Resepi

Sup tulang

Dalam minggu lepas saya teringin sangat nak makan sup tulang. Inilah perempuan. Banyak sangat cabang nafsunya. Tengok blog orang lain publish sup tulang terus teringin .

Semalam saya beli tulang kat Pasar Batang Kali. Sekilo rm 17.

Sebenarnya masa saya tinggal di Bentong, Pahang ada jiran saya yang berasal dari Muar masak sup tulang yang diletakkan air asam jawa. Sedap. Saya tak ingat resepi sup tulang itu tetapi seingat saya dia rebus tulang dengan bawang besar, halia sehingga isi daging terlerai dari tulang kemudian dimasukkan air asam jawa yang agak banyak sehingga sup menjadi masam.

Sesiapa yang pernah makan atau mempunyai resepi macam tu, boleh tak bagi pada saya.

Hari ini buat sup tulang biasa saja..

Resepi Sup Tulang

* 1/2 kilo tulang lembu
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih (d ketuk)
* 1 btg kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* 2 biji bunga lawang
* 3m halia
* 2 batang serai
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 biji tomato potong 4
* 2-3 batang daun saderi
* garam secukupnya.

1. Tumiskan bawang putih, bawangg besar, kayu manis, bunga lawang,pelaga, halia dan serai sampai naik bau @ kekuningan.

2. Kemudian masukkan tulang dan tumiskan sekejap sebelum masukkan air.

3. Bila mendidih, masukkan sos tiram.

4. Bila dah lembut daging, masukkan daun saderi, tomata dan garam.

Masa nak makan tu jangan lupa tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Bahan pengoda SAMBAL KICAP

Tumbuk 5 – 10 biji cili padi, 1 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 1 camca besar gula pasir dan tumbuk lagi. Campur 1/4 cawan kicap

Β©Kujie – hujan sepanjang hari..owhhh..sedapnya dengan sup panasΒ²..ahak! ampOnnn…..:mrgreen:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Sup tulang

  1. sup tulang ditemani dengan kerupuk udang dan sambal terasi jadi rasanya pasti bakalan nendang nie…
    trims sudha berbagi resep Kak Jie πŸ™‚

  2. hari ini mak aku masak sup tulang. Sedap woo! :mrgreen:

    titans last blog post..Komisen ke 6 dari Freebies4Webmasters

  3. Ada orang kata kalo banyak makan sup tulang nie.. struktur badan akan menjadi kuat sebab banyak kalsium…(natrium kot?? hehehe)

    cencuruts last blog post..Which Games Console Is Better?

  4. alahai kak jie.. time nih mesti dah abes.. awat tak jempot kitekan dekat.. ahaks!!!~ hrrmmmmm.. teringat kat sup tulang kakak ipar.. time raya tiap tahun mesti ader siap masak kat luar rumah.. sedapnya sampai pagi petang siang malam menghirup sup.. :mrgreen:

    ecahs last blog post..Wedding Azmi..

  5. Aduiaii..Kujie..
    Abang Long terliur gak nak makan sup tulang tuh tapi apa leh buat blood pressure kena jaga gak πŸ˜₯

    Abang Longs last blog post..More scam to be aware of

    1. @Lan Bingka, kalau dari Serendah..dua2 sama je
      tapi saya suka pergi Batang Kali – banyak pilihan..nak park kereta pun senang..nak merayau2 pun senang.

      Rawang sesak giler! :mrgreen:

  6. Laa…Tie tercari2 mana supnya… tunjuk resepi je..hi hi..

    Pasal bubuh asam jawa tu memang tie pernah dengar, tapi org klate yg buat, tu pun tak semua suka bubuh. Biasa perah limau nipis bila nak makan. Biasa org johor tak bubuh asam jawa tu.. Hairan pulak. Jiran Kujie tu betul ke org Johor?

    Tengok resepi tu ada bubuh serai. Sesuatu yang baru tu. Kalau tak silap singgang tulang ganu ada bubuh serai dan asam gelugur bersama ketumbar yang ditumbuk kasar…he he..lari dari topik laa…. πŸ˜‰

    Ties last blog post..Anak-anak

    1. @Tie, kejam sangatlah Tie nk letak gambar …dah lah masa publish tadi kul 12
      time perut berkeroncong.. :mrgreen:
      betul Tie..kawan tu org Tangkak..pernah pergi 2-3 kali dah rumah dia.

      Mmg dia masukkan air asam jawa..bukan sikit tau…rasanya setengah bungkus…sampai rasa mcm..tapi dia rebus tulang tu sampai lerai isi daging dr tulang.

      Sos ayam letak serai pun sedap gak Tie…cuba utk kelainan..
      tak pe..kita ni blog makcik2..sembang2 pasal resepi je
      sharing is caring :mrgreen:

    1. @Neeza, lembu sana tak mkn rumput fresh kot..hahaha atau yang diimport..dah berbulan2 beku.

      sedap sgt sup hari ini..along siap jerit2 sedap..sedap..

      tulang fresh ada byk pula isi daging dia… trylah ..sok2 blog it out..kita share :mrgreen:

  7. sedap2.. saya sgt suka mkn sup tulang dgn sambal kicap. syorgaa rasanya kalau dpt tuh. πŸ˜€ πŸ˜€

    tapi kan kak jie… saya smapai la nie kalau nak masak mesti ty mil. camne nak masak. tak penah tulis resepi dlm buku,. ekekeke(senang oo ada buku resepi bergerak.. ekekeke)

    zanas last blog post..Kaki Ku

    1. @zana, zana, kak jie pun tak tgok buku resepi pun tapi dah asas kalau sup daging benda2 tu yg kita letak..asas.

      yg serai ke daun limau ke ikut sesedap rasa kitalah…lagi satu kalau kt dapur tu ade kentang, ade lobak merah..campak je…

  8. ujan2 gini..pekene sup tulang ngn nasik panas/ cicah roti..sedappppppppppppppppppppppp nya..terliur saya!

    arins last blog post..Anakkk Ayahhhh

  9. Kujie, selalunya saya masak sup tulang dengan menumis rempah serbuk Adabi…. kuah lebih pekat dan rasanya lebih kaw…. yesssss…. sambal kicap…pergghhhh..

    p/s: my mom suka letakkan beberapa ketul kentang dalam sup tu… πŸ˜€

    Tepak Sirehs last blog post..Enchanting Bali Trip I

    1. @Tepak Sireh, itulah macam2 cara
      skrg ni tengah cari yang macam kawan saya dari Muar tu masak
      letak asam jawa.

      letak lobak merah pun sedap juga…selalunya kita boleh campak je apa yg ada… :mrgreen:

      campak daun limau purut pun sedap juga

    1. @muadzlife, ni pun lepas tgok blog sapa entah
      minggu lepas..dia org publish gambar sup tulang
      hahaha..tu arr dpt idea ni

  10. adeh, feberet saya tu!! tak pepasal kecur lak ni. secara imaginasi bau pun sampai ni huhu.

    apatah lagi pekena dengan sambal kicap air tangan orang umah (ketika ini orang umah berjauhan huhu).

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  11. aiyaks…kejam benar kalau letak gambar tuh…kalau letak gambar..kena antar skali sup ke rumah saya…baru la adil..hehe

    |1f34|-|1r3s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?

  12. aduh..dah la tgh lapar ni kak jie…kak jie pegi letak resepi sup tulang la plak…tersiksa zahir dan batin ni….

    |1f34|-|1r3s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?

Comments are closed.