Isu Semasa

Luahan rasa Pengkid

Selepas Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pengkid itu haram saya baca di Harian Metro mengenai luahan rasa seorang pengkid.

– gambar google images

Dia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak media yang selalu menyiarkan isu pengkid untuk tatapan semua pembaca. Dia mendakwa pengkid wujud kerana sikap lelaki juga selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.

Saya tidak bersetuju kalau jantina dilabelkan sebagai tidak setia atau sebaliknya kerana bagi saya kesetiaan, baik , bertanggungjawap bukan hak milik satu-satu jantina.ย  Semua sikap baik atau buruk adalah diri sendiri tak kira dia lelaki atau perempuan.


Dia berharap jangan dipaksa mereka berubah kerana jika berkahwin pun mereka bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka dan kerana itu dia mendakwa mereka boleh dikatakan menyelamatkan institusi keluarga . Ada seorang rakannya yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.

Antara luahan hati seorang pengkid ini yang membuatkan saya terkedu patlima minit.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Ungkapan ini seolah-oleh membawa maksud dia rela berkorban kepada kita supaya kita beringat-ingat. Ungkapan ini seperti ” kubur aku aku punya pasallah…” Salah…ungkapan dan anggapan ini salah kerana dalam al-Quran jika dalam satu masyarakat berleluasa melakukan kegiatan yang dilarang Allah, bala ini bukan sekadar ke atas mereka yang ingkar tetapi kepada semua manusia di kawasan itu.ย  Contohnya taufan, tsunami dan bencana alam.

Biar apa keadaan atau kesusahan sekalipun seseorang Islam itu tidak boleh menjadikannya alasan untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Faktor seperti kemiskinan, desakan hidup, terpaksa dan naluri semula jadi, itu semua tidak boleh dijadikan alasan.

Saya pernah terserempak dengan makhluk ini. Dalam komuter bersesak-sesak macam belangkas. Saya bertekad kalau dalam masa 5 minit lagi mereka masih berpeluk berbisik meroyan depan saya, saya akan tegur. Nasib baik sampai saja stesen seterusnya, mereka turun.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

70 thoughts on “Luahan rasa Pengkid

  1. ๐Ÿ˜Ž mmmmm………. bila sy membaca ruangan ini, ingin saya kongsikan ape yang telah terjadi pd sy. sy tidak menafikan yg menjalin hubungan sejenis adalah haram disisi agama. tetapi apa yang berlaku kadang2 diluar jangkaan kita… saya faham ape yg mereka rasai.

  2. ๐Ÿ˜Ž askum and hi to u all..sekadar meluahkan sedikit pendapat dan berkongsi..kenapa perlu di bangkitkan isu pengkid yang rasanya tidak menjadi masalah besar jkepada negara..diaorng bukan terlibat dengan rompakan..pelacuran..black metaL OR WATEVER YANG BLH MENDATANGKAN MASALAH BESAR..bagaimana pula dgn gay,nyah,pelacur,dadah, yang perlu lebih perhatiAN..angka peningkatan kes-kes sosial begini makin meningkat dari thn ke thn..belum punya penyelesaian..???

  3. hm..terbace topik ni rase nak komen lak..
    yg menghairankan..skrg ni makin byk pulak kisah2 pengkid ini…yg terbaru sy terbace paper smlm kisah pengkid, penulis khatijah mohammad nor berkata “gejala pengkid ini yg semakin menular dalam kalangan remaja boleh manjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara” fuhh!
    saye bukan nak memihak kepada mana2 pihak tp..bukan gejala pengkid ini je yg perlu di ambil perhatian..
    saye rase..gejala merompak, merogol adalah lebih kearah menjejaskan keamanan negara…
    selain pengkid ini, isu gay..gigolo..takde pulak yg nak dijadikan isu..padalah dorang berada dalam kotak kehidupan yang sama..tak perlulah hanya menuding jari kepada pengkid aje..

    peace..no war!

  4. โ“ dowang jadi pengkid pown ade sbab..sbab lelaki tak gune..so dowang pown jdi laki2..lagi 1 sbab llki tak fham msalah pompuan..,,2 yang jdi penkz..kan3x?? bab sye byk kwn ngn owg2 cam nieyh..tpi,,mcn trjebaklah plak..uhuhu..

