihormati , yang lebih tua .
Macam mana nak buat, mana mungkin kita dapat mengawal para hadirin yang hadir?.
- Minta tolong tuan Imam / Tuan Khadi ingatkan mereka yang hadir pada majlis tersebut tentang adab² yang perlu dijaga ketika di dalam Rumah Allah.
- Mengadakan satu risalah ringkas mengenai adab² ketika berada di dalam masjid dan diedarkan kepada mereka yang hadir pada majlis akad nikah tersebut.
Kalau tak mampu untuk laksanakan, adalah dinasihatkan jalankan saja majlis akad nikah tersebut di rumah .
Boleh ke akad kat rumah?
Jangan risau akad nikah sekalipun atas pokok masih sah!
wahhh………rock betul jawapan ustad ye!
Baca juga entri Ustad Santai ini mengenai adab² di dalam masjid di Zuhud ke Robinhood dan Jodoh
©Kujie – Rasanya isu nikah di masjid ini bukanlah sampai kategori haram dan tidak sah.
mmgla xleh ckp bende2 x elok…itu adalah dosa org yg mengumpat tue..antara die ngn Allah..tp wlucmne pun nikah di masjid sgtla baik n barakah t’hdp psgn pgntin..kerana ketika itu beribu2 malaikat turun dtg m’doakan utk psgn….wallahu’alam…
Ramainya orang sekarang tak de ilmu tentang islam. Maklumlah islam keturunan. Marilah kita sama-sama mencari ilmu agar bila membuat sesuatu berdasarkan ilmu dan kena caranya.
.-= ebor´s last blog ..TENTATIF PROGRAM =-.
huhu
doakan saya dapat jodoh cepat
huhu
.-= Zil-el-Saif @ The Encik Saif´s last blog ..IBRAHzine v018 – Senyuman Dari Hati =-.
Saya pun perhatikan macam tu. Buat akad nikah dah elok tapi nampak yang datang bercakap hal keduniaan. Mungkin tok kadi pesan dulu sebelum majlis bermula, baru cara terbaik. Bagi risalah, orang tak baca sangat.
.-= Fatin Pauzi´s last blog ..Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori Pada Wajah =-.
Betul tu kak jie.. Bahaya gak buat majlis akad nikah kat masjid atau surau.. ada tu ehem2 pun selamba masuk surau
.-= zool´s last blog ..Kuda kemalangan dengan kereta =-.
rs2 nyer nk nikah kat umah je la heheheh
@zella,
jangan lupa, jemput kami sama yea!
hehehhhee
hehe, kat masjid rumah aku.. waktu cuti jerr mesti ade rr orang buat akad nikah.. kekadang aku lak yang sangkut, tengok diorang akad.. hehe, bestnyerr nikah!!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Locked and Loaded =-.
@samanosuke_04, yang datang berombonga 20 orang, yang solat kat masjid berapa kerat je…
sekarang ni semua nak akad kat masjid terutama masjid yg cantik, sebab nak gambar cantik..he..he *me dulu akad kat rumah ajer*
.-= Little Mama™´s last blog ..QUIZ: Salam Maal Hijrah 1431 =-.
@Little Mama™, skrg ni ramai buat majlis utk mengabadikan saat2 indah…hehehe..esok lusa tak fikir lagi
yang dipentingkan yang dirancang yang diurus hanya majlis untuk hari tersebut – tak rancang pun untuk masa2 akan datang
… Kebetulan hari ini di masjid tempat tinggal maza ada majlis akad nikah!
ada seorang pakcik yg sering menjadi jamaah kami berkata.. ‘harap2 masjid ini tidak seperti gereja.. hanya hari Ahad dan kenduri kahwin sahaja yg berpenghuni!”
aderk.. sinis sungguh bahasa pakcik itu kanz.. “Jgn jadikan masjid seperti gereja.. huhuu”
@maza, itulah maza, ada yang bercakap berdegar2…. itu ini semua dia pandai
tapi kalau nak betulkan jemaah, kena betulkan diri sendiri dulu kan..
pakcik tu pun dah nampak budaya kita sekarang… hanya luaran, tiada roh
@maza, bila dah ada start kata kat pengantin lelaki, “And now u may kiss the bride…” dah mirip mirip la kot….
Yang tu ok lagi. Ni ada yang siap pakai baju nampak sana-sini masuk dalam masjid. Nak pulak siap tertonggeng2 sebab nak amik gambar punya pasal. Perempuan tu. Bukannya lelaki.
@CypherHackz, ramai yg dtg untuk bergambar … bawa masuk segala macam hantaran letak kat dewan solat
kami dulu lebih senang memilih akad nikah dirumah sebab tak payahla nak susah payah 3 – 4 kali rombongan tu nak bergerak. lagipun satu kampung boleh datang skali klu dorang nak 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ =-.
