Resepi Puding Roti Karamel
Resepi

Resepi Puding Roti Karamel

Pada bulan Ramadan, puding adalah satu juadah  mudah yang paling sesuai untuk disediakan.  Terdapat berbagai jenis dan cara untuk menyediakan puding bergantung kepada kreativiti seseorang.

Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair . Bagi keluarga yang ramai, agak ketat jugalah untuk membeli puding ini di Bazar Ramadan.

Jadi puan-puan, marilah kita memasak sendiri Puding Karamel.  Klik link ini untuk mendapatkan resipinya  Tips Memasak dan Resepi Puding Karamel

Walau bagaimana pun, saya tak berapa suka dengan puding karamel yang biasanya menggunakan telur.  Agak muak.  Jadi untuk mendapakan rasa yang ‘kena dengan tekak’, saya lebih suka Puding Roti Karamel.   Teksturnya lebih keras dan mudah dipotong.

Karamel  sebenarnya adalah bahagian gula hangus di bawahnya tetapi bila diterbalikkan untuk disajikan, menjadi bahagian atas. Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus.

Puding Roti Karamal menggunakan cara kukus.  Mula-mula kita sediakan bahagian gula hangus terlebih dahulu.

Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum

 Bahan dan Cara Membuat Gula Hangus.

  • 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
  • Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
  • Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.

Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus.

Bahan-bahan  Puding Roti Karamel

  • 4 keping roti gardenia  dicarik-carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur  dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Memasak Puding Roti Karamel

  • Kisar roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yangberisi gula hangus tadi.
  • Kusus lebih kurang 40 minit.

Sejukkan sebelum dihidangkan.

puding roti karamel

Senang, kan?

Saya berdua saja dengan Intan, separuh loyang lagi dihantar ke rumah kakak ipar.  Kami berdua berbuka dengan nasi, tak perlu ada kuih pun tak apa tetapi sesekali teringin juga nak memasak mencuba berbagai resepi.

Resepi ini saya dapat dari kawan blogger lama saya , Jun .  Kami pernah berjumpa pada Disember 2007.

Resepi yang mudah dan sesuai pada bulan Ramadan

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Resepi Puding Roti Karamel

  1. sedap… saya dh try & bagi kengkawan makan. good feed back sampai ada yg order. padahal main campak je bhn2. tqvm

  2. Salam Kak Jie. Lama tak singgah sini. Selamat berpuasa untuk Kak Jie dan keluarga. Hari tu saya baru buat puding karamel. hehe. Memang feveret saya la bila time puasa camni. Puding roti karamel belum cuba lagi. Maybe boleh guna resepi ni nanti. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amir Said ..Resepi Ikan PercikMy Profile

  3. maza lebih suka makan dengan susu cair..
    mcam badak berendam gak ler..

    errr… sila jangan bayangkan bagaimana maza berendam ya…. oppss..

    heheheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Popia BasahMy Profile

      1. hahaha. kekadang je masuk twitter tu skrg. puasa tweet2 (konon2). hihi. selalu blogwalking and facebook-ing je sekarang. :p

        kakjie,nanti ada resipi senang2 macam ni,share lagi yep. 🙂

Comments are closed.