  5. Bagi saya,alasan mengaitkan lelaki adalah penyebab utama mengapa masalah Pengkid ini berleluasa adalah tidak tepat…Manusia tidak boleh berputus asa mencari kebahagiaan,dan kebahagiaan itu akan tiba jua dengan kehendak-nya…bukan dengan cara songsang yang dilaknati Allah…

  6. Menarik entry Kak Jie nih.

    Tulah penat dengan isu pengkid nih sampai komen2 kat atas nih ramai yang tak jelas apa itu pengkid. Sebenarnya ia mudah di explain kalau ada 3gp video nyer menerangkan secara panjang lebar santai dan mudah faham terutama video diorang melakukan hubungan sex terlarang. ๐Ÿ‘ฟ

    lalings last blog post..Toilet Office CCTV

  7. hello all…
    sy ada la pngalaman berkawan ng pgkid, n still now.juz fren.sbnrnyer, msyrkt xblh la nk salah kn dorg 100%.bile bnde ni dh jadi isu, jd mcm satu big problm plk, sdgkan kite tgk la jgk.ape sbnrnye punca dorg jd cmtu, kaji dari byk aspek, then baru blh cari jln pnyelesaian. cube dekati dorg, ng cara yg lembut..

  8. salam
    sy pun pada awalnya keluar isu pengkid ni sy macm agak terkejut kerana ada y membantah dan tak puas hati.
    sy rasa macam diaorang dahlah buat benda yang salah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.
    saya rasa macam tak patut dan saya baca luahan pengkid dalam metro
    memang agak terkejut dengan kata-kata yang ditulis.
    tak lama kemudian sy telah berkenalan dengan pengkid.
    first sy xtau.
    then dia honest dengan saya
    sy agak terkejut.
    tp bila dan kawan dengan dia sy rasa dia ok.
    sy tanya kenapa dia jd mcm tu..
    macam2 y dia ckp.
    dan sy ingin cuba untuk membetulkan dia menjadi seorang perempuan y normal dan sy doakan dia akan dapat lelaki y betul-betul baik sebab walaupun dia seorang pengkid tapi dia baik.mudah2n Allah akan membuka pintu hati dia.

  9. pengkid ni biasenye stat zaman skolah….bile kat U lagi la menjadi-jadi….

    bukan tak nak faham…tapi cube diorang jangan buat benda terlarang, rasenye ok je kot

  10. Tu le.. Yang NGO plak buat demonstrasi..
    Diorang tak paham.. Pengkid akan merosakkan institusi keluarga..
    Mereka tidak berminat dengan lelaki .. Jadi apa citer…

    zools last blog post..Anak = haiwan ?

  11. eii.. tak selera tgk pengkid. nak2 pengkid yang bermuka buruk. nak kata dia hensem kalau dah jadik pengkid tu, tak la hensem pun

    ala, bercinta sampai ke mana pun. bkn leh kawen, bkn leh dpt anak. nanti takde anak nak doakan dia. huhu

    chokilalas last blog post..Aksi gedik Yubiyu!

  12. nothing much to say..biarlaa allah maha mengetahui..lebih baik mntk petunjuk dari nya..yelaa kata2 org ada yg mbantu ada yg mjatuhkan..susah

  13. mcm dah terpesong jauh je budak 2… ๐Ÿ™„
    nak kata mangsa keadaan pun xleh gak sb derang yang memilih jalan 2..susah nak ckp sb kita xrasa ape yang derang rasa..
    tapi ape pun yang penting kita leh bezakan antara yang benar dan yang salah… ๐Ÿ˜‰

    callisters last blog post..Skeleton in my closet

  14. perlu disebarkan lagi perkara macam ni. kalau tidak makin teruk musibah yang bakal melanda.

    haram tetap haram! apatah lagi disisi agama kita. masya allah apa dah jadi.

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  15. sy mmg sokong fatwa keluarkan haram utk pengkid..cuma sy sakit hati kenapa budak2 pengkid nie melawan takdir..sy mmg pengkid sy bkn nk buruk kan pengkid2 lain..cuma sy tkena tempias skali..bile keluar org ckp kita sama jek..susah tau x..tekanan yg tlalu myeksa sy..bila sy ckp org ckp sendiri yg cr masalah..susah laa nk ckp org xkan phm..