@~mrs azmi~, kak jie pun kat rumah
sebenarnya bukan salah pun kalau buat kat masjid
tetapi nak buat sesuatu tu biarlah berilmu
perasan juga masalah ni, org sekarang mcm nak memeriahkan majlis sahaja tanpa menghiraukan adab2 ketika di rumah Allah. rasanya elok sebelum mula majlis akad nikah ni diingatkan kepada semua hadirin tentang adab ketika di masjid.
.-= mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal =-.
@mohdisa, kalau dah sampai masjid, tentulah rugi kalau tak solat sunat tahiyatul masjid ..niat nak ‘bina masjid’ tapi masjid yang sebenar2 ada telah dibina tu tak pula dimanafaat sebaiknya
@Kujie, btl tu kak. sy sering amalkan solat sunat tu. semoga orang2 yg dtg ke masjid tu mengerti yg mereka sedang berada di masjid dan memahami adap di masjid. amin
.-= mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal =-.
Kak jie…
Salam maal hijrah. Semoga Allah merahmati sisa-sisa masa kita yang masih ada… bila mentari bersilih tenggelam dan timbul, itu sebenarnya peringatan bahawa hari-hari kita di dunia ni semakin singkat, kan?
Bila sebut ttg majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan sekarang, banyak benar yg nak disebut, tapi kalau komen panjang sangat, nanti mengalahkan entry tuan rumah lak. Kan maza kan… kan.. kan? Ahaks… 😀
Su faham, Maza melepaskan perasaan frust dan geram dgn corak peragai org sekarang. Sebahagian yg Su tertera di hati su dah tergambar dlm tulisan kak jie dan komen maza.
Cuma nak tambah sikit je lagi.
Banyak pembaziran boleh mengurangkan keberkatan. Banyak kepura-puraan yang boleh menjauhkan jalan kebahagiaan. Lalu kenapa memilih yang tak perlu dan harus dijauhi dalam permulaan kehidupan berpasangan?
.-= suara´s last blog ..Doa Hati – Kisah 2 =-.
@suara,
bab kes fakta tambahan itu, maza amatttt berkenan sekali.. heheheh
psst: maza terlupa daratalah… sbb terkhayal dlm dunia fantasi sendirik.. wakakakka
namun ada juga yg bernikah di masjid disebabkan rumah mereka kecil.. tak mampu menampung jumlah tetamu dan kaum kerabat yg hendak meraikan majlis tersebut…
tempat yg ideal ialah di masjid atau surau2…
hal ini banyak berlaku di Kuala lumpur.. disebbakan ramai org2 melayu tinggal di pangsapuri, atau rumah flat.. termasuklah setinggan..
yg tinggal di banglo pula.. tu pun mahu gunakan masjid.. alhamdulillah.. tapi harap2 lepas ni betul2 nak mengimarahkan masjid.. dan turut serta berjamaah di masjid.. bukan jadikan masjid sebagai batu loncatan…..utk glamour, meriah atau lain daripada ibadah hingga membawa mudarat dan maksiat di sana
@maza,
Amboi Maza,
sampai konpius kak long mana satu tuan rumahnya.
Mentang2 tuan rumah tengah cuti…maza pulak ambil alih ya?
.-= Kak Long´s last blog ..Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri =-.
@Kak Long,
uiks! mau kejar list teman terhangat gitew.
kot2 boleh menang lagi.. heheheh
tu belum lagi masuk kes.. elok sahaja akad nikah selesai, azan pun berkumandang….
si pengantin dgn senyum simpul sudah berjaya akad nikah.. terus mengangkat punggung bersama2 teman2 yg lain….
ingatkan mengambil wuduk.. rupanya menghilangkan diri utk bersiap pulak majlis bersanding.. aduhaiiii
yg pengantin perempuan tak usah cerita lah…. kalau haid tentu tak boleh masuk masjid.. ini tentu tak haid (niat yg baik)..
oleh kerana nak glamour dan cantik. dan konon2 perlu bermake-up sakan bagi mengelakkan tomahan, fitnah dan tuduhan yg dianya hodoh… utk menanggalkan make-up yg tertepek-tepek itu pula memakan masa berjam2.. sudah tentulah takkan solat di masjid itu..
sementelah lagi lagi sejam mahu bersanding….
jadinya, tinggallah imam dan dua tiga kerat orang tua atau jemaah tulen di masjid.. yg riuh rendah sakan..pengimarah masjid.. pengiring2 pengantin.. semuanya lesap! baik yg muda, pakcik, makcik.. semua lagu tu….
sedih betul! kekonon nak berkat .. tapi bawa banyak lagi maksiat! aduhaiiii
tu belum lagi berkata ttg ada wujud unsur2 kotor ketika majlis tersebut..
pernah berlaku kononnya demi melihatkan sedara mereka menikah dan meramaikan, wanita pengiring tersebut sudah lah mendedahkan aurat di dlm masjid.. malahkan haid ketika itu.. mereka datang dan mengadap juga si pengatin yg duduk bersila di tengah2 masjid.., aduhaiiii
betul tu….
