3 Waktu Larangan Keluar Masuk Ke Bilik Ibubapa
Rumahtangga

3 Waktu Larangan Keluar Masuk Ke Bilik Ibubapa

Assalamualaikum dan Selamat Pagi di hari Jumaat , semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya.

Allahumma ‘afini fi badani. Allaahuma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari. Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku ( salah satu ayat dalam Al-Ma’thurat )

Hari Rabu lepas, sewaktu rutin tadarus mingguan seperti biasa, kami sampai ke Surah An-Nur ayat 58. Ayat ini adalah menerangkan kisah adap dan etika di dalam rumah tangga yang membabitkan anak-anak dan ibubapa. Antara adab yang dijelaskan di dalam ayat tersebut ialah mengenai larangan 3 waktu ibubapa tidak diganggu dan adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibubapa.

Begitu indah dan lengkapnya Islam yang memperinci hal kehidupan keluarga yang menjadi cara hidup. Anak-anak yang masih kecil atau yang telah dewasa harus dididik supaya menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ibubapa.

etika rumahtangga

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba sahaya (laki-laki dan perempuan) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum balig (dewasa) di antara kamu, meminta izin kepada kamu pada tiga kali (kesempatan), yaitu sebelum solat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari, dan setelah solat Isya’. (Itulah) tiga aurat (waktu) bagi kamu. Tidak ada dosa bagimu dan tidak (pula) bagi mereka selain dari (tiga waktu) itu; mereka keluar masuk melayani kamu, sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat itu kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah An Nur ayat 58 ini juga telah menerangkan secara jelas waktu-waktu yang perlu dititikberatkan kerana waktu-waktu ini adalah waktu yang dilarang anak-anak keluar masuk ke dalam bilik ibubapa . Anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk.

  1. Sebelum solat Subuh. Waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Mungkin ketika itu aurat mereka terdedah sangat tinggi dan anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.
  2. Sebelum waktu Zuhur. Waktu ‘Qailulah’ iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau sedang tidur
  3. Selepas Isyak. Waktu dimana biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur.

Sebelum sebelum ini saya pun belum sampai kepada tahap memahami dan mengkaji terjehamah seperti ini.  Tahap pertama membaca Al-Quran biasanya membaca supaya cepat habis.  Sambil-sambil itu mula mendapat  kesedaran untuk mempelajari segala ilmu tajwidnya.

Sekarang ini sedikit demi sedikit saya membaca dan memahami dan cuba mengikuti apa yang terkandung didalamnya.  Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama.

Wallahu a’lam bissawab

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “3 Waktu Larangan Keluar Masuk Ke Bilik Ibubapa

  1. Terima kasih atas perkongsian kak Jie.
    Dulu dah pernah belajar, tapi macam dah lupa. Sekarang dah refresh balik memori tu 🙂

  2. islam mengajarkan setiap aspek kehidupan kerana ISLAM adalah cara hidup fitrah manusia dari yang Maha Pencipta, yang Maha Mengetahui segalanya tentang makhlukNya… dari sekecil perkara hingga sebesar perkara…

  3. Segala aspek kehidupan telah diajar dalam Al Quran & sunnah nabi saw. Kita hanya perlu follow sahaja tanpa sebarang keraguan. Btw perkongsian yang baik bagi mereka yang belum mengetahui

  4. Di Islam diterangkan sangat lengkap dan jelas tentang hukum2 dan kehidupan. Jika digali dalam2 sangat baik untuk kita terapkan ni. Semoga kita bisa mengalamkannya
    Nice share Kak Jie 🙂

  5. Terima Kak Jie atas perkongsian yang best. Memang ada certain-certain masa yang kita nak privacy bersama pasangan 🙂

    P.s. – Tapi kalau anak masih kecil, memang takdelah privacy. Hu…

  6. Alhamdulillah..dapat satu ilmu baru kat sini..sebelum ni tak pernah tahu tentang adanya adab2 untuk masuk ke bilik mak dan ayah kita..

  7. Di Bilik ibu bapa ada adab juga. Saya jarang masuk bilik ibu bapa, kalau perempuan memang selalu masuk kadang-kadang berborak sakan.

  8. Terima kasih kak Jie berkongsi. Setakat ini yang bongsu gagal dipisahkan supaya tidur dengan abang-abangnya. Tau-tau ada disisi. 🙂

  9. mcmana pulak kes yang anak-anak semua pakat berebut nak tidur sekali dlm bilik mak ayah? memang xde privacy langsung..

  10. Terima kasih atas peringatan ini. Ramai yang terlepas pandang bab privacy ibubapa ini dan tak ajar anak-anak tentangnya. Apalagi jika rumah hanya ada satu bilik dan tak ada bilik khas untuk ibubapa

  11. Tima kasih kak jie atas perkongsian yg lebih terperinci mcm ni. Slalu2nya kita larang anak2 msk ke blk ibubapa tanpa waktu yg specifik. Now, ia lebih jelas..dan mudah utk anak2 faham

  12. Terima kasih kak berkongsi ilmu. Kalau baca tulisan akak ni memang kebanyakan org tua dulu2 mengamalkan apa yg tertulis di dlaam Al-Quran. Tempat tidur ibubapa juga menjadi kawasan larangan yang tidak boleh sesuka hati keluar masuk.

  13. Wah.. terima kasih kak..

    minta info ini untuk diterbitkan sama, boleh?
    huhuhu

    Psst: peringatan yang best di hari jumaat ni.. alhamdulillah

Comments are closed.