    1. @adek, kes pengkid ni dah lama ada, zaman saya tinggal di asrama lewat tahun 80’an dah ada. Ianya berlaku secara senyap dan tertutup. Tetapi sekarang mereka terlalu berani berpeluk sesama jenis di tempat awam. Kalau itu adalah naluri semulajadi , perasaan peribadi tersendiri tetapi rasanya mereka wajar menghormati orang lain di tempat awam. Buat salah satu hal tapi dengan bangganya menunjuk-nunjuk adalah juga satu hal.

  16. ๐Ÿ‘ฟ Di Afrika ada sejenis binatang nama lemming, dia ikut lemming depan kalau yang depan masuk lombong, dia pun terjun sekali. Dulu ada video game dia saya suka main, zaman 1990an dulu. Camtu lah manusia…

    postscript – ada kawan saya kawin dengan girlfriend pengkid. Dah beranak 3 dah. Lawa lah pulak tu (gf pengkid memang selalu lawa2). Masa bercinta hebat gak cabaran tu

    post-postscript – I suspect but I never asked, my wife was one, long time ago, when she wasn’t mine. And I let it be…

  17. itulaa susah nyer org zaman skrg..bkn mbantu mjatuhkan lagi ada..x guna ckp bnyk aik jaga jek diri sendiri..anyway thanks..

    1. @adek, saya tidak boleh terima jika apa2 pun mesti nak salahkan orang… rasanya tiada sesiapa di sini yang ingin menjatuhkan sesiapa jika kita boleh terima dengan hati yang terbuka.

      Jarang orang dalam tekanan boleh menerima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka. Kadangยฒ dia bertegas dengan prinsipnya walaupun ternyata salah. Masalah tidak akan selesai jika kita dijadikan sasaran meluahkan perasaan bukan menantikan jawapan.

      Kalau jawapan atau pandangan kita dihujahi kembali dengan pelbagai hal bela diri untuk tetap mengatakan diri sendiri sahaja yang betul, bagaimanakah penyelesaian dapat dicari.

  18. dulu time skolah ramai kawan2 yonna pengkid. (skolah pompuan je pun),
    yonna pun pelik.ape diorang nak sebenarnya? setakat bercouple dengan jantina sesama sendiri,konon2 selalu dengar diorg ckp mcm ni

    “ala,pompuan dengan pompuan.kalau buat pun bukan boleh pregnant”

    ni byk ayat la yg yonna dengar tapi bukan semua pengkid ckp mcm ni.

    kebanyakan mereka ckp mereka tertekan dengan family (rujuk pada posting adek kt atas ni),persekitaran,kecewa dengan lelaki..

    ok.yonna fhm kenapa mereka ni terjebak dengan pengkid.mereka sure lah tertekan. tapi,berapa lagi lama masa yang mereka perlukan.kebanyakan mereka terjebak dlm pengkid ni since skolah menengah takpun dr kecik,sampai skang ni dah 20-30 lebih dah umor diorg,masih tak cukupkan masa yang masyarakat bagi pada mereka. tahun demi tahun,pengkid still meningkat..

    bila kita cuba fhm mereka,tp bila mereka sendiri taknak bg peluang utk mereka fahami diri sendiri susahlah.
    bagus la fatwa ni dah keluar. harap semua boleh berubah.

    kalau setakat nk ckp pengkid ni sebagai tanda akhir zaman,tak pyh la nk ckp mcm dia tu betul sgt jd pengkid. byk lagi contoh2 lain yang tunjukkan kita ni dah akhir zaman.

    titik perubahan sentiasa ada kat tangan kita,ada dalam hati. nak dengan taknak je.

    brapa tahun lg mereka perlukan utk berubah?terang2 benda tu salah dr segi islam..

    ni belum kira pengkid yang terjebak dengan lesbian lg.

    err mama,sorry.mcm lepas geram lak :p yonna pon baca metro semalam.rasa nak bakar je paper tu bila baca statement tu huh

    yonnas last blog post..kalau anda benci boss anda…

  19. pengharaman tu dibuatkan untuk mereka berubah…tapi semua faham..bukanlah jam-jam tu jugak…mungkin dgn pengharaman ini…membuatkan mereka takut dan mereka akan berubah sedikit demie sedikit…

    chuckiesds last blog post..Saya, Me dan aku.