kalau rasa tidak mampu mengawal hadirin, elok sekali buat di rumah sahaja.. lagi baik dan afdal rasanya…
bahkan adakalanya kita juga tidak dapat mengawal perilaku penganti itu sendiri… ada ke patut hari pertama nak bergelar isteri atau suami di dlm surau lagi.. memakai pakaian yg mendedahkan aurat.. bahkan menampakkan lurah dendam…
alahkah ruginya suami tersebut.. belum sempat lagi menjamah sudah terbarai di depan mata org ramai…
@maza, hahaha………..maza oiiiii
jamah dah terbarai tu mcm ganas je…. rakus 😆 😆
@Kujie, perbandingan hiperbola jer.. heheheh
Semoga mendapat keberkatan bernikah di masjid, bukannya dilaknat sebab sesuka hati membuat onar…
.-= samdaddycool´s last blog ..Iklan Jawatan Kosong di Pontian =-.
hhahaha. atas pokok. melampau tu.
.-= ariff´s last blog ..Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia =-.
@ariff,
uikkk! darurat beb.. banjir lagi.. atau tak tahan dahh weiiii… hehhee
@maza, kesian tok kadi tua2 tu kena panjat pokok sekali. jangan dahan patah sebab ramai ramai atas tu sudah. haha
.-= ariff´s last blog ..Persatuan Penggemar Karipap Nasional =-.
sesungguhnya tiada dalam syarat sah nikah itu perlu buat kat masjid. kat mana2 boleh nikah. tempat itu bukan syarat sah atau wajib
.-= paeh´s last blog ..Kod Etika Blogger =-.
@paeh,
yea betul … aku sokong 100%…
kalau gi buat kat masjid pun, kalau mendatangkan mudharat yg teruk..lagi elok nikah kat bawah jambatan.. kanzzz.. huhuhu
@maza, idak le smpi bwh jmbtn. teruk beno rupenye pulak.. hahaha
.-= paeh´s last blog ..habis sudah =-.
@paeh,
psst: kan org sekarang sukakan kelainan.. ada tu bersanding dlm air, bersanding naik motor besar.. naik keta lembu..
kot2 mana tau nak cari kelainan.. hehehe nikah kat bawah jambatan.. boleh ambil iktibar..jambatan simbol ikatan ukhwah dan tali silaturahim..wakakakka
@maza, hahaha. xleh bla statement…. hohoho
HAHA. tu betul betul jawapan ustaz eh.mmg selamba!
.-= naz´s last blog ..Nur Kasih awesomeness =-.
@naz, kadang2 kita fikir ygn rumit, sedangkan jawapan dah ada kalau kita faham rukun dan syarat sah
akad nikah kat serambi, di rumah, di kampungku di NS… seronot, para kunjungan pun gumbira
.-= Mak Su´s last blog ..Tadi aku makan dengan seorang orang lelaki =-.
@Mak Su, zaman2 kita mak su..mmg nikah kat rumah
tapi tren masa kini , mencari keberkatan katanya
Org zaman sekarang dah nikah dulu sendiri2 dlm bilik.
tu sebab tak heran sgt adab dlm masjid 👿
.-= mario´s last blog ..Oprah Fire Kate Hudson =-.
@mario, Kawen dulu. Nikah kemudian.
.-= Dr House´s last blog ..3 sebab lelaki tak kahwin =-.
@mario, kena juga tau bezakan masjid dan surau
bagaimana nak solat sunat tahiyatul masjid dengan make up bertempek2, baju sendat berkilau2…
Selamat Maal Hijrah a.k.a. awal Muharram
.-= kruel74´s last blog ..My old notebook since 2003 =-.
@kruel74, Selamat menyambut Ma’al Hijrah dgn azam baru meningkatkan ilmu dan amal
nasib baik saya nikah di rumah mertua coz tak nak benda2 mcm nie terjadi…
.-= ejam´s last blog ..Kuasa Iklan. =-.
@ejam, buat sesuatu biarlah berilmu…ada baik/buruknya sesuatu tetapi jangan pandang mudah…
kita berniat nk dapatkan keberkatan/pahala tetapi akhir cerita – lain jadinya
jangankan kata adab di surau atau masjid,di internet ni suka hati kutuk ulama’ pun dah berleluasa…
Dunia,dunia…
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Pantun Maal Hijrah 1431H =-.
@muhammad fakhruddin, kalau nak cakap – mmg berjela-jelalah senarainya
kalau setiap orang menjada diri sendiri – tanggungjawap pada diri sendiri – lama2 berkembanglah menjadi semua orang yang beradap 😉
tak sabar nak kahwin gak la kalau cmni..hehe
.-= x-po´s last blog ..BAGAIMANA KALAU DAPAT TAHU MANDUL BILA DAH KAHWIN? =-.
@x-po, cukup syarat- dah boleh tu… 😆