  20. dulu masa saya form 1 and 2,saya sekolah all girls school.memang teruk gak la pengkid ni kat sekolah saya,ada yang ditangkap kissing belakang dewan…saya tomboy,tapi never pengkid..hehehe

    ada jugak la perempuan minat saya..(hahahaha!)

    tapi saya tak layan ๐Ÿ™‚

    isu pengkid ni dah lama…

    tak perlu kuar fatwa pun

    memang sah2 haram.

    pikir la sendiri!

    anasfadilahs last blog post..::Putera Mahkota::

  21. akum..saya mmg seorg pengkid..dari darjah 4 smp laa skrg umur sy da 25..mmg bkn ini jalan yg sy pilih..satu satu sebab psekitaran,family,tekanan hidup..semua ini tdk dirancang..tapi sy setuju dgn fatwa..ini utk kebaikan dan x bnyk skit ini mbantu sy pelahan2 utk berubah..sy tdk penah mnentang fatwa..sy masih sedar sy org islam dan sy seorg perempuan..ati dan perasaan bkn senang utk diubah..sy tdk diminta utk jadi seorg pengkid..mcm2 tomahan sy lalui..tp sy kuatkan smngt sbb bg sy semuanya ada hikmah di sebaliknya..salah satu sbb sy blh terima diri saya ialah kerana psekitaran sy skrg dan keluarga angkat yg terima saya dan mbantu mgubah hidup saya..cuma perubahan ini tidak boleh dipaksa,biarlah ia dtg dgn sendiri..mmg niat semua umat islam ingin mbantu pada setiap pengkid yg wujud di negara kita,tp bolehkah pengkid2 yg melampaui batas nie ada otak nk pikir?bg mereka hidup mereka sudah mjanjikan kebahagiaan dan pengkid yg mgatakan mereka blh melawan fatwa adalah insan yg paling dilaknat allah..sy doakan biarlaa mereka sedar satu hari nnt yg hidup ini bkn laa die yg tentukan tp allah s.w.t yg akan mghukum insan2 sebegini..satu yg sy pinta jgnlaa tafsirkan semua pengkid sama..bantu laa pada mereka yg ingin berubah..sy memerlukan sokongan dr semua umat islam yg ada di negara ini..jgn laa dipandang hina insan sebegini..doakan agar sy dapat berubah sepenuhnya yg dtg dr keikhlasan hati bkn dari hati yang mberontak..wsalam.

    1. @adek, waalaikumsalam adek. Baguslah kerana berusaha utk berubah dan membaiki diri. Moga pengalaman boleh dijadikan sempadan guna utk membaiki kesilapan.

  22. lorh…tajuk sama la plak..sorry…x berniat nak tiru, da mmg lama nak bercakap psl benda nih… haih~

    Azahs last blog post..Luahan Rasa Pengkid

  23. Dalam diri setiap orang ada lelaki dan ada perempuan.

    Perempuan ambil banyak ciri keperempuanan dan sedikit kelakian.

    Lelaki ambil banyak ciri kelakian dan sedikit keperempuanan.

    Ada juga perempuan ambil banyak ciri kelakian dan sedikit keperempuanan.

    Ada pula lelaki ambil banyak ciri keperempuanan dan sedikit kelakian.

    Pilihan. Setiap kita punyai.

    1. @Zubli Zainordin, cikgu sains datang bagi penerangan ttg xy+xx = xy @ xx
      kadang anak perempuan ada xxy = sedikit ciri lelaki.

  24. itu adalah alasan bagi orang yang nak cover dosa dia.. bagusnya.. berkorban untuk orang lain.. kat dunia boleh lah cakap cam tu.. kat akhirat esok, sanggup ke dia cakap cam tu?? Nauzubillah.. moga dijauhkan dari gejala cam tu kan kak Jie..

    Neezas last blog post..Kakok, nok kek!

  25. saya pon nak jugak menulis panjang pasal benda ni…tp seakan kontroversi la plak kan…maybe lepas saya gagahkan menulis pasal benda ni…apa yg pasti, semua org dilahirkan lelaki, perempuan dan khunsa yg kena pilih jantina lepas tuh…itu jer…diorang jadi aper…tuh diorang sendiri,persekitaran dan pengalaman yg mencorakkan diri diorang…

    |1f34|-|1r3s last blog post..How to optimize blog loading time part 2

  26. aku tidak akan tunggu 5 minit. nampak je terus bagi penumbuk kat perut, tampar kepala, telanjang kan – nak cek laki ke pompuan. haha.

    affuans last blog post..Strategi trafik WordPress.com

  27. Tak faham.
    Takkanlah kecewa sangat sampai berubah orientasi. Itu bukan sebab kecewa semata-mata. Tapi iman memang goyah. Nak kata kesian, macam tak kesian. Sebab ikutkan sangat perasaan.

    memang tak faham.

    1. @chika, alasan tu – semua orang akan bagi alasan utk menegakkan pendirian dia…tapi yang salah tetap salah..ada sebab di haram semua tu

  28. err…kdg2 perilaku dorg ni pelik…
    org yg tgk pun jelik jee…
    kdg2, dorg ni cam overacting je…
    lagi org tgk, lagi dier nk tunjuk yg dier mmg gitu…
    kalau nak jadik cam jantan pun, perlu ke nak berkapel…

    sbb dier dah buat dosa, org lain pun terlibat; pompuan yg kapel ngn pengkid tu laa…
    apela nak jadi…

    BaniHassims last blog post..Pra Introduksi…

  29. rasanya dah lama ada pengkid ni, yang perempuan couple perempuankan. sejak awal 90 an dah ada, zaman saya di kolej. Saya naik segan, takut dan lari dari berkawan orang macam ni. ada kah patut minat sama jenis. Mereka ni akan jeles kalau orang lain rapat dengan makwe mereka. Jeles lebih-lebih, dahlah dapat hostel sebilik berdua, entah-entah tidur pun sekatil. Maunya orang tengok pun rasa pelikkan, biasanya mereka tak kawan dengan orang lain dah.

    1. @zany, a’aha…dulu2 kat asrama dah ada
      sekarang ini makin berani…terangยฒ dia tayangkan gelpren dia atau boipren…berpeluk di tempat awam.

    1. @cakap kosong, itulah..jgnlah suka2 nk cakap
      ‘kubur aku ikut suka aku…”

      itu kalau dah mati..kalau masih hidup dia ada tanggungjawap dgn sesama Islam

  30. Tolong delete satu komen kak jie ๐Ÿ™„

    hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Huโ€ฆ

  31. Pengharaman tidak bermakna semuanya akan berubah.. Pihak Jabatan Agama perlu berkerja keras untuk menjalankan menguatkuasaan dan menasihati para Pengkid dengan memberi Motivasi bimbingan dan membenbentuk kembali Mereka kembali ke pangkal jalan. Sedangkan isu keruntuhan moral, isu sumbang muhrin, berkesedudukan, zina belum mampu diatasi mampukah Jabatan agama menangani permasalahan ni?

    Alasan yang diberi oleh mengamal pengkid sekadar satu alasan seolah olah mahu menghalalkan perbuatan mereka.

    hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Huโ€ฆ

  32. Pengharaman tidak bermakna semuanya akan berubah.. Pihak Jabatan Agama perlu berkerja keras untuk menjalankan menguatkuasaan dan menasihati para Pengkid dengan memberi Motivasi bimbingan dan membenbentuk kembali Mereka kembali ke pangkal jalan. Sedangkan isu keruntuhan moral, isu sumbang muhrin, berkesedudukan, zina belum mampu diatasi mampukah Jabatan agama menangani permasalahan ni?

    Alasan yang diberi oleh mengamal pengkid sekadar satu alasan seolah olah mahu menghalalkan perbuatan mereka.

    hashim habeeds last blog post..Akhirnya

    1. @hashim habeed, Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti kerana Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

  33. Tie tak pernah pulak jumpa pengkid ni. Mungkin tinggal kat ulu ganu …belum ada lagi kat sini, kot. Tapi kalau maknyah tu pernah tengok.

    Tak tahu laa. Susah nak cakap. Tapi yang jelas , yang haram tetap haram, walau macam mana situasi pun. Tak boleh salahkan sesiapa kalau itu jalan yang kita pilih. Sesungguhnya tuhan itu maha pengasih dan penyayang.

    1. @Tie, Ada Tie mungkin dia tak menunjuk nunjuk..dia org biasanya sengaja pamerkan kasing sayang..cintan cintun….
      geli nengok ๐Ÿ˜ฅ

      Orang tegur kita sebab orang sayangkan kita..

Comments are closed.